Saturday, March 26, 2011

Yang Ditunggu Sudah Tiba....

Ohh....sudah lama Fendiosman tidak ceria sebegini sewaktu bekerja! Kali terakhir adalah sewaktu dapat keluar dari istana 34 tingkat di tengah-tengah bandaraya Kuala Lumpur itu! Tapi kenapakah mulut terbukak sebegitu? Sebabnya?

Heh...Fendiosman dapat sepucuk surat dari Agensi Pusat itu. Biasanya kalau dapat surat dari Agensi itu, agak mengerikan, nak nak lagi dari Service......tapi surat kali ni memang amat dinanti-nantikan setelah 2 tahun. Lama sungguh menunggu buah gugur! Kata pantun lama....

Tinggi tinggi si matahari
Anak kerbau mati tertambat
Sudah lama saya menanti
Baru sekarang saya mendapat

Haaaa....surat ni mengesahkan kedudukan Fendiosman sebagai penyandang sah di gred 48! Selama ni memangku je, kira kata orang sain pun tak kering lagi. Tapi dengan adanya surat ini, Alhamdulillah, dapatlah pergerakan gaji tahunan tanpa perlu gaji statik selama beberapa ketika.

Surat ni, seperti tajuk yang tertera......baru sangat lagi tarikhnya. Panas, seperti baru keluar dari oven. Apa pun Fendiosman memanjatkan kesyukuran ke hadrat Ilahi atas rezeki yang dikurniakan ini. Ada macam2 riwayat mengenai kenaikan pangkat ni. Ada yang kata kena tunggu 2012, ada yang kata begitu, ada yang kata begini. Apa pun Fendiosman memang amat bersyukur. Mungkin berkat dari doa yang dipanjatkan selama ini, Allah Taala memberi laluan kepada Fendiosman dan rakan-rakan yang lain untuk dinaikkan pangkat.

Biasanya surat ni warna kuning, tapi sebab Fendiosman dapat salinan je dulu, makanya warnanya putih saja. Takpe, yang penting sila hantar ke unit servis untuk membuat kew.8 yang baru. Syukur jugak diberi kenaikan sejak tahun 2009 yang lalu, yakni tarikh Fendiosman lulus PTK. Biarlah berhempas pulas duduk PTK, yang penting pulangannya memberangsangkan dan membakar semangat untuk terus bekerja. Alhamdulillah. Syukur sangat-sangat.

Moga dengan kenaikan pangkat ni akan mendorong Fendiosman menghasilkan output kerja yang lebih baik serta mendatangkan outcome yang bermanafaat kepada negara.

6 comments:

LavenderGal08 said...

wah..tarikh surat ko sm ngan effi..congratz..

art said...

huk huk.. tak dapat lagi..

Chik Att said...

wauuu dapat backdate .... pak cik kayoooooo

zyrin said...

congrats! open table, please :P

nishashburn said...

tahniah! batch kami pula menanti nasib seterusnya...

Hambali ® said...

Dari atas sampai bawah, nampak macam surat yang sama. Tarikh pun 16 Mac. Ayat sama, sebijik. Cuma surat aku nama aku kementerian aku. Adakah?