Tapi sebab Fendiosman ada misi lain yang perlu diteruskan, tak bolehlah lepak lama-lama. Fendiosman teruskan perjalanan dengan misi merosakkan wang tunai di Hang Gai untuk mendapatkan beberapa cenderamata kiriman. Tipsnya, tawarlah separuh dari harga yang diletak, tapi Fendiosman ni tak reti nak menawar sangat, dan oleh sebab masa yang terhad, kenalah pantas. Capai dan capai....bayar dan terus beredar. Kalau datang dengan rombongan Che Kiah, mungkin dalam masa 15 minit tak boleh selesai macam yang Fendiosman berjaya lakukan. Heh..........
Menurut peta yang Fendiosman tengok, destinasi seterusnya yang boleh Fendiosman tujui adalah Van Mieu, ataupun Temple of Literature. Dari Hang Gai, kalau nak jalan kaki pun boleh, tapi Fendiosman memilih untuk menaiki teksi demi menjimatkan masa. Kalau nak murah, naiklah teksi yang kecik macam Chevrolet Spark tu. Harga? Metered taxi la, makanya takde cheating2 ni.
Temple of Literature ni adalah mercu tanda yang merupakan Universiti yang pertama di Vietnam. Dibina pada tahun 1070, ia turut menjadi pusat kegiatan agama untuk pengikut Confucius. Binaan bangunan ini mengambil bentuk asal tempat kelahiran Confucius di Shandong, China.
Dengan bayaran sebanyak 20,000 dong, kita boleh explore 5 seksyen yang membahagikan salah satu daripada mercu tanda tertua di Hanoi ni. Latarbelakang yang Fendiosman ambil ni adalah yang menjadi gambar dalam duit 100,000 dong. Nak kata macam Forbidden City kat Beijing pun ada jugak, ada seksyen-seksyen yang tersendiri. Mungkin sebab konsep pembinaannya sama kot?
Sempat la jugak Fendiosman memerhatikan photography scene seorang gadis tempatan. Mungkin sempena hari sambutan 1000 tahun Hanoi kot......
Hmm...sebab Fendiosman pun feeling model jugak, tapi takde jurugambar peribadi, makanya........
Kenalah ambik gambar biasa-biasa je dengan menggunakan timer. Tapi kalau dah model tu, letak mana2 pun gambar akan jadi cantik! Kaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaan?
Dahaga pulak rasanya. Nak ambik gambar macam ni sebenarnya memang ramai la yang dok memerhati. Tapi, pedulikanlah. Demi mendapat shot terbaik, kita kenalah buat apa sahaja! Contohnya scene mandi ala2 Sofea Jane dalam bilik air! Haaaaaaaaaaaaaaaaaa......
Selesai lagi satu misi.....
Misi seterusnya ke Museum of Fine Arts. Tapi yang ni hanya ambik gambar di depan bangunan saja sebab muzium dah tutup. Lagipun tak reti nak masuk tempat2 Fine Arts ni. Takut tertido.....sedangkan Balai Seni Lukis Negara pun Fendiosman tak jejak.............apa lagi tempat lain! Uhuhuhu....
Macam biasa la, architecture dia sangat menarik dan klasik! So far Fendiosman dah completekan separuh daripada tempat dalam list. Ada lagi separuh untuk dikunjungi.
Dari peta jugak, Fendiosman dapat tahu Kedutaan Malaysia sangat dekat dengan tempat Fendiosman berada pada ketika itu. Jadinya.................sebab matahari pun dah nak jatuh, masa untuk burung pulang ke sarang la.
Tapi sebelum tu, sempat lagi satu dua tempat....
Patung Lenin, bukti komunis masih lagi bertapak di Vietnam.....
Dan destinasi terakhir, Museum of War. Di sini terpaparnya sejarah Vietnam dalam peperangan. Mula dari zaman canon ball, sampailah zaman Amerika masuk satu ketika dulu. Bom, kapal terbang, peluru semua ada.
Dalam kawasan yang sama, terdapat juga Flag Monumen. A final place for me to capture photos.........
Dah penat berjalan, singgah sebentar membasahkan tekak lagi. Kali ni minum teh pula. Kudup bunga ros yang dijadikan teh sangat sedap. Rasa harum......kaya dengan antioksidan yang melambatkan proses penuaan tanpa perlu pergi cucuk botox di luar negara. Ehhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh
Selesai sudah acara eksplorasi pada hari pertama. Hari pun dah malam walaupun baru jam 5.30 petang. Tuan rumah pun dah selesai buat kerja di pejabat. Dah berapa tempat ye Fendiosman jejaki? Tak bertanda plak ye! Acara mengisi perut di malam hari. Masih ditaja tuan rumah. Kali ni di restoran India pula. Jangan khuatir, restoran ni pun halal......................
to be continued..........
to be continued..........
No comments:
Post a Comment