Monday, July 11, 2011

MODE : Menghitung Hari



Minggu lepas, Fendiosman hadir ke satu temuduga bagi mendapatkan biasiswa untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi. Sesi temuduga yang sungguh mencabar pada pandangan Fendiosman. Temuduga nak masuk kerja pun tak susah macam ni. Paling mustahak, selama ni Fendiosman menemuduga orang, kali ni Fendiosman pulak ditemuduga. Wuhuiiiii....


Memang bertalu2 diserang oleh panel. Soalannya sungguh tak diduga.

"Kamu dah kawin?"

"Kenapa belum kawin?"

"Kenapa kursus ini?"

"Apa pandangan kamu mengenai kursus ini?"

"Kenapa saya mesti beri biasiswa ini kepada kamu?"

"Kenapa universiti ini, bukan universiti itu?"

Fuhhh......



Memang selayaknya Fendiosman dibom oleh para panel. Tapi Fendiosman paling tersentap dengan soalan yang pertama dan kedua.


Lantas, hanyalah senyuman plastik yang Fendiosman berikan. Tapi demi mendapatkan sebuah biasiswa, Fendiosman harungi saja soalan2 yang dikemukakan dengan hati yang terbuka. Kalau nak, 1000 daya kan? Selesai sejam setengah dibambu, kini Fendiosman hanya menghitung hari untuk keputusan permohonan itu dikeluarkan. Dapat, Alhamdulillah. Kalau tak dapat, cubalah lagi tahun berikutnya.


Mujurlah Fendiosman tak bertukar menjadi Hulk sewaktu ditemuduga dengan soalan-soalan panas. Kalau tak haru jugak Fendiosman nak beli baju baru sebagai ganti!

Sambil dalam mode menunggu itu......heh, Fendiosman pun sedang menunggu benda lain juga....


Kali ni nak mengembara buat kesekian kalinya. Bezanya, kali ni ditanggung oleh Kerajaan. Demi mendapatkan ilmu untuk memantapkan lagi mutu perkhidmatan. Tapi sempat jugaklah kalau nak melawat beberapa tempat.





Tapi seperti biasa, kalau nak mengembara, kenalah ceri tempat yang ada kemudahan penginapan. Jadinya, hari ini Fendiosman memulakan countdown seminggu sebelum perjalanan bermula. Paling penting, kena berpuasa di negara bukan majoriti Islam ya. Mudah-mudahan diberikan kekuatan iman untuk menangkis serangan golongan tidak berpuasa.

Ke mana ya? Nantilah kita tengok minggu depan. Manakah tujuan sebenar Fendiosman.


6 comments:

LavenderGal08 said...

..wah..ke mana mengembara nyer iteww..dlm gambo tu mcm ke geneva..betulkah kawan ku??

Adi Osman said...

ohhhh
tidak tidak.....
venice mungkin? atau boston? maupun perth? di manakah?

X-weatherman said...

fridge magnet plss.....

LavenderGal08 said...

wahh...apa2 pun selamat mengembara dan berpuasa di perantauan..:)

Syiera said...

Fuhh..ni mesti nk p Europe ni!! Selamat bercuti..:) :D

azanov said...

kisah HLP ni sama mcm aku... doa je la kita... apa pun, selamat berjalan2