Whew, aku baru je jejakkan kaki ke opis smalam. Tu pun bermalas-malasan pasal letih. Kejung bontot aku dok dalam kereta dari JB smalam. Nasib baik la kejap je driver tu tekan dari JB. Maklumla kan, naik kereta hitam plet Z, so tol tak kene, main pass tru je, speedy pun takde hal. Apa pun, this trip was my 2nd trip to JB dalam masa seminggu. Ari tu main terbang2. Sebab sorang je, kali ni outbound ke JB aku terbang, ke KL smula naik kereta. Sempat singgah Ayer Hitam, beli pinggan clay satu set (dah Dr Zalina beli, aku pun hangkut la jugak. Takde la makan dalam pinggan transparent lagi pasni).Hmm..kat atas tu, saying yang menarik boleh dijadikan pedoman. So, apa2 yang terjadi ni, takde yang secara kebetulan. Kita yang mencorakkan sesuatu tu. Macam aku jadi PTD la kan, takkan tetibe je aku jadi PTD, sah2 la kene apply kat SPA, then exam, PAC, interbiu...haa, kan ke design namanya tu. Same rules apply here, kat budak2 nak jadi kadet kelas 2006 ni, they have to go tru all the processes. Lulus semua syarat, baru la dapat masuk.
My trip to JB kali ni start pada hari Sabtu (terpaksa Sabtu pasal nak attend Farah pram nye engagement. Makcik ni siap antar kad tunang dia, kene la hadir. Apa pun tahniah Farah! Nak gak tgk ko pakai cat pelaka time wedding nanti. Macam teater patung2 korang buat ari tu!), telefon limo mintak amekkan aku kat umah. Tak larat nak heret beg aku naik bas. macam biasa la destinasi aku KLIA. Since AirAsia dah pindah ke LCC, maka terminal kat KLIA tu kosong ya amat! Macam kene langgar geroda. As usual, sempat la aku snap gambo lagik. Kalau boring mahap la ye! Kebetulan aku suka tgk kapal terebang.
Sampai je kat JB petang tu, Staf Bakar dah tunggu kat Senai, terus shoot masuk Kem Majidee, berangan lak dok belakang. Heh, takpe, dah memang patutnye dok belakang. So pose diam2 kat belakang tu sambil muka kerek tgk kiri kanan. Cheewahhh....perasan lak kan. Nasib la cermin tu tinted, kalo tak sah sah la nampak muka aku yang perasan best dok kat belakang (Elfian, aku salute muka sombong ko atas stage lagik!, sebab muka tu la aku teringat sangat kat ko. Nanti kita buat homecoming kat INTAN ek, aku dah cakapkan kat Fazni).
Hmm, masuk je kem terus ke dewan bantu semak budak2 ni isi borang OMR. Macam2 ragam aku tgk. Sambil2 tu aku sembang la lagi. Dah ramai sangat apply aeronautical engineering, aku puns aje la provoke nak bagi course lain. Ye la, yang apply dekat 70 orang. Tempat ada 10 je. Cmane la nak buat. Bila dah siap kira2 semua, siap buat batching bagai, sempat la aku menjengah suasana kem, dan jugak bakal2 kadet ni. Pompuan ada dekat 30 orang, nak amek 14 orang je. Ada la acara akademi fantasia nanti. Heret beg hantar pi larkin, balik umah.
Dengar2 ada yang nangis2 (Ikut riwayat ketua pemilihan la) So these are some photos taken there.1st nite sorting borang lepas check in. Kali ni dok Mutiara lagi skali. Sampai kul doblas malam. Penat gak. Mujur ahad takde aktibiti berat. Just lepak2 kat hotel pastu jenjalan kat bandar. Makan Mee Rebus Stulang. Sedap gak, tapi sedap lagi mee rebus kat tepi jalan kampung aku tu. Hahaha...to the peniaga kat Stulang tu, jangan terasa ek. Aku sekadar menceritakan apa yang aku rasa.
Isnin, proses borang OMR kat Skudai. Stay kat Pusat Kom UTM dari pagi sampai la petang. Budak2 ni isi borang macam2 kerenahnye. Clumsy, isi tak betul la, salah kod la, macam2. Terpaksa la terkebil2 aku mengisi sambil membetulkan maklumat yang salah tu. (terpikir gak time aku isi borang UPU dulu2, kalau ada salah sah2 kene sumpah2 ngan orang yang proses, sebab aku pun dalam hati menyumpah). Seharian aku kat situ, siap pun. Malam time untuk bahagikan jurusan kat budak2 ni. Tapi sebelum tu, sempat la jugak menjengak KipMart Tampoi tu, beli DVD Desperate Housewives season 2. Kidnap driver dengan kadet sorang mintak tunjukkan tempatnye. Kat bilik di bangunan ni la aku berkurung dengan panel2 memerah otak tgk merit sambil bahagikan kursus yang sesuai. Sampai pukul 4 pagi, mereng kejap kepala otak aku.
Bahagi punya bahagi, tolak calon yang tak layak, calon tarik diri, calon masalah kesihatan, dah short pulak kadet yang nak diamek. Pening lak aku. Seb baik ada KJ kejuruteraan bawak assistant, lega rasanya. (Adi, thanks sebab tolong, bawak pi KipMart lagik. Appreciate it!) Macam biasa, Sains Nautika tak laku. Heran gak! Pada aku Sains Nautika ni la best. Leh naik kapal. Tgk aktiviti diorang pun macam menarik je. Hmm...dalam keadaan macam zombie tu, pagi2 Selasa sekali lagi ke Majidee, mengadap team pemilihan, meeting pasal tak cukup candidate ni. Since tak cukup, so ada la lagi satu pemilihan dengan budak2 KTU kat alosstaq nanti kot! Tak tau la, kalau ajak aku, besar rahmat gak! Leh balik kampung free. Hehe. Petang shoot balik KL.
So pemilihan kali ni selesai. Calon2 yang tak cukup tu, nanti la ek. Nak pikir menda lain plak kejap. Dengan nak cetak exam paper lagi. Pening dah ni. Huk huk huk....apa nak buat. Dah keje. SYMP....

2 comments:
xde tagboard ke
All d best keje tu ek.
Post a Comment