Friday, June 03, 2011

Another Grooming Lesson

Murid-murid.....

Bila dah masuk musim cuti sekolah ni, jalan raya pun lengang. Fendiosman gembira sangat sebab tak perlu stress tatkala memandu. Pergerakan ke pejabat sangat lancar, tenang, dan dalam masa 35 minit, Fendiosman akan tiba ke pejabat berbanding perjalanan biasa yang memakan masa hampir sejam (kalau keluar jam 7 laaaa.....)


Musim cuti sekolah ni jugaklah ramai pasangan yang mengikat janji sehidup semati dengan ikatan perkahwinan. Macam-macam bentuk kad kahwin yang Fendiosman dapat. Tapi yang heran pasangan la ni, walaupun belum kahwin, tetap dalam kad kahwin ada gambar ala2 bersanding. Motif?

Hmmm......Fendiosman bukan nak cerita perihal kenduri-kendara. Tapi........kisah selepas kenduri-kendara yang cukup memenatkan itu. Perkara ni perlu Fendiosman timbulkan sebab ia menjadi salah satu dari cabang grooming yang Fendiosman amat titik beratkan. Walaupun penjawat awam tu bukan pramugari, tapi......sebagai frontliner, kena la jugak perhatikan aspek ini yaaaa.


Alam perkahwinan ni memanglah saaaangat indah. Maklumlah benda yang haram dah jadi halal.


Tapi, dalam menikmati benda yang halal ittewwwww ya murid-murid, terdapat beberapa aspek yang raaaaaamai sangat antara kita ni terlupa.


Fendiosman faham hubungan intim itu merupakan pengikat kasih sayang dalam kehidupan berumahtangga. Demi menngekalkan kesinambungan anak Adam di muka bumi Allah ini, memang anak yang terhasil dari hubungan perkahwinan ini sememangnya akan menambahkan lagi seri perkahwinan seseorang itu.

Tapi yang Fendiosman tak fahamnya....................


Perlukah ada lovebite bertepek-tepek kat tengkuk, kat leher segala......?


Fendiosman faham, walaupun anda sangat kasihkan pasangan anda ittewwwwww...dan ingin menunjukkan rasa kasih sayang yang tercurah tanpa perasaan berbelah bagi, ada la yang suka menggigit gigit pasangan mereka sampai terlekatlah bekas yang berwarna merah......


Yeah....sebagai frontliner yang berurusan dengan orang awam, tanda-tanda sebegitu perlulah dielakkan ya murid-murid bagi mengelakkan sesetengah pihak rasa tersinggung melihat tanda-tanda yang ditinggalkan kesan dari hubungan intim suami isteri.


Bagi wanita yang bertudung, mungkin tak jadi masalah sekiranya ada tanda-tanda sedemikian. Tapi untuk lelaki ataupun untuk mereka yang freehair, tanda sebegitu amatlah perlu dielakkan sebagai sebahagian daripada kemasan diri untuk ke pejabat.


Pada pandangan Fendiosman, kesan-kesan ini amatlah kurang sesuai. Walaupun ia hasil dari hubungan yang halal, tapi....sedikit sebanyak ia memberi kesan kepada imej profesional. Kalaulah dibenarkan untuk digroundedkan pekerja yang ada tanda gigitan cinta itu, memang Fendiosman akan buat. Sebab.......Fendiosman tak setuju dengan tanda-tanda tersebut.


Tak salah untuk melahirkan rasa cinta, tapi some parts are better kept unseen! Errr...banyak tempat lain lagi boleh digigit.


Untuk wanita, kalau nak gigit suami, pastikan di bawah collar line ye! Dan untuk suami yang isterinya freehair, errrrrrr.......elakkan di leher. Carilah tempat lain seperti di dada ataupun di tempat-tempat lain yang sukar untuk dilihat oleh orang ramai. Sekali lagi Fendiosman ulangi, yaaaaa....hubungan suami isteri ni halal. Tapi yang dalam kelambu tu eloklah ditinggalkan dalam kelambu. Biar kelambu saja yang menjadi saksi....


Tapi untuk yang dah terlalu ganas pada malam harinya dan apabila bangkit dari kamar, dan menyaksikan kesan gigitan cinta sebelum pergi ke pejabat. Jangan khuatir. Pelbagai kaedah boleh digunakan untuk menghilangkannya.

Masukkan sudu ke dalam freezer, dan apabila sudu sudah cukup sejuk, tekapkan sudu yang sejuk ittewww ke tempat yang terkena gigitan cinta. Ulang beberapa kali sehingga tanda itteww hilang.

Ataupun, anda boleh gunakan halia dan bawang putih (kedua-duanya panas), gosokkan sehingga hilang tanda ittewww. Tapi yang ni lambat nak memberi kesan.

Yang lebih elok........................toksahlah dok buat gigitan cinta itu di tempat yang boleh dilihat. Kalau anda sayangkan pasangan anda, janganlah malukan dia dengan kesan-kesan sedemikian rupa.  Kesiaaaan dia nak kena cover muka kalau terkena! Malu ehhhh!  Tapi, kalau dah teringin sangat, Fendiosman taktau nak kata apa lagi dah la....this is just part of my grooming lesson! Wallahua'alam!

5 comments:

ida said...

Entry saudara ni mcm x appropriate to publish tp mmg contentnya ada betulnya jugak. cuma saya fikir, pics yang kurang sopan, harap dikurangkan. takut2 mengundang dosa.

saya sentiasa baca entry saudara, cuma this is the first time saya komen. harap maaf jika tersinggung dgn teguran ini

Adi Osman said...

thanks ida
well, sometimes, kita lupa benda2 yang macam ni nampak remeh, tapi amat menimbulkan ketidakselesaan kepada yang melihat.

niat saya hanya untuk memberitahu. Mungkin ada yang tersinggung dengan gambar yang diletakkan. But for me, nothing wrong with the gambar.......just sebagai hiasan saja...

Syiera said...

Salam En Fendi,

Selalu juga saya singgah2 sini tengok tmpt percutian En Fendi ni..byk info ..:)

On this matter, its a true facts..no harm done. Sekali sekala manusia ni kena sedar dgn kesalahan sendiri..hehehe.

Adi Osman said...

syiera

heh.....mekaseh membaca blog ini
teruskan membaca ya
kalau bersawang tu mahap la......kadang2 tu bizi. sori sesangat

Angah said...

setuju!!!