Wednesday, March 23, 2011

Si Jubur Limpah....

Kata orang, hidup ni memang ada karmanya. Perbuatan baik, dibalas dengan perkara yang baik. Perbuatan yang jahat, dibalas balik dengan perkara yang jahat.

Agaknya perkara itu pun berlaku pada Fendiosman. Satu masa dulu, Fendiosman pernah berkata kepada seorang sahabat yang badannya adalah seperti spongebob. Petak bentuknya!

Dan perkara tersebut terjadi pula kepada Fendiosman apabila Fendiosman ditegur oleh CC Fendiosman di pejabat.

"Encik Tariq dah gemuk. Tak smart lagi dah. Berpetak bentuknya"

Kalau sekali takpe ye murid-murid. Ini tiga kali........

Fendiosman pun sudah menjadi Jubur Limpah nampaknya. Bontot sudah pun melebar, perut pun sudah membesar bagai johan. Fendiosman gagal dalam usaha mengekalkan bentuk badan. Seluar sudah mengetat, dan baju mula menjadi slimfit semuanya.

Igauan ngeri mula melanda. Fendiosman takut tengok cermin. Fendiosman jugak takut mengambil gambar. Hanya dalam angle yang tertentu saja gambar Fendiosman dibenarkan. *konon perasan Mariah Carey la ni.

"Mirror mirror on the wall.......who is the fairest of them all?"

Apa? Perempuan Kening

Tudiaaahhh...marasa off topic sebentar. *matila emo seketika!

Baiklah....Fendiosman kembali kepada keadaan diri Fendiosman. Kebelakangan ini, Fendiosman ditegur di merata-rata tempat dan kebanyakannya mengatakan bahawa Fendiosman memang GEMUK ya murid-murid. Sudah tidak mengekalkan kejelitaan semulajadi seperti satu masa dulu!

Jadi, apabila ditegur berulang kali sedemikian rupa, haruslah membuat perubahan drastik kepada bentuk tubuh ini. Pinggang yang sudah membesar itu, haruslah dikecilkan semula demi membolehkan bentuk badan yang lebih menarik serta menyihatkan kembali badan ini.

Serta merta Fendiosman hentikan pengambilan karbohidrat yang berlebihan. Hidup tanpa nasi, mee, mihun, kueteow, mahupun roti serta buah-buahan. Strict protein diet. Sumber untuk pelawas? Sayur-sayuran kan ada. Setakat ni, walaupun dugaan makanan berdosa tu banyak, tapi....syukur dengan self determination yang kuat, Fendiosman mampu melawan nafsu makan Fendiosman. Banyak lagi benda yang boleh dimakan. Ada daging, ayam, ikan yada yada yada yada.........

Senaman pun kembalilah dibuat dengan gigihnya. Ya...hari-hari Fendiosman naik turun tangga di Tasik Perdana itu selepas waktu kerja. Demi mendapatkan kembali badan yang stabil. Kenapa stabil?

Yaaa...sebab berat badan yang berlebihan dan saiz kaki yang kecil, (mind me, saiz kaki Fendiosman adalah saiz 5.5 saja ye) Fendiosman menghadapi masalah tumut yang retak yang agak serius. Jadinya kenalah menguatkan azam sebab dah malu nak bukak kasut depan orang ramai sebab keadaan kaki yang sungguh huduh!

Jadi setelah hampir 2 minggu lebih hidup tanpa karbohidrat berlebihan, Alhamdulillah Fendiosman berjaya membuang 6kg. Alang-alang dah turun, baik kita turunkan lagi dak? Jadi misi pembuangan lelemak di badan akan dibuat dengan jayanya. Tak kisahlah kalau tak sentuh nasi pun! Kalau Fendiosman berjaya quit smoking dah lebih setahun, takkan la pulak yang ni pun masalah? Semuanya teletak kepada self-determination masing-masing.

Ada la jugak Fendiosman ambil makanan sampingan selain dari kedua-dua aktiviti itu. Nantila ye, kalau dah berjaya, Fendiosman akan ceritakan bagaimanakah Fendiosman lalui hidup tanpa karbohidrat berlebihan ini. Semoga azam Fendiosman ini bukanlah menjadi asam saja. Harap Fendiosman akan cekal untuk mengharungi perkara ini dengan jayanya. Berusahalah!

6 comments:

TANPANAMA said...

pergh..2 mggu turun 6kg?cayalah...

Baiti Mustafa said...

pls do share with me cemana hang turun 6lg in 2 weeks. aku nak shed 20 kilo ni!

Adi Osman said...

baiti
seperti yang tertera dalam posting
no carbs ya...

are u familiar with atkins diet?

Chik Att said...

memang kuat mental... CA tak jumpa nasi macam .. tak sempurna hidup

united ARAB emirates said...

berusahalah!!!

nishashburn said...

iuh... pakai atkins ker? tahniah uols!