Sunday, March 21, 2010

Inang Yang Bodoh

AMARAN : BACAAN INI MENGANDUNGI TULISAN YANG KURANG MENYENANGKAN DAN BOLEH MENYEBABKAN PEMBACA RASA SENTAP DAN PANAS TELINGA JIKA BERSABIT DENGAN DIRI ANDA. JADI, SESIAPA YANG MENGALAMI ALAHAN KETIKA MEMBACA, SILA TEKAN BUTANG X DI PENJURU KANAN SKRIN ANDA. SEKIAN, HARAP MAKLUM.


SYOHHHHHHHHH.....SYOHHHHHHHHHHH

Kalau kita tengok teater bangsawan, biasanya tuan puteri akan ada inang yang jadi pengasuh. Inang tu lah yang besarkan tuan puteri dari kecik sampai la besar, dan biasanya inanglah yang kenal tuan puteri lebih daripada orang lain. Dan, biasanya jugak, kalau ada orang sentapkan tuan puteri, inang pun akan sentap jugak. Kadang-kadang lebih dari tuan puteri sentapnya. Kalau kita tengok cerita Jodha Akbar pulak, inang yang sentap lebih dari orang yang dibelanya tu. Ibaratnya, kau jahanamkan tuan puteri, kau terima la akibat dari mak inang. Gitu..........................

Hari ni takdelah Fendiosman nak cerita pasal tuan puteri maupun ratu maupun cerita maharani bersemayam di takhta. Cukup sudah cerita golongan berdarah bangsawan. Cerita hari ni mengisahkan seorang Inang Bodoh yang berkhidmat untuk tuan puteri. Bodoh? Memang kasar tu bunyinya. Errrrr...kalau ikut CityGirl dulu, dia kata "TAK PANDAI". Berlapik sikit katanya, tapi kadang-kadang cakap dengan Orang Bodoh macam Inang Bodoh ni tak boleh berlapik, tapi kena cakap terang-terang. Baru terbukak mata luas-luas. Buntang bagaikan mata kongkang. Haaaaaaaaaaaaa.....


Adapun Inang Bodoh ni memang kononnya nampak gigih buat kerja. Ke sana ke mari, petik bunga kat taman, hantar bunga kat sana, hantar bunga ke sini. Kadang-kadang tu ada jugak la dia hantar kuih raya kat penulis makalah segenap negeri, tu tiba musim perayaan la kan. Untuk menjalinkan hubungan baik penulis makalah dengan tuan puteri. Ya la kan, nama baik kena jaga demi kesejahteraan sarwajagat. Tapi dalam banyak-banyak kerja, Inang Bodoh paling pandai buat gubahan. Pintal-pintal, jadi bunga. Pintal-pintal lagi, jadi skirting meja. Kira Inang Bodoh ni memang pandai la bab-bab macam tu. Menjadi kesayangan tuan puteri katanya. Orang kata bila dah jadi Inang tu, tak perlu lagi buat kerja susah-susah. Biarlah dayang yang buat, tapi Inang Bodoh ni memang kerjanya tu je, memintal sana memintal sini. Sampai ada satu kisah tu, pergi berkunjung ke satu negeri nak buat sambutan, perginya lebih awal dari rakyat yang uruskan majlis, ingatkan nak buat apa, kaedahnya....pintal riben je! Ingatkan pergi menyukat saiz gelanggang. Eh........kena pintal riben ke? Agaknya Inang Bodoh ni terkenan dengan Faiznur Miskin dulu, main gimrama katanya. Opssssssssssss

Sungguhpun Inang Bodoh ni kerja di istana dan menjadi orang yang akrab dengan tuan puteri, Inang Bodoh ada satu masalah. Dalam Istana memang ada undang-undang. Undang-undang pertama dalam Istana, waktu kerja ada 3 syif. Syif pertama, masuk awal pagi. Syif kedua masuk tak berapa nak awal pagi dan syif ketiga ditujukan khas untuk orang-orang yang lewat dan tinggal jauh dari kawasan istana. Errrrrrrrrrrr....dalam banyak-banyak syif tu, Inang Bodoh langsung tak pernah ikut peraturan. Kalau dia rasa nak masuk awal pagi, dia masuk. Kalau dia rasa nak masuk pukul 10 pagi, pun dia masuk. Kalau dia rasa nak masuk petang pun............dia masuk. Suka hati mak bapak dia la kat Istana tu. Tapi, walaupun lambat masuk kerja, Inang Bodoh jarang sangat kena marah dengan tuan puteri. Kalau marah pun sekadar nak tunjuk depan orang. Hakikatnya tuan puteri sangat sayang kat Inang Bodoh. Almaklumlah, Inang Bodoh pandai ambik hati. Hmmmm.....sebab pandai ambik hati ni jugaklah Inang Bodoh diberi kepercayaan menyimpan barang-barang rahsia tuan puteri.

Inang Bodoh ni bukan saja tak reti bab masuk keluar kerja, bab urus duit pun kadang-kadang dia terbabas. Kononnya reti, tapi adoilaaaa...macam tikus baiki labu jadinya. Hajat di hati konon nak jaga hati tuan puteri. Tapi...Inang Bodoh lupa, sebab kadang-kadang hati tu 'mulia' sangat, akhirnya benda tu makan diri sendiri. Bila dah kena siat-siat dengan Penghulu Bendahari, baru laaaaaaaa nak tuding jari sana sini.

Sebab Inang Bodoh ni suka sangat buat Istana tu macam rumah dia sendiri, jadinya Syahbandar yang ada waktu tu dah hadiahkan sesuatu yang istimewa untuk beliau. Sistem masuk kerja kat Istana macam kira kambing masuk kandang. Kena ketik ketik. Tapi kalau lambat ketik, dapatlah ketik warna warni. Ada warna hijau, ada warna merah, ada warna kuning. Inang Bodoh pun dapat kad warna warni sebab suka datang lambat ke pejabat. Lambat tu satu hal, tengah-tengah kerja boleh pulak pergi shopping, pergi bank, pergi sana, pergi sini. Dah jadi hal pulak bila Inang Bodoh mengamuk dapat kad kaler-kaler.

Kata Inang Bodoh, orang tak faham dia berkorban demi Istana. Balik lambat senantiasa sebab nak siapkan kerja. Syahbandar ni katanya nak tabur pasir kat periuk nasik dia. Pasal tu buat tindakan macam tu. Errrr...Syahbandar ikut peraturan Istana. Kalau dah masuk kerja tu ada sekian waktunya, kena la ikut. Kalau nak masuk suka-suka hati, buatlah Istana sendiri. Nak masuk kerja pukul berapa pun takpa. Habislah dicanang ke serata alam kononnya Syahbandar ni dengki orangnya. Tak boleh tengok orang senang.

Maka dicarilah idea untuk mengenakan Syahbandar, dalam sesi mengadap Ratu kat Balairongseri, sentiasa Inang Bodoh ni tanya soalan bukan-bukan. Sistem pengurusan tak stabil, sistem kira kambing tak betul, itu ini begitu begini. Kiranya macam Syahbandar ni tak reti nak buat kerja. Tapi Inang Bodoh lupa, satu jari dia tuding kat orang, ada 4 lagi jari tuding kat dia. Kalau dia kata orang bodoh, ada 4 jari tuding kat dia kata dia bodoh. No wonder nama dia Inang Bodoh. Tak gitu?

Satu hari, gara-gara Baginda Ratu murka dengan Syahbandar, makanya dititahkan Syahbandar dibuang negeri. Bungkuslah kain baju lalu dibawa ke negeri baru. Syahbandar ni memang kerjanya menumpang sana menumpang sini. Tak kisah ke mana-mana pun, kalau negeri tu nak dia jadi Syahbandar, dia jadi Syahbandar. Kalau negeri tu nak dia jadi Pak Pacak, dia jadi la Pak Pacak. Yang penting, upahnya setimpal. Sesuai dengan kelebihan yang ada.

Dan kebetulan selepas Syahbandar kena buang negeri, Istana kena serang dengan dua tiga bala tentera dari negeri Antah Berantah. Tapi negeri ni menyerang sebab ada laporan dari entah orang mana yang menyatakan Istana ni menyeleweng sana sini. Yang paling best, Inang Bodoh terus buat tuduhan yang hal ehwal yang berlaku tu gara-gara Syahbandar yang membuat laporan.

Dari satu tempat ke tempat, rata-rata dibawa cerita. Inang Bodoh ni takde kerja lain. Asyiklah dok kata Syahbandar ni yang punya angkara. Mana taknya, Inang Bodoh kena siat-siat. Salah-salah yang dibuat tu semua digali. Menggelabah menggeletarlah lutut sebab takut terbongkar semua cerita. Mula la jari tu tuding sana tuding sini nak selamat.

Kata Inang Bodoh, tak lain tak bukan ni memang kerja Syahbandar. Syahbandar ni jenis tak faham. Kerja Inang Bodoh ni adalah untuk mengasuh tuan puteri. Jadi, salahkah Inang Bodoh kalau nak hiburkan tuan puteri. Hmmmmmmmmmmmmm....nak hiburkan tu tak salah. Tapi jangan sebab kebodohan tu memerangkap diri sendiri. Kalau ada peraturan, kena la ikut. Bukan boleh main sesedap rasa buat kerja.

Bukan takat cerita Syahbandar ni buat huru-hara. Ada pulak cerita tambah, konon Syahbandar ni pendengki, penderhaka dan segala-gala macam lagi la. Tapi yang herannya, Baginda Ratu yang kena serang, kenapa pulak Inang Bodoh yang lebih-lebih nak menabur cerita pasal Syahbandar? Ke sebab dia memang bodoh?

Hai entahlah Inang Bodoh. Rentikanlah bawak-bawak cerita pasal orang tu. Bukan dapat faedah pun. Habis sangat, masuk wall of fame kat blog Fendiosman ni! Pastu kena carut. Pesan Fendiosman, kalau tak puas hati dengan Fendiosman, cakap terus terang depan-depan. Tak payah baling batu sembunyi tangan. Kata orang toksah dilayan sangat orang-orang bodoh, nanti kita ni sama bodoh. Tapi.....................sebab nak ajar orang yang bodoh, kena la tulis bagi orang bodoh faham. Ish.....susah betul nak cakap dengan orang bodoh ni kan?

Tuesday, March 16, 2010

Hujung Minggu Pun Kerja................. (part 2)


 
Minggu sebelumnya macam yang Fendiosman laporkan, memang Fendiosman gigih bangun pagi untuk Berkhidmat Untuk Negara pada hujung minggu tatkala orang lain sedang enak membuat taik mata. Rutin bangun awal pagi tu berterusan untuk minggu yang seterusnya, tapi hari Ahad je la. Sekali lagi Fendiosman diundang untuk hadir ke Istana Budaya bagi menemuduga calon-calon ahli muzik untuk bermain dengan Orkestra Simfoni Kebangsaan. Minggu lepas, dengar orang main muzik asli, jadinya hari ni kita dengar orang main muzik klasik pulak. Amaran dari urusetia, mesti tertidur dengar sebab dia main sorang-sorang. Huuuuuuuuuuuuu....satu hari yang stress nampaknya!


Tapi, sebab Berkhidmat Untuk Negara......relakan sajalah demi memartabatkan dan meningkatkan mutu seni di Malaysia (*matila propa.....)


Haaaa..........seawal jam 9.30 pagi, telinga Fendiosman dah disajikan dengan bunyi muzik klasik tiupan dan bertali untuk orkestra. Yang sedap...................memang mengasyikkan, yang lemau....oh sedihhhhhhhhhhhh. Berdengung telinga mendengar, sampaikan bila abis sesi temuduga di sebelah petang, memang rasa macam getaran double-bass kat gegendang ni. Walaupun Fendiosman ni tak berapa nak reti sangat bahagian teknikal ni, tapi sebab dah terdedah sebelum ni, kiranya boleh la menilai sedap ke tidak. Errr...jangan salah sangka, Fendiosman tak menilai teknikal. Fendiosman diamanahkan untuk menilai bahagian yang lain yang ada kaitan dengan sumber manusia.


Ni la antara sahabat penilai. Yang ni sebab dia memang boss orkestra, sah la dia kena menilai. Dalam dok menilai tu, pengalaman ngeri minggu sebelumnya berulang kembali. Mari kita saksikan petikan dialog antara calon dan penemuduga...

"Kamu rakyat Malaysia kan?"

"Ya saya..."

"Siapakah nama Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong?"

sambil menggelengkan kepala malu malu kucing....

"saya tak tau..............."

"Baiklah.....kalau tak tau yang tu, siapa pulak nama Perdana Menteri Malaysia sekarang?"

sekali lagi, geleng kepala malu malu kucing.....

"tak pasti la............"

Rasa macam nak tanam hidup-hidup je diorang ni tau. Sedih, sebab datang untuk interview gred 27 dan 41. Ada sorang calon overseas, memang warga asing....bila ditanya soalan kedua tu, dia boleh menjawab dengan lancar. Fendiosman tinggalkan la persoalan ittewwwwwwwwwwwwww untuk anda semua renungkan. Betulkah kita ni benar-benar merdeka sebenarnya?

Tapi dalam banyak-banyak soalan yang Fendiosman tanya, sampailah kat sorang calon ni, mungkin sebab dia menggelabah kan.....................

"Hang orang Peghelih ka?"

"Ya saya...."

muka memang cuak la calon ni................

"Hang duduk dengan sapa di Peghelih?"

"Family"

"Ayah kheja apa?"

"Polis........................"

Sengaja Fendiosman twistkan soalan....

"Ayah hang polis, sapa nama Raja Perlis?"

Sekali lagi dengan gaya nak jawab soalan Hero Remaja....

"Ayah saya.............."

Kau tak pitammmmmmmmmmmmmmmmmmmmmm?

Tak sanggup Fendiosman nak tahan gelak, terus bangun dan ke belakang, dan........................paham-paham je la ye! Satu bilik pecah dengan gelak-gelak panel sekelian. Hadoilaaaaa. Gelabah punya pasal, abis tunggang langgang jawapan yang dibagi.

Satu lagi soalan,

"Kamu orang Negeri Sembilan kan?"

"Ya saya..."

"Apa nama ibu negeri Negeri Sembilan?"

"Errrrrrrrrrrrrrrrrrr....saya kurang pasti"

Fendiosman dah hangin.....................

"Kalau saya kata Seremban....."

"Oh.......saya tau Seremban, tapi saya tau Seremban tu bandar, tak tau pulak Seremban tu ibu negeri!"

Aiyoooooooooooooooo........mari kita menangis ramai-ramai ya murid-murid!

Tapi seharian la kan mengadap calon-calon dan mendengar irama yang dipersembahkan. Dalam ramai-ramai calon yang datang, 2 orang je yang mampu jawab nama Agong dengan betul. Lain-lainnya tak tau langsung. Macam tu la kerenah calon-calon temuduga. Bila ditanya nama PM, ada macam-macam jawapan yang diberi. Ada kata Najib Abdullah, ada yang kata Abdullah Badawi, isk.....hari-hari muka PM keluar tv, takkan la tak tau kot? Sedih tauuuuuuuuuuuuuuuuuuu......tapi tu lah hakikat yang Fendiosman kena hadapi bila berdepan dengan calon-calon ni. Harapnya lepas ni, takde la jumpa lagi dengan calon-calon yang macam ni. Kalau ada pun, memang layak dibuang dalam kandang harimau kat Zoo Negara. Alahai.........

Sunday, March 07, 2010

Hujung Minggu Pun Kerja.................


Kepenatan Fendiosman setelah 2 hari menghabiskan masa dengan aktiviti berfaedah selain daripada mengqadha tidur dan membesarkan badan di rumah. 2 hari Fendiosman mengadap calon-calon untuk ditemuduga bagi jawatan yang amatlah memerlukan bakat dan jiwa kesenimanan yang tinggi. Memang susah nak cari yang betul-betul memenuhi kriteria yang ditetapkan. Kira berasap jugak la kepala ni.....



Jawatan yang ditemuduga ni untuk mengisi kekosongan yang ada di Istana Budaya. Ya lah....tempat berprestij macam tu, takkan nak isi dengan yang sembarangan! Tak gitu? Tapi, Fendiosman hadir bukanlah untuk menilai bakat kesenimanan ittewwwwwwwwwww, nanti jadi isu pulak kan? Katanya orang berbakat seni dipinggirkan untuk memilih. Jadinya Fendiosman hadir sebagai wakil Kementerian yang akan bertanya hal ehwal pengetahuan am calon. Tapi...................oh sedih! Kalau nama Perdana Menteri pun tak tau, perlukah duduk di dalam Malaysia? Kenapakah?


Untuk hari pertama, Fendiosman hadir mencari ahli muzik. Ahli muzik? Nampak macam mudah, tapi nak cari orang yang pandai baca taugeh dan baluk tu sangatlah susah. Yang boleh main by heart tu ramai, termasuklah Fendiosman sendiri. Panel yang ada nak cari yang boleh baca skor muzik......


Macam-macam ragam calon yang Fendiosman jumpa. Satu yang menarik.........

"Saya boleh main gamelan saja....."

"Ok...lagu apa yang kamu tau"

"Timang burung dan inang cina"

"Ok.....main lagu timang burung...."

"Bang...lagu timang burung tu macam mana ye?"

Pitemmmmmmmmmmmmmmmmmm....

Kau kata kau tau pastu kau tanya panel balik? Adoilaaaaaaaa, nanges ayaq mata darah ya murid-murid!

"Saya nervous la bang............cikgu saya kata saya memang berbakat dalam muzik, saya main pancaragam kat sekolah menengah dulu, saya main gamelan jugak...."

"Cuba baca note kat dalam skor tu..........."

"Tak reti......."

Kau tak pitam lagi? Huuuuuuuuuuuuuuuuuuuu

Seharian ye murid-murid, Fendiosman mendengar alunan muzik yang perfect, yang sumbang dan bermacam-macam lagi. Sampai berdengung telinga ni. Tapi, Fendiosman anggap benda macam ni satu pendedahan yang amat berguna untuk Fendiosman. Walaupun part Fendiosman takat tanya soalan pengetahuan am je, tapi cukuplah untuk menguji kesabaran Fendiosman.....

"Kamu orang Sabah kan?"

"Ya....."

"Siapa nama Ketua Menteri Sabah...?"

Dengan konfidens persis Miss Universe....

"Tan Sri Musa Hassan................."

Pitam laaaaagi Fendiosman. Moral: Untuk calon-calon, sila prepare dengan pengetahuan am yang cukup ya. Untuk menjadi penjawat awam, kena la buat homework sikit bab-bab ni. Walaupun ada bakat yang baik, tapi sebab ada shikit kantoi dalam hal ni, tak dapat la Fendiosman nak tolong. Daaaaan, kalau ada kelulusan tinggi untuk bidang seni tu, biarlah jawapan yang diberi tu sesuai dengan kelulusan yang ada. Jangan nanti sampai orang kata, MAHASISWA tak tau apa langsung pasal NEGARA. Kronik tuh......



Selesai dengan hal ahli muzik, hari kedua Fendiosman hadir sebagai wakil Kementerian lagi sekali untuk mendapatkan calon yang layak bagi mengisi kekosongan jawatan Artis Budaya (Penari la ni....). Macam orang ramai tau, dan macam yang dipaparkan di media, Penari ARTISTANA ni tinggi, dan berparas rupa yang menarik. Jadi, satu lagi cabaran untuk Fendiosman...............


Sila pastikan diri anda kendo ye untuk calon lelaki. Kalau tak kendo pun, biarlah kelihatan sangat hansuari. Kalau kimpy2......sila cari Formula Dr Romzey untuk mendapatkan bentuk badan yang ideal ya murid-murid. Errrrrrrrrr...kalau tak cukup tinggi, minumlah Calci-Yum untuk membantu membina tulang anda.....


Dan........datang temuduga tu bukanlah untuk menyerlahkan ke'fonen'an anda. Alang-alang nak jadi penari lelaki, biarlah betul-betul lelaki. Fendiosman bukan nak diskriminasi, sebab Fendiosman pun datang dari latar belakang yang berseni-seni tu jugak. Ya la kan...kita dulu kabaret jugak. Tapi, jangan la kepit.....macam ada benda terlekat nak jatuh je kat celah kangkang ittewwwwwwwww.....


Satu petikan yang menarik untuk sesi penari ni,

"Apa pengalaman kamu dalam bidang tari"

"Saya minat dalam seni tari ni, pernah la menari waktu kat sekolah dulu. Sekarang saya buat freelance.....saya pernah masuk pertandingan menyanyi, Bintang Asli, Akademi Fantasia....tapi sampai stage 2 je la...."

Dan acara menari pun bermula....

Pasang lagu rentak Asli.....lentik kiri lentik kanan, tonggek kiri tonggek kanan....

Tukar pulak rentak inang.......terus kau bantai step joget!

Tukar pulak zapin...

"I terlupa laaaaaaaaaaaaaaaaa"

Tukar pulak joget....terus diam........

"Cuba u nyanyi sikit lagu asli...."

Dengan pitching tinggi, suara terlontar bagaikan Siti Nurhaliza garau....

"Paaaaaaaaaaataaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaahhhhhh haaaatiiiikuuuuu"

Fendiosman pitammmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmm buat kesekian kalinya...



Haaa..ni lah kaedah temuduga Artis Budaya yaaa........kau berdiri kat depan, muzik bunyi kau menari. Tinggi, mesti ada ketinggian, lelaki 5 kaki 7 inci, perempuan 5 kaki 5 inci. Yang jenis tumbuhan herba macam Fendiosman, memang kena tolak tepi la. Takde nilai komersil katanya. Mujurlah Fendiosman takde hasrat nak jadikan dunia kabaret sebagai sumber pendapatan kan?

Dan sekali lagi, soalan interview dari Fendiosman saaaangatlah mudah....

"Siapa nama Rektor XXX yang baru?"

Ni untuk sorang calon dari sebuah institusi pengajian kesenian yang terulung di Malaya ya..............

"Saya tak ingat la...................................orang baru"

"Ok.........nama rektor yang lama?"

"Pun tak ingat...lupa laaa"

Kau blajar kat situ, kau taktau sapa nama rektor kau? Oh sedihhhhhhhhhhhhhhhhhhhh....

Macam-macam kerenah kan? Tapi tu la, nak datang interview ni memang kena bersedia. Buatlah preparation sepatutnya. Jangan datang dengan otak yang kosong. Menari ke main muzik ke, tu memang la bakat, tapi brain must be filled with knowledges. Baru la seimbang.....

Wallahua'alam.....

Monday, March 01, 2010

Gelagat Pemandu

Adapun saban hari Fendiosman memandu dari Kajang untuk mencari rejeki di Bandaraya Kuala Lumpur. Setiap hari memandu, memang tidak sah kalau jalan tak jem melainkan waktu cuti sekolah yang jemnya tahap lite2 saja. Kalau cuaca hujan lebat, laaaaaagi la jem teruk. Tak pun ada kemalangan walaupun kemalangan cenonet je keciknya, tapi kadang2 boleh menyebabkan jem sejauh berkilo-kilometer jaraknya sebab pemandu di Malaysia ni aaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaamatlah prihatin bila masuk bab eksiden ni. Tumpang tengok, tak pun ambik nombor buat mapiau, mana tau kot2 untung dapat hit jackpot. Boleh tukar sport rim baru. Opsssssssssssssss....


Bila dah terperangkap dalam kesesakan tu, macam-macam pulak gelagat yang boleh Fendiosman perhati dalam kereta masing2. Kereta sebelah kiri macam ni, kereta sebelah kanan macam tu. Maklumlah kan, ada banyak masa yang terluang dalam kereta. Boleh buat macam-macam untuk mengisi masa lapang.


Ragam yang paling menarik Fendiosman suka tengok ialah aksi mengorek idung yang mengancam. Lagi khusyuk orang tu korek, lagi best Fendiosman tengok. Tapi, bila dia sedar ada mata sedang memerhatikan dia, mula la nak coverina buat-buat tarik idung bagi mancung la kunun. Ceh....tak sedar orang dah tengok dia menggali lombong sampai dalam sampai dah tujuh petala bumi. Huuuuuu...malu ye?


Aksi kedua yang menarik, haaa yang ni Fendiosman perhati pagi tadi. Biasanya ni sesuai untuk pasangan yang naik kereta la. Biasanya sang isteri kan bangun awal untuk siapkan kerja rumah, buat sarapan untuk anak-anak, kemas-kemas rumah, sidai kain. Jadinya, mesti nak cover tido yang terkurang di rumah dak? Kalau yang memandu tido, alamatnya langgar temboklah kan? Jadi tadi ada la akak sebelah kereta Fendiosman tu, lentok baikkkkk sangat sampai ternganga mulut melekat kat tepi tingkap. Tapi, akak ni main strategi baik, dia tarik tudung dia menutup separuh muka supaya wajahnya tak dikenali ramai. Isk....kalau dia berdengkur cmane la agaknya suami dia nak layan eh? Kang sound tarik muka 14 pulak...kan kan kan?

Acara ketiga menarik adalah acara mekap-mekap dalam kereta. Sebab bangun pagi dah lewat, jadi tak sempatlah nak mekap kan. Untuk sang isteri yang dah terlentok berdengkur dalam kereta, sempat jugak membuat touch-up sebelum sampai ke pejabat. Nak lukis kening ke, opssssssssssssssss, nak boh lipstick ke, nak buat smokey eyes ke, masa dalam kereta ni pun ada yang sempat. Tapi untuk mekap lite2 je la. Kalau nak berfoundation berlapis2 ala Geisha tu memang tak sempat la kan. Untuk yang memandu sendirian, boleh jugak kalau nak touch-up. Especially waktu depan traffic lite.....



Ada jugak yang makan dalam kereta. Tapi kan, walaupun dalam kereta tu duduk, tapi ibaratnya sama la jugak dengan makan sambil berjalan. Sebab roda tu berpusing, dan tumpuan kita bukan kat makanan. While driving, hands are supposed to be on the wheel ye murid-murid. *matila kelas pemanduan berhemah. Bila makan ni patutnya kita nak enjoy the food. Bukannya sumbat sumbat macam dalam cerita CLICK tu. Kan kan kan? Buatnya tercekik waktu memandu tu? Sapa yang nak tolong tepuk belakang? Haaa....tak ke haru biru namanya?

Macam Fendiosman pulak, kalau dalam kereta mesti dengar radio SINAR.fm. Nak-nak waktu pagi kan, mesti ada krew sinar pagi yang merapu-rapu tu, sungguh menggamatkan dan menceriakan suasana. Hari ni Fendiosman laaagi la ceria sebab SINAR.fm putarkan lagi Fendiosman mintak sempena ulangtahun ke-6 SINAR. Ceria la bila masuk opis ni. Hiks. Kadang-kadang bila naik sheikh, mrasa la berkarok sama-sama di dalam kereta. Kalau keluar lagu Kak Eton ke, lagu Kak Melah ke.....memang akan terikut sama secara otomatik la! Kadang-kadang sampai tak sedar orang sebelah dok perhati. Ala ibarat akak korek idung dalam kereta yang Fendiosman cerita kat atas tadi la kan........coverina katanya!

Untuk pasangan suami isteri pulak, ada yang mengambil kesempatan waktu perjalanan ke tempat kerja ni untuk berbual mengenai hal rumah tangga. Masalah anak, masalah kewangan, ataupun masalah kat pejabat, or....maybe masalah kat tempat tidur? Ye la kan, untuk menyelesaikan masalah kena ada pendengar yang setia. Kalau sorang2 nak selesai masalah, nanti jadi biul macam Fendiosman. Sudahnya kena masuk hospital baru padan muka. Jadi, peluang yang ada sewaktu terperangkap dalam kereta ni, boleh la mengikat hubungan suami isteri supaya lebih intim lagi, ataupun nak bertekak pasal laki kau ada pompuan lain pun apa salahnya dak? Hehehe....ni la masa yang sesuai. Abis sangat laki kau berenti kereta tepi jalan suruh kau turun. Tak gitu murid-murid?

Aksi seterusnya ni berbahaya ye murid-murid. Waktu memandu, jangan membaca suratkhabar maupun novel-novel cinta. Eloknya bacalah papan tanda yang ada di jalan tu. Kalau rasa dah subconcious mind yang control pemanduan, buat-buatlah berzikir ke apa ke, tapi jangan sekali-kali baca surat khabar ye! Bahaya sangat. Kang dengan yang kau baca tu ke mana, kereta kau ke mana, langgar bontot kereta depan lagi....sapa yang susah? Abis berkilo-kilometer jem sebab pemandu lain prihatin nak tengok kau eksiden. Haaa...ni la pantang sangat Fendiosman tengok. Lainla kalau JUSA pastu ada drebar bawakkan kereta dari rumah. Bolehlah baca kat belakang tu. Kalau memandu tu, sekali lagi Fendiosman ingatkan jangan membaca suratkhabar ye.

Ni aksi paaaaling popular di kalangan semua aksi yang ada. Kadang-kadang tu dok kat lorong tengah, tapi bawak macam unta. Time memandu ni la nak membaca sms. Kalau ada hikmat menaip sms tanpa melihat macam Fendiosman tu kira ok la kan. Ni mata dah rabun, pastu terkebil-kebil nak baca sms. Hah..tak ke mengganggu masyarakat sarwajagat tu? Time bawak kereta ni laa nak gayut dengan awek. Awat tak cukup ka jumpa waktu ujung minggu? Time bercinta, gayut la sampai teleng leher kan? Awat time kawin hangpa bertengkaq pulak dalam kereta? Isk, aksi menggunakan telepon bimbit ni dah terbukti bahaya. Tapi dok buat jugak. Pasai apa tu Fendiosman taktau. Nampak polis reti pulak nak sorok-sorok telepon. Takut kena saman ka chekk?

Ehmmm....tu antara aksi yang Fendiosman sempat lihat waktu memandu ke tempat kerja saban hari. Tapi aksi yang XXX macam ni takdak la pernah Fendiosman tengok lagi. Kalau ada pun, mesti akan menyebabkan jalan jem berkilo-kilometer jaraknya. Daaaaan..akan huru-haralah trafik sepanjang jalan memasuki Bandaraya gara-gara aksi luc** sebegittewwww. *Eh, baru Fendiosman terperasan, hari ni Fendiosman berjaya tidak mencarut. Hahahahahahhahaha.....