Fendiosman tak pernah ada anak selain anak tekak dan anak mata. Jadinya, Fendiosman taktau bagaimana perasaan untuk membela anak, dan melayan kerenah mereka. Tapi, Fendiosman tau bagaimanakah ibu bapa patut bertindak tatkala membesarkan anak. Pada hemat Fendiosman, dalam memastikan anak itu sempurna didikannya, ibu bapa wajar mendidik anak dengan cara yang terbaik dan seharusnya ibu bapa punyai 'common sense' apabila berhadapan dengan orang ramai apabila bersama-sama anak-anak terutamanya yang masih belum mumayyiz.
'
Fendiosman terpanggil untuk berkata mengenai perkara ini apabila sebuah syarikat penerbangan dipersalahkan apabila mengharamkan kanak-kanak untuk duduk di kelas pertama sewaktu penerbangan.
Terus terang Fendiosman sebenarnya setuju dengan tindakan syarikat tersebut. Bayangkan, kos yang dihabiskan untuk terbang di kelas pertama memakan harga 25 ribu sehala untuk sektor Kuala Lumpur ke London. Tatkala kita sedang seronok untuk menikmati layanan dan keenakan di Kelas Pertama di samping mengumpul Enrich Points yang berlipat kali ganda seperti yang selalu Bonda Phachat lakukan.....
Tiba-tiba kita kena berhadapan dengan tangisan kanak-kanak sepanjang penerbangan tersebut! Nilai 25 ribu ringgit yang dibayar hanyalah untuk mendengar kanak-kanak yang menangis! Ohhhhhhhhhhh
Sewaktu Fendiosman dalam penerbangan pulang dari Istanbul awal Februari lalu, Fendiosman menghadapi kes yang serupa. Bezanya Fendiosman terbang di kelas Ekonomi. Penerbangan itu mengambil masa lebih 10 jam, dan..............................
Fendiosman amat terganggu dengan seorang 'toddler' yang menangis hampir separuh daripada tempoh penerbangan. Bukan setakat menangis, 'toddler' tersebut merangkak dari kabin ke kabin tanpa langsung dihiraukan oleh ibu bapanya.
Lebih menarik, bapak budak tu hanya meneruskan tidurnya tanpa mengerti apakah perasaan penumpang di sekeliling beliau yang terpaksa mendengar tangisan anaknya itu. Ibunya juga hanya membuat muka toya tanpa sebarang perasaan bersalah.
Kalau ikutkan hati, nak je Fendiosman sumbatkan ubat tido yang Fendiosman makan kat mulut baby tu! Yeah, I may sound harsh tapi inilah rasa yang Fendiosman terpaksa pendamkan selama lebih dari 10 jam.
Pendapat ikhlas Fendiosman, ada setengah tempat boleh dibawa kanak-kanak belum mumayyiz, ada setengah tempat tu........memang tak bersesuaian. Ya bagus untuk mendidik anak-anak mengenai kemewahan. Tapi eloklah didikan itu bermula dari rumah.
Just like my late Baba did......
Fendiosman dididik macam mana untuk makan beradab bermula di rumah. How to use cutleries, how to eat properly and many more. And today here I am. I know manners though I've only been taught at home tanpa perlu pergi restoran dan memalukan ibu bapa dengan tangisan sekuat-kuat hati ataupun acara berlari di lorong-lorong di sekeliling meja di restoran.
Bagaimana ibu bapa sekarang mendidik anak?
Fendiosman perhatikan kebanyakan ibu bapa sekarang nak anak-anak sama menikmati apa yang mereka punyai. Tapi, wajarkah didikan sebegitu yang diberikan kepada anak? Kalau Fendiosman sewaktu kecil, bila dijegil atau dijeling oleh arwah Baba, kami semua anak diam dan bungkam. Masing-masing menikus.
Sekarang, kalau kanak-kanak menangis? Apa yang cuba dibuat? Fendiosman perhatikan, ramai yang menggunakan pendekatan TAK APA, DIA KECIK LAGI....
Namun pendekatan ni Fendiosman rasa salah sama sekali. Waktu kecil beginilah masa yang sesuai untuk dididik. Yang tak betul, dibetulkan. Yang dah betul, dimantapkan.....
Jadi...........secara kesimpulan, mungkin pendekatan syarikat penerbangan tersebut ada baiknya demi menjaga hati semua pelanggan yang membayar kos yang sebegitu tinggi. Namun, sekiranya anak-anak tahu untuk menjaga adab dan tertib, rasanya letak dalam situasi macam mana pun, tak jadi masalah. Didikan mestilah bermula dari rumah, dan ibu bapa perlu memainkan peranan sebaiknya dalam mendidik anak-anak.
Seperti Fendiosman nyatakan, Fendiosman tak berpengalaman memelihara anak, tapi jika ditakdirkan Fendiosman mempunyai zuriat satu masa nanti, Fendiosman akan pastikan Fendiosman akan mendidik mereka dengan pendekatan yang ibu bapa Fendiosman gunakan satu masa dulu sewaktu membesarkan Fendiosman adik beradik.
1 comment:
agreed with that.. rumah adalah tempt paling sesuai untuk memulakan pembelajaran serta di waktu kanak-kanak lagi.
Post a Comment