Puas merehatkan diri bersama-sama gajah, Fendiosman membuat keputusan untuk merempit mengelilingi pulau. Mengikut bacaan Fendiosman, terdapat kira-kira 50km jalan di laluan utama sekitar pulau tidak termasuk lorong-lorong kecil.
Fendiosman singgah sebentar di Hin Lat, sebuah lagi air terjun di Samui.
Tapi di sini tak seindah Namuang! Dan jika dibaca dengan teliti, untuk menikmati pemandangan yang indah, kena hiking lagi 2 km ke dalam. Tadi mendaki, ni nak suruh masuk ke dalam lagi 2 km? Ohhhhh tidakkkkkk
Kata pengunjung di situ, Hin Lat ni adalah kawasan rakyat tempatan berkelah bersama keluarga. Kalau di Namuang tu kena mendaki tinggi, takde yang nak bersusah payah mendaki bawak mangkuk tingkat bagai!
Cukuplah setakat menjejakkan kaki! Untuk rileks, rasa serabut pulak dengan rakyat tempatan yang menikmati kesejukan air terjun itu sambil menikmati hidangan yang dibawa.
Sedar tak sedar matahari dah tegak atas kepala. Cuaca makin panas, dan kulit Fendiosman rasa macam makin terbakar. Fendiosman singgah sejenak di Ban Nathon untuk menikmati seketika suasana Pusat Pentadbiran di Koh Samui ini.
Kalau guna jalan darat dari Padang Besar ke Surat Thani, feri akan berhenti di Nathon Pier bagi pengunjung yang menggunakan jalan laut untuk ke Samui.
Perut dah berkeroncong, terjumpa pula restoran Halal ini setelah bertanya kepada peniaga ikan beragama Islam di Nathon.
Inilah nama restorannya! In case anda tersesat dan mencari-cari restoran tersebut.
Berhadapan dengan laut lokasinya. Sekali lagi, makan sambil disapa bayu laut yang mendamaikan. Mrasa ayat novel Alaf21. Hiksssss....
Menunya, typical thai meal.....tapi, chicken ada, hicken ada, chiciken pun ada! Macam-macam adaaaaaaaaaaaa!
Tapi sebab nak cepat, dan ingin kembali ke pangkal jalan setelah makan nasi. Makanya Fendiosman memilih untuk menghirup tomyam udang yang lazat itu saja. Sekali lagi, tomyam yang dihidang gagal mengecewakan Fendiosman. Udangnya meriah dan segar! Fendiosman kira ada 14 ekor udang di dalam mangkuk tomyam yang berharga 800thb itu!
Sungguh nikmat!
Sesudah menjamu selera, Fendiosman sekali lagi mendamaikan fikiran dengan melihat laut yang terbentang luas di depan mata.
Perjalanan diteruskan pulang ke tempat penginapan dengan cuaca yang sangat terik dan badan yang keletihan. Cookies and coffee yang disediakan di Hospitality Lounge itu amat sesuai dinikmati tatkala suasana sebegitu untuk menyejukkan badan setelah bermandi sinaran matahari yang mencengkam.
No comments:
Post a Comment