Mujurlah perasaan kecewa itu ditenangkan dengan kemudahan istimewa di hotel. Di tempat penginapan ini, terdapat satu ruang yang dinamakan Hospitality Lounge yang menawarkan tempat untuk tetamunya berehat sementara menyambung ke aktiviti yang seterusnya.
Kalau bangsa yang jenis kiasu, mesti duduk kat sini lama-lama.
Kat sini ada minuman dan snek percuma. Tapi....kat sini takde pun pengunjung yang bersidai. Kalau la kat Malaya ada benda macam ni, kan best! Cumanya takut ramai yang bukan pengunjung pun tetiba jadi pengunjung sebab ada kemudahan macam ni.
Boleh juga baca buku....disediakan satu almari buku untuk bacaan terutamanya untuk peminat novel tegar. Tapi usahlah kau cari novel Norhayati Brahim ataupun Sharifah Abu Salem. Memang takde la kat sini!
Ataupun, boleh juga rileks sambil baca suratkhabar. Takde berita lain sepanjang kunjungan Fendiosman, balik-balik cerita Kate and William. Yawnnnnnnnnn!!!!
Boleh tahan lama jugak la menunggu bateri siap. Sebab masa dah betul-betul terganggu, Fendiosman merempit ke sebuah spa untuk membuat rawatan muka. Facial katanya!
Terharu sat bila waktu rawatan tu si pembuat facial memuji complexion Fendiosman yang halus mulus tanpa jerawat dan frowning yang biasanya sudah timbul tatkala usia mencecah 3 series. Rasanya dia propah je tu, tapi cukuplah untuk menaikkan lagi seri muka Fendiosman. Hiksssss! Tu blom kira dia puji kening Fendiosman yang tersusun rapi lagi tu.....memang kembang la lubang idung! Kening saya ori ya, tak perlu lukis pakai celak seperti pontianak! Syukur Alhamdulillah.
Selesai rawatan muka, matahari pun dah terbenam. Masa untuk makan malam..........
Seperti yang Fendiosman ceritakan, kat Samui ni usah khuatir dengan tempat makanan yang halal. Insya Allah anda akan ketemu di setiap kawasan pelancongan. Sekurang-kurangnya satu kedai. Tapi, jangan la nak order yang bukan-bukan. Memang limited la....
Menu makan malam adalah tomyam. Bukan tomyam sampah seperti di kedai tomyam di Malaya yang dipenuhi serai dan bawang ya murid-murid.
Dan Fendiosman melanggar pantang buat kesekian kalinya lagi...............NASI YA....KARBOHIDRAT!
Dari acara melanggar pantang, Fendiosman ke Chaweng Town untuk berlibur barang seketika. Jalannya tak sesibuk Kuta ataupun Legian, jauh lagi kalau nak dibandingkan dengan Bukit Bintang. Tapi susahla nak jumpa orang Malaya.
Ada juga tempat soping ole-ole. Fendiosman buat sedikit kerosakan di sini. Ala...biasa la, fridge magnet adalah benda wajib yang kononnya menjadi trend masa sekarang. Mrasa.....
Dan juga ufti kepada adik Fendiosman yang menyimpan rahsia besar kunjungan Fendiosman ke mari dari pengetahuan Toh Puan.
Oh...di sini juga terdapat pelbagai jenis makanan yang disajikan.
Majoritinya yang tidak halal la. Namanya kedai seafood, tapi tetap jugak ada menatang ni tergolek atas skewer! Setiap penjuru ada ye!
Tapi jangan khuatir, ada juga yang halal. Seperti thai roti ini. Bendanya terdapat di merata-rata tempat di Chaweng. Dan semunyanya didominasi oleh peniaga dari India dan Bangladesh.
Apa? Thai roti?
Kalau dah dia ni yang buat, THAI kebendanya? Propah la sangat. Terus Fendiosman feeling-feeling kekwat.
"Thai roti aur chennai roti?" Tudiahhhhh...cakap hindi piulaaaa
Terus dia tersenyum kelat...dan mengakui bahawa benda tersebut adalah Chennai Roti. Murid-murid, ROTI CANAI YE......
Tapi....lain dari yang lain! Served with maple syrup. Ada juga with honey, with nutella, dan lain-lain perasa yang menyukarkan kita untuk menolaknya.
Begitulah yang terjadi kepada Fendiosman......tapi kena la tunjuk muka bersalah! Baru la berperasaan sikit.
Hmm...ada banyak kelab-kelam malam yang beroperasi di sini. Satu je pesan Fendiosman, untuk soping, kalau anda datang siang-siang, kedainya memang tutup kerana kehidupan di Ban Chaweng ni hanya bermula pada jam 5 petang hingga 3 pagi.
Show kabaret pun ada. Show bogel-bogel macam di Patpong pun ada. Cumanya tak la semeriah di Patpong yang menjadi pusat penternakan aktiviti seperti itu!
Yang pasti, the night will never end at Ban Chaweng. Cumanya awas, ada ramai Transvestite, Money Boy dan Cur yang kerja shift malam yang sentiasa minat dengan poket anda. Dan mereka juga sangat agresif. Jadi......................hati-hatilah ya! Semoga anda sentiasa dilindungi daripada kejahatan! Amin!
3 comments:
Ada beli baju putih tu bersize "S" tak?
Woohoo...lamanya teman idak membaca blog mu...ate sebelum nih BTM dah blocked blog kamu nih...tapi blog lain ada jek yang tak diblocked..mungkin sebab blog kamu berunsur explic** oooppsss hiburan gamaknya...
terpaku teman tgk hotel yang cantik itew...berapa gamaknyer harga untuk penginapan semalam....terasa macam diva sajork layanan yang diberikan itew...
Heyyyyy, aku akan bg link blog ni pada mamamu. Maka sebelum ku tunaikan hasratku itu, baik mu bagi ufti kat aku jugak!
Post a Comment