Penat sangat mendaki, memanjat, merempit, Fendiosman putuskan untuk bersantai di tepi pantai sambil menghirup bau laut yang menyegarkan di samping mencuci mata yang keletihan.
Macam-macam gelagat boleh diperhatikan. Rata-ratanya matsaleh yang bersantai sambil menikmati Chang Beer yang terkenal di Thailand itu. Dengan cuaca yang terik, ditambah pula dengan angin sepoi-sepoi bahasa, duduk melepak di tepi pantai menjadi satu pengalaman yang menyeronokkan.
Lebih-lebih lagi jika pemandangan indah tersaji di depan mata.
Diselang-seli pula dengan penjaja yang menjual barang-barang seperti pareo dan kain lilit. Tapi tak la ramai macam pantai kat Bali nun. Semua orang sibuk nak menjual!
Kaki dah bersisik, macam nak naik kematu pun ada. Apa lagi....sambil meniarap, kita buat lah sesuatu yang menyeronokkan!
Heh, footscrubbing la! Ditambah pula dengan manicure dan pedicure! Ditepi pantai lak tu! Tapi first time buat footscrub sambil meniarap. Hiksss...
Makcik ni la yang buat scrubbing. Bila Fendiosman bagitau Fendiosman orang Malaysia dan muslim, terus dia bagi salam.
"Assalamualaikum, I Mariam.......muslim"
"Here food halal, everything can eat"
"Here food halal, everything can eat"
Teruslah dia kruk kruk kaki Fendiosman dengan gigih! Beliau kagum dengan kaki Fendiosman yang comel bersaiz 5.5 itu! Mrasa kaki kecik badan besar! Sakit hokkehhhh!
Dari kaki, ke tangan pula. Sekali lagi tangan Fendiosman pula menjadi sasaran pujian.
"Sirrrr.....your skin soft. Very nice......beautiful sirrr!"
Ahhh...Fendiosman berasa di awang-awangan seketika. Semalam kena puji kulit muka, kening segala. Hari ni tangan pulak.
Selesai semua......Fendiosman amat berpuas hati dengan servis kruk kruk yang diberikan. Dok tak dok, rupanya waktu pun dah hampir lewat petang.
Masa untuk menikmati makan malam. Katanya di Hua Thanon ada restoran muslim yang lazat.
Merempit barang seketika, tibalah di kedai ini yang menjual makanan laut segar. Kira-kira 15 minit dari hotel melalui jalan yang berliku dan mencemaskan sebab orang Samui bawak moto macam pelesit. Lebih kurang orang Malaysia la jugak di sini.
Tempatnya, sebelah dengan masjid yang Fendiosman kunjungi hari sebelumnya.
Di sini, boleh la bertutur bahasa Melayu. Untuk pengunjung bajet, di restoran ini ada juga disediakan penginapan ala kampung untuk mereka yang nak merasai kehidupan di perkampungan nelayan. Dengan harga serendah 450thb semalam, anda akan dapat bilik berhawa dingin beserta katil yang empuk dan selesa. Ni untuk mereka yang kata Samui ni mahal la kan.....
Minuman yang ada pun macam kat rumah di kampung!
Menunya pelbagai, dan Fendiosman direkomenkan sotong masak stim yang sangat mengecurkan air liur. Kata pemilik kedai, sotong tu baru saja dinaikkan ke darat kira-kira sejam yang lalu. Amat segar ya murid-murid!
Dan sekali lagi Fendiosman membuat pendosaan sebab memakan karbohidrat!
Licin ya murid-murid.......memang sah bila balik Malaysia kena gigih bersenam semula. Rasa bersalah tu amat sangat walaupun sotong tadi tiada tolok bandingannya. Sotong kat restoran Rosdet Kampng Baru pun tak sedap macam sotong di sini! Heh.........
Malamnya, Fendiosman malas nak berpeleseran tak tentu hala di Chaweng. Fendisoman penat, ngantuk dan sebagainya setelah seharian bereksplorasi sekeliling pulau. Perlukan rehat yang cukup sebelum berangkat pulang ke tanah air esoknya!
No comments:
Post a Comment