Takpalah....untuk siri lawatan seterusnya ke mana-mana destinasi, nanti Fendiosman akan cuba masuk ke tempat-tempat macam ni. Rasanya dalam masa terdekat ni ada kot? Tapi ke mana pulak tatau?
Dalam kesibukan menerokai Old Istanbul tu, travel partner Fendiosman tetibe mengidam nak makan Gozleme. Dari satu kedai ke satu kedai makan, dari pintu ke pintu di Grand Bazaar (kena masuk semula sebab ada barang yang tak dibeli lagi di samping menghasut mereka yang tidak membeli barang untuk menghabiskan wang mereka), letih mencari. Memang ngalahkan wanita mengandung anak sulong yang mengidam.
Akhirnya.....
Ketemu juga kedai menjual Gozleme. Tapi Gozleme makcik ni jual tak sesedap di Ankara pasal dia dah pre-cooked. Agak keras...
Kata partner Fendiosman, yang penting dapat Gozleme! Tadi dah mentekedarah ikan. Ni sumbat lagi Gozleme. Mujurlah masa berselang beberapa jam selepas makan ikan. Kira ikan dalam perut sempat berenang turun la dulu...
Tapi memang cukup untuk menegangkan perut! Sengkak kata orang Kedah.
Abis acara mencekik buat kali kedua, kami ulang kunjung ke Spice Bazaar untuk meninjau buat kali terakhir. Kaedahnya kami nak minum teh free kat kedai abang Salvadore yang kami serbu semalam!
Ehhh, tu bukan Nina Juren pelakon terkenal dulu tu ka? Barangkali beliau bersiar-siar bersama suami tercinta! Lama sungguh tak dengar perkhabaran artis yang sorang ni kan?
By the time kami keluar dari Spice Bazaar, hari memang dah gelap dan cuaca makin sejuk. Sebab dah takde tempat yang nak dituju, Fendiosman tamatkan sesi lawatan hari terakhir dan terus pulang ke bilik penginapan untuk mengemas barang-barang.
Pagi Sabtu, sebelum berlepas pulang, aktivitinya hanyalah melingkar di atas katil sepuas-puas hati memandangkan risiko untuk tidak dapat tidur dalam pesawat amatlah tinggi. Penerbangan pulang berlepas jam 3 petang. Jam 11 pagi, Fendiosman mendapatkan tram untuk ke Ataturk International Airport.
Dalam masa lebih kurang sejam, Fendiosman tiba di Ataturk International Airport dan terus ke kaunter mendaftar masuk. Kata staf MAS, penerbangan pada hari tersebut adalah penuh, dan overbooked! Namun begitu, sebab Fendiosman pergi atas tiket redeem enrich, silalah lupakan hajat untuk dihapgred seperti bonda Phachat sewaktu beliau membuat lawatan ke Istanbul dulu. Mujurlah Fendiosman dapat tempat duduk yang diminta ketika menempah tiket dulu!
Seperti biasa, Fendiosman membuat tinjauan ke Exec Lounge di Istanbul.
Sendu sajjah lounge ini!
Untuk pemegang Kad Emas, boleh masuk free. Tapi kalau ada kawan-kawan nak ikut, kena bayar 50 dollar ye murid murid! Tak berbaloi dengan perkhidmatan yang ditawarkan.
Sementara menunggu pesawat berlepas, Fendiosman membuat sedikit lagi kerosakan terhadap matawang yang masih berbaki!
Dan inilah hasilnya......tapi harganya murah jika dibandingkan dengan harga di KLIA. Masih untung la di situ.....
Seperti yang dikata, memang sepenuh-penuh ummat yang akan ke Kuala Lumpur menaiki penerbangan itu!
Inilah burung yang membawa Fendiosman pulang.....setelah hampir 11 jam mendengar tangisan bayi yang tak reti diam, dan bapanya yang berdengkur langsung tak ambik pot anak dia menangis, serta ibunya yang kusut mengawal lagi 3 anak yang terbang bersama, Fendiosman selamat mendarat di KLIA. Mujurlah layanan MH yang Fendiosman terima, (sekali lagi Fendiosman diajukan soalan yang sama....U NI CREW KAN?) membuatkan rasa hangin nak baling bassinet itu dapat dikurangkan.
Untuk Muhammad Hazam dan isteri, Ainol Zuhaida serta anak-anak Jasmine & Dahlia di Cairo, Fendiosman ucapkan berbanyak terima kasih kerana sudi menerima kunjungan Fendiosman. Walaupun dalam keadaan kelam kabut mengurus kegawatan semasa yang berlaku, namun Fendiosman tetap dilayan dengan sempurna tanpa cacat cela. Paling penting, misi untuk menziarahi pusara ayahanda Fendiosman di sana dapat dicapai.
Untuk Mohd Nor Azrin dan isteri, Iza Karmila serta anak mereka, Annur Zulaikha yang bambam ittewwwww.......pun Fendiosman rakamkan ucapan terima kasih tak terhingga. Walaupun periukmu hangus sebab memasak, tapi kegigihan kamu semua melayan dan menerima terjahan Fendiosman amatlah Fendiosman tidak dapat lupakan. Ada rejeki Fendisoman pergi lagi. Provided korang posting kat tempat lain la pulak. Mana tau dapat cross posting ke....hiksss
Tamatlah siri jalan-jalan Fendiosman pada kali ini. Heh....kerosakan keseluruhan yang Fendiosman buat adalah.......cukuplah sekadar menyatakan yang Fendiosman mengikat perut pada bulan ini. Heh..............paling penting, pengalaman yang dapat ditimba itu amatlah bermakna dan mengajar Fendiosman erti kehidupan di tempat orang. Jauh perjalanan luas pandangan!
No comments:
Post a Comment