Monday, July 18, 2011

Done With Packing......

Ada sampul tiket pulak. Hmmmm..maknanya Fendiosman sekali lagi nak melangkah kaki bertebaran ke serata alam. Tapi destinasi tu biarlah didiamkan dulu buat kesekian kalinya.

Tapi kali ni Fendiosman takmau bercerita pasal kisah destinasi, tapi nak menjengah apa persiapan Fendiosman untuk mengembara. Memandangkan terdapat beberapa teman Fendiosman yang berada di tempat yang Fendiosman bakal kunjungi, makanya kenalah Fendiosman sampaikan hajat di hati mereka untuk mendapatkan barang-barang yang diperlukan.

Beg peti ais katanya, nampak kecik saja di dalam gambar ni........sampailah bila ada model posing sebegini.....

Maksudnya memang beg itu besar ya murid-murid. Fendiosman yang 'comel' ini berjaya mengecilkan diri untuk berposing di dalam beg. Kali pertama digunakan beg ni adalah pada tahun 2009 sewaktu berkampung bersama datin-datin wannabe dari Malaysia yang very der vill di negara Matahari Terbit. Satu penyiksaan buat Fendiosman untuk menghabiskan sebulan itu. Kali terakhir digunakan pada bulan 4 yang lalu bila Fendiosman membawa balik bakul rotan kiriman Mama yang dibeli di hari kraf kebangsaan. Malu nak bawak bakul terang-terangan, Fendiosman masukkan dalam beg peti ais ini.

Mari kita lihat apa yang dikirim oleh rakan-rakan di perantauan...

Ikan iblis........

Acuan karipap. Macam gigi pelesu pun ada jugak kan? Mama Fendiosman kutuk Fendiosman bila kata nak beli acuan karipap. Dia kata, kalau nak jadi menantu dia, kena pandai kelim karipap tu guna tangan. Kalau takat guna acuan, REJECT. Tu belum kira giling rempah guna batu giling lagi. Haaaa...tu dah bagi soalan bocor tu. Nak kawin? Sila mahirkan diri dengan perkara-perkara tersebut dulu ya!
Untuk yang tak kenal, ini adalah kerisik. Mungkin sebab bulan remdan dah nak tiba, selepas tu adalah Syawal. Bukan HAMFATULLAH SYAWAL ye murid-murid. Makanya kerisik adalah bahan wajib untuk membuat rendang. Kalau takde kerisik ni, makanya pincanglah rendang seseorang itu.
Seterusnya, ada serbuk kurma. Mungkin untuk masakan pada bulan puasa.....sesuai untuk mengundang rakan taulan berbuka puasa bersama-sama. Tempat yang nak Fendiosman kunjungi tu agaknya takde jual rempah-rempah sebegini. Entahlah.....

Serbuk agar-agar pun ada. Kat tempat-tempat tu biasanya benda agar-agar ni guna gelatin. Tak diketahui halalnya tu takat mana. Jadi, belilah yang ada di sini untuk dititipkan ke sana. Tetibe rasa macam Kak Bedah nak gi rumah anak menantu plak....

Bunga kantan? Ohhh...ini untuk masak laksa maupun asam pedas. Mahal pulak harga bunga kantan sekarang ni. Kalau kat rumah Fendiosman di kampung, bukak je pintu belakang rumah. Dah ada tersergam pokok bunga kantan......

Ubat-ubatan. Memandangkan sahabat Fendiosman itu mengalami kesemputan. Jadi, ubat ini sebagai pelega kepada sindrom semputnya. Katanya harga benda alah ni 3 kali ganda harga di Malaysia. Wooooo......
Kuih raya pun ada? Heipppp...posa pun belum, dah ada kuih raya? Kuih raya ni memang sedap. Jadi sapa-sapa nak tempah boleh call Fendiosman ye. Fendiosman tolong tempahkan. Yang tengah-tengah tu fuhhhhh.....menjilat jari.

Dan paling tak boleh blah adalah......................

Plinkkkkkk

Majalah-majalah kewanitaan dari Malaysia. Mujurlah si pengirim tak suruh beli Mangga ka, URTV ka.....tapi Fendiosman sesungguhnya mengerti perasaan nak baca majalah dalam bahasa ibunda ni. Fendiosman sendiri pernah tengok betapa gigihnya mereka mendownload cerita-cerita Melayu seperti cerita Seth Tan itu, dan hakikatnya tiada bahasa lain yang lebih indah berbanding bahasa ibunda sendiri. Jadinya, demi tidak menghampakan hasrat anak Malaysia di perantauan, Fendiosman bawakkan sekeping dua majalah untuk tatapan mereka.
Fuh..............mau makan setengah beg dengan benda-benda ni.
Sumbat punya sumbat, akhirnya siaplah barangan untuk dibawa dalam episod kembara pada kali ini. Ruangan sikit sebelah bawah kanan tu nak letak barang-barang mekap pulak nanti. Save la sikit ruang. Mana destinasinya? Kita tengoklah nanti ya murid-murid!

8 comments:

gobliners said...

semuga selamat pegi dan balik..
dan kalau berkesempatan buat la posting dlm MalaysianWings..takkan Pen-Kul je..hehe..

Adi Osman said...

Hahaha

Gobliners,

Saya baru je berani buat TR. Sebelum ni dah banyak trip tapi tak berkeyakinan nak menulis kat mwings.

Nanti kita tunggu kot2 saya terberani untuk menulis kat sana lagi.

PEN KUL tu experimental saja...

LavenderGal08 said...

uihh..tak sabar menunggu ke manakah destinasi nyer iteww

nishashburn said...

kalau sampai begini packingnyer, haruslah destinasinya jauh dan tidak menggunakan bahasa ibunda dan kurang makanan/bahan yg halalan toyyiban... tak gitu?? :P

gobliners said...

haha..skang menanti berita dr London..

HaNiE said...

ada bukak buku amik order barang dr sana tak? hehe maklumlah makcik ni tak berkemampuan nk ke sana, dapat order barang kira baguih dah...

selamat pergi dan kembali!!!

~Iza~ said...

acuan karipap itu penting..i pun ada..hahaha..kalau takde, kuih karipap yang saya buat akan jadi kuih pai..atau nama penuhnya kuih bersepai..

Adi Osman said...

iza

kau pun mengalami sindrom kegagalan mengelim karipapkah?