Hari ni Fendiosman nak buat iklan saja......demi menyeru rakan-rakan sekelian yang pernah menuntut di tempat yang sama dengan Fendiosman.
Untuk yang tak pernah tau, Fendiosman sebenarnya bekas pelajar SEKOLAH MENENGAH AGAMA PERSEKUTUAN KAJANG. Sebuah Sekolah Berasrama Penuh yang terletak di Bandar Kajang.
Satu majlis Perhimpunan Semula Bekas Pelajar SMAPK akan diadakan pada hari Sabtu 9 Julai 2011 bermula pada jam 8.30 Pagi bertempat di Padang Sekolah Menengah Agama Persekutuan Kajang.
Sehubungan itu, Fendiosman selaku ahli jawatankuasa penganjur dengan rendah hatinya ingin menyeru bekas-bekas pelajar sekelian untuk sama-sama menyertai acara yang dirancang ini. Walaupun pada tarikh tersebut ada rancangan perhimpunan haram di KL, tapi....abaikanlah perhimpunan itu, takdak faedah pun. Mailah ke Perhimpunan Bekas Pelajar SMAPK yang menghimpunkan kesemua bekas pelajar dari batch 1992 hinggalah yang terkini.
Pelbagai acara bakal diadakan termasuklah Pertandingan Futsal, Bola Tampar, Bola Jaring dan Sepak Takraw serta Bola Keranjang 3 on 3 dan semua ahli dijemput untuk sama-sama memeriahkan acara yang direncanakan ini.
Bagi pihak Persatuan Bekas Pelajar SMAPK (ANNADI), Fendiosman merayu agar bekas pelajar sekelian dapat meluangkan masa untuk hadir. Sesungguhnya kehadiran anda semua dapat mengeratkan lagi hubungan silaturrahim sesama bekas pelajar SMAPK yang dicintai.
Untuk maklumat lanjut, layari laman ANNADI dan hubungi ahli jawatankuasa bagi mendaftarkan diri. Atas perhatian yang diberikan, Fendiosman dahulukan dengan ucapan terima kasih.
1 comment:
bukam mu SSP?
Post a Comment