Alhamdulillah, hari ni dengarnya dah dapat surat penyiaran kenaikan pangkat ke gred 44. Sebelum ni dapat elaun memangku je, skang ni dah confirm. Syukur ke hadrat Allah S.W.T atas rezeki yang telah dikurniakan. Rezeki Ramadhan namanya. Tarikh kuatkuasa tak sure lagi sebab dah berhari-hari Fendiosman tak masuk pejabat sebab terlibat dengan conference yang Fendiosman ceritakan sebelum ni tu. Huru-hara la jugak. Tapi taknak la Fendiosman ceritakan kat sini sebab ada benda lain yang lebih penting yang Fendiosman rasakan perlu Fendiosman ceritakan.Berita pengesahan ke gred 44 ni disambut gembira oleh rakan-rakan sekelian. Namun, segelintir sahabat yang ada turut kecewa, sebab walaupun dah cukup syarat-syaratnya tapi tak dipertimbangkan. Fendiosman tak menyalahkan Agensi Pusat secara keseluruhannya mahupun rakan-rakanku yang telah bertungkus-lumus nak mencukupkan syarat untuk disahkan dalam gred yang lebih tinggi tu.
Namun begitu, ada la manusia yang Fendiosman boleh katakan sebagai Bodoh Sombong, Bongok dan Tak Bertimbangrasa dalam melaksanakan kerja-kerja yang sepatutnya dia jalankan. Namanya tak perlulah dibuka disini sebab bila Fendiosman mencoretkan kata-kata dalam laman ni, sudah tentu akan mendapat perhatian dari sahabat-sahabat sekelian. Untuk para sahabat yang membaca, terima kasih Fendiosman ucapkan.
Kalau diikutkan, ramai yang boleh disahkan. Termasuk sorang sahabat Fendiosman yang bertugas di Bahagian yang sama dengan Fendiosman. Hakikatnya, beliau telah lebih dulu lulus peperiksaan PTK dari Fendiosman. Dan, syarat-syarat untuk disahkan kenaikan pangkat beliau telahpun dipenuhi. 1. Lulus PTK, 2. Mempunyai prestasi yang baik, 3. Diperakukan oleh ketua jabatan. Dan, permohonan untuk disahkan itu telah dihantar bersekali dengan Fendiosman. Tapi, bila disiarkan keputusan, nama beliau telah tercicir. Aneh!Tapi yang lebih aneh, bukan sahabat yang sorang tu saja yang tercicir, tapi terdapat beberapa sahabat yang lain yang memang turut tercicir. Yang dah lulus PTK dari tahun 2006 pun mengalami nasib yang sama. Benar, Fendiosman mengakui, kenaikan pangkat tu bukan satu HAK tapi adalah part of rewards dalam sesuatu bidang pekerjaan. Bab rewards ni Fendiosman takkan pertikaikan sebab dalam perkhidmatan ni, klausa SAYA YANG MENURUT PERINTAH menjadi pegangan utama bila melaksanakan sesuatu.
Persoalan yang menjadi tanda tanya adalah ALASAN yang dikemukakan oleh insan berkenaan. Masya Allah, sungguh terkejut Fendiosman dengan alasan yang diberikan. Nak kata Fendiosman ni tak buat human resource management, tidak jugak. Sebab core business Fendiosman di Kementerian tempat Fendiosman bekerja ni adalah human resource. Walaupun hanya sebagai pembuat dasar, yang tak terlibat secara langsung dengan urusan perkhidmatan namun begitu urusan perkhidmatan ni tidak dapat tidak mesti diambil tahu disebabkan oleh kepentingannya dalam membuat satu dasar baru ataupun menambahbaik dasar sedia ada.
Hakikatnya, apabila sahabat Fendiosman yang kurang bernasib baik itu menelefon insan berkenaan, jawapan yang diberikan adalah sungguh tidak logik. Antaranya;
1. "Kita ada dateline untuk sesuatu urusan itu" - permohonan sahabat Fendiosman itu dihantar bersekali dengan permohonan Fendiosman. Mustahil kalau di peringkat Agensi Pusat terima pada masa dan ketika yang berbeza.
2. "Ada kuota untuk pengesahan" - alasan yang paling tak dapat diterima akal. Kuota? Sefaham Fendiosman, ada satu garis panduan yang kami di Agensi Pelaksana ni menggunakannya di mana urusan pengesahan kenaikan pangkat hendaklah dibuat selepas 6 bulan pemangkuan diberikan setelah syarat-syarat dipenuhi.
3. "Dah banyak-banyak ni maaflah, mesti ada yang terlepas pandang" - alasan yang aku rasa akan membuka pekung di dada mengenai kebongokan dan kebodohan insan berkenaan. Kalau dah tau ada loophole dalam sesuatu proses kerja tu, kena cari langkah penambahbaikan. Bukan bagi alasan yang sama. Terlepas pandang? Aik.....nama orang boleh terlepas pandang. Bayangkan kalau nama sendiri, mesti letak kat nombor 1 dalam senarai. Kawan-kawan sendiri tak pulak terlepas pandang. Apa punya alasan la....
Fendiosman takkan mempersoalkan langsung kalau benda ni tak memberi kesan kepada rakan-rakan, tapi memandangkan ada perjalanan yang masih jauh untuk Fendiosman dan sahabat-sahabat seperjuangan tempuhi, benda ni mesti dicari penyelesaiannya. Tak guna kalau setakat pandai mengampu tapi tak reti membuat kerja. Posting Fendiosman ni bukanlah untuk mengeji ataupun mencela, dan bukanlah untuk menunjukkan ketidaksyukuran atas rezeki yang dikurniakan oleh Yang Maha Esa, tapi untuk membuka mata kepada insan berkenaan, untuk merenung kembali tindakan yang dilakukan.
Orang teraniaya ni, doanya selalu dimakbulkan. Mana la tau kan, hari ni buat naya kat orang, esok-esok nanti kena naya pulak. Haaaa...baru nak merenung muhasabah diri segala. Sebelum cerita ni diakhiri, Fendiosman nak menyatakan rasa kesyukuran yang tidak terhingga kepada Yang Maha Kuasa atas rezeki yang telah diberikan. Terima kasih juga kepada pihak Agensi Pusat yang memberikan peluang untuk dinaikkan pangkat. Fendiosman amat hargai apa yang telah diberikan.
Untuk kawan-kawan yang dikatakan TERLEPAS PANDANG tu, apa yang Fendiosman ingin nasihatkan, bawak banyak bersabar. Ujian Allah ni memang ada di mana-mana. Dan Allah takkan berikan ujian tu kalau Dia rasa kita tak boleh menghadapinya. Sabar ye kawan-kawan. Dalam bulan Ramadhan yang barokah ni, berlipat kali ganda ganjarannya kalau kita lebih bersabar. Wallahua'alam.
p.s. : Siapa makan cili, eloklah minum air sebab rasa cili tu pedas.
16 comments:
jangan lupa, belanja makan nanti bila i turun kl....... setakat tempat2 cikai tak moh, pangkat dah besar, mesti kena tempat yg 'besar' jugak kan? :D *matilaaa demanding katanya...
BANG SHIDI
time abang turun kl nanti adi dah balik kampung aaaaa
cmane tu?
ayat "terlepas pandang" itu memang tidak boleh diterima akal dan layak dibambu sehabis-habisnya..(kalau kitorg berani ckp camtu, memang akan disumpah 7 keturunan.. huhuhu) kami di Unit Naik Pangkat kementerian ini berasa kecewa dengan ungkapan tersebut kerana itu adalah taboo di mana-mana unit yang berkaitan dengan urusan kenaikan pangkat kakitangan kerajaan... semoga kesilapan serupa tidak terjadi di unit kami ini.. amin.. kepada beliau yang mengungkapkannya, setinggi-tinggi BOO!! diucapkan.
Tahniah, Encik Tariq. blehla beli karipap lebih sikit raya ni.. hehe.. :P
Hmmm..aku sebagai satu-satunya manusia yang buat urusan kenaikan pangkat di Kementerian ku..perkataan 'terlepas pandang' itu sesungguhnya tersangatlah taboo..bole kena transfer 24 jam oo..
Tapi hairan jugak, tak silap pendengaran aku, rasa-rasanya Agensi Pusat tu lebih strict dalam hal 'terlepas pandang' ni..silap-silap pegawai tersebut akan terus dimasukkan ke Jawatan Kumpulan dan seterusnya dijual kati kepada Kementerian lain..
Nway, Tariq..congrats..nak suruh ko banjer pun..aku juga mendapat surat penyiaran iteww..
fendi...tahniah diucapkan....rezeki raya namanya tuh!
Daku macam kenal je orang yang namanya tercicir itewwwww...mungkin ada hikmah disebaliknya kan??
ADNI ARIFF
haaa....orang kat AGENSI PUSAT tu rasanya perlu buat attachment kat bawah MAK ITI. Baru dia tau rasa macam mana seksanya bila tak dapat mengipas.
Kan?
Word terlepas pandang tu memang sebenarnya adalah macam hukuman kepada orang yang tak berdosa. Rasanya kalau kat private memang manusia sorang tu kena fired on the dot. Tak payah tunggu 24 jam.
Karipap? Hmmm jauh nak bawak balik kedah. Harus lembik karipap dalam kereta.
WADI
Orang tu nak masuk kat jawatan kumpulan?
Aku rasa tak. Aku rasa kita yang menulis ni akan masuk jawatan kumpulan sebab terlalu daring membuka pekung di dada.
Kalau aku la kan, nak je bawak dia ke HR MOH ni. Baru dia tau langit tinggi rendah.
ORANGRAWA
terima kasih atas ucapan.
SHAHRAHMAN
kau kenal ek?
tu la kan...aku kesian sangat kat dia tuh!
tahniahhh...
... dan aku setuju bahawa manusia yang dimaksudkan itu perlu training bawah Puan X dahuluuuuu!!!ay
ZYRIN
letak dia bawah Puan X baru dia ada akai.
tapi aku pun kalau dok bawah Puan X memang aku akan sakit jiwa.
hahahaha
WAHAHAHA....
Mula2 aku nak kata mungkin ko boleh tukar sumpahan itew dari bodoh sombong ke Sombong-Bodoh, baru kena dengan akronim/initial makhluk tersebut. Dan aku sangat suka dgn gambar Dumb Blond Cari Dee, tetapi paling suka ngan gambar kerbau itew... rasa cam balik Kedah da... (wah, bila masa kampung aku kt Kedah?)
Itulah PENDI, bak aku kata... kalu hati busuk tu kau tak buat apa2 pon (dlm hal ni memang beliau tak buat apa2 kt nama yg tercicir tu, kan?) org dh terhidu busuknya! Aku sebagai salah seorang yang teraniaya tu mmg ambil pendekatan bersabar... sambil menghitung2 uwang untuk menjalankan perniagaan sebagai pengusaha stesen minyak katanya.... Haha, ye lah, orang ada kedudukan dekat Agensi Pusat boleh buat tindakan yang be'kepentingan sendiri', apatah lagi aku yg kerdil ni ha.... wei, bila mau kasik 50k kat aku, ha? Baru menjadik perniagaan anak-beranak katanya....
hai pelik tariq.. apasal macam emo giler jek.. belum terkena kat diri sendiri plak tu. member tu kan terlepas2 pandang pun bleh gak dapat APC kan. baik punye kipas le tu....
(ko kutuk2 dia, tapi bukan ke dia best fren ko masa fasi PAC gitu.. larikkk... =)
tariq, first thing first congrate r..
one thing yang aku tak leh terima manusia BONGOK itu sepatutnya dah lama dikeluarkan dari AGENSI PUSAT tue..
n lau tak silap aku dier tue dah bape kali tukar tempat di dalam AGENSI PUSAT itu sendiri..
maknanyaeerrr????
biler tau citer nie memang tak patut langsung!!!
congrats tuan punya badan....moga senantiasa dimurahkan rezeki dariNYA...
Kpd yg mjadi mangsa terlepas pandang tu...byk kan bsabar. Mungkin ada hikmah disebaliknya...
Tahniah atas kenaikan pangkat..Btw, penjara simpang renggam x de PTD..mana tau kot2 nama ternaik ke sini pulak kan?
Ayunie,
Utk pengetahuan, insan tersebut memang Unit Kenaikan Pangkat PTD sejak lapor diri. Yang hairannya, balik-balik dari DPA dapat APC..takjub betul..
Aku dapat APC?? Tunggu laa, lima nam blas tahun lagi...
PHACHAT
sungguh aku tak terpikir dengan perkataan SOMBOD ittewww
dengar cerita, dia ni mendapat kekebalan dan keimunan yang amat tinggi di kalangan pegawai2 tak berapa tinggi dan pegawai tinggi di tempat beliau bekerja.
dan....orang bukan ingat dia pegawai rendah, (mungkin sebab dia dah kertu), orang mengganggap dia sebagai pegawai tak berapa tinggi...
tu yang jadi masalah dia tak sedar diri tuuuu...
kadang-kadang, rasa nak lempang muka dia pun ada gak. muka skema rambut belah tepi dia tu. grrrrrrrrrrrrr
AZANOV
sejak bila dia pernah PAC ngan aku?
fonkius neh!
errr...aku menyuarakan suara rakan2 yang tercicir. takde personal interest.
AYUNIE
dia bertukar2 tu ada 2 sebab...
1. TERLEBIH PERFORM a.k.a ALL STAR. Makanya semua ketua jabatan berebut nakkan dia.
2. HARAM TAK PERFORM.....hat ni memang akan senantiasa ditendang bagaikan bola. (tetibe teringat iklan sunsilk awek main futsal tu)
DINA
ehmmm...mekaseh. tapi dengan posting yang ada macam korang baca ni, rasanya tergugat gak la Fendiosman. Huahuahua..panas panas panas..
PU3SHIDAH
Simpang Renggam ek? Hmmm....Kalau Simpang Renggam tu kat Sabah, dah lama orang mintak. Hiks....
Post a Comment