Tuesday, March 14, 2006

Minum di PERNAMA


Hari ni takde la manyak keje sangat. Uruskan pasal buat kad matrik kadet ngan staf akademik, pastu rileks cket. Gini la hidup kalau bos takde, menganga masuk angin keluar asap. Pagi-pagi aku mengamuk dengan PAR aku sebab ilang macam biskut chec fudge smalam. Tak masuk pejabat la pulak. Bila tanya ke mana, ada kat Ipoh. Tanya lagi, kenapa tak maklumkan kat opis, jawabnye kat sana takde line telefon. Isk..macam2 la si Padil ni. Oh tuhan, tabahkan la hatiku ini. Perut lapo, nyanyi2 lagi dangdut (Kak Jaja...dangdut lagi, aku dah tgk gelekan maut kau kat bomba....) terus la ke Anjung Selera ATMA, malas nak ke mess (jauh la sangat mess tu, kat RMC, lagipun sume geng2 veteren je ke sana).
Macam biasa minum pagi bersama kawan-kawan Navy pensyarah yang umo yang boleh dikira baya-baya aku. At least ada gak topik yang boleh dikongsi. Kalau keluar dengan bos, sembangnya pasal isu negara, ekonomi, politik. Kalau dengan pensyarah yang dedikasi, cerita pasal hal2 akademik, student semua. So untuk selamatkan keadaan dan untuk tidak membosankan, keluar la dengan geng2 pensyarah muda ni. Navy 1, Navy 2, Navy 3, Navy 4 dan Navy 5. Ada coding2 la pulak.
Menu hari ni, nasik melukut sayur keladi ngan bayam merah, dan ikan sadin yang cenonet. Teringin la plak nak makan keladi. Pasni dok tepi telaga nyanyi "dengarlah wahai bonda kandung ku....". Sembang nye sembang, timbul isu nak claim mileage skang ni. Hmm...70 sen satu kilometer. Tapi harga minyak pun Masya Allah dah naik. Well, apa pun kerajaan buat sesuatu tu ada la tujuan tertentu. Masa dapat tau malam sebelum naik tu, kalut aku cari Maslinda kat bahagian petroleum KPDNHEP nak sahkan berita kenaikan harga minyak. Since dia pun suruh pi isi minyak penuh2, maka sah la harga minyak nak naik lagi. Aku yang merempit ke office ni pun terasa, apa lagi yang naik kereta. Dengar2 skang ni naik Waja pun, kalau full tank dah 100 hengget. Sekali isi 100, kalau 10 kali isi dah 1000 hengget, parahhhhhh....cmane nak beli kereta ni? Tengah memikirkan strategi, larat ke aku nak merempit dari Kajang sana? Sah kejung bontot aku naik moto ni. Sakit wehhh! Buatnye kena balik HQ smula nanti, Kajang ke Jalan Semarak sana, kejung lagi! Kalau ujan, berenti tepi jalan pakai baju ujan, tetap gak basah. Kene gak beli kereta. Nak masuk kuarters, macam tak berbaloi. Lain la kalau aku ni dah ada anak bini. Musykil aku dibuatnye.
Macam-macam issue la kalau dah sembang ni. Macam kaunter bergerak lak rasanya. Ada tanya itu ada tanya ini. Aku pulak tanya pasal dunia keaskaran ni. Vice versa. Hmm, ni sempat aku snap kawan2 askar aku...it's nice to have friends like them.
Aku start kenal derang waktu Commisioning Pegawai baru bulan doblas lepas, just nice after aku balik dari INTAN. Biasa la, ari tu balik je opis, bos aku selonggok keje dia tambunkan kat aku!
Kat sebelah kiri ni Lt Najib, baik ati, slow n steady. Penuh ketenangan. Slalu la menemankan aku pi makan. Jadik rapat lagi bila mula start jadi Task Force ISO. Banyak la kena deal dengan dia. Yang penting sempoi. Office dia menjadi tempat lepak aku tatkala aku kebosanan. Tapi yang paling aku ingat ari tu, malam aku lepak pegang pom pom kat futsal, aku ada invite2 chicken dia dengan LT Kdr Hardy (dorang lagi navy), skali datang daaa...teropocot kejap aku!
Yang sebelah kanan di bawah ni Lt Kdr Azzeri (yang ni betol2 Lt Kdr aaa, bukan macam kawan aku yang kencheng jadi Lt Kdr kat merata2 jalan tu, hancheng tau!), dia penah bekerja bawah aku waktu konvo sebagai urusetia jubah yang berdedikasi. Jenis blur, tapi takde la seblur Cik Idawa kat INTAN dulu tu. Yang tu kes blur yang tak dapat diselamatkan lagi dah. Bila teringat kat Idawa, jadik tergelak pun ada. Nanti ada masa, aku letak lagi kawan2 lain nye gambo. Hmm..mengantuk la plak tengahari ni. Dengan nasik yang heavy tadi, cukup nak buatkan mata aku stim tahap cipan. rehat dulu jap kot. Tapi opisku sejuk macam winter. Slalu gak la aku buat fesyen musim sejuk kat sini, dengan baju tebal 2-3 lapis. Siap mafla lagi...hahahah.. Ok la, takat tu je untuk hari ni. Sambil2 rehat aku layan http://www.heritage.gov.my punya clip. Best wooo..ada kabaret2 nari2. Hehe..leh gak pinjam step diorang nak modify jadi step baru untuk budak2 kat INTAN nanti. Wa ilalliqa'. Ma'assalamah...(melayu cakap chow cinn cauuu)

Monday, March 13, 2006

Al-Fatihah

Awalnya, Al-Fatihah buat Allahyarham Pegawai Kadet Mohd Nor Afri Ramli dan Allahyarham Kapten Muhammad Fairul Izwan Tawal yang terbunuh di dalam kemalangan jalan raya di Kilometer 44.4, Jalan Ipoh-Kuala Lumpur. Both of them are from ATMA, dan arwah Fairul baru saja ditauliahkan sebagai Kapten pada majlis Pentauliahan, Disember 2005 yang lalu.
Pagi Sabtu yang suam suam kuku, aku baru je bermalas malasan atas katil tetibe masuk SMS dalam henset aku dari bos aku, "1 org P KDT meninggal kemalangan kat Ulu Yam, 1 org koma di HKL", aku terdiam sekejap. "Innalillah...." terus aku angkat telepon mendail2 number yang perlu untuk mendapatkan maklumat yang selanjutnya. Call PM Azizah, tak angkat, Call Prof Azahari, tak berangkat...sape lagi aku nak call ni? Last2 call aku nye PT cakap pasal eksiden ni, dan aku sibuk gak mencari2 sapekah P KDT yang malang itu. Cari punya cari at last PM Azizah call bagitau nama2 P KDT yang terbabit. Jelas cerita yang ada sorang terbunuh, sorang koma..dan sorang bekas P KDT turut terbunuh.
Well, next duty adalah untuk mengeluarkan fail pelajar yang sudah kembali ke rahmatullah ni. Panjang gak prosedurnye, nak tunggu laporan dari Bahagian Latihan Ketenteraan lagi, so at the moment, just prepare with whatever I have. Status yang koma tu aku tak tau lagi cmane. This is the final semester untuk both of cadets tu. I wonder if i were in their parents' shoes, cmane la rasa kehilangan anak yang menjadi harapan kan? Untuk ibu bapa mangsa, aku ucapkan takziah dan semoga tabah menghadapi hari hari yang mendatang.
Hari ni nothing much, sampai je kat Pos Pengawal, jalan masuk pejabat tutup, ada morning parade untuk kadet sekelian, senyap sunyi. Rasanya pesanan CO kepada kadet pasal kemalangan tu.
Masuk office, urusan kad matrik pelajar bermula hari ni dan esok. So macam biasa kelam kabut menjadi-jadi la. Lari sana lari sini buat pengumuman kat PA lagi. Whew...tapi minggu ni aku rasa boleh rileks sikit. Boss takde seminggu..Yeehaaaaaa....
SPM result pun dah kluar, minggu depan insya allah lari2 ke JB la nampaknya, pemilihan kadet kelas 2006 fasa 2. Cmane la ek...tahun ni nak pakai sikit je pompuan, bersaing la seadanya nak masuk ke sini. Dah la kot, aku dah mati kutu nak tulis. Tak reti dah masukkan apa lagi dalam ni!

Friday, March 10, 2006

Audit...dapat gak ISO

Hari ni baru la berpeluang untuk menulis smula kat blog aku yang ala2 idup segan mati tak mau ni. Tapi takpe, aku menulis gak kan! MInggu ni terlalu la kalut macam tak cukup tanah rasanya. Ada audit pematuhan pensijilan ISO untuk keseluruhan ATMA ni. ATMA? haa...ni la ATMA, tapi gambo admin je la, opis aku tak nampak kat sini. Tu bangunan markas, kira main admin la.

Apa pun, audit day selama 3 hari tu sangat la mengkelam kabutkan aku. Dilantik jadi LO untuk bahagian akademik. Whew....dapat walkie talkie sebijik, terasa macam bouncer kelab dangdut la plak. Ahaks. Kejap roger sana, kejap roger sini. Lari sana lari sini, keje pun ala2 terbengkalai. Ari Isnin persiapan terakhir, Selasa sampai Khamis audit. Merasa gak aku jadi Auditee, tanya macam inspektor polis. Macamana tu macamana ni (teringat kat Kak Anne time DPA) "Assalamualaikum..nama saya Annie, saya ada satu soalan..mmm...berapa jauhkah helikopter ini boleh terbang?" (Baca dalam dialek sabah) - Kak Anne jangan marah aaa! At last semalam berjaya la dianugerahkan sijil ISO oleh LLOYD, untuk ATMA ni. Penat lelah slama ni berbayar la gak (aku takde la penat mana pun, tapi penat la jugak...) Tahniah kepada semua yang terlibat. Tumpang berbangga gak.

Dalam sibuk2 audit tu, ari rabu lepas sempat la aku menyelinap kuar ke INTAN mengajar budak2 1/05 tu menjadi kabaret keji macam aku dulu. Si Fazni DPA call mintak ajarkan, pegi je la. Ada la mende masyuk ckek. Tpai masya allah, budak2 keras cam kayu cmane la aku nak ajar. Tensen aku. Haha...minggu depan turun lagi. Nak tgk perkembangan. Si Kak Jaja pun turun skali. Macehh Kak Jaja...sempat lagi meluangkan masa. Aku paham kau memang ratu lantai kak jaja oiii....terpaksa la masukkan aksi kak jaja waktu kat dpa dulu untuk membuktikan kak jaja ni memang best. Eh ah eh ah....

Orang kata kak jaja GG. Tapi pada aku kak jaja adalah sorang manusia yang komited terhadap sesuatu yang dibuatnye. Sebab tu la walaupun takde basic menari asli, once on stage cantik je jadinye.

Rabu, kelas kabaret. Malam tadi menjengah arena futsal lak dengan kawan2 batch, ada friendly match against JPA. Seronot bila bersosial dengan kawan2 ni. Macam2 cerita ada...gosip tu gosip ni, trima berita sape nak pi obersi sana obersi sini. Aku jugak yang otstesen asek ke JB je. Tapi takpe, walaupun JB je janji claim masyukkk. Kan kan kan?

Kalau nak dikirakan, takde la aku main. Stakat pegang pom pom je kot. Tujuannye baik, bersosial dengan kawan2 sejawatan yang dari batch aku. Well, here are some shots dari perlawanan putsal tu...

Ini la aktibiti setiap minggu. Koman2 terisi gak masa lapang yang terluang. Hmm..minggu ni nak wat apa ek? Ujung minggu yang bosan lagi kot....tah le, nak balik kg duit claim pun lom masuk lagik. Lepak la dulu. Minggu depan bos takde seminggu yeehhhaaaaa.....