Thursday, March 30, 2006

Pemilihan Kadet Fasa II

Whew, aku baru je jejakkan kaki ke opis smalam. Tu pun bermalas-malasan pasal letih. Kejung bontot aku dok dalam kereta dari JB smalam. Nasib baik la kejap je driver tu tekan dari JB. Maklumla kan, naik kereta hitam plet Z, so tol tak kene, main pass tru je, speedy pun takde hal. Apa pun, this trip was my 2nd trip to JB dalam masa seminggu. Ari tu main terbang2. Sebab sorang je, kali ni outbound ke JB aku terbang, ke KL smula naik kereta. Sempat singgah Ayer Hitam, beli pinggan clay satu set (dah Dr Zalina beli, aku pun hangkut la jugak. Takde la makan dalam pinggan transparent lagi pasni).
Hmm..kat atas tu, saying yang menarik boleh dijadikan pedoman. So, apa2 yang terjadi ni, takde yang secara kebetulan. Kita yang mencorakkan sesuatu tu. Macam aku jadi PTD la kan, takkan tetibe je aku jadi PTD, sah2 la kene apply kat SPA, then exam, PAC, interbiu...haa, kan ke design namanya tu. Same rules apply here, kat budak2 nak jadi kadet kelas 2006 ni, they have to go tru all the processes. Lulus semua syarat, baru la dapat masuk.
My trip to JB kali ni start pada hari Sabtu (terpaksa Sabtu pasal nak attend Farah pram nye engagement. Makcik ni siap antar kad tunang dia, kene la hadir. Apa pun tahniah Farah! Nak gak tgk ko pakai cat pelaka time wedding nanti. Macam teater patung2 korang buat ari tu!), telefon limo mintak amekkan aku kat umah. Tak larat nak heret beg aku naik bas. macam biasa la destinasi aku KLIA. Since AirAsia dah pindah ke LCC, maka terminal kat KLIA tu kosong ya amat! Macam kene langgar geroda. As usual, sempat la aku snap gambo lagik. Kalau boring mahap la ye! Kebetulan aku suka tgk kapal terebang.
Sampai je kat JB petang tu, Staf Bakar dah tunggu kat Senai, terus shoot masuk Kem Majidee, berangan lak dok belakang. Heh, takpe, dah memang patutnye dok belakang. So pose diam2 kat belakang tu sambil muka kerek tgk kiri kanan. Cheewahhh....perasan lak kan. Nasib la cermin tu tinted, kalo tak sah sah la nampak muka aku yang perasan best dok kat belakang (Elfian, aku salute muka sombong ko atas stage lagik!, sebab muka tu la aku teringat sangat kat ko. Nanti kita buat homecoming kat INTAN ek, aku dah cakapkan kat Fazni).
Hmm, masuk je kem terus ke dewan bantu semak budak2 ni isi borang OMR. Macam2 ragam aku tgk. Sambil2 tu aku sembang la lagi. Dah ramai sangat apply aeronautical engineering, aku puns aje la provoke nak bagi course lain. Ye la, yang apply dekat 70 orang. Tempat ada 10 je. Cmane la nak buat. Bila dah siap kira2 semua, siap buat batching bagai, sempat la aku menjengah suasana kem, dan jugak bakal2 kadet ni. Pompuan ada dekat 30 orang, nak amek 14 orang je. Ada la acara akademi fantasia nanti. Heret beg hantar pi larkin, balik umah. Dengar2 ada yang nangis2 (Ikut riwayat ketua pemilihan la) So these are some photos taken there.
1st nite sorting borang lepas check in. Kali ni dok Mutiara lagi skali. Sampai kul doblas malam. Penat gak. Mujur ahad takde aktibiti berat. Just lepak2 kat hotel pastu jenjalan kat bandar. Makan Mee Rebus Stulang. Sedap gak, tapi sedap lagi mee rebus kat tepi jalan kampung aku tu. Hahaha...to the peniaga kat Stulang tu, jangan terasa ek. Aku sekadar menceritakan apa yang aku rasa.
Isnin, proses borang OMR kat Skudai. Stay kat Pusat Kom UTM dari pagi sampai la petang. Budak2 ni isi borang macam2 kerenahnye. Clumsy, isi tak betul la, salah kod la, macam2. Terpaksa la terkebil2 aku mengisi sambil membetulkan maklumat yang salah tu. (terpikir gak time aku isi borang UPU dulu2, kalau ada salah sah2 kene sumpah2 ngan orang yang proses, sebab aku pun dalam hati menyumpah). Seharian aku kat situ, siap pun. Malam time untuk bahagikan jurusan kat budak2 ni. Tapi sebelum tu, sempat la jugak menjengak KipMart Tampoi tu, beli DVD Desperate Housewives season 2. Kidnap driver dengan kadet sorang mintak tunjukkan tempatnye. Kat bilik di bangunan ni la aku berkurung dengan panel2 memerah otak tgk merit sambil bahagikan kursus yang sesuai. Sampai pukul 4 pagi, mereng kejap kepala otak aku. Bahagi punya bahagi, tolak calon yang tak layak, calon tarik diri, calon masalah kesihatan, dah short pulak kadet yang nak diamek. Pening lak aku. Seb baik ada KJ kejuruteraan bawak assistant, lega rasanya. (Adi, thanks sebab tolong, bawak pi KipMart lagik. Appreciate it!) Macam biasa, Sains Nautika tak laku. Heran gak! Pada aku Sains Nautika ni la best. Leh naik kapal. Tgk aktiviti diorang pun macam menarik je.
Hmm...dalam keadaan macam zombie tu, pagi2 Selasa sekali lagi ke Majidee, mengadap team pemilihan, meeting pasal tak cukup candidate ni. Since tak cukup, so ada la lagi satu pemilihan dengan budak2 KTU kat alosstaq nanti kot! Tak tau la, kalau ajak aku, besar rahmat gak! Leh balik kampung free. Hehe. Petang shoot balik KL.
So pemilihan kali ni selesai. Calon2 yang tak cukup tu, nanti la ek. Nak pikir menda lain plak kejap. Dengan nak cetak exam paper lagi. Pening dah ni. Huk huk huk....apa nak buat. Dah keje. SYMP....

Wednesday, March 22, 2006

Aku pergi JB lagi...

Isnin, pagi2 aku naik komuter datang opis. Hari ni tak merempit pasal petangnye aku nak ke JB. JB lagi? Haha..kali ni bukan UTM, tapi kali ni ke Kem Majidee untuk pemilihan Pegawai Kadet kelas 2006 fasa II. My journey started at 1400 hrs, naik komuter ke KLSentral (thanks Lt Kdr Hardy sebab hantar gue ke BTS). Check in kat Sentral, kali ni aku terbang GCC, mrasa la lepak kat Golden Lounge. Apa pun sakitnye ati aku bila kamera aku buat hal..dah banyak la sangat gambar aku snap dari KLSentral tetibe je kamera bengong tu buat perangai lama dia balik. Abis sume gambo ilang. Macam tu la jadinya kat Bomba ngan OBS dulu, gambar2 pose maut lenyap begitu saja tanpa dapat dikesan. Ada hikmah kot? Kalau macam kat bomba dulu, aku pose dalam kokpit heli (puas tanya soalan maut dekat pilot tu, at last dia bagi pose dalam kokpit). Dalam hati tu ada perasaan kerek, Tuhan nak balas dia bagi cash on the spot. Takpe la, dah takde rezeki.

Well, 1720 hrs aku terbang ke JB. Flight tak penuh. Makan time. Orang bagi makan amek je la kan. Sempat la lagi snap2 gambo makanan itu. Yang kelakarnye, si pram yang cantik bernama Delima tetap la nak cakap nama makanan dalam english. Lain2 dia hantam cakap melayu, bila part makanan, "Apa yang awak ada hari ni?", reply yang aku dapat "Saya ada Pandan Chicken dan Beef tartlet.." kelakar la plak. Agaknya nama melayu tu kelakar kot! Ayam pandan dan Tat daging. So here are the photos taken onboard.

Hmm...ni je la keje aku, ngambik gambo...takde keje lain dah. Well, about 40 minutes later sampai la ke JB tapi time nak landing tu Masya Allah macam nak mati dah aku rasa. Ujan lebat, circle 2-3 kali kat situ. Turbulance teruk, tak nampak tanah..aku mengucap panjang. Touchdown, amek beg kat carousel, terus naik cab ke hotel. Kali ni Mutiara JB. Not bad, cuma tak happening macam kat Puteri Pac. Rehat2 kejap, layan Desperate Housewives Season 2 kat Singapore nye channel. Laju sehhh kat sana, sini kat Mesia tak kuar pun lagik.

Early Tuesday morning, pickup datang amek kat Hotel. Ahaks, sah2 bellboy tu ingat aku askar, untuk tak nak orang salah sangka, aku terangkan keadaan sebenar. Hmm, sampai kat Majidee terus ke Dewan Kem Majidee. Thanks for the ride. Takde la aku kene tahan kat depan guard tu. Kalau tak terpaksa la buat muka kerek tayang BAT C8.

Macam2 ragam jugak kali ni. Untuk prelim round 2 ni, calon2 walk in yang ke MINDEF hari tu dipanggil. Dalam 200 orang. Aku mula la buat keje aku menengok result SPM budak2 ni. Satu satu...sabar! sabar! Ni antara petikan dialog aku dengan budak2 nak masuk kadet ni

Aku : Knape kamu nak masuk ATMA

Budak X : Nak jadi askar ada degree

Aku : Kamu rasa kamu cukup best ke nak jadik askar?

Budak X : Saya layak tuan!

Aku: Nak apply kursus apa?

Budak X: Electrical engineering...saya nak letak semua pilihan electrical, boleh ke tuan?

Aku : (soalan killer) Kamu rasa kamu pandai ke yang nak jadi engineer ni?

Budak X : Sekurang2nya saya mencuba tuan.

Aku : Dik, banyak lagi cabang engineering yang ada kat ATMA ni. Letak la kursus lain sekali. Koman-koman kalau tak layak untuk Electrical, masih ada peluang untuk engineering lain.

Fuh..takpe la. Lantak korang nak jadi apa pun. Pada aku ada banyak sebab orang nak join ATMA ni, satu, pasal memang nak jadi tentera. Dua, pasal free tak bayar apa2. Tiga, pasal parents susah, nak kurangkan beban keluarga (bagus la kalau pikir camni). Empat, dapat gaji! Sempat jugak aku snap2 suasana kat dewan tu. Dengan parents, dengan kadet. Ex-Putera (RMC) dah mula berafting ramai2 dengan tie hijau belang2 diorang tu. Isk..teringat keasabiyyahan sidang2 kat INTAN tu. Keje aku sampai tengahari je. Lunch kat Mess dengan Tim Pemilihan ATMA dari CTK C MINDEF, pastu pickup hantar ke Senai, yang bestnye driver ni 1st time datang JB. Time nak hantar aku tu ok la, aku tunjuk jalan. Sampai ke kat Senai, dia tanya aku "Tuan, kang saya nak balik ikut jalan mana?" Oh tuhan, terpaksa la aku explain smula jalan2 yang dia kene ikut nak ke Majidee. Cheewaahhh...macam aku orang JB la pulak!

Kat airport, macam biasa snap2 gambo lagik. Ragam orang, hmm..gambo kat atas sekali tu aku amek kat airport la, instrumen ghazal. Aku ni suka sangat ghazal nih. Tak tau apsal tapi bila nak tido je, aku akan layan sampai aku tak sedar dah. Sesuai sangat nak dijadikan ubat tido. Haha. Time to board the plane. Nothing much sangat kali ni pasal aku tido je, penat sangat kot. Tah hape la yang penatnye aku pun tak tau. Sampai KLIA ujan lebat lagik. Terus amek limo direct ke umah. Ujan sepanjang perjalanan. Fuh..selesai part kali ni, hari Sabtu pagi terbang ke JB semula untuk selesaikan urusan borang OMR budak2 ni. Nak bahagi jurusan lagi, kali ni panjang sikit kot! 5 hari duduk JB. Bila nak balik kampung ni? Oii...balik la..balik....mlm tadi dah kene lecture ngan mami dedi, pasalnye tak reti balik kg. Huhuhu...

Monday, March 20, 2006

My 1st video posting

Hari ni aku baru nak try post video dalam blog aku. Saya budak baru belajar, kalau salah tolong tunjukkan. Hehehehe. This was taken onboard time aku fly dari TGG ke KUL hari tu. Saje2 bosan so aku upload la benda ni.
Safety precaution sebelum fly. Most of the passengers akan tido atau buat tah apa2 kerja time crew bagi safety briefing ni. Tapi sebenarnya ni adalah paling penting untuk kita tumpukan perhatian. At least tau jugak la apa yang kita kena buat kalau berlaku kecemasan. Tapi satu je komen aku, muka pram ni amat la takde perasaan time buat safety demo. Koman2 pun sengeh la cket. Takde la macam muka orang kena angin senggugut je!
Hmm, petang ni aku nak ke JB lagi. Kali ni, intake Pegawai Kadet kelas 2006, esok buat tapisan akademik macam kat Sungai Ara hari tu. Petang esok aku balik smula. Yeehaa...naik plane lagik, boleh buat plane spot kat JB. Hehehe....

Tuesday, March 14, 2006

Minum di PERNAMA


Hari ni takde la manyak keje sangat. Uruskan pasal buat kad matrik kadet ngan staf akademik, pastu rileks cket. Gini la hidup kalau bos takde, menganga masuk angin keluar asap. Pagi-pagi aku mengamuk dengan PAR aku sebab ilang macam biskut chec fudge smalam. Tak masuk pejabat la pulak. Bila tanya ke mana, ada kat Ipoh. Tanya lagi, kenapa tak maklumkan kat opis, jawabnye kat sana takde line telefon. Isk..macam2 la si Padil ni. Oh tuhan, tabahkan la hatiku ini. Perut lapo, nyanyi2 lagi dangdut (Kak Jaja...dangdut lagi, aku dah tgk gelekan maut kau kat bomba....) terus la ke Anjung Selera ATMA, malas nak ke mess (jauh la sangat mess tu, kat RMC, lagipun sume geng2 veteren je ke sana).
Macam biasa minum pagi bersama kawan-kawan Navy pensyarah yang umo yang boleh dikira baya-baya aku. At least ada gak topik yang boleh dikongsi. Kalau keluar dengan bos, sembangnya pasal isu negara, ekonomi, politik. Kalau dengan pensyarah yang dedikasi, cerita pasal hal2 akademik, student semua. So untuk selamatkan keadaan dan untuk tidak membosankan, keluar la dengan geng2 pensyarah muda ni. Navy 1, Navy 2, Navy 3, Navy 4 dan Navy 5. Ada coding2 la pulak.
Menu hari ni, nasik melukut sayur keladi ngan bayam merah, dan ikan sadin yang cenonet. Teringin la plak nak makan keladi. Pasni dok tepi telaga nyanyi "dengarlah wahai bonda kandung ku....". Sembang nye sembang, timbul isu nak claim mileage skang ni. Hmm...70 sen satu kilometer. Tapi harga minyak pun Masya Allah dah naik. Well, apa pun kerajaan buat sesuatu tu ada la tujuan tertentu. Masa dapat tau malam sebelum naik tu, kalut aku cari Maslinda kat bahagian petroleum KPDNHEP nak sahkan berita kenaikan harga minyak. Since dia pun suruh pi isi minyak penuh2, maka sah la harga minyak nak naik lagi. Aku yang merempit ke office ni pun terasa, apa lagi yang naik kereta. Dengar2 skang ni naik Waja pun, kalau full tank dah 100 hengget. Sekali isi 100, kalau 10 kali isi dah 1000 hengget, parahhhhhh....cmane nak beli kereta ni? Tengah memikirkan strategi, larat ke aku nak merempit dari Kajang sana? Sah kejung bontot aku naik moto ni. Sakit wehhh! Buatnye kena balik HQ smula nanti, Kajang ke Jalan Semarak sana, kejung lagi! Kalau ujan, berenti tepi jalan pakai baju ujan, tetap gak basah. Kene gak beli kereta. Nak masuk kuarters, macam tak berbaloi. Lain la kalau aku ni dah ada anak bini. Musykil aku dibuatnye.
Macam-macam issue la kalau dah sembang ni. Macam kaunter bergerak lak rasanya. Ada tanya itu ada tanya ini. Aku pulak tanya pasal dunia keaskaran ni. Vice versa. Hmm, ni sempat aku snap kawan2 askar aku...it's nice to have friends like them.
Aku start kenal derang waktu Commisioning Pegawai baru bulan doblas lepas, just nice after aku balik dari INTAN. Biasa la, ari tu balik je opis, bos aku selonggok keje dia tambunkan kat aku!
Kat sebelah kiri ni Lt Najib, baik ati, slow n steady. Penuh ketenangan. Slalu la menemankan aku pi makan. Jadik rapat lagi bila mula start jadi Task Force ISO. Banyak la kena deal dengan dia. Yang penting sempoi. Office dia menjadi tempat lepak aku tatkala aku kebosanan. Tapi yang paling aku ingat ari tu, malam aku lepak pegang pom pom kat futsal, aku ada invite2 chicken dia dengan LT Kdr Hardy (dorang lagi navy), skali datang daaa...teropocot kejap aku!
Yang sebelah kanan di bawah ni Lt Kdr Azzeri (yang ni betol2 Lt Kdr aaa, bukan macam kawan aku yang kencheng jadi Lt Kdr kat merata2 jalan tu, hancheng tau!), dia penah bekerja bawah aku waktu konvo sebagai urusetia jubah yang berdedikasi. Jenis blur, tapi takde la seblur Cik Idawa kat INTAN dulu tu. Yang tu kes blur yang tak dapat diselamatkan lagi dah. Bila teringat kat Idawa, jadik tergelak pun ada. Nanti ada masa, aku letak lagi kawan2 lain nye gambo. Hmm..mengantuk la plak tengahari ni. Dengan nasik yang heavy tadi, cukup nak buatkan mata aku stim tahap cipan. rehat dulu jap kot. Tapi opisku sejuk macam winter. Slalu gak la aku buat fesyen musim sejuk kat sini, dengan baju tebal 2-3 lapis. Siap mafla lagi...hahahah.. Ok la, takat tu je untuk hari ni. Sambil2 rehat aku layan http://www.heritage.gov.my punya clip. Best wooo..ada kabaret2 nari2. Hehe..leh gak pinjam step diorang nak modify jadi step baru untuk budak2 kat INTAN nanti. Wa ilalliqa'. Ma'assalamah...(melayu cakap chow cinn cauuu)

Monday, March 13, 2006

Al-Fatihah

Awalnya, Al-Fatihah buat Allahyarham Pegawai Kadet Mohd Nor Afri Ramli dan Allahyarham Kapten Muhammad Fairul Izwan Tawal yang terbunuh di dalam kemalangan jalan raya di Kilometer 44.4, Jalan Ipoh-Kuala Lumpur. Both of them are from ATMA, dan arwah Fairul baru saja ditauliahkan sebagai Kapten pada majlis Pentauliahan, Disember 2005 yang lalu.
Pagi Sabtu yang suam suam kuku, aku baru je bermalas malasan atas katil tetibe masuk SMS dalam henset aku dari bos aku, "1 org P KDT meninggal kemalangan kat Ulu Yam, 1 org koma di HKL", aku terdiam sekejap. "Innalillah...." terus aku angkat telepon mendail2 number yang perlu untuk mendapatkan maklumat yang selanjutnya. Call PM Azizah, tak angkat, Call Prof Azahari, tak berangkat...sape lagi aku nak call ni? Last2 call aku nye PT cakap pasal eksiden ni, dan aku sibuk gak mencari2 sapekah P KDT yang malang itu. Cari punya cari at last PM Azizah call bagitau nama2 P KDT yang terbabit. Jelas cerita yang ada sorang terbunuh, sorang koma..dan sorang bekas P KDT turut terbunuh.
Well, next duty adalah untuk mengeluarkan fail pelajar yang sudah kembali ke rahmatullah ni. Panjang gak prosedurnye, nak tunggu laporan dari Bahagian Latihan Ketenteraan lagi, so at the moment, just prepare with whatever I have. Status yang koma tu aku tak tau lagi cmane. This is the final semester untuk both of cadets tu. I wonder if i were in their parents' shoes, cmane la rasa kehilangan anak yang menjadi harapan kan? Untuk ibu bapa mangsa, aku ucapkan takziah dan semoga tabah menghadapi hari hari yang mendatang.
Hari ni nothing much, sampai je kat Pos Pengawal, jalan masuk pejabat tutup, ada morning parade untuk kadet sekelian, senyap sunyi. Rasanya pesanan CO kepada kadet pasal kemalangan tu.
Masuk office, urusan kad matrik pelajar bermula hari ni dan esok. So macam biasa kelam kabut menjadi-jadi la. Lari sana lari sini buat pengumuman kat PA lagi. Whew...tapi minggu ni aku rasa boleh rileks sikit. Boss takde seminggu..Yeehaaaaaa....
SPM result pun dah kluar, minggu depan insya allah lari2 ke JB la nampaknya, pemilihan kadet kelas 2006 fasa 2. Cmane la ek...tahun ni nak pakai sikit je pompuan, bersaing la seadanya nak masuk ke sini. Dah la kot, aku dah mati kutu nak tulis. Tak reti dah masukkan apa lagi dalam ni!

Friday, March 10, 2006

Audit...dapat gak ISO

Hari ni baru la berpeluang untuk menulis smula kat blog aku yang ala2 idup segan mati tak mau ni. Tapi takpe, aku menulis gak kan! MInggu ni terlalu la kalut macam tak cukup tanah rasanya. Ada audit pematuhan pensijilan ISO untuk keseluruhan ATMA ni. ATMA? haa...ni la ATMA, tapi gambo admin je la, opis aku tak nampak kat sini. Tu bangunan markas, kira main admin la.

Apa pun, audit day selama 3 hari tu sangat la mengkelam kabutkan aku. Dilantik jadi LO untuk bahagian akademik. Whew....dapat walkie talkie sebijik, terasa macam bouncer kelab dangdut la plak. Ahaks. Kejap roger sana, kejap roger sini. Lari sana lari sini, keje pun ala2 terbengkalai. Ari Isnin persiapan terakhir, Selasa sampai Khamis audit. Merasa gak aku jadi Auditee, tanya macam inspektor polis. Macamana tu macamana ni (teringat kat Kak Anne time DPA) "Assalamualaikum..nama saya Annie, saya ada satu soalan..mmm...berapa jauhkah helikopter ini boleh terbang?" (Baca dalam dialek sabah) - Kak Anne jangan marah aaa! At last semalam berjaya la dianugerahkan sijil ISO oleh LLOYD, untuk ATMA ni. Penat lelah slama ni berbayar la gak (aku takde la penat mana pun, tapi penat la jugak...) Tahniah kepada semua yang terlibat. Tumpang berbangga gak.

Dalam sibuk2 audit tu, ari rabu lepas sempat la aku menyelinap kuar ke INTAN mengajar budak2 1/05 tu menjadi kabaret keji macam aku dulu. Si Fazni DPA call mintak ajarkan, pegi je la. Ada la mende masyuk ckek. Tpai masya allah, budak2 keras cam kayu cmane la aku nak ajar. Tensen aku. Haha...minggu depan turun lagi. Nak tgk perkembangan. Si Kak Jaja pun turun skali. Macehh Kak Jaja...sempat lagi meluangkan masa. Aku paham kau memang ratu lantai kak jaja oiii....terpaksa la masukkan aksi kak jaja waktu kat dpa dulu untuk membuktikan kak jaja ni memang best. Eh ah eh ah....

Orang kata kak jaja GG. Tapi pada aku kak jaja adalah sorang manusia yang komited terhadap sesuatu yang dibuatnye. Sebab tu la walaupun takde basic menari asli, once on stage cantik je jadinye.

Rabu, kelas kabaret. Malam tadi menjengah arena futsal lak dengan kawan2 batch, ada friendly match against JPA. Seronot bila bersosial dengan kawan2 ni. Macam2 cerita ada...gosip tu gosip ni, trima berita sape nak pi obersi sana obersi sini. Aku jugak yang otstesen asek ke JB je. Tapi takpe, walaupun JB je janji claim masyukkk. Kan kan kan?

Kalau nak dikirakan, takde la aku main. Stakat pegang pom pom je kot. Tujuannye baik, bersosial dengan kawan2 sejawatan yang dari batch aku. Well, here are some shots dari perlawanan putsal tu...

Ini la aktibiti setiap minggu. Koman2 terisi gak masa lapang yang terluang. Hmm..minggu ni nak wat apa ek? Ujung minggu yang bosan lagi kot....tah le, nak balik kg duit claim pun lom masuk lagik. Lepak la dulu. Minggu depan bos takde seminggu yeehhhaaaaa.....