Thursday, September 25, 2008

Hobi Fendiosman...Ataupun Kegilaan?

Korang mesti pernah disuruh waktu sekolah rendah dulu untuk membuat karangan pasal hobi masing-masing. Dan dalam kad 001 kat sekolah dulu pun ada ruangan untuk hobi. Begitu juga dalam Dewan Pelajar, mahupun mana-mana ruangan berkenalan dalam majalah, ada juga tertulis ruangan hobi. Waktu interview kerja pun ada juga ditanya pasal hobi. Pendek kata, kat mana-mana mesti ada orang nak tau kesukaan kita. Yakni, hobi. Hobi? Ya...aktiviti di masa lapang, kalau mengikut Cikgu Ismail sewaktu aku bersekolah di SK Simpor, Tikam Batu, Kedah satu masa dulu. Yaaa..SK Simpor, sounds funny tapi SK Simpor banyak menghasilkan profesional maupun insan yang berjaya. Ada yang jadi doktor, ada yang jadi Mufti, ada yang jadi jurutera, ada yang jadi PTD (matila perasannnnn...). Heh..melalut lak. Mari kita bercerita pasal hobi.

Adapun hobi (baik Fendiosman kata Kegilaan) Fendiosman adalah mengumpul. Bukan mengompol ek. Kalau mengompol tu lain lak maksudnye. Haru kalau dah besar panjang ni nak mengompol. Agak mahal harga hobi Fendiosman ni jika nak dibandingkan dengan saiz benda yang dikumpul. Kisah barang yang dikumpul ni pernah termasuk dalam blog Dr Shah, tapi ada satu insiden yang menyebabkan posting tersebut hilang. Masalah server katanya. Apa pun, hari ni mari kita menjengah apa yang dikumpulkan itu...

Tadaaaa....

Koleksi miniature kapal terbang. Haaa...ni antara koleksi yang Fendiosman ada di rumah. Terletak di display rack yang baru dibeli beberapa bulan yang lalu sempena pengeluaran duit EPF. Heh....macam yang semua orang tau, Fendiosman ni gila sikit bila tengok kapal terbang dan perkara-perkara yang berkaitan dengan dunia penerbangan. Hatta....ada yang mengatakan Fendiosman ni patutnya tak jadi PTD, tapi patut kerja dengan Idris Jala. Motif?

Baiklah murid-murid. Untuk yang rasa teringin nak berkecimpung dengan hobi semacam dengan Fendiosman ni, Mula-mula mari berkenalan dengan kapal terbang yang sedia ada. Ada pun, kapal terbang ni terbahagi kepada widebody dan narrowbody. Biasanya, untuk widebody, kalau kapal terbang penumpang tu, dia ada 2 aisle. Dan dalam dunia penerbangan pulak, call sign nye slalu ada perkataan heavy di belakang tatkala berhubung dengan menara kawalan. Err...paham tak? Kalau tak paham, main la Flight Simulator X yang Fendiosman dok main sekarang ni. Hehehe...

Haa...dalam gambar ni, sila kenalpasti manakah widebody dan mana yang narrowbody? Tapi takde la hadiah nak dikasik. Soalan simple je.

Hmmm, here are some shots yang Fendiosman amek guna henset sendiri. Nak yang cantik, sesungguhnya Fendiosman takde la SLR camera macam some bloggers. Tak mampu nak wat camtu. Huahuahua. Mana tidaknye, duit abis membeli kapal terbang je kejenye.


Royal Brunei B737-200 (reg V8-UEB), ni dah takde dalam perkhidmatan. Tapi untuk pengumpul macam Fendiosman, ia sangatlah berharga.

Thai Airways B747-400 (reg. HS-TGZ)


Singapore Airlines A380-800 (reg 9V-SKA) and A340-500 (reg 9V-SGD)

Philippines Airlines A340-300 (reg F-OHPM)

Malaysia Airlines B777-200 (9M-MRD - Heliconia), B747-400 (reg 9M-MPD - Hibiscus, 9M-MHL), DC-10-30 (reg 9M-MAV).

Hmmm..nampaknye takat tu je kot yang Fendiosman boleh tayangkan. Heh...hobi ni agak mahal, jadi memang menangis la nak mengeluarkan duit. Tapi, dah hobi kan...sanggup membuat apa saja.

Monday, September 22, 2008

Rezeki Ramadhan

Haaa...hari ni hari pertama Fendiosman masuk ke pejabat selepas 3 hari berkampung di Kelelumpo. 3 hari keluar, macam- macam yang ada atas meja. Ada slip gaji, ada memo dalaman, ada kad raya, ada fail timbul (apakah? float file katanya), ada sampul kecil, dan...ada sampul surat bercop, bertutup rapi (apakah? kad kawin kah?)

Benda pertama Fendiosman bukak adalah slip gaji (bukan sebab nak tengok duit, tapi sebab benda tu yang ada kat atas sekali). Suspens jugak. Ye la kan, bulan ni katanya dapat bonus. Syukur. Tapi yang jadi persoalan bonus tu dibayar atas gaji hakiki 41 ataupun dibayar termasuk dengan elaun memangku? Ada kawan2 yang kata bayar ikut hakiki 41, ada yang kata bayar termasuk mangku. Jadinya, bila dah tengok angka tu, Fendiosman tersenyum kambing sensorang. Ye la kan, waktu PakLah umumkan bonus tu, dah terbayang nak buat apa dengan duit tu. Sikit untuk tayar kereta, sikit lagi untuk cat bumper kereta yang scratch.

Bila terpandang je angka yang mendamaikan tu, nampaknya boleh la kot melaksanakan hajat di hati. Errr...peruntukan duit raya tahun ni dikecikkan sedikit. Aku bajet tak ramai orang datang umah nanti raya sebab Baba dah takdak. Syukur Fendiosman panjatkan atas rejeki yang diberikan oleh Allah S.W.T. Boleh la jugak Fendiosman taruh sikit duit tu untuk PROJEK pada tahun hadapan. Projek apa tatau? Kawin kah? Apakah? Kita tunggu dan lihat saja. Hiks...

Benda kedua yang Fendiosman bukak adalah sampul surat bertutup rapi. Rasanya dah tau surat apa, tapi sebab nak mengesahkan lagi apa yang telah dicanangkan dalam posting sebelum ni, makanya kena la jugak bukak untuk tau isi kandungannya supaya boleh dihantar ke cawangan personel untuk diuruskan gaji baru pada tangga gaji yang sepatutnya.


Untuk orang2 yang tak keje ngan gomen, haaa...cenggini lah rupanya surat naik pangkat. Untuk naik pangkat ni ada Lembaga Kenaikan Pangkat. Dan lembaga ni yang memperakukan kenaikan pangkat seseorang penjawat awam. Errr...untuk orang gomen, macam Fendiosman cakap sebelum ni, kenaikan pangkat tu bukan hak, tapi keistimewaan dan ganjaran yang diberikan dalam Perkhidmatan Awam ni. Jadinya, sangatlah bersyukur bila tengok surat ni berada depan mata. Tarikh kuatkuasa mulai 14 Februari 2008. Hmmm takde bayaran backdate sebab memang dah Fendiosman menggunapakai elaun memangku gred 44 sebelum ni.

Hmm....dengar cerita ujung tahun ni kalau ada rejeki yang lebih, dapat naik 3 balak. 3 balak? Apakah? Kalau di dunia penerbangan ni, tech crew akan pakai balak atas bahu. Cabin crew akan pakai balak kat nametag. Haaa...tengok la balak2 yang ada tu. 3 balak, hmmmmm sounds like senior level. To be precise, Chief katanya. Tapi..bila aku dok buat keje mintak maklumbalas tadi, terbaca satu petikan yang menyatakan untuk naik pangkat ni kena pergi PAC untuk kesekian kalinya. Aiyooooooooooooo...matila nak mengulang PAC bernombor besar itu. Hopefully, takde la kena bubuh nombor macam mula2 nak jadi kadet dulu. Apa pun, kita tunggu dan lihat saja apa yang akan berlaku. Mudah-mudahan Allah mempermudahkan urusan ni. Amin.

Ehmmm....minggu ni rasa dah jadi swinging mood lak. Minggu depan dah nak mula cuti. Yeayyyy....in fact ari Kamis ni aku dah start. Tapi tetap la jugak balik ari Sabtu sebab kena tunggu Sang Jerung di Universiti Pertahanan tu bercuti dulu. Huhuhu...makanya 2 hari yang ada akan aku manfaatkan dengan aktiviti pembongkangan di atas katil. Hiks...

Friday, September 19, 2008

Bila Dah Bongok

Alhamdulillah, hari ni dengarnya dah dapat surat penyiaran kenaikan pangkat ke gred 44. Sebelum ni dapat elaun memangku je, skang ni dah confirm. Syukur ke hadrat Allah S.W.T atas rezeki yang telah dikurniakan. Rezeki Ramadhan namanya. Tarikh kuatkuasa tak sure lagi sebab dah berhari-hari Fendiosman tak masuk pejabat sebab terlibat dengan conference yang Fendiosman ceritakan sebelum ni tu. Huru-hara la jugak. Tapi taknak la Fendiosman ceritakan kat sini sebab ada benda lain yang lebih penting yang Fendiosman rasakan perlu Fendiosman ceritakan.

Berita pengesahan ke gred 44 ni disambut gembira oleh rakan-rakan sekelian. Namun, segelintir sahabat yang ada turut kecewa, sebab walaupun dah cukup syarat-syaratnya tapi tak dipertimbangkan. Fendiosman tak menyalahkan Agensi Pusat secara keseluruhannya mahupun rakan-rakanku yang telah bertungkus-lumus nak mencukupkan syarat untuk disahkan dalam gred yang lebih tinggi tu.

Namun begitu, ada la manusia yang Fendiosman boleh katakan sebagai Bodoh Sombong, Bongok dan Tak Bertimbangrasa dalam melaksanakan kerja-kerja yang sepatutnya dia jalankan. Namanya tak perlulah dibuka disini sebab bila Fendiosman mencoretkan kata-kata dalam laman ni, sudah tentu akan mendapat perhatian dari sahabat-sahabat sekelian. Untuk para sahabat yang membaca, terima kasih Fendiosman ucapkan.

Kalau diikutkan, ramai yang boleh disahkan. Termasuk sorang sahabat Fendiosman yang bertugas di Bahagian yang sama dengan Fendiosman. Hakikatnya, beliau telah lebih dulu lulus peperiksaan PTK dari Fendiosman. Dan, syarat-syarat untuk disahkan kenaikan pangkat beliau telahpun dipenuhi. 1. Lulus PTK, 2. Mempunyai prestasi yang baik, 3. Diperakukan oleh ketua jabatan. Dan, permohonan untuk disahkan itu telah dihantar bersekali dengan Fendiosman. Tapi, bila disiarkan keputusan, nama beliau telah tercicir. Aneh!

Tapi yang lebih aneh, bukan sahabat yang sorang tu saja yang tercicir, tapi terdapat beberapa sahabat yang lain yang memang turut tercicir. Yang dah lulus PTK dari tahun 2006 pun mengalami nasib yang sama. Benar, Fendiosman mengakui, kenaikan pangkat tu bukan satu HAK tapi adalah part of rewards dalam sesuatu bidang pekerjaan. Bab rewards ni Fendiosman takkan pertikaikan sebab dalam perkhidmatan ni, klausa SAYA YANG MENURUT PERINTAH menjadi pegangan utama bila melaksanakan sesuatu.

Persoalan yang menjadi tanda tanya adalah ALASAN yang dikemukakan oleh insan berkenaan. Masya Allah, sungguh terkejut Fendiosman dengan alasan yang diberikan. Nak kata Fendiosman ni tak buat human resource management, tidak jugak. Sebab core business Fendiosman di Kementerian tempat Fendiosman bekerja ni adalah human resource. Walaupun hanya sebagai pembuat dasar, yang tak terlibat secara langsung dengan urusan perkhidmatan namun begitu urusan perkhidmatan ni tidak dapat tidak mesti diambil tahu disebabkan oleh kepentingannya dalam membuat satu dasar baru ataupun menambahbaik dasar sedia ada.

Hakikatnya, apabila sahabat Fendiosman yang kurang bernasib baik itu menelefon insan berkenaan, jawapan yang diberikan adalah sungguh tidak logik. Antaranya;

1. "Kita ada dateline untuk sesuatu urusan itu" - permohonan sahabat Fendiosman itu dihantar bersekali dengan permohonan Fendiosman. Mustahil kalau di peringkat Agensi Pusat terima pada masa dan ketika yang berbeza.

2. "Ada kuota untuk pengesahan" - alasan yang paling tak dapat diterima akal. Kuota? Sefaham Fendiosman, ada satu garis panduan yang kami di Agensi Pelaksana ni menggunakannya di mana urusan pengesahan kenaikan pangkat hendaklah dibuat selepas 6 bulan pemangkuan diberikan setelah syarat-syarat dipenuhi.

3. "Dah banyak-banyak ni maaflah, mesti ada yang terlepas pandang" - alasan yang aku rasa akan membuka pekung di dada mengenai kebongokan dan kebodohan insan berkenaan. Kalau dah tau ada loophole dalam sesuatu proses kerja tu, kena cari langkah penambahbaikan. Bukan bagi alasan yang sama. Terlepas pandang? Aik.....nama orang boleh terlepas pandang. Bayangkan kalau nama sendiri, mesti letak kat nombor 1 dalam senarai. Kawan-kawan sendiri tak pulak terlepas pandang. Apa punya alasan la....

Sekali lagi Fendiosman tegaskan, Agensi Pusat memang tak dipersalahkan. Tapi insan seorang tu yang buat urusan benda alah ni, perlu diberi perhatian tentang kerelevanannya untuk mengisi jawatan berkenaan. Apa guna duduk di tempat tersebut kalau kesudahannya orang mempertikaikan tempat yang disandangnya itu. Sebab seorang yang salah, habis satu kampung kena badi. Kerana seekor kerbau membawa lumpur, habis semua terpalit. Yang bawak tu memang la kerbau, sebab dia tak reti nak pikir. Orang lain yang duduk dekat kerbau tu...sah-sah la akan kena lumpur tu jugak.

Fendiosman takkan mempersoalkan langsung kalau benda ni tak memberi kesan kepada rakan-rakan, tapi memandangkan ada perjalanan yang masih jauh untuk Fendiosman dan sahabat-sahabat seperjuangan tempuhi, benda ni mesti dicari penyelesaiannya. Tak guna kalau setakat pandai mengampu tapi tak reti membuat kerja. Posting Fendiosman ni bukanlah untuk mengeji ataupun mencela, dan bukanlah untuk menunjukkan ketidaksyukuran atas rezeki yang dikurniakan oleh Yang Maha Esa, tapi untuk membuka mata kepada insan berkenaan, untuk merenung kembali tindakan yang dilakukan.

Orang teraniaya ni, doanya selalu dimakbulkan. Mana la tau kan, hari ni buat naya kat orang, esok-esok nanti kena naya pulak. Haaaa...baru nak merenung muhasabah diri segala. Sebelum cerita ni diakhiri, Fendiosman nak menyatakan rasa kesyukuran yang tidak terhingga kepada Yang Maha Kuasa atas rezeki yang telah diberikan. Terima kasih juga kepada pihak Agensi Pusat yang memberikan peluang untuk dinaikkan pangkat. Fendiosman amat hargai apa yang telah diberikan.

Untuk kawan-kawan yang dikatakan TERLEPAS PANDANG tu, apa yang Fendiosman ingin nasihatkan, bawak banyak bersabar. Ujian Allah ni memang ada di mana-mana. Dan Allah takkan berikan ujian tu kalau Dia rasa kita tak boleh menghadapinya. Sabar ye kawan-kawan. Dalam bulan Ramadhan yang barokah ni, berlipat kali ganda ganjarannya kalau kita lebih bersabar. Wallahua'alam.

p.s. : Siapa makan cili, eloklah minum air sebab rasa cili tu pedas.

Tuesday, September 16, 2008

Bila Fendiosman Mengarut

Hari ni Fendiosman merasa bosan yang amat sangat. Hari ni kena suruh masuk meeting, meeting pasal Laporan Tahunan Kementerian dengan pelbagai golongan dari KKM termasuklah golongan pandai tu. Hari ni jugak dalam meeting tu Fendiosman gaduh lagi dengan orang yang pandai. Bukan Fendiosman sengaja nak cari pasal tapi kalau dah tak reti bahasa tu Fendiosman memang la hangin.

Tapi hari ni Fendiosman taknak cerita pasal emo emo lagi dah. Sebab orang ada komplen Fendiosman ni macam kena PMS, sakit sebelum nak period katanya. So..mari kita mengarut hari ni.

Adapun dalam beberapa blog yang Fendioaman singgah, ada depa pakat dok buat muka depa dalam Yearbook tu. Fendiosman rasa macam menarik, dan Fendiosman rasa nak cuba, nak tengok apa yang berlaku kat muka Fendiosman kalau dibuat editing mengarut tu. Sudahnya, tergelak2 Fendiosman sorang2 dalam office. Pastu siap boleh tayang kat bos (matilakan...berani tunjuk kat bos. nampak sangat kau takde keje). Bos pun layan skali. Hahahaha....


Mari kita tengok apa berlaku kalau wajah Fendiosman diedit mengikut peredaran zaman. Slalu orang buat dari dulu ke sekarang, tapi Fendiosman nak buat terbalik. Dari sekarang kembali ke zaman dulu. (Matila Back to the Future....)

Heh..kat atas ni Fendiosman tak heran sangat pasal tahun 2000 muka Fendiosman memang dah lebih kurang macam ni. Cumanya dari segi fugiratif, agak kurus sikit la, ada cheekbone lagik!

Haaa...kat bawah ni ala2 tahun 90,


Tapi Fendiosman rasa macam kelakar bila tengok rambut ala2 berekor di belakang itu. Fendiosman pernah berambut panjang tapi takde la dilepaskan macam tu. Sesungguhnya Fendiosman akan mengikat rapi rambut supaya tampak kemas dah tak berserabut. Hmmm..mari kita tengok tahun 84, tatkala zaman Jaiton Sameon berambut kembang. Apa hasilnya?

Wah.....tak pernah terpikir nak berambut seperti Jaiton Sameon yang kembang bagaikan buah kembang semangkuk ini. Apa pun, I like this hairdo. Cumanya kurang sesuai dengan jaman sekarang. Kan Bonda Phachat kan?

Haaaa, atas ni gambar kalau Fendiosman dah dewasa waktu tahun Fendiosman dilahirkan. Buruk seh. Macam Snoopy pun ada gak rasanya. Tak boleh komen lelebih. Err..Fendiosman suka tengok gambar bawah ni. Konsep Izwan Pilus dalam videoclip lagu Kembali Senyum. Izwan Pilus? Ewwwwwwwww...(matila pecah pintu karaoke Green Box, kan Khai kan?)


Tapi, baju turtle neck yang digayakan itu kurang sesuai untuk digayakan sendiri oleh Fendiosman sebab leher tak berapa nak panjang. Jadi...elok la pakai baju yang nampak leher. Kalau tak jadi macam binatang yang takde tengkuk tu. Alaaaa....takkan la tak tau!

Woooohooo..ni tahun 70. Macam tak sanggup nak tengok je! Huahuahua....dengan idung Fendiosman yang kembang tu, rasanya kena la dengan penampilannya. Tapi serius, teringat kartun Scoobie Doo..

Tahun 60. Haaaa...hat nie nampak kemas. Sebab kalau Fendiosman kurus dan berkaca mata macam jaman muda-muda dulu gini la keadaannya. Cumanya remos tu tak sanggup la nak buat camtu. Lagipun rambut Fendiosman ni jenis halus dan lembut. Susah nak diuruskan. Buat style macam mana pun, rambut tetap terbaring ala2 mermaid di tepi pantai. Huhu...

And...here it is, kalau ditakdirkan umur panjang, gamaknye camni la rupa Fendiosman kan? And when I was kuruser, I look exactly like this.

Fendiosman rasa syukur sangat dilahirkan sebagai lelaki. Sebab bila Fendiosman try jadikan gambar perempuan. Fendiosman terus tak lalu, tak jadi nak mengorat. Buruk ya amat! Tak caya tengok la kat bawah ni...

Korang tengok pun korang tak lalu kan?

Nanges......moral of the story, bersyukurlah atas kurniaan Ilahi. Tak kira lelaki ke perempuan ke, di sisi Allah, semuanya sama saja.

Friday, September 12, 2008

Pandai ke Korang?

Kisah hari ni adalah mengenai orang yang rasa dia pandai tapi sebenarnya tak la berapa pandai. Nak kata tak pandai, ada degree yang susah, siap jadi Timbalan (mind me, this is not Timbalan yang aku terlibat dalam Majlis Perkahwinannya dulu). Mustahil la orang tak pandai dapat pegang jawatan tinggi. Dia rasa dia pandai, tapi ada la sedikit ketidakpandaiannya itu gara-gara memandang rendah kepada orang yang disangkanya tak berapa pandai tapi lebih pandai dari dia. (Heip...korang paham tak ayat kelam kabut aku ni?)

Nak dijadikan cerita, aku dan rakan-rakanku di Bahagian yang tercinta ni telah diangkat menjadi ahli jawatankuasa penginapan dan makanan untuk satu conference yang diadakan pada bulan puasa, which is next week dijangka berlangsungnya. Bab diangkat menjadi jawatankuasa tu tak kisah la kan, sebab dalam senarai tugas yang dibekalkan, klausa terakhir "LAIN LAIN TUGAS YANG DIARAHKAN DARI MASA KE MASA" akan tergunapakai. (Tapi tidakla menjadi pak pacak waktu kenduri kawin anak....tu kira a BIG NO NO la kan).

Yang menjadi masalahnya, orang yang rasa dirinya pandai ni mula la mengatur itu ini untuk buat conference merangkap acara melobi negara-negara asia pasifik untuk mengundi. Bajet takde, pastu nak buat kat tempat grand, nak demand dilayan bagaikan raja. Dalam mesyuarat selama yang diadakan ni, aku memang bertindak ganas. Bak kata seorang Pegawai Tak Berapa Tinggi yang hadir,

"GARANG SANGAT KAMU NI"

Yes, I admit I am very fierce. Tapi garang tu biar la bertempat. Kononnya menyahut hasrat kerajaan untuk mengamalkan dasar perbelanjaan berhemah. Tapi tetap jugak nak sponsor negara-negara tu datang ke conference ni. Hmm..ayat garang tu seterusnya disambung;

"TAPI BAGUS JUGAK GARANG NI, SEBAB BIAR SELESAI AWAL-AWAL, SEKURANGNYA NANTI WAKTU HARI JADI BETUL-BETUL TAKDE LA ORANG TUNJUK SANA TUNJUK SINI"

Kisahnya acara ni telah displitkan kepada dua. Satu acara melobi, satu acara conference. Dan telah dipersetujui bil akan dipecahkan kepada dua. Bil lobi, dan bil conference. Sudahnya dalam riuh rendah menyelesaikan tu, tetibe je ada pulak orang yang rasa pandai ni call aku, suruh menurunkan tandatangan untuk letter of undertaking dengan hotel.

Waaaaaaaaaaaaaahhhh...banyak cantik! Orang rasa pandai ni kononnya ada duit juta-juta untuk lobi. Tapi allocation untuk local event, nan ado. Kalau ado pun ciput saja. Buat calit taik gigi katanya. Request semua benda grand, tapi nak bayar? Ado duit? Nan ado....

Teringat aku dalam satu journal medical MMA, ada satu orang yang rasa dia pandai sebab degree dia hebat ni dok kutuk kami yang buat management ni. Haaaaa...ni aku nak pulangkan paku buah keras. Aku respect sebab depa dianugerahkan kebijaksanaan, tapi dengan kebijaksanaan yang ada tu, tolong la amek masa sedikit untuk berfikir. Orang yang takde degree macam hangpa tu kira tak pandai ka?

Excuse me kalau ada sesiapa yang terasa. My fellow friends yang tergolong dalam orang yang pandai ni, aku bukan tujukan benda ni kat semua. Tapi some of you memang ada perasaan arrogant ni. Sebab arrogant tu la timbul hasrat nak mintak gaji tinggi la, itu la ini la. Ish..aku pun tak paham apa lagi yang tak cukup.

Udah la kot. Pesan aku, kalau rasa diri tu pandai, buat sendiri la semua. Tak perlu lagi orang management ni tolong buatkan. After all, kenapa still terhegeh-hegeh panggil orang management ni buatkan? Ingat, orang yang kita rasa tak pandai tu kadang-kadang lebih pandai dari kita. Orang yang kita sangka lemah tu, kadang-kadang lebih kuat dari kita.

Ehmm...untuk orang yang rasa degree dia advance tu, kami yang degree tak advance ni pun ada jugak kertas yang nama degree tu. Cumanya nama degree tu je berbeza. Kalau korang ada MBBS, ataupun MD, kami ni ada jugak BA, BSc. Biar sehebat mana pun kelulusan yang ada, tapi kalau suka memandang rendah kat orang, elok la campak saja degree tu dalam tong sampah. Tak pun bagi je kat budak tadika. Wallahua'alam.

Monday, September 08, 2008

Nak Marah, Tengah Puasa.....Grrrrr

Hari ni Alhamdulillah masuk hari ke 8 umat Islam di Malaysia berpuasa. Dan...hari ni kad perakam waktu aku nyaris-nyaris merah. Hari Jumaat lepas, sah merah. Kenapa ek?Jangan kata aku bangun lewat! Aku keluar dari rumah waktu normal, waktu yang sama aku keluar pada waktu bulan-bulan tak puasa. In fact, kejap tadi aku keluar lebih awal dari waktu sepatutnya aku keluar. Isk...jem teruk jalan. Start dari plaza tol Sungai Ramal tu, sampailah ke Parcel E ni, kenderaan bergerak macam kura-kura, macam puasa tu mengganggu aktiviti pemanduan. Waktu puasa memang semua berlaku dengan slow ke ha?Yang cukup menarik hati aku, kalau kerja gomen ni ada waktu kerja anjal, masuk 7.30, 8.00 dan 8.30 pagi. Bulan tak puasa, 8.30 tu ramai la yang masuk, alasan rumah jauh, jalan jem, hantar anak, itu ini begitu begini, dan segala macam alasan lagi yang diberikan sebab masuk 8.30 pagi. Tapi yang peliknya bila puasa, rumah yang jauh tu serta-merta macam dekat, anak macam tak pergi sekolah, boleh pulak tukar masuk pukul 7.30. Aneh! Apa pun, tu semua hak masing-masing. Aku yang takde komitmen ni mungkin kurang faham....

Tapi sefaham aku, balik awal nak menyediakan juadah untuk keluarga. MENYEDIAKAN, diulangi MENYEDIAKAN. Bukan PERGI PASAR RAMADHAN BELI LAUK TUNJUK UNTUK KELUARGA. Yang aku tengok, balik awal tapi perginya ke PASAR RAMADHAN beli lauk tunjuk. Untung la peniaga-peniaga sekelian. Isk..kalau aku la kan, ditakdirkan aku kahwin nanti, seboleh-bolehnya aku nak isteri aku memasak kat rumah. PASAR RAMADHAN? Untuk barang-barang tertentu je, and let me do the shopping.

Aku berkata berdasarkan pengalaman aku tengok Mama mengurus keluarga. Dia cikgu. Mengajar sekolah petang, yang sefaham aku kalau sekolah petang ni pukul 6 baru la nak bergerak balik. Tapi sampai je kat umah, terus dia memasak, walaupun sesimple lauk yang mungkin. Walaupun hanya sambal tauhu, tapi Mama tetap memasak. Kenapa memasak? Heh...hanya Johari yang mengenal Maniam. Memasak tu akan wujudkan personal touch dan boleh mengeratkan lagi ikatan kekeluargaan. Sebabnya, kalau tak sedap, boleh kata tak sedap, supaya lain kali dapat diperbaiki mutu masakan. Bukan bila kena tegur terus sentap tak mau masak.

Bila aku beri pendapat macam ni, ada yang akan kata, TUNTUTAN KERJA, BALIK LAMBAT. Eh eh....helooo, waktu kerja pukul 8-5, balik rumah koman2 dalam pukul 6.30 sampai, masak nasik 30 minit, sambil masak nasik tu boleh masak 1-2 lauk, buat kuih sejenis (kalau hangpa terrer la). Since aku mampu untuk buat, aku rasa cabaran la untuk wanita-wanita yang ada. Pendapat ikhlas aku, memasak tu tak semestinya kena siap lauk yang grand. Asalkan ada personal touch, it is more than enough. Tak gitu...? Anyway, since dah duduk sorang ni, tak perlu la nak lauk satu dua jenis, pergi la ke PASAR membeli juadah. Tapi kalau ada special request, i.e orang nak mai serbu rumah, Insya Allah aku akan peruntukkan masa untuk tujuan memasak.

Hmm..udah le kot, omelan untuk hari yang berkat ni, Insya Allah. Sapa terasa, mintak hampun la noh. Sapa makan cili, dia la rasa pedas, sapa pegang babi, dia la kena samak! Jeng jeng jeng.......

Tuesday, September 02, 2008

Hati Yang Rapuh

Di hati kulakarkan sebuah impian
Yang aku namakan harapan
Apabila kutentukan arah serta tujuan
Rela kuhadapi cabaran

Jalan ke puncak itu beronak dan berliku
Menyukarkan pendakianku
Namun tetap kugagahi hati yang rapuh ini
Demi hasrat yang suci

Aku sangkakan harapan selembut impian
Yang menguliti tidur insan
Kiranya kehidupan tidak sedemikian
Goyah hatiku oleh kenyataan

Tak harus kuturuti kelemahan diri
Tak daya bertahan diuji
Lalu aku mengumpulkan semula kekuatan
Berlandaskan keimanan


Lama dah blog Fendiosman takde masukkan lirik lagu macam ni. Tapi lagu yang Fendiosman dengar ni menyentuh perasaan Fendiosman. After all, there are ups and downs in our life. Bila direnung semula bait-bait lagu ini, ia menceritakan mengenai kekuatan diri seseorang untuk mencapai sesuatu harapan. Namun dalam mencapai sesuatu harapan itu, bukanlah suatu perkara yang mudah. Pelbagai rintangan dan dugaan perlu ditempuhi dengan segala kekuatan yang ada. Apa pun, segala kekuatan itu akan muncul sekiranya kita bermohon kepada Yang Maha Esa, berlandaskan keimanan yang ada dalam diri kita.

Heh...kau feeling2 pulak hari ni katanya. Hmm..tapi kan, bila Fendiosman dengar lagu ni malam tadi (versi Misha Omar laaa), lirik dia makan dalam oooo. Walaupun ni bukan lagu tema Fendiosman, tapi dalam musim sekarang ni (negara 4 musim kah?), Fendiosman masukkan juga lagu ni dalam senarai lagu tema Fendiosman.

Minggu ni akan menjadi sibuk dengan urusan kerja berkaitan dengan Persidangan Menteri-menteri Kesihatan Asia Pasifik. Macam tahun lepas jugak, tahun ni dapat lagi kerja jaga hotel dan makanan peserta serta urusetia. Lagi dua minggu yang bakal mendatang, seminggu kena berkampung kat KL, seminggu la jugak bukak puasa kat hotel. Makanya minggu ni kena la serbu habis Pasar Ramadhan. Banyak juadah yang tersusun kat dalam kepala ni. Itu ini begitu begini. Tapi tidak la aku borong macam tak ingat dunia. Cukup sekadar untuk makan sorang. Almaklumlah, dah duduk sorang kan.

Err...harapan Fendiosman, semoga Fendiosman diberikan ketenangan. Semoga Fendiosman kembali ceria seperti dulu. It may take quite sometimes to be back to normal. Sometimes tu mungkin seminggu, mungkin sebulan, mungkin setahun. Who knows rite?

Monday, September 01, 2008

Salam Ramadhan

Hari ni Fendiosman merasakan Fendiosman mampu untuk menulis sedikit sebanyak setelah seminggu berehat seketika dari dunia blog ini. Awal kalam, Fendiosman ingin mengambil peluang yang ada untuk mengucapkan Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak kepada para pembaca sekelian. Semoga kehadiran Ramadhan pada tahun ini memberi sinar keinsafan kepada kalian semua.
Hampir dua minggu lamanya Fendiosman diselubungi kemurungan yang amat sangat. Fendiosman menjadi fobia untuk berhadapan dengan dunia siber ini gara-gara impak pembacaan di satu laman web yang menjadikan Fendiosman takut kepada bayang-bayang sendiri. Haaa...gambar di atas diambil sewaktu Fendiosman dalam keadaan yang kusut. Sila perhatikan mata Fendiosman yang bengkak gara-gara tak cukup tidur, dan sentiasa bermurah hati untuk mengalirkan air mata. Untuk Sang Hansuari, aku terlalu hargai apa yang telah dihulurkan. Sesungguhnya tiada benda yang menggembirakan aku selain mendapat rakan, or shall I say sahabat yang sangat memahami.

Untuk Dr Shah dan Abang Yazid, Fendiosman hargai masa yang diluangkan untuk mendengar rintihan hati Fendiosman yang berada dalam keadaan trauma yang amat sangat. Tidak lupa untuk Bonda Phachat (kitalah puteri harapan bangsa.....err...aku dok kat kelas Ilmu tau!), thanks also. Mungkin kau mengerti apa yang berada dalam lubuk hati ni setelah mendengar keluhan dan rintihan aku di dalam kereta tempohari.


Isk...kalau nak aku listkan kat sini, terlalu banyak nama yang perlu aku senaraikan. Makanya, for those yang tak tersenarai, Fendiosman mohon ampun la ek! Kang letak banyak nama, tak terkarang cerita lain lak. Dah jadi konsep prakata kat album artis jadinya. Haaa..ni pulak mata Fendiosman yang diambil sewaktu dah kurang trauma. Tapi, hakikatnya sisa-sisa trauma masih melekat di sudut hati Fendiosman. Ya Allah, Fendiosman bersyukur kerana telah dibukakan pintu hati yang jauh terpesong selama ini. Syukur Fendiosman ucapkan.

Ramadhan tahun ni, kali pertama Fendiosman menyambut ketibaannya tanpa Baba. Sebentar tadi waktu berbuka, Fendiosman terkenangkan arwah yang telah pergi ke alam Baqa'. Sedih. Tapi, bak kata Fahmiosman, abang kepada Fendiosman, kalau menangis air mata darah pun, waktu yang ada tak dapat diputar kembali. Terima dan redha atas apa yang telah berlaku.
Tapi terus terang Fendiosman katakan, semenjak pemergian Baba, Fendiosman tak seceria dulu. Fendiosma sekarang banyak termenung dan suka mengasingkan diri. Orang kata, just let it be, tapi berat untuk Fendiosman merungkaikan kekusutan yang ada.
Tabiat Fendiosman, suka sangat memendam perasaan. Dan oleh sebab masalah dah terlalu terpendam, Fendiosman mengalami keadaan kemurungan yang serius. Kesan, Fendiosman jadi cepat marah, Fendiosman jadi mudah tersentuh, dan macam-macam lagi tabiat pelik yang tak pernah timbul dari diri Fendiosman selama ini.
Hmm...rasanya cukup dulu kot untuk pembuka kata setelah berehat seketika. Sekali lagi, untuk yang menghantar SMS bertanyakan keadaan Fendiosman, terima kasih diucapkan. Sesungguhnya apa yang telah kalian lakukan tidak dapat Fendiosman lupakan. Dan untuk penulis laman web tersebut, besar pahala mudah-mudahan kerana menyedarkan diri Fendiosman yang lalai selama ini. Wallahua'alam.