Sunday, December 28, 2008

Fresher, Cheekier, Nastier.......

Awatla tajuk hari ni macam propah sangat? Mari berspeku ye para pembaca! I know some of you memang suka berspeku sosek sana sini. Tapi tu hak masing-masing. Asal yang dispeku tu tak sentap sudah! Kaaaaaan?

Adapun tajuk hari ni dibuat setelah Fendiosman mencari-cari kaedah baru untuk mendapatkan fresher look untuk tahun yang baru ni. Teng teng teng....cucuk botox kah? Pakai gigi pelesukah? Tarik kening kah? (Well said, I have a pair of beautiful eyebrow...kan Mama kan? Alhamdulillah).

Dah lama Fendiosman simpan hajat ni, tapi sebab tak yakin makanya Fendiosman takde la laksanakan. Kalau sapa-sapa penah tengok Fendiosman waktu bersekolah rendah dulu, memang rupa bentuk Fendiosman adalah seperti yang Fendiosman buat hari ni. Daaaaan, sapa-sapa yang pernah berkampung di INTAN bersekali dengan Fendiosman aritu, memang pernah tengok gaya Fendiosman yang ni. Mana taknya, semua terpaksa menjelma dengan gaya yang sama

Arini, kita potong rambut ye murid-murid!

Akunye rambut takde la cantik macam rambut anak menakan aku ni! (Saja enterpremkan anak menakan....promo katanya!)


Err..satu masa dulu rambutku takdelah macam ni. Serabut dan serabai. Adapun Fendiosman pun pernah memiliki rambut panjang mengurai yang boleh disanggul. Lebat dan tebal. Orang kata rambut tu kena jaga betul-betul. Tapi Fendiosman teringin pulak nak berambut kaler-kaler ni, haaa...amek kau! Lepas letak kaler, abis luruh rambut! Padan muka ang....

Oleh kerana rambut yang sedia ada tu pun dah tak berapa nak ada....serabut lagi serabai, dan selalu keguguran (Believe me...aku taruk pantene anti hairfall pun takde kesan. Tipu semua tu!), so....marilah kita berhijrah untuk mendapatkan rupabentuk baru!

Petang tadi, Fendiosman melangkah masuk ke kedai gunting. Terus Fendiosman bagitau kat tukang gunting itu...

"Chaaaa.....kasi potong pendek, atas nombor 4 tepi nombor 2"

"Ada butul ka?"

"Ya laaa....potong rambut saya ni.....rimas!"

"Apa pasai mau potong pendek....?"

"Syadap you....potong skarang jugak....."


Zrrrr......zrrrrr....bunyi mesin mencantas rambut Fendiosman. Kejap je, tak sampai 10 minit tukang gunting dah berus sisa-sisa rambut kat kepala dan muka Fendiosman ni. Hish...cmane la rupanya eh?

Haaaaaa? Oh tuhan...benarkan ini rupa baru Fendiosman?

Yerkkkhhhh......trauma kejap nak menerima keadaan wajah baru Fendiosman. Tapi dari kata survey yang Fendiosman hantar, daripada 10, hanya 1 saje yang kata tak elok. Sapa la eh yang kata tak elok tu? Sayang...u know who you are.... (wahhh.....sayang? sapakah? silakan speku lagi ye kawan).

Tapi Fendiosman rasa this makes me look fresher, cheekier and nastier. Fendiosman's new look sempena Awal Muharam ni. Heh...and I will continue with this look sampai Fendiosman rasa bosan. Lagipun, sangat senang nak diuruskan. Mandi je air terus kena kulit kepala. Soooooo refreshing!

Agaknya pasni nak repair apa pulak ye? Mari berfikir sejenak......

Saturday, December 27, 2008

Culinary Experience....

Heh..dah lama tak letak stori mori the morning glory dalam blog Fendiosman ni. Adapun Fendiosman kekeringan idea nak menulis. Kering kontang bagaikan Gurun Sahara katanya. Gersang kah?

Hmmm....asek gosip sana sini, apa kata hari ni kita masuk ke dapur bersama Fendiosman. Tetibe Fendiosman rasa mengidam nak makan jemput-jemput. Tah mana mai angin mengidam tatau. Makanya, teruslah Fendiosman ke kedai mendapatkan bahan-bahan untuk dilambakkan ke dalam mixing bowl. Simple, and easy. Budak-budak tadika pun reti buat ni! (Phachat...kau reti kan buat benda ni?)

Well, the ingredients are:

Spring onion....since kuchai kat kedai tadi bagaikan teratai layu di tasik madu, teruslah Fendiosman menggantikan bahan tersebut dengan daun bawang.



Beansprouts. Taugeh kata orang melayu. Taugeh ni memberikan rasa crunchy kepada jemput-jemput tu. Untuk yang rajin, eloklah ekor taugeh tu dibuang dulu. Mama Fendiosman cakap, walaupun masuk dalam perut tu tetap diproses, tapi presentation kena jaga. Taugeh kena kasi putih. Hehehe....

Onions. Sebut pasal bawang besar ni, sebenarnye ada art of cutting the onions. Tak boleh main hantam saja. Pastikan bawang ni potongannya secara membulat. Bukan dari sebelah tepi macam potong shallots. Baru la kueh kita nampak cantik. Ate...kalo nak buat jemput-jemput ni, eloklah dibelah 4 dulu. Kang jadi onion rings pulak.


Dried shrimps a.k.a udang geragau. Ni buat pemanis jemput-jemput tu. Kalau takde boleh letak ikan bilis, tak pun udang kering merah tu, tak pun udang idup. Jangan letak gula dah la...

Hmm....not to forget, tepung gandum. Pastu letak sikit kunyit tu add color to the bater. And a pinch of salt. Fendiosman tak letak serbuk perasa, sebab dah tak jadi original lak. Memasak ni kena pandai main dengan rasa. So far, memang Fendiosman tak letak langsung MSG dalam masakan Fendiosman. Pantang tok nenek...

Method:

Lepas dah potong semua bahan yang disenaraikan tadi, campakkan je dalam mixing bowl. Add some cool water and mix all together. To get a crunchy texture, jangan over gaul. Kurangkan main tepung tu. Konon nak kacau sebati, kang cucur tu kemek, leper je! Mama Fendiosman cakap, dalam 4-5 kali gaul, make sure tepung semua dah sebati. Then, you'll get jemput-jemput yang berongga di dalam bagaikan roti, kembung bagaikan katak, dan rapuh bagaikan biskut.

Dah siap campur semua. Gorenglah dalam minyak yang secukupnya. Tepung tu jangan cair sangat. Nanti jemput-jemput tu makan minyak. Dah tak sihat jadinya. Fendiosman goreng ni guna tangan je. Nak pakai sudu tak reti lak. Huhu....kalau guna tangan, kita boleh bentukkan jadi bulat yang cantik. Kaaaaannn....?


Goreng sampai keemasan. Tapi jangan guna api yang kuat. Nanti kat dalam tak masak, luar je hangit! Dah nampak kaler tu bertukar cantik, angkat dan tuskan untuk buang minyak yang lebih-lebih tu.

Siap pun jemput-jemput ni. Sesuai untuk hidangan di waktu petang, sambil makan, minum teh tarik, sembang-sembang bersama keluarga. Dapat mengeratkan hubungan katanya. Adapun aksi dapur ni Fendiosman buat di rumah abang Fendiosman. Yela kan....dah dok sorang-sorang ni, masak pun takde orang nak makan! Huhu....

Hope u guys enjoyed it! Selamat makan..............

Monday, December 22, 2008

Kartu Penduduk Tetap....

Haaa...awat tajuk macam negara seberang ni? Hiks...speku lagi nohhh....

Adapun cerita ni dah basi sebenarnya, tapi Fendiosman nak jugak ceritakan kisah membuat kad pengenalan baru di JPN Putrajaya, pengalaman mendapatkan perkhidmatan, dan petua-petua untuk mengelakkan kesesakan sewaktu pergi membuat kad pengenalan ni (tapi kaifiyat ni tergunapakai di JPN Putrajaya saja la....tempat lain Fendiosman taktau!)

Ni IC Fendiosman zaman Fendiosman masih muda remaja, masih bergetah katanya. La ni dah tak macam ni lagi. Time ni sangat solid. Tapi macam yang korang semua tengok, dah cacat cela IC Fendiosman. Terkopek sana, terkopek sini (baca : kopek mengikut takrifan orang Selangor. Bukan takrifan kopek orang Kelantan, maupun kopek orang Kedah).

Mula-mula Fendiosman ambik inisiatif letak loytape kat keliling IC tu tapi bila guna Mycard Reader kat Tabung Haji waktu nak keluarkan duit, abis punah ranah. Terus tercabut plastik dengan kulit IC sekali.

Setelah beberapa kali menghubungi sahabat Fendiosman yang bertugas di JPN Putrajaya itu (mekaseh ye Noorulad), akhirnya pada suatu petang yang hening, Fendiosman menjejakkan kaki ke JPN Putrajaya. Signage yang ada sangat jelas. Layanan sangat mesra (no wonder they are awarded the friendliest counter award!). Tapi jangan la ikut cara Fendiosman yang terus terjah ikut jalan belakang ye! Kalau tak memang kena bawak pergi buat kat area Pemastautin Tetap yang buat. Hiks...

Pelanggan sangat ramai walaupun dah petang. (Lesson 1 : Jangan pergi buat IC pada waktu cuti sekolah, melainkan terpaksa). Dek kerna pelanggan yang terlalu ramai, Fendiosman terus dibawa oleh Noorulad pergi ke satu kaunter, dan beliau dengan bermurah hati membuat sendiri IC Fendiosman.

Sekejap je, (ye la kan, jalan songsang ni selalu sekejap je!) tak lama kemudian, tercetaklah resit IC baru Fendiosman dan dikenakan bayaran 10 hengget. Untuk ganti, memang 10 hengget je. Kalau hilang tu, memang agak tinggi sikit sebab gara-gara keloqlaqan (baca : LOKLAK mengikut takrifan orang Kedah) diri sendiri, tu kira denda la).

Since kawan Fendiosman sendiri yang buatkan IC, bolehlah Fendiosman demand nak amek the best photo shot. Heh...berkali-kali jugak la snappy gambar. Since this is gambar untuk IC, tak perlulah untuk beraksi tema fotogedik sepertimana yang dipraktiskan selama ni. Cukup sekadar senyum plastik dan juga berposing ala2 skema di hadapan kamera. (LESSON 2: Kalau takmau kena suruh pakai blazer, make sure baju yang dipakai bukan kaler putih ataupun kaler-kaler skema untuk PTD. Light blue, light green, light segala light la. Untuk perempuan, eloknya muka tu tak perlulah bermekap segala, naturale sajork! Nanti nampak tak lawa dalam gambar).

Total masa yang diambil, 10 minit je bila menggunakan jalan belakang. (LESSON 3 : Pergilah ke JPN pada hari SABTU maupun hari AHAD, kaunter JPN memang dibuka pada hari-hari tersebut. Kalau hari bekerja, memang queue agak panjang dan ambik sedikit masa untuk mendapatkan perkhidmatan).

Kalau dulu, berbulan-bulan masa diambil untuk dapatkan IC bercop jari kat belakang tu. Some may take even 6 months to get the precious card. Tapi sekarang ni, sangat cepat. Fendiosman buat hari Selasa, hari Rabu dah siap. Dah boleh pergi ambik.

Untuk ambik IC ni, bagi mengelakkan kesesakan pergilah waktu hujung perkhidmatan. (LESSON 4: the counter closed at 1730H, pergi la waktu 1700H, nescaya takde orang yang beratur). Baru je tekan butang amek nombor giliran, dah dipanggil. Less than 5 minutes to collect the card.

And....

Tadaaa....here is the new IC. (LESSON 5 : Make sure masukkan kad dalam sarung plastik yang dijual kat JPN tu untuk mengelakkan IC anda terkopek).

Nota kaki : kaedah-kaedah ini hanya untuk orang awam saje ye. Untuk pemegang BAT C 10 dan yang sewaktu dengannya, sila rujuk dengan perkhidmatan anda masing-masing. (BAT C 10? Menatang apa tu? Murid-murid, ulangkaji pelajaran ye, sila dapatkan takrifan BAT C 10)

Monday, December 15, 2008

Rindu Seorang Anak...


Rasanya bagaikan baru semalam aku menerima panggilan dari Mama memberitahu mengenai kepulangan Arwah Baba menemui Yang Maha Esa. Rasanya bagaikan baru semalam aku berbual dengan Baba melalui telefon sehari sebelumnya. Rasanya bagaikan baru semalam aku menangisi kehilangan Baba yang amat aku sayangi. Tapi hakikatnya, semalam, 14 Disember 2008 genaplah setahun pemergian Baba. Sungguh pantas masa berlalu. Kesan kehilangan Baba amat mendalam dan cukup terkesan dalam sanubari aku ini. Aku yang selama ini agak longgar dengan Baba dan Mama bagaikan kehilangan arah.

Awal kehilangan Baba, aku bagaikan tiada perasaan. Mungkin kerana tiada jasad yang boleh aku iringi ke persemadian. Mungkin juga aku tidak menyedari apa sebenarnya yang berlaku. Semuanya bagaikan mimpi buatku. Tapi lama kelamaan, rasa kehilangan itu bagaikan meruntun jiwa aku. Aku sangkakan hatiku ini keras, tapi sekeras-keras batu, kalau dititiskan air lama-kelamaan akan berlekuk jua.

Menginjak bulan Julai yang lalu, aku sudah merasakan sesuatu yang perit untuk aku hadapi. Aku kehilangan langsung tempat untuk aku mengadu. Benar, Along mengambil tanggungjawab sebagai anak sulung untuk menggantikan Baba, tapi semuanya tidak serupa dengan apa yang Baba telah tinggalkan. Hari demi hari, rasa kosong itu makin memakan diriku. Aku banyak habiskan masa dengan termenung. Aku banyak melimpahkan air mata tanpa disedari.

Tapi, walau sederas mana air mata ini turun, sudah pasti aku tidak akan dapat mengembalikan Baba kerana Dia lebih sayangkan Baba. Pernah aku berdoa untuk dikembalikan Baba walaupun sekejap untuk aku nyatakan betapa sayangnya aku Baba. Hanya dalam doaku saja mampu kumohon. Mustahil Baba akan menjelma di depan mataku ini. Apa yang boleh diminta supaya aku ditemukan kembali dengan Baba di Akhirat nanti. Aku terlalu rindukan Baba. Aku rindukan suara garangnya. Aku rindukan gurau sendanya. Aku rindukan herdik tempiknya. Aku rindukan semua itu.

Ramadhan yang lalu, kehilangan Baba makin aku rasai. Menjelang Syawal, perasaan itu tidak lagi dapat aku bendung. Aku bagaikan hilang arah punca. Hari-hari di penghujung Ramadhan, kesedihan yang dialami makin menjadi-jadi. Syawal menjelma, dan sewaktu menziarahi pusara Arwah Tok, aku menangis teresak-esak mengadu nasibku kepada sepasang tiang nisan yang berdiri kaku. Ke mana saja yang dikunjungi, selagi ia mengingatkan aku kepada Baba, memang sungai air mataku akan mengalir deras tanpa segan silu.

"Tok....Cek teringat kat Baba"

Pelik, tapi itulah hakikat yang berlaku. Namun hati aku juga ingin berperasaan gembira seperti orang lain. Bermacam-macam ikhtiar dan usaha yang cuba aku buat termasuklah dengan menghantar sampel rambut kepada rakanku di Terengganu untuk mendapatkan ubat yang serasi dengan masalah yang dihadapi ini. Mungkin bagi yang pernah lalui apa yang aku rasakan ini mengerti betapa sedih dan pilunya perasaan bila diuji sebegini. Tapi, kata orang kehidupan ini mesti diteruskan. Dan itulah yang aku cuba lakukan perlahan demi perlahan.

Kesihatanku memang terganggu setelah ketiadaan Baba. Dek kerana aku terlalu memikirkan kesalahan yang aku pernah lakukan terhadap Baba, tekanan darahku mula turun naik dengan tidak menentu. Memang mudah orang katakan sabar, tapi untuk aku yang berhadapan dengan ketentuan Ilahi ini, terlalu sukar untuk aku menerima kenyataan yang Baba telah tiada buat selama-lamanya.

Pernah aku tanyakan soalan yang membuatkan Mama menangis tempohari;

"Mama, Angah ni jahat sangat ka? Baba marah ka kat Angah? Baba kecik ati ka sebab Angah selalu jauhkan diri? Baba maafkan Angah dak Mama?"

"Angah, Baba sayang semua anak dia. Takdak beza-beza pun"

"Tapi Angah tak sempat mintak maaf dengan Baba...."

"Baba dah maafkan pun Angah...."

Aku tak mahu digelar anak derhaka. Aku sentiasa bermohon kepadaNya supaya aku diketemukan kembali dengan Baba di kemudian hari.

Pemergian Baba juga menjadi titik permulaan kepada kehidupanku dari satu keadaan ke keadaan yang lain. Dari seorang yang 'nakal', aku kembali mendekatkan diri kepada Yang Maha Pencipta. Dari seorang yang liar, aku kembali ke pangkuan keluarga. Aku tak mahu perkara yang sama berulang lagi. Baba pergi tanpa sempat aku memohon maaf kepadanya. Ghaib, jauh dari pandangan mata.

Baba, Angah rindu sangat. Baba, Angah minta ampun minta maaf dari hujung rambut sampai hujung kaki. Angah banyak buat salah pada Baba. Angah banyak lawan cakap Baba. Angah banyak tak ikut kata Baba. Angah minta ampun Baba. Angah doakan semoga Baba tenang dan bahagia di sisi Yang Esa. Al-Fatihah (Osman bin Haji Yahya : 11 Mei 1948 - 14 Disember 2007)

Baba....Angah Rindu!

Saturday, December 13, 2008

Shooting Mania

Haaaaaa.....tudia, awat tetiba ada latihan menembak ni? Sapa kena tembak? Heh..adapun posting ni masih panas dari oven. Fendiosman baru je sampai dari Melaka. Pagi tadi seawal jam 7 dah bertolak untuk sama-sama join aktiviti PPTD. This time, it is PERTANDINGAN MENEMBAK PPTD. Menembak? Fendiosman reti menembak kah? Atau speku semata-mata?


Heh....hasil kegigihan Fendiosman menjadi PENDUDUK (istilah untuk Penembak Duduk), Alhamdulillah.....berbayar la jugak! Johan katanya! Ni aktiviti menembak berpasukan. Kategori menembak piring. Kalau solo punya kategori tu, Fendiosman masuk dalam top 20 gak, tapi top 20 dari belakang la. Hebat kan?

Ni antara markah2 yang diperolehi penembak yang ada. Tengok la score tu. Orang lain seratus lebih. Fendiosman dapat 65 markah saja dari 2 sesi menembak target. Point to ponder, Fendiosman tak reti kerja sorang-sorang. Kalau berpasukan tu, boleh la saling lengkap-melengkapi antara satu sama lain. Bak kata Salim Parlan;

"sebab kamu jatuhkan 1-2 piring tu la team kamu menang"

Betul jugak kata dia tu. Waktu mula-mula tu rasa kerdil sangat bila nak dibandingkan dengan those otai yang sangat la terer menembak. Tapi walaupun small contribution dari Fendiosman, tapi dengan small tu la team Fendiosman dapat menewaskan kumpulan2 yang hebat yang ada basic menembak yang kukuh. Macam tu jugaklah dalam kerja sehari-hari, kadang-kadang kita tak rasa pun kita ni contribute, tapi walaupun kerja stapler kertas, still dikira a contribution jugak kan?

Murid-murid semua, pertandingan ni adalah sebahagian dari aktiviti tahunan Persatuan Perkhidmatan Tadbir dan Diplomatik. Dari golfing, dinnering (ada ka perkataan ni?), treasure hunting, bowling, paintballing, hinggalah ke shooting. Macam-macam ada....

This time, acara menembak ni diadakan di Akademi JPJ kat Melaka. Tak ingat lak nama tempat sebab masuk ke dalam tempat jin bertendang. Rasa jauh sangat masuk ke dalam dari tol Ayer Keroh tu.

Hmm...the event was divided into 2 categories. Target shooting, and plate shooting. Murid-murid sekelian, plate tu bukanlah piring terbang melayang mahupun pinggan Arcopal yang dibaling ye! Tapi plate yang ditenggekkan di atas stand dan para penembak akan menembak plate itu. Haaa...kategori ni la yang Fendiosman dapat hadiah tu!

Well, here are some of the photos taken during the event;


The target board. Pertandingan ni dibuat dalam jarak 10 dan 15 meter. Nampak macam senang, tapi tangan menggigil seh! Nampak macam dekat, tapi....seksa jugak nak menembak tu. Ya la kan, bukan hari-hari kita menembak. Lain la kalau ada pendedahan intensif. Tak gitu?


Officers on duty. Ni pengasuh-pengasuh dan urusetia dari Akademi JPJ yang terlibat dalam acara kami. Ada pengasuh yang ala-ala diam. Ada pulak yang pokpek-pokpek sampai langsung tak boleh nak concentrate. Concentrate? Ish...tak reti menembak, disalahkan pulak pengasuh.

The safety briefing. Beretta is the firearm used for the event today. Fendiosman pun tak tanya pulak model mana. Banyak jenis Beretta ni. Can someone identify the firearm please? Safety briefing ni perlu sebab peluru yang digunakan adalah peluru hidup. Extra precaution needed.

Kononnya dok feeling tembak tepat la tu! Err...rasa macam model breakaway pun ada gak. Hiks. Ni kaedah fotogedik namanya. Bukan candid ye! Memang posingnye camtu!

The master of the event. Salim Parlan. Ala..kalo korang penah tengok TV pasal penguatkuasa JPJ tu, ha ni la Pengarahnya. Zaman kat INTAN sama-sama ngan 334 clan dulu, memang puas la kitorang kena herdik dengan dia. Bukan apa, nak suruh kami jadi orang. Kalau tak, Fendiosman rasa Fendiosman tak jadi macam sekarang ni.

The plate shooting. Ye, tengok tu, ada piring segiempat diletakkan kat atas kayu tu. Ha...kau tembaklah sampai jatuh. 1 team, 3 orang, 7 peluru each, 10 plates. Fendiosman berfungsi sebagai pemula tembak (in the event of SERI, pemenang ditentukan berdasarkan sapa yang tembak dulu). Part ni Fendiosman sangat suka, sebab bila wisel bunyi je, terus Fendiosman tembak. Kena target tu.....abaikan la dulu eh! Yang penting, team I tetam menang ok! *matila bongkak!

The target shooting. As you can see, the one with white shirt in the red rectangle is Fendiosman. Nak amek dekat2 tak boleh. Sebab tak dibenarkan masuk ke lapang sasar atas sebab-sebab keselamatan. So, amek gambo dari jauh saje la...

Apa pun, it was so enjoyable. Biasa la, pi mana2 event PPTD ni mesti ada muka 334 clan. This time pun ada jugak la kitorang menyemak. Liaison pun 334, fasi PAC pun 334, PPTD pun 334. Ish...awat ni? Takdak orang lain dah ka? Hmm..penat, tapi seronok sebab dapat release tension, nak pulak waktu menembak tu dapat pulak membayangkan menembak kepala orang-orang yang kita tak suka macam Kawan Plastik Celah Bedah, dan yang sewaktu dengannya. Harapnya tahun depan ada la lagi aktiviti camni.

To the organizer committee, Kerel and the gang, congratulations for organizing this. Kudos to all of you!

Sunday, December 07, 2008

Liaison Duty - Jogging Di Pagi Hari.....

Adapun selama seminggu Fendiosman berkampung di Hotel Best Western Premier Seri Pacific di Kuala Lumpur untuk bertugas sebagai Liaison Officer bagi AMCDR - Asian Ministerial Conference for Disaster Reduction. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar. Kali ni Fendiosman mendapat tugasan untuk mengiringi Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri bagi Negara Brunei Darussalam.

Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Johan Pahlawan Dato Paduka Awang Haji Adanan bin Begawan Pehin Dato Seri Setia Awang Haji Mohd. Yusof, begitulah gerangan Menteri yang telah diberi tanggungjawab kepada Fendiosman untuk menjaga beliau sewaktu kunjungan beliau ke Malaysia.

Tugasan Fendiosman sebagai Liaison bermula seawal hari Jumaat, 28 November. Setibanya dari Seremban untuk tugasan sebagai Liaison TKSU(P) untuk persidangan pengurusan (haaa...naik turun hotel katanya), terus Fendiosman bergegas ke Dynasty Hotel untuk siri taklimat bersama anggota PDRM di mana Fendiosman diperkenalkan dengan PSO, (murid-murid sekelian, PSO ni kependekan bagi Personal Security Officer, merangkap bodigad yang terdiri daripada anggota PDRM). This time, PSO yang agak senior yang telah diberi tugasan bersama Fendiosman.

29 dan 30 November, seawal jam 8 pagi Fendiosman kena hadir di lokasi persidangan untuk acara LARIAN KERING (dry run katanya) bagi ketibaan para menteri yang diberi taraf tetamu negara. Among 40+ countries yang hadir, hanya 9 yang diberi taraf tetamu. Dan pada 30 November jugaklah Fendiosman kena heret beg masuk ke hotel untuk persediaan ketibaan YB Pehin keesokan harinya. Berangkut la segala kelengkapan untuk seminggu berkampung di Kuala Lumpur.

1 Disember, ketibaan YB Pehin. Seperti biasa sebelum ni, sebelum ketibaan (4-5 hari sebelum) dah kita sebagai liaison ni kena kontek kedutaan negara tersebut untuk maklumat mengenai VIP yang akan hadir. Dari sini kita juga boleh minta gambaran bagaimanakah tetamu yang bakal kita iringi tersebut. Dan dari maklumat yang diterima, YB Pehin merupakan seorang yang sukar berbicara, seorang yang pendiam dan sukar didekati. Cabaran buat Fendiosman. Tapi Fendiosman tenang menerima tugasan. Ada cara untuk mendekati tetamu yang sebegini. Dan niat Fendiosman, Fendiosman nak pastikan walaupun orang mengatakan beliau sukar didekati. tapi Fendiosman tetap nak dekati.

Ketibaan YB Pehin bersama ahli rombongan disambut di KUL dengan senyuman lebar sampai ke telinga. Seperti tugasan sebelum ini, Fendiosman dengan gembiranya menyambut ketibaan tetamu dan bersedia dengan jawapan sekiranya terdapat soalan yang dikemukakan. Since ada Pegawai Tak Berapa Tinggi dari MKN (Murid-murid sekelian, MKN tu Majlis Keselamatan Negara ye!), yang menyambut ketibaan YB Pehin, Fendiosman biarkan beliau mengentertain. Tapi tetibe ada satu soalan yang orang biasa takkan boleh jawab keluar dari mulut YB Pehin....

"KLIA ni ada berapa terminal ye?"

"Err....errrr....errrr...errrr...." jawab Pegawai Tak Berapa tinggi....lantas dia ushakan tangan ke arah Fendiosman dengan niat untuk menaichi...

Fendiosman tersenyum, dan dengan tenangnye menjawab....

"Yang Berhormat Pehin, di sini ada 3 terminal, Main Terminal Building, Satellite Terminal, dan LCC Terminal. Tapi kalau nak masuk Terminal Kargo, jadi 4 terminal la semuanya"

Tudiaaa....krew penerbangan kah?

"Subang dah tak pakai lagi?"

"Errr....errr...errrr...." sekali lagi Pegawai Tak Berapa Tinggi mengusha Fendiosman...

"Yang Berhormat Pehin, sekarang ni Subang is dedicated for turbo-prop planes, there are 2 sheduled airlines operating from Subang, Firefly and Berjaya Air...."

Heh....sebagai liaison ni, jangan ingat nak pose pose cantik je! Tapi, semua maklumat kena ada di hujung jari. Tempat makan, tempat shopping, lokasi menarik, tempat 'ayam' jika perlu, tempat urut kaki, pasar malam, kedai karpet, kedai batik, dan sebagainya. Kalau tak tau, sila cari kawan-kawan yang ada. Hahaha.....dan kalau dah sesat Barat, sila dail 103 untuk pertanyaan.

Apa pun, Fendiosman sangat senang berurusan dengan YB Pehin sebab beliau terlalu komited dengan kerja. Datang untuk berkonferens, makanya memang konferenslah yang beliau hadir. Takde nak melencong kiri kanan pergi bershopping.

Tapi macam biasa la kan, jadi liaison ni kena aturkan meeting, semak jadual meeting, dapatkan info pasal konferens, aturkan bilateral, itu ini begitu begini. Memang 24 jam kena berada dalam mod sedia. Nama je dok hotel kat KL, tapi tetap la tak keluar jauh. Abis jauh pun ke The Mall.

Hmm..dalam banyak-banyak tugasan yang Fendiosman buat, ada satu tugasan yang Fendiosman rasakan mengeratkan hubungan Fendiosman dengan YB Pehin. Apa eh? Yaaaa....berjogging di pagi hari. Sesungguhnya perkhabaran awal yang diterima memberitahu bahawa YB Pehin sangat menggemari acara jogging di pagi hari. Huhuhu....dan selama beliau berada di sini, memang setiap hari Fendiosman temankan YB Pehin sambil diiringi ahli rombongan yang lain serta abang polis ke lokasi-lokasi tertentu untuk berjogging. (Phachat...aku rasa kalau kau jadi Liaison beliau, mesti kau merungut kan?). Merasa la kena bergegas balik ke Kajang untuk mengambik kasut sukan, stokin sukan dan pakaian sukan untuk berjogging.

Hari Pertama, GYMNASIUM - sebab acara perasmian bermula awal, not encouraged to go out. Hari Kedua - Tasik Perdana. Hari Ketiga dan Keempat - Tasik Titiwangsa. Hari Kelima - KLCC Park. Sebagai liaison yang bertanggungjawab, memang Fendiosman akan sentiasa berada berdekatan dengan tetamu yang diiringi. Cabaran buat Fendiosman, YB Pehin memang cergas, dan pantas. Sehari sekurang-kurangnya 4 KM dihabiskan untuk larian. Bak kata orang, masuk kandang kambing, mengembek. Masuk kandang harimau, lari cepat-cepat. Jadi, Fendiosman pun turut berjogging seawal jam 6.15 pagi bersama YB Pehin. Dari sini, memang Fendiosman dapat mengenali YB Pehin dengan lebih rapat lagi. Ada saja yang Fendiosman sembangkan. Dari hal keluarga, sampailah ke hal politik. Dari cerita senaman, sampai ke makanan. Pendek kata, memang tidak dapat dinilai peluang yang ada tu.

Satu yang menyebabkan Fendiosman rasa terharu apabila dipuji oleh YB Pehin....

"Wow...you're very fit..."

"Your Excellency.....As a matter of fact, we were tested on our fitness status before they allow us to join the Administrative and Diplomatic Service. We have to finish a 2.4KM run within the time given. So, it is not a problem for me to jog with you like this"

Tudiaaa....goreng apa tatau? Tapi bila lagi nak berbangga dengan servis sendiri kan? Elit dan premier katanya. Matila kena kutuk dengan servis lain pasni. Begitulah ceritanya rutin Fendiosman setiap hari selama 5 hari.

Awal pagi, jogging. Kemudian, terus ke aktiviti-aktiviti yang diaturkan. Petang, Fendiosman akan berendam di jacuzzi dan sauna milik hotel untuk melepaskan lelah seharian bertugas. Malam, sentiasa dalam standby mode. Dan, terus terang Fendiosman katakan, YB Pehin bukanlah seperti yang telah digambarkan. Kena dengan kuncinya, memang YB Pehin akan berbicara dengan senang.

Dan semalam, hari terakhir YB Pehin berada di Malaysia. Tibalah masanya untuk menghantar pulang. Terus selesaikan urusan tiket bersama orang dari kedutaan, bagasi bersama urusetia pengangkutan, dan kira-kira 2 jam sebelum perlepasan, terus ke KUL untuk keberangkatan. Sejurus sebelum berlepas....teringat aku dengan ucapan dari Pehin..

"U have my address rite? Kalau ke Brunei jangan lupa bagitau! Saya bawa kamu ke taman untuk jogging"

Tudiaaa......jogging katanya.

Well, doing a liaison job nampak macam senang. Tapi sebenarnya agak mencabar. Semua terletak kepada kebijaksanaan kita sebagai liaison untuk menjalankan tugas. Semuanya kena pantas, dan sentiasa kena ada plan A, B, C maupun D bagi memudahkan kerja kita. Tapi, janganlah terlalu rigid. Nanti kita pulak yang tak terikut.

Untuk urusetia.....mekaseh la eh sebab bagi peluang aku jadi Liaison. Untuk Agensi Pusat, a.k.a JPA, mekaseh sebab keluarkan surat lantikan. Appreciate that very much. Untuk kawan-kawan liaison, especially 334 clan, it has been a pleasure to work with you guys. Untuk abang polisku, nice to know u. Untuk yang tak dapat tips...jangan kecewa! Temanya, jangan terlalu mengharap! Anggap benda tu sebagai rezeki. Ada.....alhamdulillah. Takde.....jangan marah.