Cahaya dari langit memancar ke pinggan makanan yang Fendiosman pesan sejak dua menjak ni. Walaupun Caesar Salad tu ada crouton, tapi Fendiosman singkirkan crouton itu dan letakkannya di pinggan sebelah tanpa sentuhan walau sedikit pun! Demi menjaga kejelitaan katanya!
Sebagai penari, apabila postur anda kelihatan seperti meja kopi sewaktu menari, itu bermakna badan anda dah out of shape. Meja kopi itu bermaksud sesuatu yang besar yang diletakkan di ruang tamu, dan hanya berfungsi sebagai hiasan apabila tetamu datang. Berat ya murid-murid. Gambar di atas diambil sewaktu acara joget lambak di Istana Budaya satu masa yang lalu. Sungguh mengerikan ya dengan keadaan sebegitu.
Makanya....sebeginilah hidangan makan Fendiosman saban hari!
Ikan grill tanpa karbohidrat berlebihan. Walaupun sos di sebelah tu nampak lazat, boleh diminimakan dan gantikan dengan sos bawang putih! Melihat kawan-kawan yang lain makan dengan gembiranya menu berkarbohidrat tinggi memanglah satu cabaran yang getir yang perlu Fendiosman lalui.
Tapi...kena gigih la. Cukuplah dengan menikmati lauk-lauk dan sedikit saja makanan berkarbohidrat. Saban hari Fendiosman hanya mampu melihat saja keseronokan mereka menjamah makanan yang Fendiosman gemari satu masa dulu.
Sebelah malam....inilah makanan Fendiosman!
Sekali lagi, tiada nasi ya murid-murid. Kena kreatif dalam menjadikan masakan menarik untuk ditelan!
Abis sangat, kalau dah buntu, ikan sadin pun jadi la. Rebrand la sikit supaya nampak macam makanan mahal. Mustahaknya, mesti ada sayur untuk membantu proses pencernaan. Kalau tak, sembelit ya murid-murid.
Dan....sila sukat kandungan karbohidrat yang anda cuba ambil setiap hari. Kadang-kadang makanan tu nampak sedap dan sedikit, tapi karbohidratnya.....................ohhhh! Menakutkan. Jadi dengan semangat yang kental, Fendiosman gigihkan jugak untuk tidak makan makanan yang berdosa dalam kuantiti yang banyak.
Kesannya buat masa ni, Fendiosman membuang lebih kurang 8kg dalam masa sebulan setengah. Ini gambar terbaru yang Fendiosman ambil kira-kira 10 minit yang lalu.
Dan sila bezakan dengan gambar Fendiosman yang ini! Mungkin tak ketara sangat, tapi hanya Johari saja yang mengenal Maniam. Fendiosman lebih gigih untuk menurunkan lagi berat badan. Jadi....marilah kita tidak makan nasik selama sebulan lagi!
10 comments:
kurus,kurus sebab dah muat batik zaman DPA..aku punye batik mana pi ntah..reput dlm lemari..
hasrat di ati nak mengikut jejak. tapi dah seringkali jadi projek sakit jer... huhuuuu.
salam,
wah2 congrats. chaiyok2. sgt seronok kan bila usaha keras membuahkan hasil. rasa makin bersemangat nak capai sasaran ideal. yg pasti, kita boleh hidup tanpa bergantung pada nasi. byk benda lain lagi yang boleh dimakan & tetap mengenyangkan juga. aku skrg dah masuk fasa 2. target utk turunkan lagi 5kg. hehe.
kurus!!!!!!!!!!!!
oh. tahniah dah konpem. rindu sungguh berhabisan masa di belog ni. pasni jenjalan mana?
hehe
iza karmila
kalau aku dok sebulan kat rumah hang, kompem aku naik 18 kilo
azanov
kena self determination yang kuat. aku pun dah lama menginginkan ini!
mama mango
marilah marilah....
akon..
jalan? ada laaaa! tunggu
tahniahhhhhh
aku lepas bersalin anak kedua berat naik mencanak!!! alhamdulillah berjaya turun 20kg dalam masa setahun.
Ni anak ketiga ni kena turun dalam 5kg lagi tapi aku nak lajakkan 10kg, bg vatik DPA tu tak bleh pakai sebab longgar
mampookah aku?
kepada gambar fendi osman berbatik DPA: feewwwiiittt!! hehehehe!
pheeewit!!! memang nasi and roti and segalanya2 yg 'white' (sugar, flour) adalah penyebab kenaikan..kalau eliminate semua tu memang nampak effect cepat!
tapi den ni tekak melayu..seminggu at least skali la nak pekena nasik!
wah ni yg membuatkan saya pun bersemangat waja sebegini rupa..gehehehhe..
oh my, oh my!
i will follow ur footstep!!!!
Post a Comment