Thursday, February 28, 2008

Malang Si Pegawai Rendah

Ada pun hari ini aku merasa teramat marah. Marah sebab dipaksa untuk melaksanakan tugas secara paksa dan melibatkan implikasi kewangan yang agak besar. Walaupun gaji aku sekarang dalam kertas tulis RM4K, tapi benda yang aku kena buat ni bukan dengan kerelaan aku, jadi aku terasa amat marah.

Alkisah berbunyi begini, syahdan tersebutlah sebuah cerita seorang pegawai yang berkhidmat di negara Boleh hendak mengadakan keramaian sempena perkahwinan anak sulungnya. Nak dijadikan cerita, pegawai itu merupakan seorang pegawai tinggi. Jadi, masing-masing pegawai yang berada di bawah naungan pegawai tinggi berkenaan berlumba-lumba untuk memenangi hati pegawai tinggi tersebut.

Kisah anak pegawai tinggi ini hendak dikahwinkan telah tersebar sejak sekian lama di kalangan rakan taulan. Anak pegawai tinggi ini mengikut jejak langkah bapanya dan menjawat jawatan sebagai pegawai rendah di negara Boleh juga. Satu hari nanti, barangkali pegawai rendah boleh mengikuti legasi bapanya yang menjawat jawatan sebagai pegawai tinggi.

Pegawai tinggi mempunyai ramai pegawai tak berapa tinggi yang berkhidmat di bawahnya. Dan dalam sebuah organisasi, bermacam-macam cara yang dibuat untuk memenangi hati ketua. Di tempat pegawai tinggi bekerja, ada seorang pegawai tak berapa tinggi yang dah lama menunggu peluang untuk menjadi pegawai tinggi, tapi tak naik naik. Barangkali, pegawai tak berapa tinggi tersebut tak cukup tinggi maqamnya untuk dipertimbangkan naik menjadi pegawai tinggi. Dengar khabar, pegawai tak berapa tinggi ni dengan rela hati menawarkan diri untuk sama-sama terlibat dalam majlis keramaian perkahwinan anak pegawai tinggi berkenaan yang akan berlangsung tak berapa hari lagi.

Pegawai tak berapa tinggi dah memilih beberapa orang pegawai rendah di bawah seliaannya untuk menjadi penyambut tetamu sewaktu keramaian tersebut. Pegawai rendah yang bernasib baik itu menjadi terpinga-pinga bila nama tersenarai dalam senarai penyambut tetamu merangkap machai di keramaian itu nanti.

Beberapa hari yang lepas, pegawai rendah sekelian ada menerima bingkisan e-Mel berkenaan keramaian tersebut. Petikan dalam e-Mel tersebut berbunyi:

Tuan,

Seperti yang tuan sedia maklum, pegawai tinggi akan mengadakan majlisperkahwinan bagi anak beliau bertempat di negara Boleh kira-kira dua minggu dari sekarang.

Sukacita dimaklumkan bahawa Tuan telah dipilih sebagai penyambut tetamu di majlis tersebut. Pegawai tinggi telah memaklumkan bahawa tema bagi majlis tersebut adalah warna emas. Atas inisiatif sendiri, dicadangkan agar pakaian bagi penyambut tetamu diseragamkan.

Bagi memudahkan pengurusan pakaian tersebut, saya telah dipohon untuk menyediakan kain bagi pakaian tuan tersebut. Cadangan kain yang telah dipersetujui ialah kain satin berwarna emas yang boleh didapati di Gulati's Silk House pada harga RM18.00 semeter. Untuk pengetahuan tuan,bidang bagi kain ini ialah 54". Oleh itu, bagi seseorang yang berbadan sederhana, sebanyak 4 meter kain adalah mencukupi untuk menghasilkan sepasang baju melayu. (i.e: 4 m = RM18.00 x 4 = RM 72.00).

Dengan ini, saya ingin meminta kerjasama daripada tuan untuk memaklumkan kepada saya sebelum atau pada hari Isnin 25 Februari 2008 bilangan meter kain yang diperlukan dan kaedah pembayaran tuan agar saya dapat menyediakan kain tersebut secepat mungkin.

Pegawai-pegawai rendah di bawah naungan pegawai tak berapa tinggi ini buat endah tak endah gara-gara ayat yang di dalam e-Mel tersebut terkandung perkataan atas inisiatif sendiri, yang jika ditakrifkan dengan bahasa orang kampung, bukan wajib dan bukan paksaan. Cari pakaian bewarna emas, Insya Allah banyak di pasaran.

Tapi apa yang mengejutkan hati para pegawai rendah, tatkala waktu makan tengahari tadi, masing-masing menerima sebuah bungkusan plastik yang terkandung sehelai kain bewarna emas dan dimestikan untuk membayar harga pakaian tersebut. Belum berjahit, dan terpaksa diikhtiarkan mencari tukang jahit terhandal di negara Boleh supaya baju tersebut boleh disiapkan sebelum keramaian diadakan.

Harga yang terpaksa dibayar adalah tanggungan sendiri, tanpa sebarang bantuan dari pegawai tinggi dan pegawai tak berapa tinggi yang tergedik-gedik menawarkan diri itu. Untuk pegawai lelaki rendah, harga anggaran adalah sebanyak RM200, kain dan upah jahit. Untuk pegawai wanita rendah, harganya pula mencecah RM400 termasuk lining baju, tudung dan upah jahit.

Yang menjadi persoalan dan menimbulkan ketidakpuasan hati di kalangan pegawai rendah adalah paksaan untuk menerima dan membayar harga kain yang dibeli, dipaksa untuk mengupah baju seragam, dipaksa untuk bertugas di keramaian, gara-gara pegawai tak berapa tinggi yang berhajat nak memenangi hati pegawai tinggi. Mungkin dengan kegedikan pegawai tak berapa tinggi membantu menjayakan majlis keramaian pegawai tinggi, dapat pegawai tinggi mencalonkan pegawai tak berapa tinggi untuk sama-sama menjadi pegawai tinggi.

Makanya selepas menerima kain itu, pegawai-pegawai rendah semua berkumpul meluahkan perasaan masing-masing yang teraniaya dipaksa mengeluarkan kos yang banyak untuk majlis yang dikatakan bakal menjadi majlis gilang gemilang itu. Pegawai-pegawai rendah yang berkumpul itu sependapat mengenai nasib yang menimpa mereka. Dipaksa, terpaksa gara-gara pegawai tak berapa tinggi mereka yang sibuk memberi kipasan yang maksima kepada pegawai tinggi.

Mulalah acara menghempas beg plastik kain tanda protes, dan suara yang lantang menerangkan masalah yang dihadapi. Walaupun para pegawai rendah itu tidak kisah untuk mengeluarkan bajet sedemikian untuk berpakaian, tapi warna yang dipilih sangat tidak bersesuaian dan hanya boleh dipakai pada majlis-majlis tertentu sahaja. Tidak berbaloi dengan pelaburan yang dibuat.

Selain itu, keramaian perkahwinan anak pegawai tinggi itu berlangsung selepas pilihanraya negara Boleh, dan sudah pasti pegawai-pegawai rendah mengeluarkan wang yang banyak untuk pulang mengundi memilih calon yang bakal mewakili suara mereka di parlimen kelak. Ada pegawai rendah yang baru membaiki kereta, ada pegawai rendah yang mempunyai anak-anak untuk ditanggung, ada pegawai rendah yang membayar pinjaman pelajaran. Agaknya pegawai tak berapa tinggi ni tak berperasaan barangkali? Bertindak tanpa memikirkan kesan jangka panjang.

Atas inisiatif, tapi dipaksa membeli? Apa kejadah halnya? Pegawai-pegawai rendah sangatlah berkecil hati dan marah kerana terpaksa mengikut hasrat hati pegawai tak berapa tinggi untuk mengampu pegawai tinggi dengan bertugas di keramaian perkahwinan ananya itu. Tapi apalah yang boleh para pegawai rendah lakukan, hanya mengikut sahaja corak permainan pegawai tak berapa tinggi yang sungguh tak tinggi akal fikirannya itu. Pegawai-pegawai rendah hanya mampu berdoa supaya pegawai tak berapa tinggi diberi hidayah oleh Allah S.W.T untuk tidak menganiaya insan-insan di bawah seliaannya.

Entah lah....tapi hari ni aku memang marah mengenang nasib pegawai rendah sekelian. Wallahua'alam. Cerita ini adalah kisah benar, dan luahan hati seorang aku yang menjawat jawatan pegawai rendah yang amat marah. Kita cakap pasal integriti, tapi mana integriti? Kita cakap pasal nilai-nilai, mana hilang arahnya nilai-nilai itu?

Mengenal Diri Sendiri...Di Selatan Semenanjung

Seminggu tak masuk ke pejabat gara-gara kursus yang aku hadiri dan kursus yang aku menjadi urusetia. Fuh....lega rasanya bila tak masuk ke pejabat. Hilang segala tekanan dan masalah. Tapi sekejap je la. Masuk pejabat tertekan balik. Hiks.

Aku takmau la cerita pasal kursus yang aku hadir, tapi kita lihat kursus yang aku menjadi urusetianya. Ke mana destinasi? Heh...ini view yang aku ambik dari bilik penginapan aku. Nampak tambak? Nampak CIQ? Nampak Woodlands? Yaaaaa..Johor Bahru sekali lagi. Kali ni, di Grand Blue Wave...bilik cantik, makan sedap. Cuma bilik seminar tu romantik sikit. View....cantik seh, tapi kalau tengok incinerator yang ada kat seberang tambak tu, tak cantik la jadinye.

Kursus apa? Kalau ikutkan PTD ni ada roadmap yang dibuat oleh Agensi Pusat. Roadmap yang berkaitan dengan kerjaya sebagai PTD. Since nak tunggu dipanggil Agensi Pusat untuk hadir kursus tu amatlah lambat, atas inisiatif pengurusan Kementerian, we try to do our version of roadmap untuk PTD yang bekerja di KKM. Masalah bilangan peserta takkan timbul sebab di KKM ni ada kurang lebih 400 PTD dari turus sampai la ke machai gred 41.

Bincang dan bincang dan bincang lagi, lahirlah Kursus Pemantapan Sahsiah, (a leadership course actually). Gud course indeed. Content? Banyak la benda-benda baru yang diajar, but mostly it touched more to mind developing and relationship among others in an organisation.

Penat jugak jadi urusetia ni, orang nampak kita duduk je...tapi pada masa yang sama kena dengar, pasal nak buat laporan. Kebajikan peserta kena amek tau jugak. Highlight of the course, I would say the interactive game played and some of the video watching activity.

Lecture? Heh...semua course ada lecture. Kesan daripada lecture boleh tengok kat wanita bertudung cream tu. Tengok mata.....kuyu seh! Ngantuk ke KuLat?

Games...i would say the childhood memory and the dancing game were great. In the childhood memory game, main musang dan ayam. Bayangkan, ada peserta yang umur lebih 40, lebih 30 tapi main balik benda ni. Pakat jerit, pakat gelak....hahahha....objektif game? Kena tanya peserta yang pi la...hanya johari yang mengenal maniam.

In the dancing game, pakat la pulun dok practice tarian dengan penuh perasaan. Gigih menari. Sudah bila acara sebenar, lagu bertukar tukar dari satu rentak ke satu rentak yang lain. I've been in this situation before, during a music malfunction show recently. Objektif? To stay focus on something we do, and not to feel interrupted when anything happen. Nak tergelak pun ada bila tengok depa menari. Almaklumlah......no further elaboration.

And the final part yang paling menarik, was the open session part! Kat sini, orang pakat mai jumpa kita, bagitau 5 perkara yang positif pasal diri kita. Dan sebagai receiver, we are not allowed to say anything except THANK YOU. Ada di antara kualiti tu kita tak sedar, once bila orang bagitau baru la kita tau. Kat sini banyak scene bercucuran air mata. Ladies especially. Touched katanya! Tapi aku tetap senyum, dan appreciate what people said about myself.

Bubbly, Easygoing, Simple, Outspoken, Passionate....and lots more. I am so thankful for what God had given to me. And it is me....I've created something to be remembered by others. Biarlah yang baik tu menjadi kenangan orang. At least bila kita dah takde sok, orang cakap yang baik-baik je pasal kita. Enough said, the kursus was ok. Looking forward to organise siri 2 pulak. Di mana? Tunggu.................

Friday, February 22, 2008

Malam Gerak Gemalai UKM


Beberapa hari lepas aku dapat SMS dari MakAyam Hazelina bagitau pasal show di UKM. "Jemputlah datang tengok show FSTM di UKM 22-23 haribulan ni". Since MakAyam yang jemput, aku turun la jugak. MakAyam Hazelina ni bukanlah perempuan jadian, dia perempuan tulen! Satu masa dulu dia la yang menjadi jurulatih tari di UKM, tatkala aku mula hendak mengorak langkah sebagai kabaret.

Berpakatlah aku dengan beberapa sahabat Alumni Aadyamaatra Artisukma untuk mencemar duli turun ke Panggung Seni menyaksikan Malam Gerak Gemalai, satu malam yang mempamerkan kehebatan setiap kolej kediaman pelajar di UKM dalam bidang tarian. Hebat ke? Tu nanti kita ulas...

Melangkah masuk ke Panggung Seni mengimbau kembali kenangan satu masa dulu, saat-saat aku digelar Seri Ponggong, gara-gara aset di sebelah belakang yang melebihi saiz kabaret-kabaret lelaki yang lain. Susah senang, pahit manis, suka duka bersama-sama teman kabaret memang sukar dilupakan. Di Panggung inilah kami kabaret sekelian bergelak ketawa tatkala gembira, dimaki hamun kalau posture tak cantik dan macam-macam kenangan yang sukar dilupakan.

Heh..feeling la pulak. Ok..back to the purpose of visit. Show started with opening act by Artisbudaya UKM, doing their Makan Sireh dance. Zaman aku dulu, takde Makan Sireh ni dipersembahkan walaupun masing-masing kena belajar. We were more to Kak Ani style, hah sana hah sini, tarian lincah. Soon, the emcee (shall I call them peserta pertandingan bercerita ?)sekolah menengah?) called upon first group to perform. I was so excited to watch, tapi shedey sangat aaa bila dia mula bukak langkah!


First segment was so-called Asli Segment. Among 6 teams yang participate, 2 team je yang menarik. Lain sekadar lepas batuk di tangga. I know most of them bukan penari pro, tapi at least show some effort to do the best la. Ni tergedik-gedik sengeh atas pentas, yang kata jantan, terkepit pulak waktu menari, yang kata pompuan, kasar macam jantan la pulak. Alahai....no further explanation. Memang kecewa tengok show depa.


Ok laaa...sambil depa menari tu, ada gak la aku dengan kawan-kawan 'carutkan'. Aku bukan pro, tapi satu masa dulu, aku buat sesuatu tu dengan sepenuh hati, makanya rasa terkilan la jugak dengan sesetengah yang buat macam lepas batuk di tangga. Apa pun, tahniah la jugak sebab berani naik stage buat show. Tak semua yang dikurniakan keberanian macam tu.

Asli, consists of Asli, Inang, Joget, Zapin, Masri/Samrah. Tapi, rasa macam dok di Festival Zapin pulak. And...to make things even worse, lagu Farizal Ham (one of lagu zapin yang glamer) dimainkan sebanyak 3 kali (maksudnya 3 team la yang guna...). Alahai.....bawak-bawak la cari lagu lain.


Move to Kreatif Segment, again..aku kecewa. Aku pun hairan dengan sesetengah orang yang mengaku jadi Kareografer, dari Jabatan Kesenian dan Warisan Negara, tapi bila cipta tarian tetap cedok sana sini, without modifying anything taken from the original act. Since aku ni mengikut la jugak perkembangan tarian ni, bila tengok some of them menari, tergelak pun ad. Originality takde langsung. Tah lah...takmo komen banyak-banyak. Overall....bosan. What a waste! It's good to organize activities like that in universities tapi kalau tak sepenuh hati buatnya, buang karan je.


Ehmm....abis show, apa lagi...amek mood pentas, posing la! Hiks...tudiaaa...over! Hahaha

Monday, February 18, 2008

Sepetang di Pavilion

Semalam, aku mengambil kesempatan untuk mengunjungi gedung membeli-belah Pavilion bersama Sang Hansuari. Mengisi masa lapang kononnya. Biasanya hari Ahad aku habiskan di rumah dengan merehatkan diri, di samping melakukan aktiviti-aktiviti membesarkan badan. Hahaha...tapi semalam aku gagahkan diri mencemar duli untuk berkunjung ke sana gara-gara kemunculan Encik Tepak Sireh tauke blog terkenal itu di Bandaraya Kuala Lumpur ini. Kebetulan Sang Hansuari pun kenal Encik Tepak, jadi tak salah kalau aku heret sekali untuk sesi mengikis Tepak Sireh (ampun bang shidi...ampun).

Heh..macam biasa la kalau jumpa Encik Tepak Sireh, memang tak berenti bercerita. Tetap nak melepak kat kedai kopi kan. Coffee Bean katanya. Dengar je Coffee Bean, ate terus aku mengeluarkan kenyataan yang menyebabkan Encik Tepak Sireh tersentap..

"Kalau takat nak gi Coffee Bean...kat Miri pun ada..."

Langkah Encik Tepak Sireh terhenti serta merta. Tapi, puas la pusing kiri kanan cari kedai lain yang ada, takde yang kosong. Coffee Bean pun Coffee Bean laaaa, orang nak blanje kan. Heh. Encik Tepak Sireh muncul bersama Encik Andhika Tharuna, seorang lagi kenalan blog yang tak pernah aku bertegur sapa. Selama ni, hanya muka kekwat yang aku mampu tayangkan padanya tatkala berselisih di Alamanda. Kekwat kan aku?

Sedang menyembang tu tetibe je Encik Tepak Sireh bagitau yang Cik Lily Lulu nak mencemar duli menjengah skali. Wahhh...sudah jadi mini reunion la pulak. First time meeting her, and she's a nice person to talk with. Tapi tu la, suara dia ala-ala keluar dan tidak je, macam itik serati. Aku admire Cik Lily Lulu ni pasal kamera dia yang Masya Allah...sama besar dengan muka! Tapi tu la kan...memang cantik gambo-gambo yang dia amek. Kalau aku...trr ketar ketar seh! Tak lawa langsung.

Hmm..biasa la kan, Kak Tom dengan Kak Jenab bergosip. Heh...tah apa la yang dinyembangkan tu. Tau la sikit-sikit pucuk pangkalnya tu, tapi tak terlibat secara langsung. Since aku dah laa sampai kat Pavilion tu, terpaksa la aku pulang awal. Ye la kan....dah berakar bontot aku kat situ. Shopping? Tak layak lagi nak tengok barang-barang kat situ. Baju batik sehelai dah 850 hengget! Kau tak pitam? Tunggu la gaji aku 4K nanti..boleh la kot feeling-feeling shopping kat tempat orang-orang kaya cam Pavilion ni.

Anyhow, it was a pleasure to meet all of them. Harapnya pasni leh la jumpa lagi kot! Hehe...bang shidi, pasni kat tempat lain la pulak ek!

Thursday, February 14, 2008

Demam Pilihanraya Bermula

Semalam tatkala aku melayari internet lewat waktu tengahari, aku terbaca berita terkini mengenai pembubaran parlimen yang telah dilakukan oleh YAB Perdana Menteri atas perkenan SPB YDPA. Yaaaa...parlimen sudah bubar untuk memberi laluan kepada Pilihanraya Umum Ke-12. Tarikhnya akan ditentukan sekejap saja lagi.

Dan bila bercakap pasal pilihanraya, orang yang paling sibuk sekarang ni, sudah pasti Pengerusi SPR yang menjadi penggerak utama kepada kelancaran pilihanraya yang bakal berlangsung kelak. Bila bercakap mengenai pilihanraya, teringat sewaktu berada di kursus Biro Tatanegara. Masing-masing kami ditanya oleh para fasilitator, sudah mendaftar sebagai pengundi? Sudah mengundi?

Bercakap mengenai pilihanraya juga, tatkala tiba pilihanraya juga ramai orang mula sibuk, kempen di sana sini. Parti itu parti ini..masing-masing cuba memancing undi. Yang sudah memihak kepada parti tertentu, sudah tidak menjadi masalah. Yang penting, para pemancing undi akan mula mengorak langkah untuk meraih undi dari para pengundi yang dikatakan atas pagar. Nak kata ke kiri tidak, ke kanan pun tidak. Golongan inilah yang akan menjadi penentu kepada para calon untuk memenangi sesebuah pilihanraya di kawasan-kawasan yang dikatakan 'panas'.

Kali ni, kali kedua aku terlibat sebagai pengundi yang mengundi dalam pilihanraya umum. Siapa yang aku sokong? UNDI ANDA ADALAH RAHSIA. Tak perlu aku nyatakan di sini. Sebagai penjawat awam dari kumpulan pengurusan dan profesional, aku mempunyai tanggungjawab untuk bersikap neutral. Jadi, tiada apa yang perlu aku jelaskan mengenai siapa yang disokong. Kati ka...bulan kaa..(ni kata orang Kedah laa), yang mana jadi pemerintah, sudah pasti akan menjalankan mandat yang telah diamanahkan oleh rakyat!

Teringat satu masa sewaktu di kampus dahulu, ada juga pilihanraya yang diadakan bagi memilih perwakilan pelajar. Macam di luar, di dalam juga ada side merah, dan ada side hijau! Aku, tetap dengan dunia kabaretku, tidak kisah langsung menganai pilihanraya yang dijalankan. Siapa yang aku pilih pun tidak semua yang mengetahui. Cukup aku katakan, kalau nak dijadikan sebagai ketua, biarlah yang terbaik. Tak kira dari mana dia datang, mahukah ketua yang kita pilih tu adalah seorang yang kaki tipu? Mahukah ketua yang kita pilih tu kita tahu bujang, tapi lovebite bertepek di leher? Mahukah ketua yang kita pilih tu kaki pornografi? Bab-bab politik ni aku tak berapa fancy sangat. Aku hanya akan pulang melaksanakan tanggungjawab aku kepada negara. Itu sahaja. The rest, biarlah aku dan Yang Maha Kuasa sahaja yang mengetahui.

Semakan yang dibuat tadi di laman Suruhanjaya Pilihanraya, Alhamdulillah, nama aku tersenarai sebagai pemilih yang berdaftar. Tunggu tarikh yang akan diumumkan nanti, akan aku pulang ke kampung halaman untuk mengundi.

"Marilah mari...kita mengundi, tunaikanlah kewajipan pada negara......"

Wallahua'alam

Monday, February 11, 2008

Sayu sangat rasanya

Hari ni, usiaku menginjak ke satu angka yang lebih tinggi lagi. Pejam-celik, pejam-celik dah setahun berlalu. Terasa macam baru semalam aku menerima panggilan dari Baba (al-fatihah) mengucapkan selamat hari lahir kepadaku.

Sesudah solat subuh pagi tadi, telefonku berdering. Satu deringan yang amat aku kenali siapa pemanggilnya.

"Anak Mama....happy birthday, dah tua dah anak mama sorang ni"

"Thank you mama....."

Dengan nada yang ceria aku cuba sembunyikan rasa sebakku;

"Mama...thank you for growing me up, thank you for loving me, and thank you for everything. I LOVE YOU MAMA"

"Mama pun sama...I LOVE YOU TOO"

Kalau selama ini, aku yang akan SMS kedua-dua orang tuaku mengucapkan terima kasih, tapi hari ni belum sempat aku mengarang SMS, telefonku berdering. Pagi-pagi lagi, mataku sudah bergenang dengan air mata.

Saban tahun, jam 8 pagi lebih kurang aku akan menerima panggilan dari Baba....
(baca: aku dilahirkan pada jam 8.20 pagi, paham-paham je la ekk)

"Happy birthday anak Baba...."

Tahun ni, semua tu tiada....dan aku hampir terlupa yang Baba sudah pergi. Aku ternanti satu panggilan yang saban tahun aku terima. Nampaknya, itu semua tinggal kenangan. Tak pernah aku menyambut hari lahir dengan rasa sebak dan sayu. Sekali lagi, jam 8 pagi tadi air mata tidak dapat aku tahankan. Laju je mengalir. Sampai kena pusing ke belakang...ambik tisu lap. Takkan nak tunjuk kat staf kot! Kalau budak2 boleh la bohong kata masuk habuk! Ni dah nak sama umur dengan aku!

Untuk yang menghantarkan message, yang membuat panggilan kepadaku, terima kasih aku ucapkan (banyak ke? ala sorang dua pun kena cakap la jugak kan?). Appreciate that very much.
Ate, udoh udoh le beremosi tu ye! Mari kita tengok apa yang ada dengan tarikh lahir aku ni...yang ni aku gali dalam internet. Terjumpa pulak analisis data ni...macam menarik!

Analisis tarikh lahir

1=seorg yg kemas, bersih & bersistematik

2=seorg yg bijak dlm penghujahan

3=seorg yg penyayang & prihatin terhadap keluarga

4=seorg yg sensetif & mudah merajuk

5=seorg yg mudah bergaul

6=seorg yg berjiwa seni

7=seorg yg suker mencuba sesuatu yg baru

8=seorg yg berani melakukan sesuatu

9=seorg yg mempunyai keyakinan yg tinggi

0=seorg yg moody


Aku lahir pada 11 Februari 1980

A

B

C

D

2


2


9


4


1+1=2

2 kekal krn 1 digit

1+9+8+0=18

2+2+9=13



1+8=9

1+3=4

A=tingkah laku

B=minda

C=tingkah laku

D=hati3

Secara kesimpulannya,


a. aku ni Seorang yang bijak dalam penghujahan : agaknya pasal tu aku ditakdirkan masuk debate waktu kat sekolah dulu. Dan sekarang ni memang tak nak mengalah kalau ada apa-apa yang dibincangkan.

b. aku ni Seorang yang sensitif dan mudah merajuk : yang ni aku akui la. tuhan saje yang tau betapa sensitifnya perasaan aku ni. pasal merajuk tu, yes..aku memang kuat merajuk. tapi takkan la aku nak tunjuk kot! kok ye pun dah masuk 28 tahun ni, rentikan la perangai huduh tu! tak gitu?

c. aku ni Seorang yang berkeyakinan tinggi : yang ni aku mengaku la. kalau tak konfiden, bahaya. walaupun benda tu kadang2 nampak tak berapa betul, tapi sebab aku konfiden, aku redah la jugak....janji nampak konfiden!

Heh...cukup untuk ari ni. Hadiah? Heh...beli untuk diri sendiri dah la. Nak tunggu hadiah orang? Jauh panggang dari api! Hiks...(dear readers; heipp..aku tak mintak hadiah dari korang tau!)

Untuk yang lahir pada bulan ni jugak...aku ucapkan Selamat Hari Lahir. Ingat, setahun berubah bukan kita bertambah umur, tapi setahun bertambah, setahun jugak la hayat kita di dunia ni berkurang. Wallahua'alam...

Monday, February 04, 2008

Kisah Tanah Sekangkang Kera

Adapun hujung minggu yang lalu aku pulang ke kampung untuk menziarah Mama tersayang yang keseorangan. Mama nampak ok walaupun pada hakikatnya bila menyebut kisah arwah Baba (al-Fatihah) air matanya akan berlinang. Namun, aku tak nak cerita pengkisahan tentang mama seorang, tapi aku nak ceritakan pasal pengalaman yang aku lalui pasal harta pusaka tanah sekangkang kera di kampung. Pada mulanya memang aku tak nak ambil berat langsung sebab arwah Baba pernah berpesan,

"Baba takdak apa nak tinggai kat anak-anak Baba semua...Baba bagi hangpa mengaji tinggi-tinggi, hangpa guna la ilmu yang hangpa ada untuk cari harta sendiri"

Tapi, apa yang berlaku semenjak dua menjak ni memaksa aku untuk mengambil tahu perkara yang langsung tak menarik minat aku. Well, orang mesti akan kata aku bodoh pasal tak memandang langsung perkara ni. Tapi dah aku tak pernah didedahkan, mana laaaa aku nak ambik tau. Lagipun, tanah pusaka yang ada tu sekangkang kera besarnya.

Beberapa hari lepas, aku terima panggilan dari Mak Ndak bertanyakan bila aku nak balik kampung? Heran jugak aku....kemudian bila dia jelaskan pasal ada perkara yang nak dibincangkan pasal tanah, pahamlah aku serba sedikit. (note: mak ndak ni kakak arwah Baba).

Setibanya aku di rumah, Mama ada menerangkan yang si xxx (baca: xxx bukan mak ndak) ada menelefon beberapa kali bertanyakan pasal bendang yang diusahakan oleh seorang penyewa Cina. Si xxx memohon agar diberikan kepada menantunya untuk diusahakan. (si xxx ni setaraf dengan mak aku...menantu dalam keluarga Haji Yahya). Nampak gambarannya? Menantu Haji Yahya mintak menantu sorang lagi untuk benarkan menantunya buat bendang?

Katanya, selama ni Cina yang buat, tak bayar zakat. Eh...orang Cina memang tak bayar zakat, tapi duit hasil padi selama ni memang dizakatkan pun. Jadi tak timbul persoalan zakat tak diberikan. Yang jadi masalah sekarang, tanah bendang tu di tengah-tengah dan dikelilingi oleh bendang-bendang lain yang diusahakan oleh penyewa berbangsa Cina itu. Buatnya dia tutup salur air? Tak haru? Buatnya dia tak bagi mesin padi masuk? Tak lagi haru? Lepas tu, bila nak bagi balik kat penyewa tu...buatnya dia takmau ambik balik? Memang haru biru. Aku dan mak ndak bersetuju untuk mengekalkan penyewa Cina tu untuk mengusahakan bendang sekangkang kera yang ada di kampung tu.

Ok...mengapa menantu Haji Yahya yang sorang ni nak suruh menantu dia buat sawah? Haaa....kisahnya, bila pembahagian harta pusaka Haji Yahya ni memang dah dipersetujui selepas sekian lama berbincang..ada yang dapat tanah bukit sebelah pantai, ada yang dapat tanah bukit sebelah darat, dan ada yang dapat tanah bendang. Secara ikrarnya..semua bersetuju. Tapi arwah suami XXX punya nama ada kat tanah bendang tu lagi. Dan sebab Baba pergi dalam keadaan mengejut, proses pertukaran nama tidak sempat diselesaikan.

Semua dalam keluarga tahu, Baba dapat tanah bendang bersama 2 orang kakaknya. Dan adik beradik yang lain dapat lain-lain tanah. Tapi dalam geran tu ada nama lagi sorang....dan yang sorang tu sudah tertengok geran yang ditunjukkan kepadanya (patutnya benda ni tak berlaku selagi mana pertukaran urusan nama tak diselesaikan), dan dia berani untuk meminta dengan Mama (Mama kata tu bukan harta dia....dia takdak hak). Kenapa waktu arwah Baba ada tak mai mintak nak buat? Kenapa bila dia dah takdak baru nak mai?

Aku bukan hadap sangat harta tu, bukan boleh bawak masuk kubur pun! Tapi dah masing-masing berikrar (makcik makcik yang masih hidup...dan semua arwah-arwah yang telah pergi), semua tau bendang tu Baba dan kakak-kakaknya berdua yang punya. Awat dok mai tuntut pulak? Fine.....setelah berbual bicara dengan abangku, dan Mak Bonda (Adik bongsu ayahku), kalau benarlah bagai dikata, nak jugak bendang tu...kami takkan lepaskan tanah yang sepatutnya dapat kat depa semua. Fair and square...

Yang menariknya, bila tiba pasal harta, depa yang berkenaan takmau cakap dengan abang aku (depa tau abang aku ni jenis letak kaki kat muka - baran ya amat), semua pakat dok refer dengan aku - depa tak tau kot yang aku pun rujuk dengan abang dan adik-adik aku. Aku kesian dengan Mama...belum kering lagi air mata dia, dah orang dok tanya pasal benda yang bukan hak dia. Semalam dia keluarkan semua geran, suruh aku belek. Belek punya belek, bukan la sebesar mana pun. Kalau dah sampai anak cucu ni aku ibaratkan dapat sebesar tapak tangan saja. Itu pun mau berebut ka? Ish...dunia-dunia...aku tak mau la pasal harta sekangkang kera, adik-beradik sedara mara pupu poyang pakat dok masam muka berperang sana sini. Kalau nak sangat, mai beli dengan aku! Senang cerita, hilang derita. Tak gitu?

Wallahua'alam