Wednesday, October 13, 2010

Chào bạn.....another ASEAN Escapade Series

Balik ke tempat penginapan, kemas kain baju.........dan teruslah ke airport untuk penerbangan pulang. Ingatkan sekejap je masa dihabiskan kat kedai membeli kain, rupanya................................2 jam lebih jugak terkorban. Bayangkan, kalau Fendiosman je dah 2 jam, anda Che Kiah-Che Kiah yang lain ni berapa lama la pulak ye?


Perjalanan dari tempat penginapan ke Noi Bai International Airport hanya mengambil masa setengah jam. Memandangkan Fendiosman tak perlu beratur panjang untuk penerbangan ini, hanya 5 minit saja diambil untuk clearkan luggage hinggalah melepasi imigresen untuk cop keluar.

Cuma ada satu dialog menarik di kaunter check in ittewwww, Fendiosman rasa kalau Bonda Phachat yang tengah teruja dapat kad berwarna emas dilayan sedemikian rupa, mesti beliau seronot....

"Sir......are u Enrich Gold cardholder?"

"Yes I am......here is my card"

"Wow, sir, you are only 30 years old but you are already Gold cardholder?"

"I guess you have been travelling all around the world sir...."

Fendiosman hanya tersenyum....tapi dia layan macam Raja tapi bukanlah Raja Nosyita ye! Dari check in desk sampailah ke boarding gate, disebabkan kekaguman beliau terhadap kad yang Fendiosman pegang ittewww maka dia escort Fendiosman macam Menteri! Hiks....

"I'll ensure that your bags will be among the first to arrive at KLIA later sir.................."

Tudiaaaaaaaaaaaaaaahhh, sangat hospitality!

Noi Bai yang lengang...............rasa macam airport Kuala Terengganu pulak..........

Seperti biasa tinjauan ke lounge demi membakar semangat Bonda Phachat..........


Sambil menghirup air sarang burung, makanan berat..........tidak halal ye, jadi setakat tengok je lah....

Tapi, keadaan sekeliling sangatlah kotor! Sampah atas lantai pun tak kutip!

And we boarded the plane tepat pada waktunya. Dan seperti biasa layanan Malaysian Hospitality dari Malaysia Airlines...

Masih lagi dengan kapal terbang sayap lekuk, the 737, 800 series.

Dan walaupun Fendiosman tak mengkiasukan diri seperti Bonda Phachat, I still managed to secure row number 5 for me....

Oleh kerana penumpang tak sepenuh seperti perjalanan pergi, Fendiosman pindah ke belakang untuk beraksi seperti penumpang ini...


Tapi kateringnya sangat sendu. Agaknya dalam banyak-banyak stesen yang MAS pergi, Hanoi adalah stesen yang paling tak sedap. Hardly swallowable...

Mujur ada hiburan...........

Sambil jugak cari rumah gergasi atas awan yang dari dulu sampailah hari ni Fendiosman gagal untuk menemuinya.


Sebab khusyuk sangat mencari rumah gergasi atas awan, masa serasa pantas sangat berlalu. Tau-tau je dia dah pasang lagu Malaysia Truly Asia. Ni lah part yang Fendiosman paling suka bila naik Malaysia Airlines. Once nak sampai Malaysia, dia pasang lagu ni, dengar bunyi seruling intro lagu tu pun dah tangkap leleh. Perasaan nak balik tu memang membuak-buak la. (walaupun Fendiosman hanya bercuti 4 hari saja, tapi Fendiosman mengerti perasaaan nak jejak kaki ke tanah tumpah darah tu, kan Afzan kan?)

Fendiosman hanya tau dah sampai Malaysia bila nampak Kuala Terengganu dari tingkap kapal terbang. Errrrrrrrrrrr....Bonda Phachat, Incik Salwadi, Mama Carrie Mango, serta lain-lain rakyat Terengganu, sila cari di mana rumah anda ya..................

And the plane landed safely at KUL after more than 3-bumpy hours ride. Banyak mana Fendiosman bawak pergi, banyak tu la jugak Fendiosman bawak balik. Benarlah kata-kata awang check-in tu tadi, beg Fendiosman memang yang terawal yang muncul. Lebih awal dari beg orang duduk di Bisnis.....

Makanya selesailah pengkisahan Fendiosman bersiar-siar di hujung minggu ke negara orang. Untuk jenjalan ni, tak perlulah nak tunggu orang ramai-ramai untuk mengekor. Sorang-sorang pun boleh..............janji berani untuk meredah.

TAMAT...............................

Tuesday, October 12, 2010

Chào bạn.....another ASEAN Escapade Series

Kalau dibagi peluang, memang nak datang lagi kat sini. Minus the makan thingy, this place is heaven on earth! Kiranya tak sesia la lawatan Fendiosman ke sini. Well, kalau dah start, mesti ada penghabisan, and after spending like 4 hours on the boat, time to balik to the reality. Makanya kembalilah Fendiosman ke bumi nyata. Apa pun, memorinya tu memang melekat dalam kepala ni. Memang damai lagi mendamaikan........


Sekali lagi Fendiosman menahan kekejangan bontot selepas 3 jam setengah berada dalam van untuk perjalanan pulang ke Hanoi. And that nite, I slept like a baby. Bandaraya Hanoi memang sesak teruk pada malam tersebut, kenderaan langsung tak boleh masuk ke dalam pusat bandar. Jadinya, baiklah berehat saja di rumah.

Sunday morning, the last day of Hanoing myself, I decided to do last minute shopping. Ingatkan Hanoi sunyi sepi, rupanya sangkaan Fendiosman meleset. Awal-awal pagi dah sibuk dengan orang meniaga macam-macam barang dagangan. But this shopping tour is guided by isteri tuan rumah, and tuan rumah managed to free his time in allowing him to bring Fendiosman to shop.

Murid-murid, this is how we lintas jalan in Hanoi! Pedulikan kenderaan yang mendatang, redah je!

This morning, Fendiosman nak beli silk untuk mama. Cantik kainnya, harga pun sangat berpatutan. Ada la sorang datin dari Malaysia datang kedai ni sebelum ni, dia beli every single jenis yang ada. Fuhhhhhhhh.......


And another place is kedai kain cotton. Vietnamese cotton oso murah. Pasarnya besar, macam Kedai Payang jugak, cumanya................anda yang ahlul shopping akan kena sawan sekejap bila melihat kain cotton yang sangat murah.

Haaaa....tengoklah betapa banyaknya kain yang ada. Baru satu kedai, kalau 10 kedai?


Fendiosman pun kena sawan jugak, walaupun tak membeli untuk diri sendiri...

Selesai sudah misi membeli belah, kononnya nak bersiar-siar la tapi boleh dilihat di sini, orang Hanoi sangat ramai, dah macam kat pasar pulak.

Dari yang berjalan, sampailah yang duduk makan. Penuh ummat dek non oiiii................well, this is how Vietnamese enjoy their food! Tak caya tengok Bobby Chin punya program dalam TLC. Memang sebijik!

Dan Fendiosman akhiri lawatan dengan membuat lintas hormat di West Lake, salah satu daripada 10-must visit place in Hanoi.

Balik ke tempat penginapan, kemas kain baju.........dan teruslah ke airport untuk penerbangan pulang. Ingatkan sekejap je masa dihabiskan kat kedai membeli kain, rupanya................................2 jam lebih jugak terkorban. Bayangkan, kalau Fendiosman je dah 2 jam, anda Che Kiah-Che Kiah yang lain ni berapa lama la pulak ye?
to be continued..........

Monday, October 11, 2010

Chào bạn.....another ASEAN Escapade Series

Pemandangan sangatlah cantik. Banyak bot datang dan pergi. Kiranya sangat mendamaikan. Kalaulah hari-hari dapat tengok pemandangan macam ni alangkah seronoknya! Dari kejauhan, berbalam pulau yang menggamit Fendiosman.......



Sambil kami berlayar, tourguide yang ada sedia menceritakan mengenai gugusan pulau di Halong Bay yang berjumlah 2000 lebih ittewwww. Untuk yang suka sejarah dan geografi, bolehlah dengar seperti amoi di sebelah tourguide.

Haaaa...ni pula untuk yang tak reti nak dengar. Bolehlah bersidai sambil menikmati pemandangan....

Dan untuk pasangan sedang bercinta ataupun berbulan madu......

Dan untuk yang sebatang kara macam Fendiosman, ushalah ke arah laut! Mana la tau kot-kot ada jumpa puteri duyong ka...............hiks...

Tapi pulau-pulau yang ada memang cantik! Subhanallah....

Fendiosman pula rasa macam Tok Arab Kaya, sangat relaxing!

Pelayaran bot membawa Fendiosman semua menyusuri pulau-pulau yang ada dan bot berhenti sejenak di sangkar ikan di tengah laut!

Ikan ditangkap, dan dimasak serta merta. Tapi ni tak termasuk dalam menu makan tengahari yang kita pre-order awal-awal la. Ni kena bayar extra.


Tapi surroundingnya sangat mendamaikan............

Rasa macam waktu terhenti seketika.......

Sambil menikmati pemandangan, hidangan tengahari pun disediakan. Halal? Let me put it this way, PORK FREE MEAL. Kalau rasa tekak kembang, jangan makan. Bedal buah siap-siap macam Fendiosman. Tak pun makan je kacang masin dengan nasik, campur telur dadar! Makan setakat nak lapik perut, bukan nak melahap ye!

Selesai makan. boleh sambung posing!

Lagi....


Dan lagi.........


Seterusnya, pose wajib kunjungan luar negara!


Sempat jugak kami dibawa masuk gua batu kapur. Lenguh kaki mendaki tangga macam Batu Caves. Beratus-ratus anak tangga ye!

Tengok stalagtit stalagmit katanya............dengan penuh kelopongan!

Apa pun, memang pemandangan sangat santikkkkkkkkkk

Memang tak puas lah............

Kalau dibagi peluang, memang nak datang lagi kat sini. Minus the makan thingy, this place is heaven on earth! Kiranya tak sesia la lawatan Fendiosman ke sini. Well, kalau dah start, mesti ada penghabisan, and after spending like 4 hours on the boat, time to balik to the reality. Makanya kembalilah Fendiosman ke bumi nyata. Apa pun, memorinya tu memang melekat dalam kepala ni. Memang damai lagi mendamaikan........

to be continued..........

Sunday, October 10, 2010

Chào bạn.....another ASEAN Escapade Series

Selesai sudah acara eksplorasi pada hari pertama. Hari pun dah malam walaupun baru jam 5.30 petang. Tuan rumah pun dah selesai buat kerja di pejabat. Dah berapa tempat ye Fendiosman jejaki? Tak bertanda plak ye! Acara mengisi perut di malam hari. Masih ditaja tuan rumah. Kali ni di restoran India pula. Jangan khuatir, restoran ni pun halal......................

Heran tetibe ada lambang Malaysia Airlines. Kenapakah? Menurut tauke kedai, itu sebagai bukti yang restoran itu dikunjungi oleh pengunjung-pengunjung dari Malaysia. Halal...............

And the meal was sooooo sedap! Sehingga menjilat tulang............

Lovely!

And the price was lovely too. Mujurlah ditaja oleh tuan rumah. Kalau tak Fendiosman makan roti je sebab nak memenuhi impian trip tak lebih dari 500 hengget. Perut dah penuh, sebab badan letih, kaki pun dah lenguh, teruslah pulang ke rumah. Lagipun Hanoi sangat sesak dengan pengunjung yang nak sambut Thang Long ittewwww. Dan Fendiosman pula perlu bangun awal untuk trip ke Halong Bay pada keesokan harinya.

Pagi hari ketiga, pemandu menjemput Fendiosman di rumah untuk trip ke Halong. Dengan bayaran USD25, trip ke Halong termasuk bayaran kenderaan, makan tengahari, pemandu pelancong, serta tiket naik cruise orang kaya. Heh.......satu lagi, kenderaan akan jemput di tempat penginapan, dan hantar balik semula setelah trip selesai.

Fendiosman join tour group mana tah, dah Fendiosman satu2nya yang exotic waktu tu. Heh.........

Kata pemandu pelancong,

"Halong Bay is 170km away from Hanoi, and the journey will take 3 and half hours......"

Kejung la dalam van nanti! Dan perjalanan membawa kami melintasi kampung-kampung dan kawasan luar bandar di Vietnam ni. Dengan kelajuan lebih kurang 50km sejam, memanglah kebas duduk di seat yang tak boleh di'recline'kan ittewwww....

Tapi pemandangan yang cantik melupakan sejenak mengenai bontot yang kebas. Di pertengahan perjalanan, van yang Fendiosman tumpangi singgah di RnR untuk berehat sejenak.

Di sini dijual pelbagai kraf hasil kerja tangan tempatan, termasuklah silk stitch potrait yang sangat cantik. Tapi kat sini harganya mahal. Dia tekan abis-abisan.......

Ada jugak kopi Vietnam yang femes ittewwww, tapi yang ni dibuat dari tinja tupai yang makan bijik kopi. Sanggup ke nak minum dek?

Memandangkan Fendiosman taktau apa menu yang bakal disajikan di Halong Bay untuk makan tengahari, makanya perut perlu dilapik dengan buah buahan. Murah dan sedap..................walaupun dIkatakan seafood untuk menu tengahari, petuanya, expect the unexpected ya murid-murid.

Bedal je la selagi mampu

Dah pejam, dah bangun, dah ambik gambar, selepas beberapa jam kebas bontot, sampailah Fendiosman ke Halong Bay. Sebab pakejnya dah termasuk harga tiket naik kapal, jadinya tak perlulah membeli lagi tiket. Kat sini ada pelbagai pilihan, ada trip 4 jam, ada trip seharian, ada jugak trip sehari semalam, dan ada pelbagai pakej bintang yang boleh dipilih. Cruise 2,3,4 dan 5 bintang. Macam-macam ada......dan bergantunglah kepada duit yang anda miliki! Hehe...

Cantik cruise boat yang ada...trade mark di Halong ni la kononnya!


Heh....bukti naik cruise boat....mesti ada tiket!

Mulalah merasa macam tok arab kaya naik cruise di laut Carribean....

Pemandangan sangatlah cantik. Banyak bot datang dan pergi. Kiranya sangat mendamaikan. Kalaulah hari-hari dapat tengok pemandangan macam ni alangkah seronoknya! Dari kejauhan, berbalam pulau yang menggamit Fendiosman.......

to be continued..........