Monday, January 18, 2010

Bibik Tua Pek Kong kah?


Adapun tertegaklah sebuah pejabat yang dulunya berdikarang, bila dah dinaik taraf, makanya dia dapat la berdikari. Tapi selama ni memang tak pernah la suku kaum seperti Fendiosman berani menjejak kaki. Fendiosman pun sebenarnya bernasib malang apabila dihantar ke sini. Katanya nak suruh Fendiosman seterika baju yang kedut (tu hasrat Kementerian laaa), tapi orang kat pejabat ni suka sangat pakai baju kedut. Dah selesa sangat dengan baju itu. Ada nilai estetika katanya. Apa la Fendiosman tau sangat kan, benda-benda berseni ni perlu dilihat dengan pandangan mata yang berbeza. Kata orang, SENI ITU INDAH...(*matila carut.....). Mungkin jugak seni baju kedut itu saaaaaangat indah makanya memanglah orang-orang itu suka sangat memakai baju kedut itu hingga bibik yang dihantar untuk seterika baju pun dikatakan pemusnah. Boleyyyyyyyyyyyyyyyyyy? Makanya jadilah seperti Tua Pek Kong, yang hanya mampu memerhati tanpa boleh berkata apa2 walaupun terang2 benda yang dibuat itu salah.


Bermula Mei 2009 yang lalu, datanglah seorang bibik dari Putrajaya yang ditugaskan untuk menjaga hal ehwal rumahtangga pejabat tu. Bibik ni punya la sexcited untuk menjaga rumahtangga baru. Konon dalam surat tawaran kerja tu, bibik ni bukan saja kerjanya siram pokok bunga, gosok baju dan memasak, tapi juga ditugaskan untuk jaga peti besi yang simpan duit juta-juta. Bibik ni mula la feeling2, dah siap buat perancangan macam mana nak jaga peti besi tu supaya duit rakyat dapat dijaga dengan rapi. Gigih ni.....sanggup pi belajar sana sini sebab nak ambik tau. Tapi.............sampai saja kat pejabat tu, awal2 dah dibagitau, pejabat tu tak perlukan bibik jaga peti besi sebab dia dah ada tandey yang setia dalam paksa menjaga ketenteraman peti besi itu. Tudiaaaahhhhhh.....pasai apa tatau? Bibik tu pun pasrah dengan keputusan tuai rumah (*aik..tetiba beralih pi Sarawak ni? motif?)


Nak dijadikan cerita, datanglah sepasukan Sherlock Holmes ke pejabat tu nak memantau hal ehwal pengurusan rumahtangga. Gali punya gali...dan gali lagi, 5 hari 5 malam berkampung sebab nak tengok macam mana tuai rumah jaga hal ehwal rumahtangga beliau ittewwwwwwww. Bila Sherlock Holmes tanya bibik, bibik bagitau la dia tak jaga duit! Lantas, Sherlock Holmes heran bin ajaib sebab patutnya bibik tu yang patut jaga, tapi bibik sekadar jadi Tua Pek Kong sajor. Takat perhati dari jauh katanya. Tak bagi sentuh langsung. Satu sen habuk pun tak boleh pegang. Takut terpesong. Ya la kan, bibik2 ni tugasnya mengemas. Kang takut habis dikemas. Musnah la peluang tuai rumah untuk cari habuk. Hahahaha.....


Tapi, bila Sherlock Holmes buat laporan, ditegur la kenapa tuai rumah tak bagi bibik jaga peti besi duit. Sebab dan terang2 dalam surat kata bibik kena jaga peti besi. Errrr....rumah tu sebenarnya dah ramai bibik, tapi bibik dari Putrajaya ni KETUA SEGALA BIBIK sebenarnya. Daaaaan.....bibik2 tu sebenarnya tak boleh terima hakikat yang KETUA SEGALA BIBIK dah masuk. Tetap jugak nak berkasar dengan KETUA SEGALA BIBIK tu. Bila dah Sherlock Holmes bagi kenyataan sebenar, yang bibik dari Putrajaya tu adalah KETUA SEGALA BIBIK, teruslah KETUA SEGALA BIBIK menjeling kat semua isi rumah. Bagitau yang dia tu KETUA SEGALA BIBIK. Patutnya dia jaga peti besi duit. Hahahaha.....time tu, memanglah KETUA SEGALA BIBIK rasa kemenangan sangat. Walaupun tak sebesar mana, tapi bila ada kejayaan tu walaupun sedikit, teeeeeeeeeeeeeeetap rasa puas!


Bila dah puas hati, makanya perlulah buat libasan rambut kat semua yang hadir. Kekwat katanya. Hari ni KETUA SEGALA BIBIK tersenyum saja. Barulah tuai rumah tau sapa itu KETUA SEGALA BIBIK. Harapnya lepas ni bila SCOTLAND YARD pulak nak masuk, lagi dibuka segala isi rumah untuk pengetahuan rakyat jelata. Walaupun KETUA SEGALA BIBIK tu muda lagi, tapi jangan ingat dia tak reti buat kerja. Kadang2 yang muda ni lebih tau walaupun ada yang tua terlebih dulu makan garam. Kalau dah terlebih makan garam ni bukannya apa, ada potensi untuk sakit darah tinggi. Tak gitu? Kaaaaan?

Errr...korang paham ke cerita Fendiosman ni? Kalau tak paham, buat2 paham je la. Kalau nak pahamkan jugak, masuk sekolah blajar rajin2. Insya Allah jadi pandai satu hari nanti! Hahaha.......apa pun MEMANG PUAS!

Thursday, January 14, 2010

Kena Layan Macam Raja Ke?


Hari ni nak merenung sejenak. Kisah ratu bertakhta di pundak setelah sekian lama. Nak tunggu turun, Masya Allah lama lagi, hampir sedekad katanya. Tapi apa boleh buat, kononnya feeling2 best jadi ratu. Memang makin lama makin naik lemak la dibuatnya. Kalau korang la kan, kena ke layan bos bagaikan raja?


Bila dah feeling2 raja, kena la ada orang gaji yang kena buat semua kerja. Isk....pelik bin ajaib. Naik kapal terbang beg cenonet pun kena orang check in kan. Lepas tu, bila terlepas kapal terbang, habis orang gaji kena maki hamun. Kononnya sebab orang gaji tu la dia terlepas kapal terbang. Errr..dah tau naik Kapal Terbang Merah Tambang Murah, perlu ke dilayan bagaikan nak terbang kelas Business? Ingat kapal terbang nak tunggu gamaknya. Tetap gigih nak hadir event sampai hujung. Sudahnya, bercucuran la orang gaji sorang tu sebab dituduh menyebabkan dia tak boleh naik kapal terbang. Hishhh......macam ni punya orang pun ada ka?

Tu satu la kan, belum kira cerita bila outstation. Ada jugak bibik kena jadi tukang seterika baju. Takde masa la katakan. Bizi sebagai ratu memerintah rakyat jelata. Baju sorang gosok, tudung sorang lagi gosok. Ada pulak lagi tukang teman tidur. Dah nak bilik sebesar hamparan saujana mata, pastu nak kena orang temankan. Perlukah? Bila orang taknak teman, habis satu bilik mesyuarat kena hambur. Hadoilaaaa...ini macam punya orang pun ada noh? Fendiosman kerja dengan Citygirl dulu pun tak susah nak dilayan macam ni.

Kalau naik kereta, haaaaa...kena ada orang bukakan pintu kalau pergi melawat jajahan takluk. Errr.....ni satu hal. Bila orang demanding, jangan dilayan sangat. Tapi masing-masing nak jilbon. Nak disayangi. Pakat la dok berebut buka pintu. Belum kira cium tangan waktu bersalam lagi. Hadoilaaaaaaa...jadi ibu bapakah sampai kena cium tangan? Atau setaraf dengan Duli Tuanku yang perlu Menjunjung Duli? KSU pun tak macam tu! Boleh bukak sendiri pintu.....

Bab makan satu hal la. Kena ada pulak pramugari pergi serve. Kalau tak serve, alamat tak terusik la makanan. Nak2 kalau yang buffet. Memang takkan pergi beratur ambik. Kena proper katanya. Ada sorang Pegawai Tinggi yang sangat dipuji. Walaupun dah berstatus B, tetap jugak pandai beratur untuk ambik makanan. Ni baru level C.....dah feeling2 seperti Permaisuri Agong. Kau mampoooo? Hmmm.....kalau dengan Fendiosman, jangan harap la nak diserve sebegitu. Sila ambil sendiri. Macam mana la bila dia pencen nanti ha?

Agaknya kalau ada tukang pakai tukang londeh baju seluar dalam, mesti laaa dia suka. Boleh jugak cuci daki yang terlekat. Isk.....ehmm....pendapat Fendiosman, kadang2 tu.....walaupun dia feeling2 ratu, tapi kalau tak dilayan takkan la dia jadi ratu. Ni makin dok layan, terjongket la kening dia...tak gitu murid-murid? Hai....entahlah....dunia semuanya! Wallahua'alam...

Tuesday, January 05, 2010

Perang Saraf Katanya........


Dalam Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 2/2007  jelas menerangkan mengenai waktu bekerja anggota perkhidmatan awam dan ia tergunapakai untuk semua agensi persekutuan seluruh negara. (*jawapan PTK kah?). Jadi walau kat mana pun kita kerja, pekeliling tu kena la dipatuhi, tak kisah la skim perkhidmatan apa pun. Jangan dipertikaikan la waktu kerja yang dah ditetapkan. Makanya, kena la ketik kad waktu datang, dan waktu balik. Kalau kad diketik berdakwat merah, kena la letak sebab musabab dan ditandatangan oleh ketua jabatan. Tak gitu? Paham tak murid-murid? Jadi....kalau nak langgar suka suka hati, pi buat office sendiri. Toksah dok tergedik-gedik nak mai kerja kat pejabat kerajaan. Ada fahammmmmm?

Kisah berlaku kat pejabat Fendiosman ni bila Fendiosman dikatakan tak buat kerja. Haaa...kan dah tengok posting sebelum ni. Kau nak aku mengaum? Hamek la sedas. Bulan Januari ni raaaaaaaaaaaaaaaaaaaamai sangat orang ofis ni dapat kad kaler-kaler. Yang selama ni kuning tetibe jadi hijau! Yang dah hijau tetibe bertukar jadi merah. Macam pelangi katanya....

I'm just doing my work. Not more than that. Kalau rasa dengan hadiah kad kaler-kaler tu mengganggu produktiviti teruskan la datang office lambat. Nanti kita buat tatatertib pulak. Ni kira dah kira cukup bertoleransi la ni. Dulu zaman Fendiosman berhati lembut lemah gemalai, dipijaknya kepala. Makanya...marilah kita mengaum ya murid-murid.

Ada Hamba Allah yang sorang tu kata ni taktik Fendiosman berperang saraf dengan skim diorang ni. Perang apakah? Dalam fesbuk budak-budak ni bermacam-macam komen diberi sebab kad jadi kaler-kaler. Kunun kita tak hargai kerja la apa la. Eh...kalau cemerlang kita bagi APC kan? Bagi Anugerah Pekerja Contoh Bulanan kan? Takkan la kad ketik dakwat merah kita tak ambik tindakan kot? Lagi satu, layak ke Fendiosman nak berperang saraf dengan diorang ni? Fendiosman pun sedar, Fendiosman sorang-sorang je kat sini. Macam semut je! Abis penyek kalau kena pijak.


Tu la kan, time Fendiosman diam dulu pakat dok menyalak. Haaa...kan dah Fendiosman mengaum! Ni baru sikit. Nak lebih lagi? Menyalak la lagi! Insya Allah Fendiosman buat tindakan seterusnya. Gali jangan tak gali......ni la azam tahun 2010 Fendiosman!

Sunday, January 03, 2010

Selamat Tahun Baru


Alhamdulillah menjengah jugak ke tahun 2010. Tahun ni usia dah nak menginjak ke 30sen. KAWIN? Sapa tanya aku cabai mulut angpa....

Errr...sepanjang idup Fendiosman, tahun 2010 ni agak ceria gak la disambut. Ada muka korang keluar dalam kalendar macam Fendiosman? Hehehe...walaupun house-production tapi tetap jugak ada keluar muka dengan wig jenny kejung ittewwww...


Makanya tertenggeklah kalendar itteww kat atas tv di rumah Fendiosman ini. Tapi sungguh spoil mood bila ada gambar Madamme Eyebrow yang feeling2 cantik ala2 diva divana itu. Huh....tiap-tiap publication memang kena ada gambar dia. Isk...gilglam sungguh!

Walaupun pendek posting kali ni....tapi Fendiosman tetap berpuas hati sebab tahun ni muka terkeluar dalam kalendar. Hiks....model kalendar katanya. *matila chiwi.....


Haaaaa.....terubat la sikit hati yang marah ni bila tengok kalendar yang adoooo ini! Tapi tetap jugak la ada rasa marah bila ternampak wajah Madamme Eyebrow itteww. Kalau la boleh dihanjengkan, dah lama Fendiosman buat. Buat itu salah, buat ini salah. Tak buat laaaaagi la salah.....halllahaiii....

Harapnya 2010 ni membawa sinar yang ceria. Dengar khabar dah ada yang merisik untuk ke tempat baru. Kalau betul, memang Fendiosman angkat kaki tanpa perlu menoleh ke belakang lagi!