Friday, May 06, 2011

Suntanning by the seashore..........


Setelah puas Fendiosman habiskan masa berlingkar di atas katil untuk malam yang terakhir, Fendiosman berjemur buat kesekian kalinya menikmati vitamin D di tepi pantai. Waktu awal pagi sebegini tak ramai sangat orang yang minat nak berjemur.


Matahari memancar dengan indah nampaknya! Harapnya cerah sampai ke petang supaya penerbangan pulang tak bergegar-gegar di awan nanti!


Dan....tatkala orang semua berpareo, berswimming trunk untuk berjemur, Fendiosman berpelikat ya murid-murid!  Though some people said pelekat hailed from India, but it has been assimilated as Fendiosman's part of culture. Jadinya, kenapa nak segan dak? Pakai je la. Bukan mendedah-dedah pun! Yang penting, air-cond dari bawah dapat memasuki ruang-ruang yang tersembunyi!


Sesungguhnya menikmati sinaran mentari pagi amat mempersonakan. Kata orang boleh mencantikkan kulit! Tu kata orang la, yang Fendiosman tau, Fendiosman berjaya rentung setelah pulang ke tanah air!


Setelah Fendiosman rasakan tona kulit yang dikehendaki berjaya dicapai, Fendiosman bingkas bersarapan bersama seekor burung yang turut berkongsi roti yang Fendiosman makan. Lebih menyeronokkan, burung ni berkicau kegembiraan selepas kekenyangan! How nice..........


Selesai bersarapan, sementara menunggu waktu untuk berkemas, apa kata update blog Fendiosman dahulu. Kata internet percuma tanpa had kan...........guna je la!


Sewaktu mengemas barang kelmarin, Fendiosman temui baucer yang telah diberikan sewaktu check-in untuk urutan di spa dengan percuma. Hampir Fendiosman terlupa dengan baucer tersebut yang termasuk dalam pakej yang Fendiosman tempah. Makanya, segeralah Fendiosman buat tempahan untuk sesi urutan ala Thai sebelum meninggalkan Samui.


Spa hanya terletak berdepan dengan bilik Fendiosman. Tak perlu berjalan jauh pun!


Sesi urutan pula dibuat di laman spa! Tak perlu muzik, hanya kicauan burung dan bunyi ombak. Memang mendamaikan.


Sesi ni tak perlukan kita untuk membuka pakaian. Cukup sekadar memakai Pagoda dan seluar urut yang dibekalkan oleh spa. Thai Massage tak pakai minyak ye murid-murid. Hanya lipat-lipat dan keriuk-keriuk saja yang dibuat.


Memang sedap, sampai terlena dibuatnya!


Tak sedar pun sejam dah berlalu! Tau tau je dia dah suruh Fendiosman bangun!

"Sirrr....finishhhhh"


Tamat urusan terakhir, Fendiosman bersiap untuk ke Lapangan Terbang. Buat kali terakhir, posing di laman hotel yang mengasyikkan itu!


Tiba di Lapangan Terbang Samui, kaunter dah dibuka untuk mendaftar penerbangan yang Fendiosman naiki itu! Kata awek di kaunter, flight pada hari itu full ya......


Rasa macam nak naik Twin Otter di Sarawak pulak dengan ada penimbang macam ni!


Farewell photo katanya.....


Balai perlepasan Samui Airport ni sangat comel!


Ada makanan percuma untuk semua penumpang.....kata Ustazah Salmariah, macam kantin di Sekolah Jalan Kolam Ayer! Hebat sungguh kantin sekolah Ustazah Salmariah.

Tapi takde la nasik campur, takat kuih-kuih ringan je!


Hmmm...time to say gudbye to Samui. The plane arrived on time, and soon I was already in front of the plane steps.....


Eh? Malaysia Airlines lagi?


Tapi, bila duduk bersebelahan matsaleh bau hapak dan badan berbau Chivas yang kuat sangat menyeksakan ya!


Hanya sebiji karipan sejuk yang menjadi hidangan untuk penerbangan selama 2 jam ini ya!


Walaupun karipap sejuk, dah cukup untuk mengenyangkan. Lebih kenyang lagi dengan pengalaman indah yang Fendiosman perolehi di Samui. Kalau ada rezeki, pasti Fendiosman akan jejakkan kaki lagi ke sana nanti!

No comments: