Fuhhh...setelah 3 hari outstation maka hari ni masuk la aku ke dalam pejabat. Takde mende pun yang menarik kat JB tu. Just jumpa kengkawan lama kat uni..jenjalan sekitar bandaraya. Kebetulan check in kat Pan Pac tu, jumpa kawan dari KPKT (p.s. Rahah, aku nye tpt breakfast lagi canggih walaupun aku bayar murah..muahahahha), jumpa lagi kawan2 dari Open Uni. (termasuk la bos PRO UKM dulu). Dok hotel sorang2 masya allah bosan yang amat. Tuhan saja yang tau. Nasib la kawan2 ada sanggup bawak aku pepusing.
Melawat Yayasan Warisan Johor, beli CD ghazal, zapin segala. Hehehe...kalau dah kabaret tu, tetap kabaret jugak.
Meeting Senat UTM tu...membaca result2 student satu demi satu. OK la kot, roughly dalam 4% student kene tendang. Adat la, kalau sume lulus nanti orang siasat lak...integriti! Hehehe....pasni nak kene buat laporan. Bos datang lambat, balik awal. Kuli cam aku ni datang nye awal sehari..baliknye lewat.
Minggu ni cuti panjang sikit, Hari Pekerja. Merasa la berehat2 di rumah memanjakan diri. Kebetulan parents datang dari kampung. Nak la jumpa..homesick wehh!
Untuk semua, selamat hari pekerja...selamat cuti..selamat membelai diri!
Hmm...hari ni nak nyanyi lagu apa eh?
MIMPI YANG TAK SUDAH "Ibnor Riza"
Apa maknanya impian
Datang dan pergi
Membawa hati menyusuri kembali
Jalan jalan sepi
Kau kah di situ
Yang menanti ku
Atau jelmaan mimpi kenangan
yang bernama pengalaman
Siapakah di antara kita
Dengan rela menjadi pendusta
Siapakah dulu membina harapan
Dan siapa yang memusnahkan impian
Tanpa sebab dan alasan
Kau mainkan perasaan
Bagai taufan tiba tiba datang
dan menghilang
Kau bayang bayang
Masa nan silam
Ada ketika terbawa bawa
Oleh resah mimpi yang tak sudah
Saturday, April 30, 2005
Tuesday, April 26, 2005
Kelam Kabut
Hari ni macam biasa...masuk pejabat dengan penuh girang gembira! Tup tup..pukul 8.45 dapat arahan masuk meeting tergempar pukul 9. Status pelajar meniru dalam exam. Nak kena korek jadual waktu, status pelajar..uishhh..pening kejap. Mencicit cicit aku menyelak keputusan budak2 ni. Ya Allah...aku pun blaja gak dulu, nak meniru pun pandai2 la nak hidup. Ni kertas jawapan sebijik ayat2 sorang2. Agaknye budak2 ni nak kena masuk kursus meniru dulu kot, baru la layak meniru. Dengan perut yang menyanyi2 tak sempat sarapan, aku pun masuk la meeting tu, dah kene ambik minit pulak. Adoi! Pukul 12 baru siap meeting. Terus lari pegi makan...hahahha...bos takde takpe!
Macam mana aku tak kelam kabut, lusa dah meeting senat! Esok kena pi JB, nak jadi Private Investigator. Siasat kertas budak2 yang di'suspect' meniru. Hai..hentahlah! Nak siapkan laporan untuk pengarah lagi. Alahaiiiiiiiiiiiiiiiiii.....dia yang nak menjawab, aku yang siapkan laporan. Ahaks! Biasa la, kalau dah jadi kuli kan, nampaknya phrase "SAYA YANG MENURUT PERINTAH" ni kena la pegang seadanya.
Makin hari aku dok sini, rasa ok la..tak la setrauma time awal2 aku masuk dulu. Ingatnya lepas DPA ni nak request balik sini kot. Fuanggg...amin!
Baru je dapat flight ticket ke JHB, terbang jugak aku akhirnya. Malas nak naik kereta lama2. Mau kejang bontot aku ni. Hahaha...demanding la pulak. Takpe..tiket free! Apa nak susah. Hotel je kene bayar dulu.
Esok nampaknya berat la barang2 nak kena angkut ni. Sensorang lak. Masya Allah...sabo la ye!

Monday, April 25, 2005
Melayan Kerenah Staf
Hah..hari ni hari Isnin yang biru..gaji orang2 gomen masuk hari ni la jugak. Tapi belum sempat nak panas lagu duit terperam dalam akaun, dah kene bayar memacam. (termasuk la PTPTN, note: sejak Pak Lah mengamuk dalam tv tu..rasa ngeri aaaa!)
Baiklah, hari ni nak mengomel pasal staf aku. Aku dedicate khas untuk PAR aku yang tersayang. Yang selalu hilang entak ke mana macam biskut chocfudge. Sebagai bos kat department (ye la..aku sorang je pegawai gred 41 kat sini), staf aku macam tak caya bila diorang dapat bos semuda aku ni. Since pegawai sebelum ni dah umo 40 lebih, bila dapat yang kanak2 ribena macam aku ni, hepi la diorang. Budak ni, pangkat adik la kot...bila aku terpikir kelakar lak. Nak marah je..dia buat muka sedih seposen dia tu...terus tak jadi nak marah. Hari ni petang tak masuk kot budak ni (tadi datang jumpa cakap nak ke KEKAT = koperasi angkatan tentera). Bagi je la....kang buat muka sedih lagi susah lak aku.
Teringat satu hari tu...dia hilang2 macam ni, aku mengamuk membebel bagai. Esoknye pagi2 kat opis tu dibelanjanye roti canai untuk semua. (kes bodek bos!)...kat aku pulak ada teh secawan..ngan biskut. "encik..saya buat teh ngan biskut ni, cik taknak ke?" Cair la kejap...tapi takpe...ko nak buat air ke apa ke..buat laaa...yang pasti kalau ko ada silap, aku caras je. So skarang ni dah paham sangat taktik dia tu. Kalau ada air ke apa ke atas meja aku tu, tau le ada salah yang dia dah buat! Kekadang tu rasa nak marah je tiap2 hari (tak payah la aku buat air, senang sikit)
Kekadang tu...bila melayan kerenah staf ni kan, bila bagi muka sangat..dia injak kepala aku. Dah tu cemane lagi aku nak buat? cabaran menjadi bos yang muda....staf yang pangkat mak ayah pada aku tu lagi la aku segan. Ish ish ish....dah tu terpaksa la panggil mak. Err..hari tu ada la kene sound ngan sorang lecturer kat sini...sebab aku panggil staf2 aku kakak maupun abang. Tapi pada aku, macam tu la mesra..tak terikat sangat ngan protokol2 ni. Aku rasa jurang tu jauh la...jadi aku nak mesra2kan diri...buat la apa yang patut.
Sampai sini je untuk hari ni.
Uishh...best pulak layan lagu Kak Pah, meh dengar sama sama...
Oooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooo (berapa harkat tah ni)
Kudaku lari gagah berani!
hehehe..

Sunday, April 24, 2005
Jalan Jalan Hujung Minggu
Hari ni macam biasa..hari untuk melepak, takde mende nak buat pun. Biasanya ujung minggu cenggini. Semalam lepas keje, tetibe ada kawan lama (Farah..thanks for the gift, walaupun kecik, I really appreciate that - beg AIGNER tu susah nak dapat, kene terbang long haul business class baru la ada) call ajak kuar pi jenjalan. Set je la, sebab dia datang amek kat umah. Takde la perlu nak susah2 naik kapcai aku travel jejauh, kebetulan semalam ujan lebat di negeri Kajang yang tercinta.
Hehehe....jenjalan ke Midvale, kat situ la jumpa PTD2 lain batch 2/2004 berdating ngan mambang masing2. Bahagianya mereka! Suka pulak aku tgk. Merayap punya merayap, tersesat lak masuk ke MPH. Alang2 masuk jamban..biarla terus buang air! Cari la 'kitab' rujukan utama PJA, buku G.O (general order) a.k.a Perintah Am, dah lama bercita2 nak membeli last2 dapat la sebijik, takde la mahal macam buku teks kat Uni dulu! Bukan apa, aku ni dah dekat 5 bulan keje, banyak lagi yang aku tak reti (note: aku punya keje tu takde la sangat belajar benda2 ni, so sendirik mau blaja la kalau mau naik pangkat).
Errr...PTK nanti soalan memang dari GO tu ke? Konpius gak...sebab kalau dari GO la soalan tu, sah kene study setahun, baru la lulus. Ish ish ish...dah la markah lulus tinggi tak hengat, nape la makin susah skang keje ah? Fenin...fenin. harap2nye time DPA tu ada la ilmu yang banyak untuk aku serap. Tapi mesalahnye kepala otak ni dah separa teroksida (berkarat la beb!)
Aktiviti ujung minggu...membasuh mengemas dan segala macam me lagi la! yang utama..mengcover tido. Tgk hosmet2 sume hari ni sedap sangat tido (jealousnye aku!)..aku smalam tido lambat, pukul 4, aku heran gak la, asal pukul 6.30 pagi je mata ni pun terkebil2 dah tak boleh nak lelap lagi dah. Ni muka jadi macam zombie. Takpe..petang karang aku lena cukup2. Nak pi membasuh kapcai indah aku tu! Hish..bila la nak angkat keluar kereta? Tunggu lepas DPA la agaknya, kalau beli sekarang pun, buat tukun je time kat INTAN nanti.
Cukup untuk hari ni, sebenarnye saje je datang ke pekan, dah tu kaki ni terhenti depan CC, apa lagi..stop je la...tapi masya allah banyaknye warga asing...macam dok kat obersi lak. Huhuhu...wallahua'alam

Saturday, April 23, 2005
Sabtu Yang Indah..INDAH KE?
Kenapa la kene keje hari Sabtu? Dah la pakai batik bagai....nak pi jenjalan pun rasa malas kalau berbatik ni. Kat dahi ni ada cop "GOMEN" kalau berbatik di hari Sabtu. Hehehe...bukan apa, nak bawak baju extra dalam beg ni kadang-kadang tu memberatkan. Formal attire during kerja, dah tu nak back to my torn jeans after office hours. Kisahnya, kene la balik dulu ke rumah, tukar baju, dan keluar semula.
Hari ni nak nyanyi lagu DPA ahhh..wahid...isnain..ibda'
Sentiasa selangkah di hadapan
Dijadikan pedoman
Itulah iltizam kami peserta
Diploma Pengurusan Awam
Keteguhan sahsiah dan pekerti
Lambang keunggulan PTD
Kesopanan serta kesusilaan
Jadi keutamaan
Kami berikrar terus berusaha
Menjiwai keunggulan
Sifat mulia teguhkan ketrampilan
Asas ke arah kecemerlangan
Perkhidmatan Tadbir Diplomatik
Jasa kepada pertiwi
Meneruskan tradisi ini
Aspirasi dan komitmen kami
1st time dengar lagu tu..macam koir kementerian penerangan lak. Part yang best...rangkap akhir..sebabnye suara angkat tinggi..dan ayat yang senang nak diingat. Lagu ni la hari2 kene nyanyi time modul PTDTunggul dulu...ehhh PTDUnggul! I bet this song akan jadi lagu terpopular carta time DPA bulan 6 ni.
Err...aku ada gak satu lagi lagu yang aku buat khas untuk one of the penyelaras projek kanan..hehehe..kinda jingle la, bila dengar dia bebel di mana mana...lagu ni saduran lagi nasyid rabbani.
Sallim sallim sallimna
Ya sallim sallim sallimna
Sallim sallim sallimna
Sallimna ya sallimna
Hmm...tukarkan perkataan tu seperti ini
........ ............ di mana?
........ ............ di mana?
........ ............ di mana?
........ ............ di mana mana
Sebab lagu ni dicipta, time 1st modul tu la...merata-rata pegi mesti nampak dia. Dengan wisel lagi...fuh! Tapi ok la kot, dia menjalankan tugas dan amanah yang telah diberikan, nanti kat 'sana' takde la kene soal...."ya polan bin polan...kau jalankan tak keje yang diamanahkan?". Tak perlu nak salahkan dia sebab garang, kalau tak betul mesti la kene marah! Ye tak?
Bulan Jun ni...akan jumpa lagi, sampai la bulan Disember. Dok INTAN, errr..aku nak balik rumah aku la...katil aku tu walaupun tak best, tapi aku tetap tido lena.

Friday, April 22, 2005
Ya Allah...Aku bosan hari ni
Semalam cuti Maulidurrasul, hari untuk meng'cover' tido yang tak cukup. Hmm..the nite before..macam biasa la aktivitinye, menonton futsal kat Bangi. Kawan2 PTD se'batch' main futsal. As for me, walaupun kaki aku ni versi kerusi bangku tapi aku tetap gak pegi tengok, sebab ni la masanya untuk bersosial. Takde la terperap kat rumah je, dan ada la jugak gosip2 dan cerita2 terbaru yang boleh disembangkan.
Lepas futsal....time to chill out with fwens, malam tu destinasi, kolam pancing Bangi. walaupun dah kene taruh minggu lepas, minggu ni tetap beranikan diri pegi makan. Caution: Semak harga dalam menu dan kira cukup2, karang kene bayar lebih...susah lak. Kepada orang2 di tribunal pengguna...tolong la senaraikan kedai tu dalam senarai kedai yang diperhatikan.
Tiap2 minggu, itu je la kejenye...bersosial sambil membawa cerita2. Well..aku pulak macam biasa buat survey keje kawan2 yang posting kat tempat lain. Nampaknye, walaupun post aku tak seglamer orang lain (Penolong Pendaftar je....orang lain dapat PSU, Penolong Pengarah, ADO bla bla bla) tapi orang cakap keje aku heaven, pasal normally aku akan punch kad tak lebih dari pukul 5.15 setiap hari. Kecuali hari2 tertentu yang memerlukan aku keje dengan waktu yang tak normal. Awal2 dulu aku rasa macam nak lari je. Tapi bila aku pikirkan keseronokan keje kat sini, macam nak kembali semula lepas DPA nanti. Apa2 pun, tu semua kena la pasrah menerima nasib yang menimpa diri.
Orang lain ada pegi Perarakan la, Parlimen la....aku takde langsung. Yang aku tau, almost every month aku akan ke UTM Skudai, meeting dengan UTM. Tu je la keje aku. Kalau nak difikirkan, keje aku ni tak termasuk dalam senarai utama tugas2 PTD yang dibagitau sebelum ni. Kisah aku, aku DIPINJAMKAN ke Akademi Tentera Malaysia, Sg Besi ni bagi membantu menjalankan urusan pentadbiran akademik (tugas2 seperti Penolong Pendaftar kat Universiti). I wonder nanti PTK untuk aku...dia akan tanya cara2 nak buat jadual kuliah ke? jadual periksa? isk...risau plak aku. Kang member2 satu batch dah naik gred..aku dok tercongok kat tangga 41 lagi. Hish..simpang malaikat 44!
Polemik di sini untuk hari ni, aku tertanya2 gak....aku ada dengar desas desus member satu batch ni, menjaja yang dia tu jadi PTD. Well, apa yang bestnye PTD tu..tolonglah, sedangkan aku ni pun malu nak cakap aku PTD kat depan2 orang ramai, apa la yang nak diceritakan kat orang sume (Note: masuk kubur takde de nak ditanya PTD ke hapa ke, so berpada-padalah - tak payah la dok jaja serata alam). Aku konpius sampai skarang. Hehehe....terima kasih untuk kekawan yang memberitau aku tentang cerita ni. Aku terlewat...biasa aaa, tempat jin bertendang..mana nak dapat berita2 sensasi macam korang kat Putrajaya nun! Ampun patik...
Baru je dapat surat arahan untuk ke JB minggu depan, mesyuarat senat UTM. Nak mengadap ahli senat untuk bagi result exam budak2 ni sebelum diluluskan. ISk...nak prepare 20 salinan yang terlalu tebal. Sudahnye, aku gak yang kene bawak sorang2. Baru berangan nak naik plane...dah kene naik trooper askar ni. Huhuhu....takpe, yang penting claim masyuk!
Err...err...err...dah le kot..tak reti dah nak mengarang. Mana la PAR aku ni, roti canai aku mana?

Wednesday, April 20, 2005
Pasrah Menunggu Pelangi
Pagi yang cerah hari ni. Semalam mesyuarat sampai la pukul 6 ptg. Membaca result student2 kat sini satu persatu.Yang OK..yang KO, yang dapat senarai Pengarah (macam Dean's List la), yang dapat senarai tendang (normal la tu). Hari ni sambung lagi. Letih mengambil minit, satu-satu nak kena dengar. Nasib nasib...so kepada sesapa yang nak join PTD tu, jangan harap nak buat keje macam bos ye! Bila masuk gred 41 ni, merasa la jadi kuli batak dulu.
Hmm...serba sedikit tentang orientasi PTD, modul pertama Kursus Diploma Pengurusan Awam. Tunggu punya tunggu selepas interview (interview aku time bulan puasa), result keluar just nice lepas raya..rezeki di bulan Syawal la kot! Alhamdulillah. OK la, dengan masa yang singkat nak tulis surat resign (gaji bulan doblas tu setengah bulan je, cuti burn tak dapat tebus). Tapi Alhamdulillah tak payah bayar 3 bulan gaji walaupun short notice. Nak beli tu, beli ni..ceh! Macam masuk sekolah asrama la plak.
20.12.2004, aku report duty kat INTAN Bukit Kiara. Jumpa la dengan sahabat2 seperjuangan time PAC yang dapat masuk. Nak kene mention nama ke? Tak payah la kot! Anyway, geng2 time PAC (satu group) ni dapat interview on the same day with me. And all of us managed to get it! 6 of us..Enam Jahanam. Hahaha....after a long long queue, daftar, bayar apa2 yang patut, taklimat...and off to INTAN Kampus Selatan (IKWAS). Jeng jeng jeng....kat sini la kene dera serba sikit. But it was fun. Our life begins at 5.30 (solat subuh dan senaman pagi - as for me the most interesting part is J-robik, senamrobik versi Johor-as if kene la menari zapin, silat segala) in da morning, habis pukul 11.30...tambah nak gosip sembang bagai, abis la pukul 1-2. After 10 days, some of us managed to hilang berat badan (including me!).
Well, during this time, try to mendapatkan sebanyak mungkin kawan2 baru (since semua dalam satu batch, senang la nak calling2 waktu keje nanti-Smart Networking namanya). Kat sini ada la jugak yang jenis buat hal sendiri, jenis tak mau tegur orang, jenis muka sombong (aku dikatakan termasuk dalam kategori ni - aku rasa aku dah sengeh sampai telinga), dan macam2 kerenah lagi. It was fun!
Aktivitinya, ceramah dan ceramah dan ceramah lagi dan lagi dan lagi dan lagi! Lepas tu dengar bebelan Penyelaras Projek Kanan (he's good...dalam hal membetulkan mana2 yang tak betul), bebel lagi dan lagi dan lagi (macam orientasi kat U dulu - rasa macam budak2 pulak). Part yang best bila group activities..kenal2 dengan kawan baru. Hmm...one of the activity was Malam Persembahan. Masa yang diberikan pendek, so pepandai la nak organize show yang memuaskan hati. My group..I managed to teach some of the members untuk menari zapin Johor (note: I was a dancer time blaja dulu, so ilmu2 tu ada la lagi!). The rest of my group buat la macam teater..kredit untuk those people yang ada art background waktu kat U dulu. Risau gak takut orang tak gelak!
Well..panjat gunung pun best jugak...sini memang mengajar dan mengukuhkan group binding antara kami semua. Susah payah senang semua sama2 rasa. It was great! And I did enjoy it very much.
Last but not least, acara kemuncak....Penyerahan Surat Penempatan (hari terakhir dalam modul PTD Unggul). Time ni dapat la tengok macam2 reaksi. Kelakar ada...sedih ada. Bak kata Penyelaras Projek Kanan "Belajarlah memendam rasa". Hmm...macam konvo la jugak, sebut nama sorang2 naik pentas ambik surat. Since nama aku tu dah masuk kategori kat belakang (biasa la kan..nama2 kerabat2 raja kan semua ujung2! Tengku, Syed, Raja, Wan...bla bla bla..cheeewaaaahhh..perasan lak!) Sape yang glamer tu..dapat la orang tepuk kuat2! Kat sini jugak la kita tgk sape2 yang dapat posting District & State (Jadi ADO tu!), Wisma Putra (bakal Diplomat - note: masuk PTD ni tak semestinya nak jadi Diplomat! Ada banyak lagi post sebenarnya, Insya Allah semua ada chance nak ke oversea, Penang pun oversea kan!)
Tiba turn aku "Affendi Osman - Kementerian Pertahanan" Ohhhhhhhhhhhh....macam batu jatuh atas kepala! Tapi berlakon la cket, buat2 macam best bila dapat walaupun dalam hati ni tuhan saja yang tahu. Balik je bilik, terus ngadu ngan parents! Ni la orang kata Belajar Memendam Rasa. Terima seadanya.
Ish..dah la tu untuk hari ni, nak sambung meeting semalam. Ambik minit lagi! Letihnye....

Tuesday, April 19, 2005
Kaifiyat menjadi PTD
Oh ye...terlupa pulak, aku baru je lagi join gomen ni, since 20.12.2004. Tapi sebelum dapat menjadi salah sorang dari PJA (Penjawat Jawatan Awam), ada beberapa proses yang dilalui bagi melayakkan aku masuk dalam Perkhidmatan Tadbir dan Diplomatik ni.
Round 1 (Peperiksaan Bertulis)
Secara kasarnya, exam ni bergantung kepada rezeki dan nasib masing2. Sekarang ni sebab terlalu ramai sangat pemohon yang nak jadi PTD, saingan terlalu sengit la. Well, we have 5 papers here. 1st paper, pengetahuan am. Petuanya, baca la suratkhabar dan jugak buku2 kenegaraan....elok jugak kalau ada buku Kenegaraan Malaysia kat Universiti tu (aci kerat jari berapa ramai lagi yang simpan buku2 ni) Kemudian, ada paper Maths (soklan senang, tapi tak bole pakai kalkulator, congak je...number beso2. Bapak aku cakap jawab dari belakang dulu, I did that, and I made it!)
Paper ketiga, comprehension reading (macam SPM nye paper...pepandai la menjawab). Lastly, paper 4 dan 5, essay writing in malay and english (polish la skill berbahasa, malay and english...baca suratkhabar banyak2, soalan keluar dari isu2 semasa yang ada)
Round 2 (PAC)
Alhamdulillah selesai exam bertulis, aku berjaya daripada lebih 20,000 applicants. Next stage is PTD Assessment Centre (PAC), stage ni menarik..pasal diorang test skill memacam. cakap, debating, fitness (isk...letih oh) 2 hari setengah yang padat. Pakai number besar macam Malaysian Idol. Tujuan : senang nak nilai seseorang bila bukan dalam aktiviti kelas (time makan, time mingle around bla bla bla)
Hari Pertama
Kitorang dibagi English Test bila sampai je kat INTAN tu. Objektif je..tak reti boleh main dadu. Kemudian taklimat serba sikit. Bawak ke sesi Group Activity (Problem Solving and Case Study) ni dalam kedua2 Bahasa Melayu dan English. Hah..yang ni jangan la pepandai nak buat One Man Show...sah sah kene reject dari awal lagi! Tapi jangan la passive sangat. Penilai nak tengok sejauh mana kita boleh keje dalam kumpulan.
Hari Kedua
Preparation untuk sesi public speaking (bahasa dan English), hah...yang ni boleh la nak tunjuk power bercakap. Make sure....percakapan tu berilmiah, sesuai dengan perucapan umum. ATTENTION: Ni bukan pertandingan Pidato mahupun pertandingan Bercerita sekolah-sekolah. Buat biasa je...janji cakap tanpa henti selama 5 minit. Hehehehe...TIPS: Jangan la bawak kertas seelok-eloknya, jangan tersekat2 cara percakapan, biar nampak yakin. Jangan buat muka boring dalam tu...dengar je kawan2 lain cakap walaupun tak best.
Sesi berikutnya, Fitness test, lari 2.4 km di dalam kawasan INTAN tu. Time aku di Kemaman, lari area tepi pantai. Yang ni...elok la tamatkan larian dalam masa kurang dari 15 minit. Aku ni macam tong dram jugak...tapi alhamdulillah. Aku paksa diri aku untuk menamatkan larian jugak walaupun tak larat.
Hari Ketiga
Sesi Debat Ala Parlimen. Hah..ni yang paling best, dun wori..dalam bahasa melayu. Biasakan dengan melazer orang (baru la sesi tu hangat!) Familiarkan dengan keadaan parlimen dan bahasa yang digunakan di dalam Dewan. Aku rasa bebudak dari boarding school takde masalah pasal ada Bahas PPM (Piala Perdana Menteri).
Tamat je sesi ni..tunggu la keputusan untuk interview. Sesi PAC ni, be yourself. Jangan mengada2 nak over exposed. Yang rasa hebat sangat tu, perasan bagus...kurangkanlah perasaan tu.
Round 3 (Interview)
Setelah selesai PAC, daripada 2000 candidates, syukur dapat masuk dalam shortlisted 700 orang. Prepare untuk interview. Baca suratkhabar lagi, buku2 kenegaraan. Pasal soalan yang ditanya tak dijangka. Just be yourself, nampakkan keyakinan. Panel akan provoke dan asak dengan soalan yang bertubi2. Sampai kekadang tak terjawab. PETUA: Bila tak reti nak jawab, jangan nak pandai2 hantam....bilang smaa panel "Maaf tuan, saya kurang pasti / saya tak tahu" dan senyum dengan penuh keyakinan. Cara dressing, cara duduk...cara cakap..semua ditengok.
Haaa...selesai pun. Dah tu tunggu la surat panggilan melapor diri kalau ada rezeki. Perkara utama, yang kat 'atas' sana jangan dilupa. Doa banyak2...dan jangan terlalu mengharap. Sebab kalau terlalu mengharap...nanti menonggeng. Buat biasa..macam aku dengan kawan2 aku buat. Pergi PAC macam cuti2 malaysia. Pergi interview pun buat biasa!
Err..dah la kot! Rasanya dapat membantu kot kepada mereka yang teringin mau jadi PTD pada masa akan datang. Aku nak bermarathon meeting ni. Tak tau la pukul brape nak abis. Bertenang......

Monday, April 18, 2005
My First Entry....
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
At last, berpeluang jugak untuk membuat blog sendiri, setelah sekian lama bercita-cita nak mempunyai blog. Tapi, buat masa ni tak brape pandai lagi...saya budak baru belajar, kalau salah tolong tunjukkan.
Hari2 terakhir di pejabat ni sungguh membosankan. Macam takde mende nak dibuat walaupun melambak keje sebenarnya. Pening gak...honestly, tak jangka nak dapat posting kat tempat macam ni (Jumpa kadet2 askar, yang sememangnye degil2 dan keras kepala belaka). Tapi apa nak buat, tu semua dah tertulis kat 'atas' sana. Bulan 6 ni start masuk INTAN, belajar balik. Aiyaaa...dah lama meninggalkan alam pelajar ni, nak kene belajar balik. Adoii....sungguh berkarat kepala hotak aku ni. Cemane la nak belajar ye?
Err...sesambil melayan lagu dari PC ni (lagu sedih la pulak....)
Senjakala
Senjakala sudah tiba,
Membawa ku rasa duka,
Dalam jiwa bergelora.
Senjakala kau menjelma,
Menghampiri waktu sunyi,
Dalam air tiada terperi.
Ku teringat peristiwa,
Kasih suci disambar petir,
Ingin aku merindui.
Senjakala kau pergilah,
Tinggalkan ku yang kecewa,
Biar derita menanti ajal.
Sometimes, dengar lagu2 sedih macam ni best jugak. Sesambil melayan perasaan. I dunno about others, but these songs are really nice! Boleh la feeling2 sekali sekala.
Hmm...hari ni jugak la kene prepare meeting esok, jangkaan meeting dari 9 pagi sampai la infiniti. Based on previous experience, sampai ke tengah malam. Hai...keje dah elok sebelum ni, nak sangat masuk gomen. Hah...rasakan! Anyway, takde keje yang senang kat dunia ni pada pandangan aku. Pegi mana2 pun tetap gak ada cabarannya.
Well..cukup untuk edisi pengenalan ni. Esok nanti sambung lagi kot....

Subscribe to:
Posts (Atom)