Tuesday, April 19, 2011

Demi sebuah cita-cita

Fendiosman ada sebuah cita-cita. Bukanlah nak jadi pramugari, ataupun IFS. Apatah lagi menjadi jurutera maupun doktor perubatan.


Melihatkan model-model memakai baju slimfit, Fendiosman menjadi terliur. Heippppp...bukan terliur melihat model ye murid-murid. Tapi, saiz baju mereka itu. Bukanlah untuk memakai baju seperti mereka itu, tapi cukuplah saiznya itu berpadanan dan tidak menggelebeh di sana sini.


Sekarang, Fendiosman memakai saiz 15 1/2 untuk baju. Yakni saiz M nak ke L. Teringin nak kecikkan baju ke saiz S. Iri hati melihat mereka yang pakai saiz-saiz kecik ni. Apa saja boleh diletakkan di badan tanpa sebarang perasaan gusar.

Makanya, Fendiosman pun inginlah kecikkan saiz. Dari saiz M nak L tu ke saiz S. Heh....supaya tampak segak dan bergaya katanya.......

Jadinya.......

Kenalah Fendiosman disiplinkan diri dengan aktiviti senaman membentuk otot.


Kalau dulu, dengan menjadi kabaret, bentuk badan berjaya dikekalkan.....


Kini, kegigihan membuat senaman itu amatlah perlu dititikberatkan. Contohnya dengan membuat sit-up. Ataupun duduk bangun dalam Bahasa Malaysia.


Dan juga push up......agar sesuatu benda itu terletak pada tempatnya ya murid-murid.
Mrasalah dengan gambar lingerie! Heh...tapi nak buat push up ni Fendiosman tak larat. Aci tak buat push up versi perempuan? Yang letak lutut atas lantai tu! Huuuuuu........


Semuanya Fendiosman rasakan perlu demi mendapatkan bentuk badan yang ideal. Bukanlah nak ketul-ketul muskul segala, tapi sekadar cantik dipandang mata.

Sebabnya

Spare tyre dah berlebih-lebih muatannya.

Semoga Fendiosman terus tabah dan gigih mendapatkan bentuk yang menarik demi kepuasan diri sendiri. Amin.................

No comments: