Monday, June 13, 2011

Tugasan Luar? Outstation?

Heh....

Topik ni Fendiosman cuba bangkitkan setelah memerhatikan gelagat rakan-rakan apabila bertugas di luar stesen. Macam-macam kerenah yang Fendiosman dapat lihat. Ada yang lucu, ada jugak yang menyakitkan hati. Pelbagai perasaan timbul dan terdetik di hati Fendiosman.

Fendiosman cuba bawakan topik ini dari perspektif Fendiosman serta amalan tersendiri memandangkan Fendiosman juga selalu terlibat dalam aktiviti heretan beg ke seluruh pelusuk tanah air demi berbakti kepada negara. Kaaaaaaaaaaaaaaaaaaatanya!

Outstation, kadang-kadang kita pergi balik hari, kadang-kadang kita pergi berhari-hari. Tapi highlight yang nak Fendiosman buat adalah kepada yang pergi balik hari ni. Biasanya kita ni sangat memandang mudah kepada perkara sebegini.


Bagi Fendiosman, Fendiosman tetap akan membawa beg berisi sepasang pakaian persalinan untuk kegunaan sewaktu kecemasan.


Kalau yang pergi naik pesawat ni, keadaan cuaca kita tak boleh jangka. Kadang-kadang cuaca yang buruk boleh menyebabkan pembatalan penerbangan ataupun penerbangan yang dinaiki itu dilencongkan ke tempat lain.

Begitu juga kalau kita naik kereta, buatnya kereta breakdown kat mana-mana yang memerlukan kita bermalam tanpa kita duga. Jadi...............


Untuk mengelakkan badan berbau seperti bangkai yang menyebabkan orang sekeliling kita muntah lahak, silalah pastikan anda membawa kelengkapan persalinan ya murid-murid! 

Selain dari kegunaan apabila kita perlu melencong ke tempat lain, ia juga perlu apabila pakaian kita terkena sebarang kotoran contohnya percikan kuah ataupun apa-apa yang tidak dapat kita jangka.

Elok juga kalau kita bawa toiletries dalam kuantiti yang mencukupi.


Aspek kebersihan juga amat penting ya murid-murid. Pakaian dalam juga perlulah dibawa untuk diganti. Mana la tau suar dalam tu dah seharian pakai kan. Dengan peluhnya, dengan tahapa2 lagi, takkan nak terbalikkan seluar dalam untuk recycle kot?

Oleh sebab itulah Fendiosman amat particular bila bab-bab tugas luar ni. At least ada la sebijik beg cenonet. Selain dari berlaku insiden kecemasan, boleh juga beg ini digunakan untuk membawa roti gardenia tanpa dilihat untuk buah tangan kepada mereka yang tiada roti gardenia. Sapa dia tatau?

Ataupun untuk pembelian kecemasan yang tidak dapat dielakkan.....dan pelbagai lagilah.

Selesai bab barangan keperluan. Ini pula untuk mereka yang dari Semenanjung ke Sabah dan Sarawak......


Jangan lupa Kad Pengenalan anda ya...

Sebab tanpa kad pengenalan, anda takkan dapat melepasi Imigresen di sebelah sana itu.



Bagi yang ada paspot, boleh juga bawa paspot. Apa guna paspot mahal2 sampai 300 tapi guna takat sehelai, tu pun sebab dapat otstesen obersi percuma ditaja kerajaan. Kan ke namanya pembaziran tuuuu! Heh.....

Dan setelah anda berjaya ke melepasi imigresen di sebelah sana, anda akan diberi slip sekiranya anda menggunakan kad pengenalan. Pastikan anda mendapat slip itu, dan setelah dapat, jangan hilangkan. Sebab kalau takde slip itu, masalah jugaklah kalau nak keluar.



Paling mustahak, jika nak outstation tu, kalau naik kapal terbang, janganlah sampai kena tinggal. Kalau frekuensi banyak takpe la, kalau sendu ala2 Alor Setar ataupun Kuantan, haruslah anda kena tunggu keesokkan harinya baru boleh terbang. By the time sampai, miting kat luar stesen pun dah habis. Jadinya murid-murid, sila pastikan anda berada di Lapangan Terbang sekurang-kurangnya sejam sebelum penerbangan berlepas untuk keselesaan anda.

Err...rasanya tu la serba sikit pendapat Fendiosman mengenai tugasan luar yang menjadi rutin kepada Fendiosman. Mungkin boleh jadi panduan pada para pembaca untuk mengaplikasikan tips yang Fendiosman kongsikan ini.

1 comment:

Syiera said...

En Fendi

Saya setuju sangat!!...begitula saya selalu amalkan kalau saya pegi travel..biar lebih...jangan kurang..:)