Adapun selepas beberapa hari Fendiosman menjalani minor operation membuang ketumbit yang menyebabkan Fendiosman menjadi lanun barang seketika itu telahpun sembuh. Walaupun tak sembuh sepenuhnya lagi, tapi bersyukur juga sebab dah tak perlu menanggung sakit yang amat sangat, bagaikan berdenyut denyut mengangkut nanah itu. Haaa...dah cantik dah mata aku tanpa sebarang ketulan ibarat smarties tu.
Oleh sebab itu, sepanjang minggu pemulihan ni, Fendiosman terpaksa menjadi lalat barang seketika. Kaca mata tebal yang lazimnya dipakai di rumah terpaksa dipakai di pejabat. Ye la kan, slama ni aku feeling mata clear sebab taruk lens. Ni dah kena jadi Ya Soy Betty La Fea minus the braces.
Yang aku katakan tak sembuh sepenuhnya tu pasal masih ada keluar taik mata kaler kuning dari mata yang dioperate tu. Pulak tu, every 5 hours kena titik pulak ubat mata. Eh, salah ubat pulak. Apa kes sakit mata tapi boh ubat kuat? Hehehe....ubat kuat ni untuk Sang Hansuari mungkin berkesan kot.
Apa pun, Alhamdulillah sebab tak perlu lagi meraba-raba mata dan merasakan ada sebuah semicircle yang mengganggu pandangan. Mungkin pasal aku suka pakai contact lens lama sangat, dan bilasan lens tu kurang bersih yang menyebabkan kotoran terkumpul dan terperangkap kat mata.Morale : Basuh lens betul2, sental juga jari. Kalau dia kata sebulan, jangan exceed sebulan. And if possible, after 8 hours of usage, pastikan lens dibuka untuk memberi udara kepada mata. Amalan Fendiosman : Lagi tak kering lens, lagi tu la tak bukak. Kadang-kadang siap tertidur dengan lens yang masih melekat di mata. Huhuhu...dah tau tak reti jaga, nak jugak pakai lens.
Makanya dengan mata yang dah jelita sebegitu, tenanglah hati Fendiosman nak pergi buat kerja di luar. This month and next month, jadual Fendiosman agak padat dengan aksi mengheret beg ke sana ke mari, termasuklah yang ada dalam itenerary sendirian berhad (PHACHAT; ENRICH aku tak sebanyak Rashdan yang dah boleh claim ke New York tu, - dia dah tahap GOLD wooo. Aku takat main line domestic je!).Mula dengan trip ke Daerah Asing last week, kendian weekend baru-baru ni ke Bota melawat keluarga angkat Modul Penempatan Daerah DPA, dan this coming weekend buat sector KUL-PEN-KUL, sambung pulak tah mana-mana destinasi pulak. Takde la rasa malu sangat nak membawa mata bengkak kan? Kalau tak musnahlah tagline KESIHATAN ADALAH HAKMILIK SETIAP INSAN (Quote Abang Jem - Sinar Pagi @ SINAR.fm). Eh..udah le kot! Hari ni dah gaji, tapi sekerat gaji dah settlekan hutang piutang. Nak jenjalan cmane ek bulan ni? Wallahua'alam!
11 comments:
ate..lau nak g bota takkan ler nak naik belon gak kot..???
heheheheee...
Cis, sempat mengs.p aku lak tuh!
Wah, ada KUL-PEN-KUL ke? Haiya.... our path doesnt cross la... aku berada di Putarjaya idaman nih ha... Kan dah ku ajak ke sesi kotak ijo itu hari...
Ahem, MAS promo airfare tengah berlangsung. Saya sudah membeli, anda?
akum..
alhamdulillah.. looks like ur eye getting much better. for now, maybe u wanna moist ur eye more frequent.. so you going to be bz yer? all da best bro.. i dah hujung tahun nie dah habis vacation and training.. vacation yer, bukan holiday.. ada bezanya tu.. my last trip for this year was florida,usa last april-may.. hujung tahun, habiskan cuti.. cuti-cuti malaysia dgn nieces and nephew.. he he he.. take good care bro.. have a great one.. cheers!!
waa.rambut pesen baru kah??/..nampak cute.. :-)..matiler lari tajuk
same la kite..
dpt gaji je bayo hutang piutang..
ingatan untuk aku jugak yang dah pakai lens.. semua sebab anak2 pakat jahanamkan spek huhuhu
basuh tangan bersih2, gonyoh lense bersih2.
Sangat jeles baca cerita heret beg ko tuh tariq.. sangat jeles...
AYUNIE
kalau la ada epot ke bota tu, aku tetap jugak naik kereta. pasal downstream destinationt tetap banyak.
contohnye, kilang roti segar kat changkat cermin tu!
kau tau tak kilang roti tu?
PHACHAT
errr...KUL PEN KUL tu balik cuti raya katanya. eh..aku tak sp kau la, aku bagi statement membina. *matila takmo ngaku!
gara2 mataku yang ala2 baru nak baik ni, elok aku tak pegi menyanyi (suara keluar ikut mata ek?)
ZACH
bizi...ha ah agak bizi la. kalau tak bizi pun buat purak purak bizi la.
time message ni ditaip, fendiosman baru je balik dari parlimen membrief menteri pasal pertanyaan dewan rakyat. huhuhu....
BANG DBI
kaaan? tetibe je lari tajuk.
apa pun mekaseh. orang pertama yang memuji pesen rambutku ini.
dialog waktu dengan tuan kedai gunting kat sungai petani;
FENDIOSMAN : Potong pendek, nak sikat depan
Tukang Gunting : Oh...encik mau potong macam GAYBOY ka?
FENDIOSMAN ; Apa?
Tukang Gunting : Encik....depa kata ni fesyen GAYBOY.
FENDIOSMAN : GAYBOY kaaa TOMBOY kaa....potong cepat rambut saya. Rimas la rambut panjang!
APIK
askar kat kem pun ada utang ka?
pelik nih!
ANGAH
jeles ke?
ish jangan la jeles....
biasa biasa je, heret beg domestik!
brief menteri kat parlimen? besar tanggungjawab tu.. macam mana ek? macam best jer.. tul tu.. kalo tak bz kena lah purak-purak bz yer? org SP ker? zach org perlis tapi kawan kat MRSM dulu ada kawan warga SP tu.. classmate org tikam batu.. kampung baru tikam batu kalo tak silap.. rapatlah jugak.. ramai jugak yer peminat rambut u ekk? sorrylah tak berapa perasan rambut kedepan atau kebelakang atau tercacak.. zach rambut pendek jer.. kalo outstation senang.. save masa berdandan.. he he he.. take care bro.. salut!
ZACH
memang besar. kalau tersalah brief, menteri akan tersalah jawab, dan rakyat akan tersalah faham. jadinya maklumat tu memang dipastikan betul dan tepat!
yes, i was born and bred kat sungai petani.
kenapa plak aku nampak pic yg atas sekali tu ada iras2 Sherita Aziz?????? *lariikkkkkkkkkkkk.........
BANG SHIDI
sherita aziz?
siapakah ittewwwww?
selebriti kah?
bintang Akademi kah?
atau dewi dewi jelmaan kem askoke kah?
ish...tak sama la, takde iras pun! rasanya orang kenal tuan punye blog ittewwwww...macam pernah duduk satu universiti dengannye dulu!
huhuhuhu.....
Post a Comment