Kalau ikutkan draf, memang patut dah dua tiga hari lepas waktu Fendiosman berada di tempat kejadian. Adapun sebab line maxis broadband yang ada memang macam hamjads, kena la tunda sehingga balik ke Malaya.
Kisahnya Rabu lepas Fendiosman mengheret beg sekali lagi ke Negeri di Bawah Bayu untuk tugasan rasmi. Kali ni takde la jenjalan bagai, cukup sekadar memenuhi tuntutan tugas sebagaimana yang telah diarahkan. Saya yang menurut perintah katanya! Waaalaupun.....heheh. Acara apa tatau? Err...sebenarnya Fendiosman ke sana untuk lawatan YB Timbalan Menteri PKK ke tapak pembangunan Taman Budaya Sabah. Dah alang2 ke acara itu, ada la jugak acara sampingan seperti pemeriksaan aset dan juga mesyuarat pengurusan Jabatan Joget Cawangan Sabah (Korang jangan pulak search google tajuk Jabatan Joget...sahih tak jumpa..)
Dah kebetulan Festival Filem Malaysia pun berlangsung, makanya Fendiosman turut serta ke Majlis Perasmian di 1Borneo pada hari pertama ketibaan. Mrasa la bermingle-mingle dengan artis segala. Tapi sebab Fendiosman behave, takde la meroyan bergambar dengan artis segala. Rasa la jugak salam dengan orang tu orang ni, dari kumpulan artis yang sendu tak berapa nak laku sampailah kumpulan yang glamer meletop pop bagaikan diva.
Errr..kunjungan kali ni membawa Fendiosman ke beberapa tempat yang menarik seperti di kedai Sabah Batik. Hajat di hati konon nak mencuci mata, tapi dah tertengok......terbeli la pulak. Bukan takat satu, tapi dua ya murid-murid. Kopaaaaakkkkkkk.....
Sambil menyendukan diri menyaksikan duit yang terbang, sempat juga terdetik, sejak mencari rejeki di Jabatan Joget ni, memang banyak acara yang perlu Fendiosman hadiri dan memerlukan pakaian batik ini. Batik Terengganu, Kelantan, Sarawak dah banyak dalam lemari ittewww, jadi kali ni dapat la Batik Sabah yang cantik untuk dibuat baju. Memang cantik! Alah membeli menang memakai katanya (ayat cover sedey tengok duit terbang kaaannn?)
Dah membeli, sempat la camwhoring memperagakan kain yang dibeli itteww! Saksikan la motif borneo yang dilakarkan. Harganya tak mahal, cuma 290 ringgit sekeping! Untuk wanita....lebih kurang 500 ringgit untuk kain yang ekslusif. Kata tauke kedai ini, memang rekaan beliau menjadi pilihan isteri TYT Sabah dan setiap bulan ada je design baru yang dibawa ke istana untuk dibeli oleh isteri TYT.
Selesai cerita batik, aktiviti kedua yang Fendiosman sempat lakukan ialah mengunjungi Kaandaman Spa di KDCA Penampang. Spa ini memang best! Harga pun mantoppp. Teknik urutan Borneo yang digunakan memang menarik! Kalau ikutkan, spa ni memang jauh daripada bandar KK ittewww, tapi disediakan transport yang menjemput dan menghantar dari hotel penginapan, makanya mudahlah untuk tiba ke destinasi.
Heipppp...bukan urut2 kesihatan seperti di hotel ittewww ye! Pengalaman lalu cukup mengerikan Fendiosman dah menjadikan Fendiosman aaaaamat berhati-hati dalam menggunakan khidmat tukang urut ini. Setelah diselidik, memang spa ini takde yang hanky panky. Diberi pilihan pula untuk mendapatkan therapist lelaki ataupun perempuan. Jadi...sekali lagi, takde masalah untuk mereka yang segan dan malu untuk diurut oleh therapist perempuan.
Rawatan coconut scrub, herbal wipe, herbal footbath dan urutan ittewww sangat mendamaikan. Diiringi muzik yang perlahan berkonsepkan alam sekitar. Sesuai dengan harga yang ditawarkan. Tidaklah semurah spa di Bali maupun di Bangkok, tapi dengan perkhidmatan yang diberikan, Fendiosman memberikan 5 bintang kepada servis Kaandaman Spa ini. Kalau sesat ke KK lagi, memang tempat inilah yang akan Fendiosman tujui. Hiks....(mrasa la promo tempat orang kaan?)Cerita-cerita lain pasal kunjungan ke KK kali ni taknaklah dipaparkan sebab rata2nya agak rutin seperti kunjungan2 sebelum ini. Apa pun, Fendiosman enjoy dengan trip kali ni. Lepas ni takde trip heret beg untuk jangka masa agak panjang sebab Fendiosman akan menduduki Penilaian Prestasi Kerja, dan terus sambung pula dengan ketibaan Ramadhan Al Mubarak. Satu hapah pun tak prepare lagi...tah apa la nasib ye? Mudah-mudahan disenangkan urusan dan diberikan ketenangan untuk menghadapi ujian ittewww......amin!
4 comments:
perkataan paling best untuk entry ini = Sendu.
bilanya la dah botak encik pendi. hikhik. makin kurus rasanya.
sabtu ini ye, nanti email ku hantarin
Err, berapakan rega pakej spa spoi tersebut???
p/s: Batik Sabah ittiew dicanting di mana ye?
asal kaler baju batik itu seperti batik yg kukenali di sebuah institut pembelajaran beberapa tahun yang lalu?hmmmm....
penilaian gitu... good luck!!!
Post a Comment