Monday, August 31, 2009

Aku Yang Biadap....


Sedar tak sedar dah masuk hari ke 10 berpuasa hari ni. Cepat sungguh masa berlalu. Dan hari ni jugak rakyat Malaysia menyambut hari kemerdekaan yang ke-52. Lega sebab dalam bulan Ramadhan ni sambutan tak dibuat besar-besaran, takde countdown, tapi dibuat di perkarangan parlimen sahaja. Pendapat ikhlas Fendiosman, alangkah indahnya kalau tiap-tiap tahun macam tu je sambutannya. Jimat. Dengan keadaan ekonomi semasa sekarang ni, memang perlu la semua orang untuk berjimat. Elakkan wang dari terbazir macam air mengalir. Heh....


Sebut pasal membazir ni jugak la Fendiosman nak ceritakan pengalaman dihimpit oleh seorang eksekutif dari training consultant yang agak terkenal. Bukan consultant yang pernah Fendiosman deal sebelum ni, tapi ni yang baru. Dari firma yang agak terkenal di tengah-tengah bandaraya Kuala Lumpur. Dekat je dengan pejabat Fendiosman. Kentut pun dengar....hiks...



Adapun beberapa minggu yang lalu, Fendiosman dapat satu minit dari Madamme Eyebrow memohon untuk membuat ulasan mengenai kertas cadangan latihan yang dikemukakan. Kisah ni pada hari-hari terakhir sebelum Fendiosman menduduki PPK format baru yang agak menggilakan. Fendiosman sempat mengimbas beberapa latihan yang ada, tapi tak mengulas secara bertulis gara-gara masa yang amat suntuk.


Terus terang, cadangan latihan itu lebih menjurus kepada latihan Perhubungan Awam dan Khidmat Pelanggan, dan juga Media. Oleh sebab latihan seumpama itu turut ditawarkan di Angkasapuri, dan juga sebab keadaan semasa ekonomi yang kurang mengizinkan, maka eloklah cadangan itu ditolak buat seketika. Bukan nak tolak terus, tapi kurang sesuai. Dengan fungsi Jabatan yang lebih kepada aktiviti menyemarakkan seni budaya, jadi elok ditumpukan kepada latihan-latihan lain.

Satu lagi, sebab nak pergi kursus yang wajib 7 hari tu pun puas Fendiosman bersilat, ni pulak nak conduct kursus camni. Hantar salah, tak hantar pun salah. Tersepit rasanya dengan kerenah Madamme yang serba cerewet ittewww...

Okeh, berbalik kepada eksekutif ittewwww, setelah gagal mendapat maklumbalas dari Fendiosman yang pergi kursus, terus dia meninggalkan pesan kepada seorang wanita blur yang menjadi PA kepada Madamme. Lantas wanita blur ittewww pula menyampaikan pesan kepada Fendiosman. Kisahnya wanita blur ini telah memberikan komitmen kepada syarikat yang kebarangkalian syarikat itteww akan mendapat peluang untuk masuk mengadakan siri latihan. Huuuuuu.....



Setelah mendapat mesej, teruslah Fendiosman mendail nombor syarikat berkenaan. Berjaya untuk bercakap dengan eksekutif berkenaan. Dengan nada sinis, beliau berkata;


"I've been waiting for sometimes, macam takde orang yang berminat langsung"


Fendiosman cuba menerangkan kepada beliau;


"Untuk makluman encik, sekarang ni kursus bercorak generik biasanya dikawal oleh Kementerian, dan agensi serta jabatan....."


Beliau memintas;


"Sekarang ni encik dah baca ke proposal?"


"Saya dah baca, tapi dengan keadaan semasa, we are bleeding, duit takde. Kementerian ada..."


Sekali lagi kena pintas;


"Saya tak sangka pegawai kerajaan macam encik guna perkataan yang holistik sebegitu? Patutnya kita back-up kerajaan kita"


Fendiosman jawab....dah dua kali kena pintas. Sakit hati pun ada...


"Err..sekarang awak cuba dengar dulu apa yang saya nak cakap. You listen to me first, let me finish my sentence then only you chip in..."


Beliau memintas lagi;


"Saya takde masa nak deal dengan pegawai-pegawai yang biadap!"


Hoooooooooooooooooooooo...kasar ni.


"Encik......saya tak habis nak explain lagi, encik dah potong. Bila saya nak cakap, encik mencelah. Macam mana saya nak explain kalau encik tak dengar apa saya nak cakap? Apa kata encik dengar dulu penjelasan saya. Lepas tu boleh la jump into conclusion..."


Lantas beliau pun dengan terpaksa kena la dengar jugak apa yang Fendiosman cuba cakapkan. Syarikat ni syarikat ternama. Taukenya berpangkat Dato, anak taukenya tu artis. Pernah jugak jari Ratu Cantik peringkat Malaysia dan bertanding di salah satu pertandingan ratu cantik ternama. Tapi, eksekutif itu sangat pushy sampai Fendiosman jadi rimas.


Setelah mengexplain mengenai semua yang perlu, termasuklah aktiviti yang Kementerian cuba buat, serta dasar berjimat cermat yang cuba diamalkan, konsultan itu nampak masih tak berpuas hati. Hajat beliau nak masuk jugak ke tempat Fendiosman tu nampaknya terganggu dengan ketegasan Fendiosman.


"Takpelah...kalau you semua susah sangat nak terima, I shall write to the minister la..."


Aikk? Nak main menteri lak? Ini sudah lebih....


"Terpulanglah kat encik, saya membuat keputusan berdasarkan garis panduan semasa....."


Hmmm....apa yang Fendiosman cuba tekankan di sini adalah berkenaan main kabel minister ye murid-murid. Rasanya permainan main kabel ni adalah permainan yang kotor. Tak sesuai untuk diamalkan. Tapi apakan daya, Fendiosman hanya penjawat awam. Kang bila dihuraikan lebih-lebih, ada yang makan pasir pulak. Apa pun.....saya hanya menurut perintah. Kalau minister dah arahkan, kena la jugak buat. At the moment, Fendiosman berjaya untuk mengelakkan syarikat itu buat seketika. Tunggu la nanti macam mana.....

Friday, August 21, 2009

Ahlan Ya Ramadhan


Malam tadi dah keluar muka Engku Tan Sri Ibrahim Engku Ngah sewaktu siaran Buletin Utama mengumumkan tarikh puasa Ramadhan untuk tahun ni. Adapun Fendiosman bersyukur sebab diberi peluang lagi sekali untuk menunaikan ibadat puasa. Alhamdulillah. Dan tahun ni Fendiosman nak jadikan Ramadhan sebagai bulan yang terbaik dalam banyak2 bulan yang ada. Mudah-mudahan hasrat Fendiosman ni direstui dan diberkatiNya. Amin.


Kalau tahun lepas, tahun pertama Fendiosman sekeluarga menyambut Ramadhan tanpa Baba. Tahun ni, walaupun dah meniti tahun kedua tanpa kehadiran Baba, rasa hiba tu masih ada. Walaupun pada hakikatnya nampak macam Fendiosman gembira bersukaria, tapi bila tiba awal Ramadhan, rasa hiba tu tiba-tiba meruntun. Semoga roh Baba ditempatkan bersama-sama roh para syuhada' dan solihin, ulama' dan 'alimin. Semoga Baba tenang di sana. Rindu tak terkata, Allah saja yang tau perasaan Fendiosman kala ini.


Kebetulan hari pertama Ramadhan kali ni jatuh pada hujung minggu, maka Fendiosman ambil kesempatan untuk menyambut bersama Mama di Sungai Petani. Rasanya lama dah tak sambut hari pertama Ramadhan dengan Mama. Malam ni, Fendiosman nak terbang pulang ke kampung halaman. Errr...bukan mahal punya tiket ye, walaupun terbang bersama-sama syarikat ini, tapi tiket yang dah dibeli awal tu menjamin harga yang minima. Cuma RM148 pergi balik.


Hari Ahad, Fendiosman terbang semula kembali ke Bandaraya, kali ni bawak Mama bersama yang kebetulan juga sedang bercuti sekolah. Mama walaupun dah bersara, tapi sebab kepakaran dan kebolehannya, Mama dipanggil semula untuk mengajar. Walaupun hasrat Mama pada mulanya untuk tidak lagi mengajar, tapi selepas Baba pergi, segala-galanya berubah. Mama mengajar untuk hilangkan rasa bosan dan mengalihkan perhatian ke tempat lain. Boleh la bawak Mama masuk Lounge untuk buka puasa, dah flight sebelah malam. Jadi, gunakan peluang yang ada sebaiknya. Tak gitu? Hes hes hes...


Untuk pembaca budiman, Fendiosman mengambil peluang ini untuk mengucapkan Selamat Menyambut Bulan Ramadhan Al-Mubarak. Jadikan Ramadhan ini sebagai institusi kerohanian yang terbaik untuk sama-sama kita memperolehi ganjaran sewajarnya dari Allah Taala. Kalau mana-mana pihak yang pernah sentap terasa hati dengan kritikan pedas dan carutan manja Fendiosman tu, mohon maaf Fendiosman pinta. Ya la kan, nak puasa ni kena la bersih.....tak gitu Dik Non?

Wednesday, August 19, 2009

Berasap Nehhh...

Untuk para pengunjung blog yang budiman, memang dah lama Fendiosman tak update blog ni. Sampai dah nak bersawang rasanya. Tapi bukan sebab Fendiosman malas ataupun mengabaikan blog ni, cumanya agak sibuk dengan keadaan sekeliling. Heh.....

Adapun sekarang Fendiosman tengah menduduki Pusat Penilaian Kompetensi (ataupun PPK...ataupun dalam bahasa fesbuk Fendiosman adalah P*****, matila kalau tulis kat sini, ala2 carut katanya) yang dah berlangsung selama beberapa hari.

Hari ni preparation day untuk written exam esok. Untuk pelaksanaan yang baru ni, sebenarnya lebih susah dari yang lama. Kalau dulu, fail satu part dalam komponen, boleh repeat part tu je. Ni tidak ye murid-murid...kalau fail satu part, kena repeat seluruh komponen. Katakanlah written exam tu lulus, tapi gagal untuk menghantar kertas renungan, makanya...silalah repeat keseluruhan ye. Ngeri bila pikirkan benda2 ni....

The whole concept of PPK ni, ada la baik, dan ada la yang tak berapa nak baik. Apa pun, keseluruhannya kena pulangkan balik la kat pasukan yang menentang PTK cara lama yang kononnya menyusahkan tu. Haaa...bila dimintak untuk kaji semula, rasakan....lagi nalla yang dapat. Huhuhu.........impak? Semua la yang kena. Fendiosman yang tak pernah menentang PTK ni pun kena terlibat sama. Hadoilaaaa...

Kalau dulu, soalan GO tak wajib, skarang dah wajib jawab. Kalau dulu, jawab 3 soalan, 2 jam, ni 2 soalan 2 jam. Kuantiti, takkan sehelai untuk sejam kot? Kaaaan? Mesti la berkajang-kajang. *matila pak malau....

Apa pun, Fendiosman redha. Mungkin dengan pelaksanaan modul baru ni lebih membuka mata dan menyebabkan calon2 berusaha lebih untuk lulus sebab takmau repeat! Walaupun hari ni dah berasap kepala untuk membaca buku yang tebal belaka, tapi semangat nak lulus cemerlang tu musti ada. Aim for the stars, kalau jatuh pun nanti jatuh atas bulan. Heh.....

Cukup pojok untuk hari ni, nanti lepas exam Fendiosman sambung lagi.....Wallaahua'alam

Friday, August 07, 2009

Ke Sabah Lagi....

Kalau ikutkan draf, memang patut dah dua tiga hari lepas waktu Fendiosman berada di tempat kejadian. Adapun sebab line maxis broadband yang ada memang macam hamjads, kena la tunda sehingga balik ke Malaya.

Kisahnya Rabu lepas Fendiosman mengheret beg sekali lagi ke Negeri di Bawah Bayu untuk tugasan rasmi. Kali ni takde la jenjalan bagai, cukup sekadar memenuhi tuntutan tugas sebagaimana yang telah diarahkan. Saya yang menurut perintah katanya! Waaalaupun.....heheh. Acara apa tatau? Err...sebenarnya Fendiosman ke sana untuk lawatan YB Timbalan Menteri PKK ke tapak pembangunan Taman Budaya Sabah. Dah alang2 ke acara itu, ada la jugak acara sampingan seperti pemeriksaan aset dan juga mesyuarat pengurusan Jabatan Joget Cawangan Sabah (Korang jangan pulak search google tajuk Jabatan Joget...sahih tak jumpa..)

Dah kebetulan Festival Filem Malaysia pun berlangsung, makanya Fendiosman turut serta ke Majlis Perasmian di 1Borneo pada hari pertama ketibaan. Mrasa la bermingle-mingle dengan artis segala. Tapi sebab Fendiosman behave, takde la meroyan bergambar dengan artis segala. Rasa la jugak salam dengan orang tu orang ni, dari kumpulan artis yang sendu tak berapa nak laku sampailah kumpulan yang glamer meletop pop bagaikan diva.

Errr..kunjungan kali ni membawa Fendiosman ke beberapa tempat yang menarik seperti di kedai Sabah Batik. Hajat di hati konon nak mencuci mata, tapi dah tertengok......terbeli la pulak. Bukan takat satu, tapi dua ya murid-murid. Kopaaaaakkkkkkk.....

Sambil menyendukan diri menyaksikan duit yang terbang, sempat juga terdetik, sejak mencari rejeki di Jabatan Joget ni, memang banyak acara yang perlu Fendiosman hadiri dan memerlukan pakaian batik ini. Batik Terengganu, Kelantan, Sarawak dah banyak dalam lemari ittewww, jadi kali ni dapat la Batik Sabah yang cantik untuk dibuat baju. Memang cantik! Alah membeli menang memakai katanya (ayat cover sedey tengok duit terbang kaaannn?)

Dah membeli, sempat la camwhoring memperagakan kain yang dibeli itteww! Saksikan la motif borneo yang dilakarkan. Harganya tak mahal, cuma 290 ringgit sekeping! Untuk wanita....lebih kurang 500 ringgit untuk kain yang ekslusif. Kata tauke kedai ini, memang rekaan beliau menjadi pilihan isteri TYT Sabah dan setiap bulan ada je design baru yang dibawa ke istana untuk dibeli oleh isteri TYT.

Selesai cerita batik, aktiviti kedua yang Fendiosman sempat lakukan ialah mengunjungi Kaandaman Spa di KDCA Penampang. Spa ini memang best! Harga pun mantoppp. Teknik urutan Borneo yang digunakan memang menarik! Kalau ikutkan, spa ni memang jauh daripada bandar KK ittewww, tapi disediakan transport yang menjemput dan menghantar dari hotel penginapan, makanya mudahlah untuk tiba ke destinasi.

Heipppp...bukan urut2 kesihatan seperti di hotel ittewww ye! Pengalaman lalu cukup mengerikan Fendiosman dah menjadikan Fendiosman aaaaamat berhati-hati dalam menggunakan khidmat tukang urut ini. Setelah diselidik, memang spa ini takde yang hanky panky. Diberi pilihan pula untuk mendapatkan therapist lelaki ataupun perempuan. Jadi...sekali lagi, takde masalah untuk mereka yang segan dan malu untuk diurut oleh therapist perempuan.

Rawatan coconut scrub, herbal wipe, herbal footbath dan urutan ittewww sangat mendamaikan. Diiringi muzik yang perlahan berkonsepkan alam sekitar. Sesuai dengan harga yang ditawarkan. Tidaklah semurah spa di Bali maupun di Bangkok, tapi dengan perkhidmatan yang diberikan, Fendiosman memberikan 5 bintang kepada servis Kaandaman Spa ini. Kalau sesat ke KK lagi, memang tempat inilah yang akan Fendiosman tujui. Hiks....(mrasa la promo tempat orang kaan?)

Cerita-cerita lain pasal kunjungan ke KK kali ni taknaklah dipaparkan sebab rata2nya agak rutin seperti kunjungan2 sebelum ini. Apa pun, Fendiosman enjoy dengan trip kali ni. Lepas ni takde trip heret beg untuk jangka masa agak panjang sebab Fendiosman akan menduduki Penilaian Prestasi Kerja, dan terus sambung pula dengan ketibaan Ramadhan Al Mubarak. Satu hapah pun tak prepare lagi...tah apa la nasib ye? Mudah-mudahan disenangkan urusan dan diberikan ketenangan untuk menghadapi ujian ittewww......amin!

Monday, August 03, 2009

Intepretasi Lirik...

Zapin Malam Pengantin


Memang seronok pengantin baru

Masuk ke kamar kuncikan pintu

Orang lah lain tak boleh lah tahu

Hanya lah dia hai saja yang tau


Memang seronok pengantin baru

Malam pertama malu-malu

Malam kedua padamkan lampu

Malam ketiga hai tak boleh tahu


Riwayat bujang berakhir sudah

Malam pertama kenangan indah

Walau sekejap tak boleh berpisah

Pagi dan petang hai rambutnya basah


Memang seronok pengantin baru

Bertentang muka malu-malu

Lambat rasanya siang berlalu

Menunggu malam hai masuk beradu


Adapun sempena mood Festival Tari Malaysia yang baru berakhir hari Jumaat lepas, dan juga kisah Auntie Fuziah yang sangat suka menyuruh Fendiosman berkahwin, ada satu lagu yang secara kebetulan Fendiosman dengar, nyanyian Allahyarham Fadzil Ahmad berkenaan pengantin baru.

Lagu ni diharamkan penyiarannya di stesen2 radio dan tv, tapi hari tu dalam satu show tarian, ada satu group mana tah bawak lagu ni. Liriknya sangat mendalam maksudnya, dan directly dedicated to the newlyweds. Kalau dilihat, memang ada baur-baur biru sikit lagunya, memandangkan Fendiosman tak pernah lagi bernikah maupun berkahwin, makanya taktaulah apa yang berlaku. Tapi, rasanya mesej yang cuba penyanyi sampaikan dalam lagu ni memang benar kot! Kalau tak berlaku kat semua, mungkin dalam 50%. Biasa la pengantin baru kan.....

Ehmmm.....barangkali pengkisahan lagu ni merujuk kepada masyarakat Melayu zaman dahulu, berbanding dengan sekarang, takde lagi malu2nye. Masyarakat lebih terbuka katanya, talk about anything anywhere. Ada bagusnya terbuka ni, dan ada yang tak bagusnya. Tak boleh la kata semua tak bagus.

Bila masyarakat terbuka, contohnya perkhidmatan awam zaman sekarang ni, bak kata Tan Sri KSN, business is not as usual. Makanya, tak boleh berselindung tutup muka bagai. Kena nyatakan sebab musabab dengan jelas. Walaubagaimanapun, ada benda yang dikategorikan sebagai sulit dan terperingkat tu....memang tak boleh la dibuka untuk tatapan umum. Biar terbuka, tapi ada benda yang kena tutup. Jinak-jinak merpati katanya! Waaalaupun....


Apa pun....tu semua sekadar hiburan, tahniah untuk pasukan Sabah kerana berjaya menyapu RM53K dalam Festival Tari Malaysia. Memang anda semua layak berdasarkan pemerhatian yang dibuat. Zapin Tidong tu memang best! Dan kreasi baru yang dipersembahkan pun cukup untuk memberitahu yang anda adalah juara.


Untuk Auntie Fuziah, errr....Mama dah jelaskan semua kat Angah. Kaedahnya Auntie yang suka sangat kat budak tu tapi takde calon yang sesuai (anak lelaki takde yang berdekatan dengan usia sang doktor ittewww), makanya dimajukan ke Fendiosman.


Dan....sesungguhnya warga perkhidmatan awam sekarang ini diseru supaya lebih telus dalam menjalankan tugasan seharian. Integriti masing2 kena dijaga. Bukan takat nak jaga maruah perkhidmatan awam saja, tapi maruah diri sendiri pun kena jaga jugak. Wahh...3 posting dalam 1 katanya. Serampang 3 mata, ala2 Dasar Ekonomi Baru.....hiks...