
Semalam tatkala aku melayari internet lewat waktu tengahari, aku terbaca berita terkini mengenai pembubaran parlimen yang telah dilakukan oleh YAB Perdana Menteri atas perkenan SPB YDPA. Yaaaa...parlimen sudah bubar untuk memberi laluan kepada Pilihanraya Umum Ke-12. Tarikhnya akan ditentukan sekejap saja lagi.Dan bila bercakap pasal pilihanraya, orang yang paling sibuk sekarang ni, sudah pasti Pengerusi SPR yang menjadi penggerak utama kepada kelancaran pilihanraya yang bakal berlangsung kelak. Bila bercakap mengenai pilihanraya, teringat sewaktu berada di kursus Biro Tatanegara. Masing-masing kami ditanya oleh para fasilitator, sudah mendaftar sebagai pengundi? Sudah mengundi?
Bercakap mengenai pilihanraya juga, tatkala tiba pilihanraya juga ramai orang mula sibuk, kempen di sana sini. Parti itu parti ini..masing-masing cuba memancing undi. Yang sudah memihak kepada parti tertentu, sudah tidak menjadi masalah. Yang penting, para pemancing undi akan mula mengorak langkah untuk meraih undi dari para pengundi yang dikatakan atas pagar. Nak kata ke kiri tidak, ke kanan pun tidak. Golongan inilah yang akan menjadi penentu kepada para calon untuk memenangi sesebuah pilihanraya di kawasan-kawasan yang dikatakan 'panas'.
Kali ni, kali kedua aku terlibat sebagai pengundi yang mengundi dalam pilihanraya umum. Siapa yang aku sokong? UNDI ANDA ADALAH RAHSIA. Tak perlu aku nyatakan di sini. Sebagai penjawat awam dari kumpulan pengurusan dan profesional, aku mempunyai tanggungjawab untuk bersikap neutral. Jadi, tiada apa yang perlu aku jelaskan mengenai siapa yang disokong. Kati ka...bulan kaa..(ni kata orang Kedah laa), yang mana jadi pemerintah, sudah pasti akan menjalankan mandat yang telah diamanahkan oleh rakyat!
Teringat satu masa sewaktu di kampus dahulu, ada juga pilihanraya yang diadakan bagi memilih perwakilan pelajar. Macam di luar, di dalam juga ada side merah, dan ada side hijau! Aku, tetap dengan dunia kabaretku, tidak kisah langsung menganai pilihanraya yang dijalankan. Siapa yang aku pilih pun tidak semua yang mengetahui. Cukup aku katakan, kalau nak dijadikan sebagai ketua, biarlah yang terbaik. Tak kira dari mana dia datang, mahukah ketua yang kita pilih tu adalah seorang yang kaki tipu? Mahukah ketua yang kita pilih tu kita tahu bujang, tapi lovebite bertepek di leher? Mahukah ketua yang kita pilih tu kaki pornografi? Bab-bab politik ni aku tak berapa fancy sangat. Aku hanya akan pulang melaksanakan tanggungjawab aku kepada negara. Itu sahaja. The rest, biarlah aku dan Yang Maha Kuasa sahaja yang mengetahui.
Semakan yang dibuat tadi di laman Suruhanjaya Pilihanraya, Alhamdulillah, nama aku tersenarai sebagai pemilih yang berdaftar. Tunggu tarikh yang akan diumumkan nanti, akan aku pulang ke kampung halaman untuk mengundi."Marilah mari...kita mengundi, tunaikanlah kewajipan pada negara......"
Wallahua'alam
5 comments:
o o o balik kampung 3X
hati girangggggg !!!!!
ko ngundi mane bro?
aku balik kampung mengundi...ate.. peluang nak istiRAHAT !
tak der peluang ler aku nak jadi Penceramah tahun ni, dah jauh merantau.... seronok pi beri ceramah ni... masuk kampung2, felda2, estate, etc.... depa sambut kita macam kita plak yg jadi calon YB.....
semoga pilihanraya negara kita berjalan dengan lancar dan aman...
yang pentingnya, sesiapa yang menang pun...
... saya yang menurut perintah.
heh.
betul sy sokong
UNDI ADALAH RAHSIA kan
susah kalu bgtau org kita undi mana,
kalu sama xpe, masalahnya kalu x sama, ada yg kene lazer lah, kene "sekolah" la... hihihihi
shazali
dun pantai merdeka
parlimen sungai petani
bang shidi
takpa...duit banyak kalu, apa pun tak kisah kan! hehehehe...masuk kampung ka...masuk bandar kaaaa...kan kan kan?
zyrin
ha ah laaa...SYMP katanya!
viruspadu
hehehe...sekolah kat ulu sepri ke?
Post a Comment