Sunday, September 27, 2009

Mari Melihat Kopek Fendiosman


Pening dengan kaedah baru blog ni. Bila dah biasa dengan kaedah lama, kaedah baru ni macam susah sangat untuk disesuaikan. Almaklumlah, dah makin veteran. Adapun hari ni mari kita sama-sama skodeng harta benda Fendiosman yang ada dalam beg duit ataupun wallet ataupun kata orang Kedah, KOPEK. Jangan salah faham ye kalau orang Kedah kata KOPEK, kami bukan mencarut!



Kalau beg tangan wanita tu lengkap dengan mekap segala bagai, tapi untuk seorang lelaki seperti Fendiosman, memang letak benda-benda perlu je. Kopek Fendiosman ni dihadiahkan oleh bos lama Fendiosman kat Kesihatan dulu, sempena besday Fendiosman yang ke -28. Sejenis kopek BONIA beserta talipinggang. Kira ni la hadiah paling grand yang pernah Fendiosman dapat.



Haaaaa....benda paling penting dalam wallet, semestinya Kad Pengenalan dan juga lesen memandu. Kalau takde benda dua ni alamatnya tak boleh la bergerak bebas di negara sendiri. Takut dikata PATI pulak nanti. Abang Fendiosman dulu penah disergah oleh polis sebab terkeliru dengan penampilan beliau yang persis Bangla. Kalau Fendiosman pulak, orang kata muka Chowo.....adoilaaa....


Benda seterusnya, kad ahli PPTD. Heh....tapi dah usang lak kad ni. Rasanya pasni nak pergi tukar baru la. Kalau tak bawak ID gomen, benda ni boleh ganti ID waktu nak check in di hotel. Senang.....


Errr....kad bank dan kad hutang. Ni pun wajib dibawa ke mana-mana. Kad bank sudah tentu untuk menjolok duit di ATM. Kad hutang ni biasa guna waktu otstesen heret beg sana sini untuk bayar hotel. Kadang-kadang otstesen waktu sesak napas...sudah pasti la kad hutang ni yang boleh menyelamatkan keadaan. Hiks...tapi jangan overspent. Kalau dulu pernah ada 3-4 kad hutang. Tapi, pengurusan kewangan ni kena mantap, jadi Fendiosman tutup habis dan tinggalkan satu je kad hutang. Satu lagi tu kad debit. Yang ni kena top up duit dulu, kalau takde duit, tak boleh guna. Hiksss...


Ni pulak kad loyalti ENRICH MAS dan jugak hotel. ENRICH ni baru je diupgrade ke warna emas itteww. Slama ni warna biru je. Collect point dengan setiap penerbangan yang disertai. Kad hotel tu pulak, terus convert ke point ENRICH. Makanya banyak la boleh ditambah. Hiks....



Selain itu, ada jugak la kad-kad mengarut seperti kad Bonuslink yang ado...yang jarang sekali digunakan melainkan waktu beli barang kat Parkson. Ada jugak kad kedai TokDet The Loaf ittewww, daaaaan kad ahli Tupperware. Nak wat bisnis kita ni bos, tak boleh menceburkan diri dalam perniagaan. Jadi takat consume untuk diri sendiri je. Kita ni jadi downline Mama yang tak pernah langsung buat sale. Hahaha...kesian Mama, asal balik je dia dok tanya pasal sale. Hiks...puas Fendiosman dok terangkan kat Mama. Salah di sisi undang-undang, boleh kena tatatertib ooo.....


Haaaa.....sebagai rakyat Malaysia, memang Fendiosman beli barangan Malaysia. Makanya isi minyak pun kat Petronas. Mana la tau kot2 ada chance menang kereta baru ke. Kaaaaan? Dapat la jugak accumulate points sikit-sikit.


Ada jugak kad klinik, kad kedai kopi dan jugak kalendar untuk tengok tarikh. Kalau-kalau terlupa kan. Tengah2 mesyuarat tetibe ditanya tarikh, at least ada gak penyelamat. Huhuhu....


Daaaann...last but not least, gambar sendiri berukuran paspot 2-3 keping. Sebab awek pun yang ado...jadi takde la letak kan. Mama Baba tak boleh letak dalam wallet, sebab wallet ni kadang2 letak kat poket belakang. Jadi...takkan nak duduk atas Mama Baba dak?

Dalam kopek korang ada apa ye? Sama tak lebih kurang macam Fendiosman?

Friday, September 25, 2009

Lebaran Ini...




Alhamdulillah Fendiosman dah selamat kembali ke Bandaraya setelah seminggu bercuti di kampung. Lebaran tahun ni, lebih kurang dengan lebaran tahun lepas jugak. Terkenang arwah Baba yang dah selamat bersemadi di sisiNya. Memang tak sama raya tanpa Baba. Ketupat Palas, Pulut Kacau tu semua favourite Baba. Tapi, dah ketentuan Ilahi, Fendiosman akur. Rindu rasanya nak cium tangan Baba. Bila keluar iklan Burung Murai tu mula la rasa tersentuh, bergenang je air mata ni.

Dan macam tahun lepas, tetamu yang melawat pun tak ramai seperti ketika Baba masih ada. Tapi tak jadi masalah. Tahun ni taknak mulut lepas cakap jimat duit raya, takut kena macam aritu, duit raya bagi kat tauke kedai kereta untuk baiki kereta yang kemek kena langgar. Huuuuuuuuuuuuuuuuuuu...

Kisah tahun ni, macam biasa la kan, Fendiosman akan dihujani oleh soalan-soalan cepumas. Tahun ni Fendiosman mogok. Memang nampak macam biadap, tapi Fendiosman taknak diri ini ditanya soalan-soalan tu, makanya Fendiosman bertekad, taknak pergi rumah orang2 yang tanya soalan macam tu. Tak kisah la orang tu sapa pun.

Untuk Mak Andak, Fendiosman minta maaf banyak2 sebab tak pi rumah. Ya la....soalan macam tu memang selalu Mak Andak tanya.

Hari raya ketiga, adik-adik Fendiosman pergi beraya ke rumah Mak Andak. Dan soalan Mak Andak..

"Mana si TOORIQ?"

Adik-adik Fendiosman diamkan je....

"Bila si TOORIQ nak kawin?"

Adik Fendiosman yang sorang menjawab....

"Pasai soalan Ndak tu laaa dia takmau mai......"

Muka Mak Andak kelat-kelat masin, tak sangka pernyataan tu akan terkeluar dari mulut adik Fendiosman. Hakikatnya memang berat diterima, walaupun Fendiosman rasa ada perasaan tercalar di hati Mak Andak. Ampun maaf Fendiosman pohonkan.

Kata Mak Andak....

"Takpa la...lepaih ni mai la rumah Ndak, Ndak takmau tanya lagi dah....."

Orang kata raya ni waktu untuk bermaaf-maafan......tapi mesti ada pembaca kata Fendiosman kekwat....maupun biadap. Ikut suka la nak kata apa pun, Fendiosman rimas dengan soalan tu. Apa berdosakah kahwin lambat? Mungkin depa risaukan umur Fendiosman yang makin meningkat ni. Mana-mana je la, kalau ada jodoh, lambat macam mana pun tetap akan kawin jugak....kan?

Hmmm..seminggu bercuti, semalam menimbang, tudiaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaahhh...nampaknya memang kena puasa la lepas ni. Ngeriiiiii.....

Thursday, September 17, 2009

Salam Lebaran

Untuk para pembaca yang budiman, pada kesempatan ini Fendiosman nak mengambil peluang untuk mengucapkan kepada anda semua Selamat Hari Raya 'Idul Fitri, Maaf Zahir dan Batin sekiranya terdapat hati yang terguris dan terasa kesan dari penulisan Fendiosman di dalam blog ini. Almaklumlah, orang kata blog Fendiosman ni panas. Jadi, mesti ada yang menggelupur sebab kena lazer dan kena carut dengan Fendiosman. Tapi macam Fendiosman cakap dalam baaanyak posting sebelum ni, Fendiosman berkata berdasarkan pengalaman. Kalau tak tumbuh, tak melata, kalau tak sungguh Fendiosman tak kata.
Kepada yang memandu pulang ke kampung, hati-hati di jalanraya. Fendiosman jugak akan memandu dengan Sang Jerung adik Fendiosman di Universiti Pertahanan ittewww. Hajat di hati mulanya nak terbang di awan biru sebab tak larat nak menempuh jem di tengah2 lebuhraya. Tapi setelah membuat congakan dan faktor-faktor patah kaki di kampung turut diambilkira, makanya rancangan awal tu kena ditukar semula. Lagipun kesian dengan Sang Jerung. Dah la susah nak dapat keluar, nanti tak dapat balik beraya pulak. Takkan la nak suruh dia balik guna bas loncat dak? Pesan Arwah Baba, sapa-sapa hat senang, tolonglah yang kurang senang. Betul tak?
Sedih nak tinggalkan Ramadhan, tapi adatlah kan. Fendiosman berdoa kepada Allah semoga diberikan lagi peluang untuk menikmati Ramadhan pada tahun akan datang dengan sempurna. Kalau boleh, nak lagi sempurna daripada tahun ini.  Mudah-mudahan puasa tahun ni diterima olehNya. Amin...
 Ok la ye....for those yang terperasan, blog ni diprivatekan buat sementara waktu. Keadaan agak panas. Jadi, untuk mengelakkan kontroversi, eloklah diletakkan sebagai SULIT buat seketika. Fail kaler Hijau katanya. Baiklah.....takat ni je dulu. Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Batin sekali lagi Fendiosman ucapkan buat semua. Wallahua'alam..

Monday, September 14, 2009

Lihatlah Donia...Part 2

Adapun hari ni Fendiosman nak menyambung perihal cerita yang Fendiosman ceritakan sebelum ni berkenaan Bos Besar di Jabatan yang berprofil tinggi tetapi anggotanya boleh dibilang dengan jari. Seminggu dua ni memang Fendiosman asyik sangat kena bambu dengan beliau, ada saja benda yang tak kena. Tapi...pada Fendiosman benda tak kena tu puncanya dari Bos Besar jugak. Gara-gara sibuk dengan urusan Jabatan dan urusan luar Jabatan tapi dikarau jadi urusan Jabatan, habis terlepas pandang semuanya, dan kemudian sisa-sisa najis tu dipalit balik kat muka Fendiosman. Ish.....pasai pa tatau?

Kisah pertama, dalam Mesyuarat Pengurusan, ada diarahkan Fendiosman untuk selesaikan Mesyuarat Pengurusan Jabatan di Peringkat Negeri sebelum akhir November. Dalam list yang dibagi tu, ada dalam 8 negeri yang belum selesai. Situasinya macam ni, Isnin, Rabu dan Jumaat sahaja yang free. Selasa, Mesyuarat Pagi (wajar la benda ni tiap2 minggu), dan Khamis Mesyuarat Pengurusan Jabatan (tiap-tiap minggu ye murid-murid. Fendiosman di Kesihatan dulu yang handle serba makneka untuk 190,000 personel pun buat sebulan sekali je mesyuarat ni). Buat perabis kuih je miting2 ni. Tak sempat nak ambik tindakan, dah kena soal dalam mesyuarat yang berikutnya. Hadoi laaaa. Tapi Bos Besar kata kat Fendiosman, "what do you know about management?" bila Fendiosman tanya kat dia rasional mesyuarat panjang berjela setiap minggu. Patutnya dah tiap2 minggu mesyuarat, boleh potong timing la kan, tapi masih jugak sampai lajak ke pukul 1.30 tengahari. Fuhhh...memang la menderita ya dengar jerkahan Big Boss ittewwwwww.

Hmm...bila dah diarahkan buat kat negeri2, dengan gigih Fendiosman merancang la majlis di peringkat negeri. Last week Fendiosman heret beg ke Negeri Dikir Barat dengan Bos Kedua Besar. Kebetulan hari tu ada Majlis Berbuka Puasa Kementerian yang dihadiri oleh Pak Mamanda. Dan umum sedia maklum Bos Besar akan gigih hadir kalau Pak Mamanda ada. Memandangkan dah ramai sangat ke Majlis Berbuka Kementerian, Masjid pun sampai tak muat, makanya Fendiosman pun teruskan hajat ke Negeri Dikir Barat. Dan surat pelepasan kepada Bos Kedua Besar pun dia dah sain. Jadinya takde la menjadi perkara besar sebab green light dah dapat. Nak dijadikan cerita, bila pesawat sampai je kat Negeri Dikir Barat ittewww, satu SMS masuk ke dalam telefon Fendiosman.

"I WANT ALL MESYUARAT NEGERI TO GET MY ENDORSEMENT FIRST. YOU DAH TAU ADA MAJLIS BERBUKA PUASA KEMENTERIAN, KENAPA PANDAI2 PERGI BUAT MITING DI KELANTAN? I AM SO DISSAPOINTED WITH YOU"

Tudiaaahhh....dissapointed katanya. Bukan ke dia yang sain, pastu dia jugak yang meroyan. Oh tuhan! Tapi, Fendiosman teruskan jugak la dengan miting ittewww. Apa la Fendiosman nak peduli dengan Bos Besar, lantak pi kat dia la.


Kes terbaru, pagi tadi waktu melawat Auditorium di Negeri Minang ittewww. Selepas sesi lawatan ada la perjumpaan dengan anggota kat sana. Tetibe disoal pasal MPK. Yaaaaa..seingat Fendiosman, memang dah dibagi kat Bos Besar untuk dapat approval, tapi sampai ke sudah takde apa2 feedback. Takkan la Fendiosman nak gi gegar dia kan?

"DAH EDAR MPK?"

"MASIH ADA DALAM BILIK BOS BESAR"

"EH, BILA MASA ADA KAT SAYA"

"YANG SAYA BAGI HARI TU SELEPAS MESYUARAT......MINTAK BOS BESAR ENDORSE"

"YOU DAH TAU I SIBUK...KENAPA TAK INGATKAN? I DON'T WANT EXCUSES FROM YOU"

Ekskiusmi......waktu bagi dokumen dulu, dah kata suruh dia endorse. Tapi rasanya macam dokumen-dokumen sebelum ni jugak la. Bagi...pastu taktau letak kat mana. Last2 kita jugak yang kena. Ish...macam ni punya manusia pun ada jugak. Nasib laaa depan orang negeri tadi. Kalau la dalam bilik miting kat Segitiga Emas, memang dah ada yang menjawab balik.

Sangat la pening dengan kerenah Bos Besar. Ikut kata anak buah Fendiosman di sini, memang Bos Besar macam tu, suka cari pasal sebab nak tutup lubang yang dia dah gali. Apa la nak buat kan?

Kes ketiga, ni kes lama dah, sejak kewujudan Fendiosman kat Segitiga Emas berlatarbelakangkan KLCC ni, nama jawatan Pengarah Pentadbiran dan KEWANGAN. Tapi....hal ehwal KEWANGAN langsung tak dibagi kat Fendiosman. Katanya Fendiosman tak tau history. Sama la jugak dengan HR ke Pentadbiran ke, Fendiosman tak tau history gak, tapi bagi pulak Fendiosman buat. Rasa macam boneka je bila duduk kat tempat macam ni. Bukan gila kuasa, tapi tak patut la macam tu. Last2 nanti Fendiosman jugak nak kena tanggung. Benda ni dah diajukan kat HR, tapi apa nak buat? Nak mengadu kat Agensi Pusat suruh buat audit? Ada ke orang nak dengar? Fendiosman dapat rasa ada benda yang sangat tak kena dengan Kewangan kat sini. Ibarat lelaki yang ada barangkemasnya, tapi tak boleh berfungsi dengan sempurna. Tak naik kata orang....macam tu lah jadinya kat Fendiosman di sini. Waktu PTK dulu ada disoal oleh panel, tapi apa yang Fendiosman nak buat? Kalau berundur, maksudnya Fendiosman kalah. Fendiosman bukan orang yang suka pada kekalahan. Jadi, Fendiosman sahut cabaran. Apa pun, Fendiosman harap sangat ada yang betulkan keadaan kat sini. Lepas satu, satu.....rasanya pegawai-pegawai kat sini kalau diberi peluang memang diorang semua nak suruh diturunkan Bos Besar dari pundaknya. Tapi sapalah orang bawahan kan?

Tapi Fendiosman berharap sangat, orang-orang macam ni kena ada orang yang ajar. Biar terbuka mata kepala sikit. Boleh sesapa bantu Fendiosman?

Friday, September 04, 2009

Lihatlah Donia...


Adapun hari ni Fendiosman terpanggil untuk menceritakan kisah yang rasanya menggeremkan perasaan apabila membacanya. Daaaann, orang yang membacanya itteww juga pasti merasa sakit hati atas apa yang berlaku, rasa macam nak lempang je! Hiks...(Emokah aku di bulan Remdan ini?)


Kisahnya bermula di sebuah pejabat yang bilangan anggotanya kecil, tapi dakwa Bos Besar di sitteww, profil jabatannya tinggi melangit, mendapat pujian di sana sini. Sebab banyak buat keramaian yang mengumpulkan ramai rakyat jelata di seluruh negara.


Adapun, Bos Besar ittewww memang berjawatan Utama, kelas C, tapi perangai mengalahkan kelas A. Diberi pemandu pejabat, nak dibuat pemandu sendiri, diberi steno, nak Pegawai Khas. Memang tak ikut pekeliling yang ditetapkan la kan. Bayangkan, pemandu yang diberi, kena ambik beliau di rumah seawal pagi, pastu hantar pulak ke rumah selepas waktu kerja. Seingat Fendiosman, kalau Utama Kelas C hanya layak mendapat kemudahan-kemudahan tertentu saja. Tapi..........kalau la pembaca budiman dapat tengok dengan mata kepala sendiri, memang rasa sakit hati. Bukan dengki, tapi merenung diri sebab apa yang diminta tu lebih dari apa yang sepatutnya dapat.


Dan Bos Besar di tempat ittewww merasakan dirinya adalah kesayangan Menteri. Daaaan....kalau event yang ada Mamanda turun, sah sah lah Bos Besar akan turun. Kalau Penolong Mamanda? Kirim salamlah...hanya menyampaikan titipan saja. Kirim pegawai rendah hadir katanya.


Cita-cita Bos Besar ni nak jadi Bos Paling Besar. Nak cipta sejarah la hajatnya. Bos Tak Berapa Besar pun dengarnya makan hati dengan Bos Besar ni. Kalau tak dapat apa yang dihajatkan, memang Bos Besar akan cucuk Mamanda dan akhirnya Bos Besar senang-senang akan dapat apa yang dicitakan.


Ada la satu program tu, asalnya Bos Tak Berapa Besar punya baby. Program tu kalau tak salah hikayatnya membawa para Penglipurlara seantero Malaya ke luar negara untuk beradu kekuatan mempersembahkan bakat masing-masing. Memang Bos Tak Berapa Besar dah mula dari A sampai Z, tapi sebab program tu buat kat tempat berprestij, tiba-tiba Bos Besar nak Celah Bedah. Bos Paling Besar minitkan Bos Besar tak payah pergi, ya lah kan....kalau nak pergi ke tempat itteww, tiketnya saja dah berpuluh ribu harga. Kalau 2 Bos pergi, kosnya jadi double. Makanya mengambuklah Bos Besar bila Bos Paling Besar tak luluskan beliau untuk ke luar negara.


Apa lagi, guna Mamanda la.....dan dengan kuasa yang ada pada Mamanda, Bos Tak Berapa Besar tak dapat pergi. Sebab ketua delegasi biasanya sorang je, ikut Pekeliling. Yang menariknya, Bos Tak Berapa Besar yang patutnya handle projek ittewww terpaksa merayu untuk pergi. Lucu sungguh.


Ingatkan kisah habis kat situ. Dengar-dengar hari Lebaran ni ada satu Perhimpunan Seantero Dunia, di negara Kuda Belang Bersafari. Waktu Lebaran, waktu untuk bercuti bersama keluarga. Kisahnya dalam satu mesyuarat, Bos Besar dah maklumkan yang beliau akan jadi Ketua Delegasi. Kata beliau, kalau dah keperluan tugas, saya pergi la...(tapi dalam hati memang nak pergi pun......sebab negara Kuda Belang Bersafari kan......)


Sekali, keputusan Bos Tak Berapa Besar dan Bos Paling Besar untuk mengenepikan Bos Besar untuk ke Negara Kuda Belang Bersafari. Siapa yang dibawa? Yaaa....Penolong Bos Besar yang dicadangkan. Hah....apa lagi? Bila Bos Besar tau..teruslah beliau mengamuk!


Buat apa bawa Penolong Bos Besar? Bukan dia reti cakap Orang Puteh pun? Heh...kalau tang dia nak pi tu, memang la dia akan cakap macam-macam kan? Sebagai seorang Bos Besar, wajarkah kalau menjatuhkan Bos-bos Kecil? Semalam ada majlis berbuka kat rumah Mamanda, bila dapat berita mencuka, terus Bos Besar yang mulanya mencanangkan untuk berbuka di rumah Mamanda membatalkan hasrat. Ya la, dah dapat batu jatuh atas kepala. Mula-mula dah feeling nak pergi Negara Kuda Belang Bersafari, skali kena reject daaaa......


Hari ni memang angin Bos Besar tak berapa elok. Huuuuu...tapi lega la jugak sebab dia dapat Kereta SPANCO baru, ada la sikit keceriaan dimuka beliau! Hiks...korang paham tak tulisan aku ni? Hahahahaha......