Adapun tatkala Fendiosman membuat posting ini, dah masuk hari ke-2 Fendiosman tak masuk ke pejabat. Mana Fendiosman pergi? Haaaaaa.....sekali lagi Fendiosman menjejakkan kaki ke daerah asing yang Fendiosman kunjungi beberapa minggu lalu. Kalau hari tu Fendiosman skodeng hotel, tapi kali ni menjadi urusetia kursus yang dianjurkan. Macam siri-siri yang telah diadakan sebelum ni di JB (February) dan KT (May), kali ni kursus ni menebarkan sayap ke daerah asing di Negeri Di Bawah Bayu.
Ya, acara mengheret beg bagaikan trolley dolly telahpun bermula pada hari Ahad yang lalu, dan akan berterusan sehingga penghujung November. Cumanya minggu depan saja terpaksa merehatkan diri untuk menyelesaikan appointment pakar di HKL. Ala...kisah nak tengok ginjal yang terlalu berasid urik itu.
Kadang-kadang terdengar jugak cakap-cakap orang, seronok jenjalan ni! Hakikatnya memang ada keseronokan, tapi dah kalau dah hari-hari melantak makanan hotel, huuuuu...Tuhan saja yang tau apa yang terselindung di balik keseronokan tu.
Berbalik pada cerita kursus ni, peserta ada yang datang dari Tanah Besar Semenanjung, ada yang dari Sarawak dan ada yang dari Sabah. Kisah datang ke Sabah ni, macam biasa la kan, ada yang pertama kali menjejakkan kaki ke mari, lebih menarik, ada yang kali pertama naik kapal terbang (MOTIF buat S.P kat sini). Tapi yang paling Fendiosman rasa nak tergelak, selesai pendaftaran kursus, sementara menantikan waktu kelas bermula di malam hari, destinasi tujuan Hahahaa...tidak lain tidak bukan, pergi tawaf pasar yang menjual barang-barang kemas tu. Tak cukup satu hari, hari kedua setelah selesai kursus di sebelah petang, sementara menantikan kelas waktu malam, kali kedua mereka tawaf pasar tu. Hari ni, mungkin kali ketiga. Hahahha......sangat menghiburkan hati sebenarnya. (wahhh..mengumpat katanya! hampun kawan-kawan)Hmmm..kali ni takde la Fendiosman nak merayau2, sebab Fendiosman menantikan hujung minggu yang mendatang untuk berjalan bersama-sama rakan yang turut terbang dari Semenanjung untuk berlibur bersama-sama di hujung minggu. Heh....KK? Ada apa di KK? Balik-balik Fendiosman ke KK! Hanya Johari yang mengenal Maniam.
Ate....udah le tu! Sebenarnya saje je mengarut tatkala kekeringan idea ni. Bagi cukup kuota posting sebulan. Heh.....nanti Fendiosman postkan aktiviti-aktiviti melaha dan melahu di KK sewaktu ujung minggu. Till then, Bayen Duiiiii





























