Haaaaaaaaaaaaaa......bersiaran secara langsung dari tempat kejadian katanya! Sebab dapat wifi percuma unlimited. Haruslah menggunakan kemudahan yang ada.
Seperti dalam posting sebelum ni, Fendiosman menyatakan hasrat Fendiosman untuk bercuti di pulau yang perlu menggunakan paspot. Jadinya, inilah laporan ringkas perjalanan Fendiosman untuk episod pertama. Setelah berhempas pulas bekerja di pejabat tanpa henti termasuk hari minggu, jadinya Fendiosman mengambil keputusan untuk merehatkan diri sejenak. Jauh dari hiruk pikuk kota, mencari ketenangan jiwa la konon!
Kali ni, perjalanan dimulakan dari Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang.
Dan, inilah sebenarnya destinasi Fendiosman! Sebab MAS takde terbang ke sini, begitu juga kapal terbang merah Tony Fernandes yang menjadi kegilaan rakyat Malaysia sebab murah, makanya kenalah naik Firefly!
Kamera baru yang menggantikan kamera lama yang tewas di tasik bergaram di turki tempohari memang menarik. Apa lagi, cuma la feature2 yang ada termasuklah feature mata ikan!
Sebab takde kaunter untuk Enrich Gold, kenalah beratur seperti biasa, dan sewaktu Fendiosman check-in, takde orang pun. Sekelip mata dah siap dengan boarding pass ala2 resit supermarket itu!
Memandangkan Golden Lounge pun takde (rasanya Ustazah Salmariah Carey mesti hamsap sebab beliau memang suka masuk Lounge), makanya sementara menantikan waktu perlepasan, Fendiosman lepak dahulu di kedai kopi bersama teman yang menghantar Fendiosman.
Di Subang ni, pengunjung akan terleka dengan FIDS yang canggih. Ada flight tracker tu! Memudahkan kita mengetahui di manakah kedudukan pesawat yang keluar masuk dari sini, serta keadaan cuaca semasa.
Terminalnya juga cantik! Rasa lagi selesa berbanding terminal Tony Fernandes itu walaupun Firefly ini dikatakan sebagai LCC juga....
And this is my ride for today!
Sempat la jugak buat sesi mengambil gambar gelagat manusia! Tetibe mode gembira jadi sebak sebab tengok ayah ni dokong anak dia! Teringat kat Baba. Baba dulu kalau kat airport memang macam ni jugak dia dokong anak-anak dia termasuklah Fendiosman.
Flight tepat pada masanya! Full to the brim! Dan penuh dengan holiday makers. Fendiosman cari jugak yang sebangsa dengan Fendiosman, yang adoo.........semuanya Mat Susly dan etnik Tionghua! Bangsa Fendiosman ni kurang menggemari tempat Fendiosman kunjungi ini sebab tak boleh menjalankan aktiviti sukan paling utama di Malaysia yakni shopping!
Kalau naik Firefly, kena masuk ikut sini! Guna jalan belakang katanya. Hiks..........
Memandangkan Firefly takde tv, eloklah anda gunakan masa yang ada untuk membaca. Macam Fendiosman buat ini.
Buku yang Fendiosman baca ni sesuai dengan tema untuk merilekskan diri di hujung minggu. Errr....Ustazah Salmariah, anda perlu baca buku ini. Bagus untuk anda juggahhhh! Dan untuk mereka yang kena dera di pejabat.........anda perlu juga buku ini untuk mengasimilasikan diri dengan keadaan diri anda.
Ehhhh..ini Firefly ke MAS?
Hmmm.....ini saja hidangan yang disajikan! Tapi Firefly tak marah kalau anda bawak makanan anda sendirik. Pramugarinya siap panaskan makanan yang ditapau! What a nice touch...
Penuh ya murid-murid!
Hampir 2 jam perjalanan, mulalah kelihatan Pulau Samui yang indah itu!
Approaching........
Uniknya Samui ini adalah ketibaan anda akan disambut dengan bas yang ala2 keretapi Zoo Negara itu ya!
Rasa kiut pulak bila naik bas itu!
Dan airportnya sangat tropika......bumbung jerami ye! Yang penting, hanya ada kipas angin! Takde aircond. Adalaaaaa kumpulan orang Malaysia depan Fendiosman yang dok komplen panas! Heyyy...nak sejuk pi dok dalam igloo la! Agaknya bangsa tu memang suka komplen macam tu kot?
Urusan imigresen agak lama, sebab hanya satu saja kaunter yang buka untuk 72 penumpang, dan Fendiosman adalah orang yang ke 70. Sementara menunggu, beleklah majalah yang ada di balai ketibaan.
Bukti menjejakkan kaki di Samui!
Dari airport yang comel itu, Fendiosman dibawa menaiki kenderaan hotel ke tempat penginapan. Disambut mesra oleh petugas hotel. Paling mengejutkan bila Fendiosman diberitahu bilik penginapan di'upgrade' ke bilik yang lebih baik oleh hotel. Macam terpijak emas pulak jadinya!
Dapat sebijik cottage ya...............
Dengan pemandangan yang indah dari dalam!
Juga berdepan dengan pantai.....
Biliknya juga indah!
Ada juga nota kecil dari General Manager.....what a surprise!
Serta sebakul buah-buahan segar!
Paling mustahak, Wifi percuma, unlimited. Ustazah Salmariah mesti suka..........
Enough about my room. Let's explore the beach!
Memang cantik ya murid-murid!
Suasananya sangat tenang dan mendamaikan. Kira kalau nak mencari ketenangan tu sesuai sangat la. Nak buat anak pun sesuai jugak. Especially untuk yang baru-baru kawin.
Dan Fendiosman memulakan acara posing dengan gumbiranya............
Ambik mood je dulu. Kira upacara memecahkan wedok la! Abaikanlah kaki yang ada bintang tu. Budak nakal memang banyak parut!
Mestilah posing segala macam untuk menghargai peluang yang ada....
Dan lagi.............banyak benda nak explore lagi ni, tapi sebab bayar hotel mahal2, mestilah memanfaatkan bayaran dengan melenjan katil cottage yang bersaiz king itu.....
2 comments:
Sangat menarik...berapa damage?? Ingat nak bawak family ke sini..
1. Aku dh jelak msk GL yer... dan sebyk2 msk tu x pernah aku 'mendenda', hokey....
p/s: tp aku x jelak2 lagik msk GL internasional! Hikssss...
2. Heyyyy, internet adalah hidup. Tak gitu??
Post a Comment