Saturday, May 28, 2011

KEJAT? KEJANG? KEJUNG?

Heh....lama tak menulis, sampai peminat-peminat semua bersuara suruh update blog yang separa bersawang ni. Bukanlah Fendiosman sengaja, cumanya kehidupan sekarang ni penuh dengan kesibukan dan kebizian. Dari satu tempat ke satu tempat. Hidup senantiasa mengheret beg untuk melaksanakan tugas, tak kira di dalam ataupun di luar stesen.

Hari ni Fendiosman nak cakap sesuatu yang ilmiah sikit la kot. Berdasarkan situasi semasa yang telah diumumkan oleh YAB Perdana Menteri mengenai LEAN CIVIL SERVICE ataupun dalam Bahasa Malaysia yang ditulis oleh Jaypeeyay itu adalah PERKHIDMATAN AWAM YANG KEJAT (I wonder who drafted the letter) KEJAT?

Well, forget about the KEJAT word. Tapi kita nak cerita bagaimana ke'lean'an saiz perkhidmatan awam ini dapat menyumbang kepada penjimatan yang banyak di pihak kerajaan.

Sekarang ni, dah jadi amalan, asalkan ada dapat TUGASAN baru, mulalah nak mintak perjawatan lebih. Kira dah macam amalan la. Dapat satu TUGAS, ada dedicated person yang kononnya nak membuat sesuatu pekerjaan tu. Dan seiring dengan perkembangan bidang tugas jugak, maka ramailah pula yang demand nak naik ke jawatan tinggi. Asal dapat tugas lebih walaupun buat event saja, tetap jugak nak diletakkan di Jawatan Utama Sektor Awam. Tak dapat guna cara biasa, guna cara luar biasa. Hakikatnya, benda-benda yang melibatkan pertambahan jawatan atau naiktaraf jawatan ni sememangnya meningkatkan kos perbelanjaan dan emolumen yang perlu disediakan oleh kerajaan.

Sebagai contoh, satu agensi A, yang kerja sepatutnya melaksanakan A, tapi sebab suka tayang muka depan orang ramai, maka bos agensi A suka sangat ambil kerja orang. Jadi dia dapat kerja A++ la. Dan sebab kerja A tu dah menjadi A++, makanya rasalah tak cukup masa nak buat kerja hakiki. Bila dah jadi macam tu, mulalah rasa beban kerja bertambah, dan mulalah nak mintak upgrade jawatan.

Teorinya macam domino la. Naik atas, sah-sahlah kena besarkan jugak di bawah. Satu naik di atas, maka berbondong-bondonglah lagi jawatan naik di bawah untuk disesuaikan saiznya dengan beban kerja jawatan yang ditambahbaik itu. Banyaklah jawatan baru perlu diwujudkan. Secara tak sedar, kita sebenarnya meningkatkan perbelanjaan kerajaan. Tu belum kira duduk hotel mahal lagi, cenderamata untuk setiap acara lagi, kos keraian majlis-majlis yang dianjurkan lagi! Kadang-kadang Fendiosman rasakan tersangatlah tak relevan. Contohnya, nak lancarkan buku yang layak dipanggil jurnal saja tu, dah habis dekat 25 ribu ringgit. Makannya, hadiahnya, penarinya. Hasilnya? Rasanya buku Tun Mahathir yang MPH jual tu pun tak memakan kos sebesar kompilasi jurnal itu.

Tapi apa pun, memang Fendiosman rasa langkah yang diperkenalkan untuk menghasilkan perkhidmatan awam yang KEJAT ni amatlah perlu. Fendiosman pernah diberi peluang ke Jepun, dan menyaksikan saiz perkhidmatan awam di sana yang berjumlah kurang dari sejuta untuk mewakili keseluruhan rakyat seramai 80 juta. Kebanyakan perkhidmatan adalah diswastakan, dan perkhidmatan awam hanya melibatkan PENTADBIRAN sahaja. Mungkin ada buruknya, dari segi peluang pekerjaan yang berkurangan terutamanya di kalangan rakyat yang berpendapatan rendah, tapi hakikatnya, bila saiz perkhidmatan awam ini dikecilkan, sudah pasti yang bekerja dalam sektor awam itu diberi jaminan pendapatan yang lebih stabil, dan peluang mendapat bonus yang setimpal pada setiap tahun itu lebih cerah.

Still, rakyat Malaysia masih dimanjakan dengan aktiviti spoonfeed dari segenap sudut. Nak itu nak ini, semuanya dengan bantuan kerajaan, memang nampak gayanya sampai ke sudah negara akan mengalami defisit yang tinggi. Fendiosman berpendapat, wajar diKEJATkan saiz perkhidmatan awam sebagai langkah mengurangkan perbelanjaan. Secara tak langsung, duit yang dijadikan emolumen penjawat awam tu boleh diarahkan ke projek pembangunan yang dapat membantu menjadikan negara sebagai negara berpendapatan tinggi.

Errrrrrrrrrrrr..this is just my humble opinion. Mungkin ada yang bersetuju, dan mungkin ramai lagi yang tak bersetuju. Tapi pada pendapat Fendiosman, sesuatu yang dilakukan tu sememangnya dah dikaji dalam satu tempoh masa yang lama sebelum diumumkan. Cukuplah tulisan ilmiah Fendiosman ni. Sesungguhnya Fendiosman tak reti sangat buat cerita-cerita yang kena ada data empirikal. Jadinya, sebelum melencong jauh-jauh, baiklah berhenti dulu!

4 comments:

nishashburn said...

encik fendi osman, saya bersetuju dengan pendapat tuan tersebut.. berkenaan perkataan kejat tersebut, saya dimaklumkan bahawa perkataan KEJAT digunakan (instead of kejap, which happens to fit the situation) adalah kerana ianya bertujuan bagi mengelakkan berlakunya 'mockery' daripada pihak2 berkenaan yang akan menggunakan perkataan KEJAP tersebut bagi mempersendakan usaha2 kerajaan ini... ie: kerajaan kejap? kejap ada kejap takde kerajaan ni... contohnya... sekian, terima kasih :)

Adi Osman said...

hahahaha
saya rasa kelakar la dengan pernyataan anda

boleh je kan kalau maintain dan italickan perkataan LEAN ittewww memandangkan takde perkataan yang sesuai untuk menggambarkan maksudnya dalam bahasa melayu

nishashburn said...

yaaaaa... itulah yg terbaik sekali sebenarnya.. tapi oleh kerana hendak memelayukan jugak istilah tersebut (plus, politicians pun sibuk nk memperkenalkan istilah baru jugak2) that's why diadakan jua perkataan melayu bagi menggambarkan pelaksanaan tersebut.. gamaknye lah ;) hehehe!

AJ said...

Adakah bermaksud golongan pekerja kontrak seperti di BTN tuh akan terancam tuan? (kt BTN tuh walaupun kontrak, tp insyaAllah smpai 20-30 thn dok kontrak situ la..x tetap2..naya depa)

Boleh tuan beri pendapat mengikut kependetaan tuan..hehe