Monday, June 30, 2008

Perbelanjaan Berhemah Katanya...

Adapun hujung minggu yang lalu aku berkesempatan untuk pulang ke gagang. Heh..sudah jadi daun sireh kah? Atau tepak sireh? Kalau dulu rajin juga aku memandu 848 ku ke kampung, tapi dengan kenaikan harga minyak yang mendadak kebelakangan ini, aku mula belajar erti mencongak dan berkira-kira dengan lebih teliti.

Dan, untuk hujung minggu yang lalu, aku memilih untuk pulang menggunakan Penerbangan Kelip-kelip yang menawarkan harga yang berpatutan untuk aku menjengah Mama di kampung.

Hmm...untuk para pembaca budiman, mari kita lihat perbandingan kos untuk ke Sungai Petani, Kedah dari Kajang dengan menggunakan 848 dan Kelip-kelip;

1. 848 (Pergi dan pulang)

Minyak : RM200 .00
Tol : RM113.20
Makan minum : RM30.00

Jumlah Besar : RM343.20


2. Kelip-kelip (Pergi dan pulang)

Tiket : RM114
Tambang pengangkutan dari Kajang ke Subang (vice versa): RM30
Tambang pengangkutan dari Penang ke Sungai Petani (vice versa): RM 100

Jumlah Besar : RM244.00

Perbezaan antara kos di para (1) dan para (2) : RM343.20 - RM244 = RM99.20

Boleh berjimat hampir RM100 untuk perbelanjaan bulanan. Mari kita lihat dari aspek masa pula:-

848 = Kajang - Sungai Petani = 4 jam
Kelip-kelip = Kajang - Subang - Penang - Sungai Petani = 4 jam jugak...

Cumanya, 4 jam memandu dan 4 jam jadi penumpang banyak bezanya. Letih tu lain macam. Ok tak analisis kos yang aku buat ni? Tapi opsyen paling murah yang boleh dipilih adalah dengan menaiki bas ekspres yang hanya menelan belanja lebih kurang RM 120 (pergi dan pulang) termasuk belanja makan dan tambang pengangkutan untuk ke terminal bas. Tapi, memandangkan aku ada masalah kalau travel naik bas waktu malam (ngompol kah? atau apakah?), jadi opsyen ini hanya tergunapakai pada waktu kecemasan sahaja.

Dan, kalau naik kelip-kelip tu bergantung kepada keadaan cuaca. Kalau macam semalam aku naik, aiyooo, melambung-lambung macam roller-coaster sebab cuaca sangat tidak elok. Cemas sekejap. Dan rasa mabuk tu tak hilang sampai hari ni. Alahai....

Pokoknya sekarang (wahh...main pokok la pulak); kita sebagai pengguna, kena pandai merancang perbelanjaan. Aku mengaku, aku ni agak boros dalam berbelanja. Tapi, macam yang aku katakan, sejak kenaikan minyak secara mendadak ni, aku dah sangat berkira dalam berbelanja.

Tuan-tuan dan Puan-puan, mahap ye hari ni takde letak gambo banyak2 sebab aku memang tak amek gambo walaupun kamera tu aku bawak ke sana ke mari. Not in the mood katanya!

Tuesday, June 24, 2008

Kisah Tag...Sekali Sekala Apa Salahnya?

Adapun untuk tidak mengaciwakan sahabat karaokeku incik Khai yang dengan ikhlasnya telah mengetag diriku ini, aku mengambil keputusan untuk menjawab permintaan yang telah dikemukakan. Kalau ikutkan baru semalam aku buat posting baru kat blog. Tapi memandangkan kalau dah minggu depan baru aku nak jawab kiranya dah basi la. Merajuk pulak si Khai tu karang, lantas membawa diri ke Chennai untuk mengubat hati yang lara. Muahahahha..........lariiiikkkk. Kalau kau pegi Chennai sape nak jadi teman terapi suara aku kelak?

Berikut adalah jawapan bagi soalan-soalan yang telah dikemukakan:-

1. Nama timang-timangan oleh orang tersayang:

- Parents aku sayang aku; depa panggey aku ANGAH. I used to be called ADIK before. Nieces aku panggil aku NYANYAH, dan sah la bini aku esok akan jadi MAKNYAH. Kau tak pitam dengar tu? Hehehe
- Frens pun sayang aku; depa panggey aku TARIQ. Never call me FENDI coz i feel so beg tangan. Tapi for commercial purposes, aku namakan blog aku ni fendiosman. Branding strategy namanya.

- Ada jugak yang tergeliat lidah nak panggey TARIQ, akan panggil aku sebagai ADI. Bukan ADI FAIZAL mahupun ADILAH HUDZARI ok. Aku pun ADI jugak. Mana mai ADI? Sebab aku takmau jadi beg tangan. Hehehe....


2. Anda seorang yang:-

- Kekwat. For those yang tak tau kekwat tu apa.....pi cari sendiri.

- Bermulut neraka. Ni kawan-kawan terdekat memang tau la kot. Pasai hari-hari depa dok tengok aku.

- Sensitip. Senang sangat empangan pecah. Huahua. Tapi aku tak tunjuk la. Feeling drama swasta kejap. "Menangis ke?" seraya menyeka airmata, "Takde lah....masuk habuk".

Lain-lain info, sila rujuk posting aku mengenai AQUARIUS tatkala aku menyambut hari lahir tahun 2006 yang lalu.


3. Insan teristimewa:-

Above all, my PARENTS will always remain as special person to me. Kemudian, adik beradikku. No further elaboration.


4. Makanan dan Minuman kegemaran:-

Makanan - NASIK HAYARM dan LAKSA. These two are irresistible.

Minuman - Limau Suam, diet kah?


5. Favourite Color:-

Tengok blog aku dengan betul; then judge it on your own. It is not only green. But it comes in a package. Green, brown and oranje. Tapi dah tak jadi color la ek? It should be pronounced as colors.


6. Favourite Song:-

Senjakala by P.Ramlee. And Meneka Dalam Kesamaran by Ibnor Riza. Errrr......lagu Diam-diam Rindu by Ramlah Ram oso nice. Khai....kau tau kot lagu2 aku kat studio terapi suara; those are mine.


7. Siapa yang selalu buat saya gelak:-

Currently my so called Sang Hansuari Housemate. Eheh...enterprame jap muka dia kat sini! Ye la, hari-hari aku ngadap muka dia je kat umah tu.


8. Sikap Yang Membuat Anda Stress:-

Haaa...since stress level aku tinggi, aku takmo elaborate banyak-banyak. Aku kekwat, makanya sapa-sapa yang nak lawan kekekwatan aku memang akan menyebabkan aku stress. So, please syadap....


9. 3 Benda Yang Selalu Dibawa Dalam Handbag?:-

Bawak handbag kah? Aku rephrase balik, sebagai 3 barang yang selalu dibawak ke mana-mana.

- Wallet; sebab dalam wallet tu terkandung segala-galanya.

- Henset; nyawa kedua neh. Sampai pukul 4 pagi YBTMK hantar message mintak jawapan parlimente. Tak haru?

- Kamera; bloggers will always be bloggers.


10. Kali Terakhir Anda Beriya-iya Menangis;

Last 2 weeks; depan Cik Kat Spongebob Squarepants the Counselor. Reason? Hal peribadi. Hanya johari yang mengenal maniam. Apa pun, thanks to Cik Kat. Anda sungguh profesional dalam menangani hal ini.


11. Perkara Yang Sungguh Lucu atau Memalukan Dalam Hidup Anda:-

Apa ek? Hmmm ada satu kot, tatkala aku mengheret beg di KLIA menuju ke balai pelepasan. Dengan penuh keyakinan aku berjalan; chest up, stand straight. Tetibe aku rasa aku tergolek di hadapan orang ramai berhampiran dengan restoran Burger King dalam Main Terminal Building gara-gara tapak kasutku yang tidak berapa bertapak. Malu ya amat, tapi tetap aku bangun dengan penuh gaya, teruskan berjalan dengan chest up, stand straight macam tiada apa-apa yang berlaku.

12. Tag 6 orang yang lain.

I choose not to tag anyone. Kesian pulak depa nak karang panjang-panjang. Huahuahua....

Monday, June 23, 2008

Kisah Sebuah Impian


Pernah tak korang semua terpikir, adakah pekerjaan yang korang buat sekarang tu mencapai apa yang diimpikan sejak dari kecik dulu? Untuk sesetengah (aku rasa sebahagian kecik saja kot) orang, mungkin apa yang diharapkan itu tercapai, tapi untuk sesetengah lagi, mungkin pekerjaan yang dilakukan sekarang ni tak tersenarai langsung dalam Kad 001 yang diisi sewaktu sekolah rendah dulu. Aku hampir pasti setiap tahun, apabila ditanya oleh cikgu mengenai cita-cita, aku akan memberikan jawapan JURUTERBANG sebagai impian yang ingin dicapai apabila dewasa kelak.

Tak pernah terlintas untuk aku menjadi PTD. Hang tau ka PTD tu apa waktu kecik2 dulu? Teringat jugak harapan seorang kawan di sekolah rendah dulu untuk menjadi komunis. Harapnya impian menjadi komunis tu takde la dicapai. Hehe. Sekolah aku dulu sekolah kampung je. SEKOLAH KEBANGSAAN SIMPOR, TIKAM BATU, KEDAH. Lokasinya di luar bandar, dan rata-rata sahabat sekolah dahulu hanya mengimpikan kerjaya Askar, Bomba, Polis, Cikgu, Jururawat, Doktor (ni terlalu sikit sangat....dan aku rasa none of us yang jadi doktor).

Kisah impian menjadi juruterbang tu memang aku simpan dan pendamkan sampai bila-bila. Aku hampir pasti menjawat jawatan yang aku inginkan sewaktu aku hadir ke temuduga Cadet Pilot bersama Singapore Airlines beberapa tahun yang lalu. I made to the final round in Singapore and unluckily pada waktu tersebut wabak SARS melanda dan pengambilan dibekukan buat sementara.

Pada masa yang sama, aku turut hadir ke temuduga terbuka jawatan pengheret beg di airport merangkap pelayan di awan biru. Dalam hati, terdetik, tak dapat terbang jadi drebar pun takpe, janji dapat naik kapal terbang. Hahaha....sounds desperado tapi itu lah hakikat yang harus diterima. Jawatan heret beg ni berjaya aku dapatkan (untuk crew semua....no offense ha! indeed heret beg kat epot tu nampak elegant wooo). Tapi keberkatan daripada ibu bapa itu harus kita ambilkira dalam sebarang pekerjaan yang kita lakukan lalu aku mencuba nasib untuk memilih kerjaya yang tidak melibatkan aku dengan kehidupan yang dikatakan glamor ini.

Apa terjadi? Setakat pengalaman aku menghadiri temuduga, aku takde masalah untuk mendapatkan kerja. Ada jugak kerja yang langsung aku tak ditemuduga! Tau tau je dah ada orang suruh pegi amek surat tawaran kerja. Hehe...kerja tang mana tatau? Thanks to Tan Sri A.A. yang menaruh sepenuh kepercayaan untuk aku menjawat jawatan yang telah aku sandang sebelum ini. Hanya Allah Taala sahaja yang boleh membalas jasa Tan Sri.

Dalam kegembiraan aku bekerja di tempat tersebut, ada juga hasrat yang aku kena tunaikan. Pernah arwah Baba berkata nak tengok anak dia sorang jadi PTD lantas aku meringankan tangan aku untuk memohon jawatan tersebut. Kalau ikutkan, langsung aku taktau apa itu PTD sebab aku hanya bercita-cita untuk terbang di awan. Macam aku katakan, impian itu masih aku simpan sampai sekarang.

Mungkin doa ayah ibu ada di situ, dan restu yang diberikan menyebabkan aku terpilih untuk memegang jawatan yang aku sandang sekarang. Alhamdulillah. Kelulusan? Pada aku Ijazah Pertama itu adalah syarat untuk mendapatkan kerja pada masa sekarang. Tak perlu nak demanding banyak-banyak. Kalau engineering degree, tak mesti jadi engineer ye dak? Lain la kalau medical degree, demand tinggi dalam sektor kesihatan, kompem dapat kerja lepas grad. Makanya, pengajaran untuk para graduan sekarang, jangan la dok demand macam nak rak! Nak gaji sekian itu sekian ini. Ya, perlu diakui kos sara hidup tinggi tapi untuk mendapatkan pengalaman, ambil saja apa-apa peluang yang ada di depan mata.

Berbalik kepada kisah sebuah impian yang aku pendam, walaupun hati aku melonjak untuk terbang, tapi berbalik kepada doa dan restu ibu bapa, mungkin inilah takdir yang telah ditentukan buat aku. Jadi, redha dan terima apa yang telah ditulis. Apa pun, aku masih nak terbang. Kalau diberi peluang boleh buat 2 kerja satu masa, memang aku nak capai apa yang aku idamkan. Chopppp....kau rabun pastu kau feeling nak terbang? Cehhhh.....

Thursday, June 19, 2008

Gajah sama Gajah, Pelanduk kena Lenyek

Kisah hari ni menceritakan maksud peribahasa yang aku dah ubahsuai, sebab keadaan Pelanduk yang aku nak sampaikan di sini memang lunyai, tapi masih hidup lagi. Makin hari aku rasa makin celaru hidup kat pejabat ni walaupun aku dah berjaya menggunakan hikmat kipas bilah lima untuk berhadapan dengan golongan-golongan tertentu yang amat sukakan angin sepoi-sepoi bahasa.

Untuk yang dah selamat keluar dari sini, aku ucapkan tahniah. Untuk yang baru naik pangkat ke gred 48, tahniah juga diucapkan. Semoga beban yang semakin berat diletakkan itu mampu diangkat tanpa sebarang masalah.

Cerita gajah ni sememangnya ramai orang ketahui. Gajah yang ada di sini masing-msaing berlumba untuk menjadi gajah terbaik. Ada yang berlumba cara baik, dan ada juga gajah yang main kasar. Ada gajah yang suka tikam belakang (takde kaitan ngan gambo gajah mengawan aaaa), ada jugak gajah yang suka duduk diam.

Dalam persaingan gajah-gajah yang ada tu, ada juga gajah yang makan apa saja yang dihidangkan. Dan....ada jugak gajah yang hanya nak makan makanan sedap saja. Makanan dari pinggan gajah yang lain pun dia akan ambil, dan malangnya kalau makanan dia ambil tu tak sedap, akan dipulangkan dengan keadaan yang amat daif. Habis madu sepah dibuang.

Kisah pelanduk-pelanduk yang duduk dalam sarkis bersama gajah ni memanglah agak malang. Ye lah, selama ni orang ingat gajah suka makan tebu, rupanya gajah kat sini advance, suka makan pelanduk. Ada pelanduk gemuk, ada pelanduk kurus, ada pelanduk mulut neraka, ada pelanduk tak cukup zat, ada pelanduk suka kipas, dan bermacam-macam keturunan pelanduk yang sama-sama menunggu giliran untuk dimakan.

Pelanduk pandai kipas paling untung la, sebab walaupun daging tak sedap, tetap akan dipilih oleh gajah untuk menjadi hidangan. Ye la kan, pandai kipas, tonggek kiri tonggek kanan, terus gajah naik nafsu makannya. Malang pulak nasib pelanduk yang dagingnya sedap berkolestrol rendah, memang langsung tak dijilat gajah. Lebih malang lagi kalau pelanduk tak cukup zat, dah la tak sedap, dicuri dari pinggan orang, pastu dah isap semua khasiat, terus kena campak balik dalam pinggan gajah lain.

Tapi gajah lain tu takde la sebodoh yang disangka. Dah makanan dia kena curi, lepas tu dicampak kembali, gajah yang lain mengambil keputusan tak nak terima makanan yang dicuri tu. Dan, pelanduk tu dicampak kembali kat pinggan gajah selera besar tu. Memandangkan sebiji pinggan hanya boleh letak seekor pelanduk, ada la pelanduk lain yang kena bertenggek kat tepi walaupun dah masuk dalam list untuk dimakan. Masuk pinggan tidak, keluar pinggan pun tidak, ibarat melukut di tepi gantang. Kesian pelanduk tu.

Heh...apa la aku mengarut ni, tapi tu la realiti. Sapa paham, paham la kot. Sapa tak paham, teruskan membaca sampai paham. Tapi kalau tak paham gak, ambik marton, hangpa ketuk kepala hangpa sendiri pasai tak reti bahasa.

Cukup la kot, untuk gajah yang tamak, harapnya tak la tamak lagi lepas ni (susah untuk aku katakan bila selera gajah tamak ni akan berkurang). Sebab orang tua-tua ada berkata, orang tamak selalu rugi, bagai anjing dengan bayang. Dah la gajah, tetibe nak transform jadi anjing pulak. Transformer kah?

Untuk pelanduk-pelanduk yang terhormat, harap bersabar. Kalau ada peluang, boleh pindah ke sarkis lain. Mana la tau kat sarkis lain gajah-gajah yang ada tu tak setamak gajah yang ada kat sini. Wallahua'alam.

Monday, June 16, 2008

My New Old Look....

Hari ni posting aku takde nak mengomel membebel panjang-panjang. Sori la ek, last week sempat sekali je aku update blog. Bizi, dan tak berapa nak sihat badanku, sampailah aku mengadap Cik Spongebob Squarepants Kaunselor. Terurailah isu yang menjadi beban kepada benakku selama ini.

Hari ni Fendiosman nak meminta para pembaca sekelian membuat comparative study mengenai penampilan Fendiosman.

Adapun dikisahkan Fendiosman sememangnya seorang yang rabun semenjak dari darjah 5 lagi. Dan pada waktu itu, hanya cermin mata tebal yang menutupi wajah Fendiosman. Masa beredar, Fendiosman makin membesar, dan kanta sentuh menjadi pilihan Fendiosman sebab tiada cermin mata yang sesuai dengan wajah Fendiosman yang bulat dan mata Fendiosman yang besar.

Selama ini memang Fendiosman akan bercermin mata sewaktu ujung minggu dan tatlaka berada di rumah. Dan, sebagaimana pernyataan yang telah dibuat sebelum ini, wajah Fendiosman diibaratkan bagaikan Betty tanpa pendakap gigi apabila mengenakan cermin mata. Namun usia cermin mata Fendiosman itu sudah memakan tahun, usang dan kusam.

Dan nak dijadikan cerita, minggu lepas Fendiosman mengajak Cik Sincere dan Cik Spongebob ke kedai cermin mata untuk membuat cermin mata baru di Alamanda. Lebih sejam diambil untuk memilih bingkai yang sesuai (walhal biasa je....) untuk wajah Fendiosman.

Hari ni, Fendiosman memakai cermin mata tersebut ke pejabat. Kesannya lebih kurang begini la kalau Fendiosman bercermin mata:-Soalan Fendiosman....sila ulas wajah Fendiosman bercermin mata tebal dan bandingkan dengan wajah Fendiosman tanpa bercermin mata.

Monday, June 09, 2008

Semput? Dia mai dahhhh....

Kuingatkan zaman asma melanda sudah berlalu untuk diriku, tapi alahai...sudah nasib, benda yang aku taknak ni datang kembali menyerang. Mungkin gara-gara terlalu stress, dan terlalu giat berlari 2.4 KM di setiap siri PAC yang aku sertai tempoh hari.

Adapun, pada hari PakLah mengumumkan kenaikan harga minyak yang mendadak itu, sewaktu perjalanan pulang ke rumah, aku merasakan nafasku tidak tentu hala. Sesak, dan dadaku menjadi ketat. Lantas aku mengajak Sang Hansuari ke klinik untuk mendapatkan rawatan. Masuk bilik GP, diagnose, terus dia bagi kat aku neb.

"Encik ada asma ke?"

"Ish....dah lama tak kena ni, saya pun taktau dokter.....mungkin dokter boleh bantu saya mengesan penyakit ni"

"Encik...apa kata saya referkan encik ke Hospital Serdang, buat check up, x-ray yada yada yada..."

Aku pun tak berapa ingat sangat apa yang dokter cakapkan sebab khusyuk menyedut udara segar ventolin yang dipamkan ke hidungku.

Selesai rawatan, terus sahaja ke hospital Serdang. Hmmm...hospital, penuh dengan manusia, sampai sejam rawatan semput aku tak lagi dirawat. Alhamdulillah, bila ke klinik tadi dapat la mengurangkan keketatan dada aku ni. Lantas aku mengambil keputusan untuk meninggalkan hospital.

Jari-jemariku mendail nombor telefon kawan sekolahku yang berkhidmat di Hospital Kajang.

"Puan Dokter...aku semput....kau tengokkan aku boleh tak?"

"Aku dah abis syif, esok malam aku keje kau datang ek!"

Hmm...hampa jugak la, tapi dah nak mintak tolong kawan, kena bersabar.

Makanya keesokan malamnya, aku ke Hospital Kajang ditemani Hansuari (walaupun muka sang hansuari nampaknya ketat...tapi dia tetap melayan kerenah aku yang ala2 diva ni)

Sekali lagi, sebab semput, aku diberikan neb, dan terus didiagnosa oleh Puan Dokter sahabatku itu (untung jugak ada kawan dokter yang keje kat spital ni....)

Sah....asma menyerang kembali setelah sekian lama aku tidak bergantung kepada ubat-ubatan. Kahak yang banyak di dalam salur pernafasanku, serta masalah hidungku yang tersumbat kedua-dua belah, menjadikan masalah sesak nafas itu menjadi serius. Walaupun nampak tak seserius mana pada pandangan mata kasar, tapi untuk yang pernah mengalaminya, mungkin tahu apa yang aku rasakan.

Alahai....apa nak buat. Meh kita tengok apa yang dikatakan dengan asma ini (based on research aku kat internet);

Asma atau lelah ialah serangan sesak atau kesusahan bernafas berserta bunyi termengah-mengah di dada. Ia juga menghasilkan bunyi seperti siulan kerana penyempitan pada saluran cabang tenggorok di paru-paru.

Asma terjadi apabila otot pada saluran udara yang menghubungkan hidung kepada paru-paru menjadi kejang. Ketika otot kejang, saluran udara mengecil dan menghalang pernafasan.

Keadaan menjadi teruk apabila pesakit mempunyai kahak pekat yang menutup salur pernafasan menyebabkan udara susah keluar masuk.

Apabila ini terjadi, paru-paru akan kekurangan udara dan pesakit boleh pengsan serta boleh menyebabkan kematian.

Antara tanda lain asma ialah sukar hendak bernafas, terbatuk-batuk dan pernafasan menjadi pendek.

Antara faktor yang boleh memburukkan asma ialah alahan kepada habuk rumah, bulu binatang, debunga rumput dan asap rokok.

Terlalu banyak bersenam dan melakukan kerja-kerja juga memungkinkan mendapat asma. Begitu juga jika sering mengalami tekanan perasaan dan mendapat jangkitan pada paru-paru.

Bagi mereka yang alah kepada ubat-ubatan seperti aspirin dan penisilin, wajar berhati-hati kerana kemungkinan mendapat serangan asma jika mengambil ubat berkenaan.


Hmmm...pagi-pagi ni rasanya segar sikit. Ubat-ubatan yang dibekalkan tu alhamdulillah dapat membantu sedikit sebanyak. Tapi aku rasa aku nak ambik cuti yang panjang....seminggu barangkali untuk merehatkan diri daripada beban kerja yang amat menekankan aku selama ini.

Tuesday, June 03, 2008

KEJOHANAN FUTSAL PPTD MUDA

Iklan kejap. Menjunjung titah Jawatankuasa Induk PPTD, adapun aku bertindak selaku ahli jawatankuasa kecil pertandingan futsal PPTD muda ingin menghebahkan mengenai satu pertandingan FUTSAL PPTD Muda yang bakal diadakan pada tarikh, masa dan tempat seperti yang dinyatakan di bawah:


Tarikh : 28 Jun 2008
Tempat : Sports Village, Bukit Jalil.
Masa: 8.30am - 4.30pm


Bayaran penyertaan adalah RM 60 utk satu team (satu team = 8 players). Diharapkan pertandingan ini mendapat sambutan yang menggalakkan seperti pertandingan yang diadakan pada tahun lalu di mana hampir 20 pasukan telah sama-sama melibatkan diri termasuklah 5 pasukan wanita.

Faedah join pertandingan ini di samping faedah-faedah sukan yang lain adalah, dalam borang penilaian prestasi tahunan tu kan ada ruang markah untuk penglibatan aktiviti luar, boleh la masuk dalam ruangan tu. 5 markah pun banyak oooo...ye la kan kalau dapat 80 markah, tambah 5, dah jadi 85. Tak gitu?

Jadi, sama-sama kita meriahkan pertandingan ini. Untuk sebarang maklumat lanjut, sila hubungi saya di e-mel tariq@moh.gov.my. Insya Allah saya akan menjawab sebarang kemusykilan anda.

Kalau tahun lalu, 334 clan yang menang dua-dua kategori. Tahun ni takde clan lain ke yang nak cabar? Asek clan 334 je...bosan! Haa..untuk yang takmo main tu, anda pun turut dijemput sama untuk memeriahkan suasana di hari pertandingan. Contohnya jadi tukang pegang pompom, tukang kutip bola, tukang sorak, tukang urut (ni jawatan aku dulu....urut? motif?) dan lain-lain tukang yang sewaktu dengannya.

Atas kerjasama yang diberikan, saya dahului dengan ucapan terima kasih.


Sekian.