Sunday, May 01, 2011

Suntanning by the seashore..........


Sebelah malamnya Fendiosman tak ke mana-mana pun. Hanya berpeleseran sekitar kawasan hotel sambil merancang program untuk hari kedua.

Makan malam pertama di hotel termasuk dalam kos kerosakan yang patut dibayar, yakni tersenarai dalam pakej penginapan yang ditempah. Candle light dinner konon. Tapi kalau dah sorang-sorang, nak candle light hapanya?

Memandangkan pakej itu termasuk dalam harga penginapan, Fendiosman gagahkan jua untuk menjamah. Tapi ada la dua tiga benda yang Fendiosman main kuis2 saja.....


Appetizer, fried fish cake with spicy sauce....berdesing telinga ya dengan fish cake yang amat pedas itu.....

Soup of the day......tapi sebab ayam kan, taktau status sembelih ke tidak, makanya skip! Takat kais pagi makan pagi kais petang makan petang. F&B manager siap tanya Fendiosman,

"Is everything okay sir? You seems like not enjoying your meal!"


Main course.......terkejut Fendiosman dengan lauk pauk yang dihidangkan. Paling kanan tu tolak tepi la sebab ia adalah sejenis ayam ye! Yang tengah2 tu ikan, dan paling kiri adalah sayur-sayuran. Sebab dah takde opsyen, demi menahan kebuluran, Fendiosman menyentuh nasik setelah tiga bulan tak memakannya! Ohhhh...sungguh nikmat beras siam.


Dan pendosaan terhadap makanan terus dilakukan terang-terangan dengan hidangan terakhir.........pencuci mulut katanya! Nampak gayanya, balik Malaysia nanti kena puasa sebulan untuk menggantikan makanan yang berdosa ini!


Selesai makan, Fendiosman meneroka lagi suasana hotel pada waktu malam! Dengan cubaan untuk menggunakan night mode pada kamera pengganti ini!


Cantik jugak la pool dia dengan teknik pencahayaan yang ada....


Beach bar yang macam ada tak ada orang je.............


Dan suasana pantai yang sangat mendamaikan! Hanya deburan ombak yang kedengaran pada ketika ini.

Malam pertama dihabiskan dengan bergolek-golek di atas katil king yang empuk, dan pada hari kedua, seawal jam 5.30 pagi Fendiosman dah bangun. Katanya subuh awal kan...


Heh...konon nak saksikan matahari terbit la kan.....


Serta suasana di hening pagi yang cukup mententeramkan! Tapi....bila dah dapat kamera, lain pulak jadinya!


Mula-mula, secara tak sengaja Fendiosman terambil gambar ni....

Bila macam dah terasa potensi model boleh menggedik, maka terhasillah gambar seperti ini untuk diri Fendiosman....


Satu, pose wajib mendongak ke langit. Kali ni kita guna pandangan sisi pula...


Dua, posing posture penari la kunun......


Tiga, menadah mentari di tapak tangan!


Empat, jurus mengepung mentari!


Lima, menunggu mentari luruh.....

Sebenarnya ada banyak lagi. Tapi demi keselesaan para pembaca sekelian, Fendiosman bagi 5 keping je la!


Sejurus selepas sarapan, acara Fendiosman bermula dengan berjemur menerima vitamin D semulajadi!


Paling mustahak adalah untuk mereliasisasikan impian membaca di tepi pantai! Dengan buku tebal yang dihadiahkan oleh seseorang, Fendiosman cuba mulakan acara itu sambil duduk berdepan dengan hamparan lautan.....


Yaaaa....walaupun Fendiosman setakat baca sampai chapter 7, tapi....kira berjaya la jugak! Hari seterusnya rasa macam nak sambung lagi!


Cuaca pagi agak suram, dengan langit yang mendung dan hujan rintik-rintik membasahi bumi. Nampaknya rencana penerokaan pulau terpaksa ditangguhkan seketika sehingga hujan reda. Kalau tak lencun ya murid-murid!

2 comments:

phachat said...

Heyyy, Raja ke laki dia yg hadiahi buku ittiewwww???

Adi Osman said...

takde kaitan dengan raja dan suaminya!