Thursday, September 17, 2009

Salam Lebaran

Untuk para pembaca yang budiman, pada kesempatan ini Fendiosman nak mengambil peluang untuk mengucapkan kepada anda semua Selamat Hari Raya 'Idul Fitri, Maaf Zahir dan Batin sekiranya terdapat hati yang terguris dan terasa kesan dari penulisan Fendiosman di dalam blog ini. Almaklumlah, orang kata blog Fendiosman ni panas. Jadi, mesti ada yang menggelupur sebab kena lazer dan kena carut dengan Fendiosman. Tapi macam Fendiosman cakap dalam baaanyak posting sebelum ni, Fendiosman berkata berdasarkan pengalaman. Kalau tak tumbuh, tak melata, kalau tak sungguh Fendiosman tak kata.
Kepada yang memandu pulang ke kampung, hati-hati di jalanraya. Fendiosman jugak akan memandu dengan Sang Jerung adik Fendiosman di Universiti Pertahanan ittewww. Hajat di hati mulanya nak terbang di awan biru sebab tak larat nak menempuh jem di tengah2 lebuhraya. Tapi setelah membuat congakan dan faktor-faktor patah kaki di kampung turut diambilkira, makanya rancangan awal tu kena ditukar semula. Lagipun kesian dengan Sang Jerung. Dah la susah nak dapat keluar, nanti tak dapat balik beraya pulak. Takkan la nak suruh dia balik guna bas loncat dak? Pesan Arwah Baba, sapa-sapa hat senang, tolonglah yang kurang senang. Betul tak?
Sedih nak tinggalkan Ramadhan, tapi adatlah kan. Fendiosman berdoa kepada Allah semoga diberikan lagi peluang untuk menikmati Ramadhan pada tahun akan datang dengan sempurna. Kalau boleh, nak lagi sempurna daripada tahun ini.  Mudah-mudahan puasa tahun ni diterima olehNya. Amin...
 Ok la ye....for those yang terperasan, blog ni diprivatekan buat sementara waktu. Keadaan agak panas. Jadi, untuk mengelakkan kontroversi, eloklah diletakkan sebagai SULIT buat seketika. Fail kaler Hijau katanya. Baiklah.....takat ni je dulu. Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Batin sekali lagi Fendiosman ucapkan buat semua. Wallahua'alam..

1 comment:

superwoman said...

best betol artikel ni.haha