Oh ye...terlupa pulak, aku baru je lagi join gomen ni, since 20.12.2004. Tapi sebelum dapat menjadi salah sorang dari PJA (Penjawat Jawatan Awam), ada beberapa proses yang dilalui bagi melayakkan aku masuk dalam Perkhidmatan Tadbir dan Diplomatik ni.
Round 1 (Peperiksaan Bertulis)
Secara kasarnya, exam ni bergantung kepada rezeki dan nasib masing2. Sekarang ni sebab terlalu ramai sangat pemohon yang nak jadi PTD, saingan terlalu sengit la. Well, we have 5 papers here. 1st paper, pengetahuan am. Petuanya, baca la suratkhabar dan jugak buku2 kenegaraan....elok jugak kalau ada buku Kenegaraan Malaysia kat Universiti tu (aci kerat jari berapa ramai lagi yang simpan buku2 ni) Kemudian, ada paper Maths (soklan senang, tapi tak bole pakai kalkulator, congak je...number beso2. Bapak aku cakap jawab dari belakang dulu, I did that, and I made it!)
Paper ketiga, comprehension reading (macam SPM nye paper...pepandai la menjawab). Lastly, paper 4 dan 5, essay writing in malay and english (polish la skill berbahasa, malay and english...baca suratkhabar banyak2, soalan keluar dari isu2 semasa yang ada)
Round 2 (PAC)
Alhamdulillah selesai exam bertulis, aku berjaya daripada lebih 20,000 applicants. Next stage is PTD Assessment Centre (PAC), stage ni menarik..pasal diorang test skill memacam. cakap, debating, fitness (isk...letih oh) 2 hari setengah yang padat. Pakai number besar macam Malaysian Idol. Tujuan : senang nak nilai seseorang bila bukan dalam aktiviti kelas (time makan, time mingle around bla bla bla)
Hari Pertama
Kitorang dibagi English Test bila sampai je kat INTAN tu. Objektif je..tak reti boleh main dadu. Kemudian taklimat serba sikit. Bawak ke sesi Group Activity (Problem Solving and Case Study) ni dalam kedua2 Bahasa Melayu dan English. Hah..yang ni jangan la pepandai nak buat One Man Show...sah sah kene reject dari awal lagi! Tapi jangan la passive sangat. Penilai nak tengok sejauh mana kita boleh keje dalam kumpulan.
Hari Kedua
Preparation untuk sesi public speaking (bahasa dan English), hah...yang ni boleh la nak tunjuk power bercakap. Make sure....percakapan tu berilmiah, sesuai dengan perucapan umum. ATTENTION: Ni bukan pertandingan Pidato mahupun pertandingan Bercerita sekolah-sekolah. Buat biasa je...janji cakap tanpa henti selama 5 minit. Hehehehe...TIPS: Jangan la bawak kertas seelok-eloknya, jangan tersekat2 cara percakapan, biar nampak yakin. Jangan buat muka boring dalam tu...dengar je kawan2 lain cakap walaupun tak best.
Sesi berikutnya, Fitness test, lari 2.4 km di dalam kawasan INTAN tu. Time aku di Kemaman, lari area tepi pantai. Yang ni...elok la tamatkan larian dalam masa kurang dari 15 minit. Aku ni macam tong dram jugak...tapi alhamdulillah. Aku paksa diri aku untuk menamatkan larian jugak walaupun tak larat.
Hari Ketiga
Sesi Debat Ala Parlimen. Hah..ni yang paling best, dun wori..dalam bahasa melayu. Biasakan dengan melazer orang (baru la sesi tu hangat!) Familiarkan dengan keadaan parlimen dan bahasa yang digunakan di dalam Dewan. Aku rasa bebudak dari boarding school takde masalah pasal ada Bahas PPM (Piala Perdana Menteri).
Tamat je sesi ni..tunggu la keputusan untuk interview. Sesi PAC ni, be yourself. Jangan mengada2 nak over exposed. Yang rasa hebat sangat tu, perasan bagus...kurangkanlah perasaan tu.
Round 3 (Interview)
Setelah selesai PAC, daripada 2000 candidates, syukur dapat masuk dalam shortlisted 700 orang. Prepare untuk interview. Baca suratkhabar lagi, buku2 kenegaraan. Pasal soalan yang ditanya tak dijangka. Just be yourself, nampakkan keyakinan. Panel akan provoke dan asak dengan soalan yang bertubi2. Sampai kekadang tak terjawab. PETUA: Bila tak reti nak jawab, jangan nak pandai2 hantam....bilang smaa panel "Maaf tuan, saya kurang pasti / saya tak tahu" dan senyum dengan penuh keyakinan. Cara dressing, cara duduk...cara cakap..semua ditengok.
Haaa...selesai pun. Dah tu tunggu la surat panggilan melapor diri kalau ada rezeki. Perkara utama, yang kat 'atas' sana jangan dilupa. Doa banyak2...dan jangan terlalu mengharap. Sebab kalau terlalu mengharap...nanti menonggeng. Buat biasa..macam aku dengan kawan2 aku buat. Pergi PAC macam cuti2 malaysia. Pergi interview pun buat biasa!
Err..dah la kot! Rasanya dapat membantu kot kepada mereka yang teringin mau jadi PTD pada masa akan datang. Aku nak bermarathon meeting ni. Tak tau la pukul brape nak abis. Bertenang......
3 comments:
P.A.C?? no second time lerrr... SERIK ahhh!! hesheshes...
PTD oh PTD. Penat maser PAC kat kemaman last week pun belum habis lagi.
Eh..c'nic pun kene kat kemaman ye? How was ur PAC? Rasa macam mana? Ada peluang nak ke next stage tak?
Post a Comment