Kalau anda selalu mengembara, anda akan mengetahui bahawa 6 bulan sebelum tempoh paspot anda tamat, anda perlu memperbaharui dokumen anda ittewww bagi membolehkan anda meneruskan pengembaraan anda.
Begitulah juga dengan Fendiosman, pengembaraan ke 3 benua sewaktu Hari Imlek yang lalu merupakan pengembaraan yang terakhir menggunakan paspot itu. Siri pengembaraan Fendiosman yang berikutnya mestilah menggunakan paspot baru.
Makanya Fendiosman pun mengambil peluang yang ada bersempena gaji bulanan untuk membuat paspot baru. Walaupun Imigresen Jalan Duta ataupun Kompleks Wilayah lebih dekat untuk Fendiosman membuat urusan, Fendiosman ke Ibu Pejabat Imigresen di Putrajaya untuk menyelesaikannya.
Tapi murid-murid, urusan paspot bukanlah di Ibu Pejabat ye! Urusan paspot adalah di Pejabat Paspot Imigresen Putrajaya yang terletak di Diplomatic Enclave nun.
Di Ibu Pejabat, hanyalah urusan berkaitan kes-kes rujukan Wisma Putra, permohonan kebenaran melawat Baitul Maqdis, serta lain-lain kes khas. Dan Fendiosman masuk dalam KES KHAS itulah. Kenapa ya? Apalah guna ada kawan kalau tak meminta pertolongan? Sesudah DPA, tak perlulah ASABIYYAH ikut sidang sangat, baiklah dengan semua kawan sebab kadang-kadang, dalam keadaan sebegini anda akan memerlukan pertolongan kawan. Fendiosman pun tidak terkecuali. Errrr...bukanlah sangkut PTPTN atau senarai hitam luar negara, tapi lebih mudah dan memudahkan urusan dengan jaringan kerjasama yang banyak.
Barang-barang yang perlu sewaktu membuat paspot baru adalah 2 keping gambar, paspot lama serta kad pengenalan untuk membuktikan kita adalah warganegara Malaysia yang sah dan bukannya pengundi hantu. Kalau dulu muka Fendiosman sangat serius dan moncong, tapi kali ni Fendiosman aplikasikan teknik SMYZE yang dipelajari dari TYRA BANKS yakni senyuman dengan mata. Mrasaaaa.....
Anda juga akan diberikan borang untuk diisi bagi memastikan maklumat yang ada di paspot lama disahkan dan boleh digunakan lagi.
Dengan bantuan sahabat yang amat baik hati, paspot Fendiosman disiapkan serta-merta di hadapan mata sambil Fendiosman hanya duduk membaca suratkhabar di atas sofa yang empuk.
Beberapa ketika kemudian, Fendiosman dipanggil semula untuk membuat verifikasi terhadap cap jari.
Dan kemudian, plinkkkkkk....paspot baru pun siap.
Sekarang ni ada 2 pilihan, paspot 100 hengget untuk 2 tahun dan paspot 300 hengget untuk 5 tahun. Kalau anda feeling2 banyak ke luar negara, buatlah yang 300 hengget. Fendiosman memikirkan masa depan kalau dah takde sahabat yang baik di tempat membuat paspot, jadi Fendiosman pun buat yang 300 hengget. Dan sekarang ni, paspot keluaran baru lebih cantik dan kemas berbanding paspot lama.
Heh...dah siap paspot, bolehlah membuat misi bercuti-cuti lagi. Kali ni nak pi pantai pula. Tapi pantai mana yang kena pakai paspot? Jeng jeng jeng........................................
1 comment:
Pegi pantai yang kena pakai paspot...
Hmmm..menarik tuh...
Post a Comment