Setiap orang mesti ada hobi mengumpul. Kalau waktu kecik dulu, hobi mengumpul setem adalah yang paling glamer. Ada jugak yang kumpul mainan, ada yang suka kumpul syiling, macam-macam la benda yang dikumpul. Sampailah tua, ada jugak yang masih mengumpul. Macam nenek Fendiosman, suka sangat kumpul bunga telur orang kawin, sampai semak rumah dia yang dah tak berpenghuni tu! Haishhhh.....
Fendiosman pun ada jugak hobi mengumpul ni. Selain kapal terbang yang pernah Fendiosman paparkan beberapa tahun dulu, Fendiosman jugak ada satu lagi hobi yakni mengumpul shotglass. Memandangkan sekarang ni ada kempen menggunakan bahasa kebangsaan, jadi shotglass itu Fendiosman alih suarakan menjadi Gelas Tembak.
Mari kita lihat gelas-gelas tembak Fendiosman....
Satu......
Dua.......
Dan tiga.....ini dari Kafe Batu Keras di seluruh dunia!
Haaaaa.....total gelas tembak yang Fendiosman ada sekarang ni hampir mencecah 80 biji.....
Gelas-gelas ni ada yang dibeli sendiri, dan ada yang dihadiahkan oleh teman-teman yang berkunjung ke luar negara.
Dalam banyak-banyak koleksi yang Fendiosman miliki tu, ada beberapa yang menarik hati Fendiosman dan menyimpan kisahnya tersendiri.
Yang ni.....dihadiahkan oleh Miss A Cup sewaktu berkunjung ke Korea. Fendiosman suruh dia dapatkan gelas tembak yang lain, tapi beliau kurang pasti apakah itu gelas tembak. Jadi........setelah Fendiosman bagikan sedikit gambaran, itulah hasil yang dapat diberikan. Gelas ini adalah gelas orang Korea bermabuk-mabukan....
Yang ini pula.......pemberinya dah tiada lagi di dunia ini. Hadiah yang mengingatkan Fendiosman kepada pemberinya, Mendiang Wellingon Ngelambong. Fendiosman tak suruh pun beliau beli, tapi memandangkan beliau mengetahui yang Fendiosman gilakan gelas tembak, sewaktu berkunjung ke Vienna, beliau belikan ini sebagai cenderamata kenangan buat Fendiosman. Setiap kali Fendiosman melihat ke arah gelas ini, memang Fendiosman akan kenangkan Mendiang yang merupakan pembaca setia blog Fendiosman ini. Wellingon, may your soul rest in peace! God Bless.....
Haaaaaa, ini pula unik. Biasanya gelas tembak ni digunakan untuk minum tequilla, sejenis minuman beralkahol yang sangat pekat dan keras. Tapi.......di Arab Saudi, depa minum apa dalam gelas tembak ya? Ini hadiah daripada teman yang berkhidmat di Riyadh dalam program penyuburan bersilang (best kan kalau alih suara?)
Seterusnya, yang berbentuk lain dari yang lain. Lazim gelas tembak berbentuk lonjong dan tegak. Tapi yang ini condong ke tepi. Seperti gambar yang tercetak pada gelas tembak tersebut, begitulah juga keadaan gelas itu. Nampak macam engineering default, tapi.............memang macam tu keadaannya. Yang ni Kak Selamah Gebu yang hadiahkan sewaktu beliau mengembara secara bungkusan belakang ke negara Itali.
Dari bentuk condong, ada juga yang unik coraknya. Haaaa....ada 2 ekor singa, satu di luar gelas, satu lagi di dalam gelas. Memang lain dari lain jugak yang ni. Yang ni pun Kak Selamah Gebu yang bagi waktu ke Keptaun menghadiri kursus dalam bulan Remdan. Rasanya sejak dari kursus di Keptaun ni Kak Selamah Gebu memang sentiasa obses dengan Enrich Gold, dan beliau berjaya mendapat status tersebut setelah sekian lama mengidam-idamkannya. Tahniah ya Kak Selamah.....
Lagi satu, ni seorang lagi teman penyuburan bersilang yang hadiahkan. Nun jauh dari pergunungan Alps! Bentuknya menarik. Satu-satunya gelas tembak yang melanggar tabii bentuk gelas tembak yang konvensional.
Hah....selesai sudah hadiah dari kawan-kawan. Meh kita tengok apa pula yang Fendiosman kumpul sendiri....
Ni adik beradik Kafe Batu Keras dari Jepun....di Tokyo saja ada 3 Kafe Batu Keras, tapi Fendiosman hanya berjaya jejak ke 2 sahaja. Satu di Narita masih tak kesampaian.....tah bila la dapat pergi Jepun lagi ya?
Dan ini....terukir nama Fendiosman padanya. Teringat pula sewaktu melawat Muzium Kamal Attaturk di Ankara, semua barang miliknya, ada terukir nama beliau sebagai tuan punya kepada barang tersebut.
Dari Disneyland pun ada....
Haaaa.....yang ni pulak, unik sebab memaparkan jenis-jenis pengangkutan awam di Filipina. Ini Fendiosman peroleh sewaktu mengembara ke Manila tahun lalu. Konon nak beli satu....tapi terkarau 4 sekaligus. Salah siapa? Bukan salah ibu mengandung ya murid-murid!
Tapi walau banyak mana pun gelas tembak yang Fendiosman ada, Fendiosman tetap patriotik dengan memaparkan gelas tembak tempatan di barisan yang paling hadapan walaupun sesetengah orang berpandangan, perlu ke letak yang Malaysia punya? Dah duit Fendiosman sendiri....suka ati Fendiosman la kan! Yang kau sibuk-sibuk tu, kau ada ke gelas tembak macam Fendiosman?
Haaaaa...itulah sedikit sebanyak khazanah yang ada di display rack Fendiosman di rumah. Apakah yang anda letakkan di display rack anda?
6 comments:
HHHHeyyyyy!!!!! Hamjads taw!!!!
Keptau tu pigi dgn penuh gaya (walau kecut2 takut tak penah msk GL ms tuh!), manakalah aku gelak guling2 bilamana membaca "mengembara bungkusan belakang" katanya!
cuba anda cari perkataan yang lebih sesuai untuk menterjemah frasa tersebut!
nice. yang model plane tu kalau nak carik, banyak kat pasar karat stadium shah alam every monday morning. mmg byk choice, ATR firefly pun ada (i kena sound pasal main dengan kipas dia, takut patah tu) hehehe
azanov
anda akan pingsan bila saya bagitau harga sebijik fokker kecik yang ada nampak kepala je tu!
bayangkan yang tu harganya dah pingsan, apa lagi yang besar kaler biru tu....dan sewaktu dengannya!
btw kat pasar karat tu tak ikut skala yang ditetapkan. only enthusiasts yang mengerti cara mengumpulnya!
adakah anak2 akan diberi peluang bermain2 dengan gelas tembak ayahnya di masa hadapan?
sebab tulah gelas tu diletakkan di tempat yang tinggi!
sedangkan anak orang pun aku jegil!
apa pulak anak sendirik!
Post a Comment