Semalam, kisah serupa seperti yang berlaku ke atas Allahyarhamah Mona berulang kembali. Fendiosman sekali lagi kehilangan seorang sahabat, seorang rakan, seorang kawan yang amat dikasihi, Wellingon Ngelambong Binji Edwards akibat jangkitan otak ataupun Meningitis. Pagi semalam dah dapat SMS dari 334 clan katanya Well dah brain dead. Hanya menunggu untuk dihentikan alat bantuan pernafasan yang dipasang. Lebih kurang jam 3.30 petang, alat itu dihentikan dan Fendiosman kehilangan seorang lagi sahabat 334 clan. Tahun lepas tinggal 333. Tahun ni jadi 332. Pasrah dan redha atas ketentuan Yang Maha Kuasa.
Wellingon yang Fendiosman kenali adalah seorang insan yang lemah lembut, tak reti nak mengata orang sana sini. Very soft spoken dan sangat mudah didekati. Di INTAN waktu DPA dulu, Fendiosman dan Well terlibat sama dalam aktiviti kesenian dan kebudayan. Jadi ada jugak masa untuk sama-sama berbual bercerita, tapi terus terang Well memang bukan jenis yang suka bergosip sana sini. Bila ditanya baru beliau bercerita.
Dalam dunia blog ni, Well merupakan salah seorang silent reader blog Fendiosman. Setiap kali ada cerita panas yang dipaparkan, Well akan menghantar SMS agar Fendiosman terus menulis dan menulis kerana pada Well, Fendiosman dikurniakan bakat untuk mengarang dan mampu untuk menarik perhatian para pembaca. Pernah sekali Fendiosman bertekad untuk berhenti mengarang di sini, tapi Well terus memberikan sokongan. Kata Well, "BAKAT YANG ADA JANGAN DIBUANG". Fendiosman amat berterima kasih atas dorongan yang diberikan itu. Fendiosman hargainya sampai bila-bila.
Aturan hidup Well sebagai 334 clan memang menarik. Beliau antara clan yang banyak travel ke sana ke mari. Bukan heret beg macam Fendiosman ke destinasi dalam negara, tapi Well terbang jauh melangkau benua untuk Berkhidmat Untuk Negara. Fendiosman rasa, keluarga Well mesti berbangga mempunyai seorang ahli keluarga yang memberi sumbangan kepada negara walaupun pada pandangan sesetengah orang ia hanya sekelumit daripada lautan sumbangan yang ramai rakyat negara ini berikan.
Dalam kunjungan ke luar tu, ada saja buah tangan yang dibawa balik untuk Fendiosman. Well tahu Fendiosman sukakan gelas tembak (shotglass), jadi gelas tembaklah yang diberikan untuk Fendiosman. Fendiosman memang terharu, walaupun jarang kami dapat jumpa, tapi tanda ingatan tu memang ada dari Well.
Kali terakhir kami sama-sama terlibat dengan aktiviti PTD ni adalah waktu PAC PTD lantikan 2/2004 untuk dipertimbangkan ke pemangkuan gred 48. Bilik kami sebelah menyebelah. Terkenang, baju Well basah ditimpa hujan, baju senaman dah habis dan kebetulan Fendiosman ada terlebih baju, walaupun badan kussssss semangat tapi gigih nak pakai baju slimfit, bagi la pada Well yang kurus untuk pinjam. Fuh.....nasib baik muat. Kalau tak memang jadi menggelebeh. Heh...Well Well.....tapi hari ni semua tu dah tinggal kenangan. Kenangan indah buat Fendiosman untuk dikenang selagi hayat dikandung badan.
Wellingon, Fendiosman tak sanggup nak tengok saat-saat terakhir semalam, jadi Fendiosman putuskan untuk tidak ke hospital walaupun ramai kawan 334 clan yang mengajak. Bukan ego, tapi hati ni tak sampai hati nak lepaskan seorang lagi sahabat. Apa pun Fendiosman kena akur dengan ketentuan Ilahi. Untuk keluarga Well, takziah Fendiosman ucapkan. Semoga tabah dan redha dengan apa yang berlaku. Walaupun ia berat, tapi setiap apa yang berlaku ada hikmah yang tersembunyi di sebaliknya.
REST IN PEACE : WELLINGON NGELAMBONG BINJI EDWARDS (1974 - 2009)




RSS Feed (xml)
5 comments:
RIP Well
dunno what else to say ....
Sebak..
Angah pergi semalam..still speechless..
Well, a man with only kind words from his mouth, will always be missed.
RIP.
takziah...memang sedih dan terasa betol kalau kita kehilangan kawan baik seperti tu. simpan kenangan yang ada selagi mampu...
Salam T,
Terima kasih le kerana postkan gambo well, dapat juga kita yang jauh ni menatap.
Pada masa akhir2x tu, aku cuma berhubung sms dan facebook ngan dengan ian awell aja.
macam kau, sedih juga bila teringat pada well yang dulu roomate aku masa DPA.
And he is right, you should keep writing.
Johan Ariff
Post a Comment