Friday, April 29, 2011

Labour Day Breakaway?

Hari pekerja 2011, Alhamdulillah tahun ni jatuh pada hari Ahad. Makanya hari Isnin akan dapat cuti tambahan sebagai ganti cuti umum yang jatuh pada hujung minggu itu. Rasanya takde negara lain di dunia ni yang bagi cuti macam tu. Hanya Malaysia saja kot? Apa pun, bila dah ada peluang macam tu, eloklah dimanfaatkan dengan aktiviti-aktiviti yang berfaedah.


Fendiosman rasa macam nak ke sebuah pulau......


Sambil menikmati pemandangan indah di tepi laut, Fendiosman rasa macam nak menghabiskan masa dengan membaca novel kegemaran. Ambik mood orang puteh. Bukan feeling2 nak jadi orang puteh, tapi tak salah kan ambil teladan yang baik dari diorang? Tak gitu?

Nak ke pulau ni, mestilah naik kapal terbang.....agaknya pulau mana la ya?


Katanya pemandangan matahari terbenam pun cantik......

Bukan tu saja, hutannya pun menawarkan pemandangan yang sangat menawan hati!

Paspot dah renew, hotel pun dah booking....katanya hotel ini menarik untuk didiami..

Kapal terbang mana? Uniform merahkah? Orenkah? Atau kebaya ketatkah? Nanti kita lihat laporan pengembaraan Fendiosman.

Seperti biasa, Fendiosman mengembara sebatang kara.....................bukan apa, saja nak feeling2 survivor......hopefully the trip will be a memorable one.

No comments: