
Adapun, pada hari PakLah mengumumkan kenaikan harga minyak yang mendadak itu, sewaktu perjalanan pulang ke rumah, aku merasakan nafasku tidak tentu hala. Sesak, dan dadaku menjadi ketat. Lantas aku mengajak Sang Hansuari ke klinik untuk mendapatkan rawatan. Masuk bilik GP, diagnose, terus dia bagi kat aku neb.
"Encik ada asma ke?"
"Ish....dah lama tak kena ni, saya pun taktau dokter.....mungkin dokter boleh bantu saya mengesan penyakit ni"
"Encik...apa kata saya referkan encik ke Hospital Serdang, buat check up, x-ray yada yada yada..."
Aku pun tak berapa ingat sangat apa yang dokter cakapkan sebab khusyuk menyedut udara segar ventolin yang dipamkan ke hidungku.
Selesai rawatan, terus sahaja ke hospital Serdang. Hmmm...hospital, penuh dengan manusia, sampai sejam rawatan semput aku tak lagi dirawat. Alhamdulillah, bila ke klinik tadi dapat la mengurangkan keketatan dada aku ni. Lantas aku mengambil keputusan untuk meninggalkan hospital.
Jari-jemariku mendail nombor telefon kawan sekolahku yang berkhidmat di Hospital Kajang.
"Puan Dokter...aku semput....kau tengokkan aku boleh tak?"
"Aku dah abis syif, esok malam aku keje kau datang ek!"
Hmm...hampa jugak la, tapi dah nak mintak tolong kawan, kena bersabar.
Makanya keesokan malamnya, aku ke Hospital Kajang ditemani Hansuari (walaupun muka sang hansuari nampaknya ketat...tapi dia tetap melayan kerenah aku yang ala2 diva ni)
Sekali lagi, sebab semput, aku diberikan neb, dan terus didiagnosa oleh Puan Dokter sahabatku itu (untung jugak ada kawan dokter yang keje kat spital ni....)
Sah....asma menyerang kembali setelah sekian lama aku tidak bergantung kepada ubat-ubatan. Kahak yang banyak di dalam salur pernafasanku, serta masalah hidungku yang tersumbat kedua-dua belah, menjadikan masalah sesak nafas itu menjadi serius. Walaupun nampak tak seserius mana pada pandangan mata kasar, tapi untuk yang pernah mengalaminya, mungkin tahu apa yang aku rasakan.Alahai....apa nak buat. Meh kita tengok apa yang dikatakan dengan asma ini (based on research aku kat internet);
Asma atau lelah ialah serangan sesak atau kesusahan bernafas berserta bunyi termengah-mengah di dada. Ia juga menghasilkan bunyi seperti siulan kerana penyempitan pada saluran cabang tenggorok di paru-paru.
Asma terjadi apabila otot pada saluran udara yang menghubungkan hidung kepada paru-paru menjadi kejang. Ketika otot kejang, saluran udara mengecil dan menghalang pernafasan.
Keadaan menjadi teruk apabila pesakit mempunyai kahak pekat yang menutup salur pernafasan menyebabkan udara susah keluar masuk.
Apabila ini terjadi, paru-paru akan kekurangan udara dan pesakit boleh pengsan serta boleh menyebabkan kematian.
Antara tanda lain asma ialah sukar hendak bernafas, terbatuk-batuk dan pernafasan menjadi pendek.
Antara faktor yang boleh memburukkan asma ialah alahan kepada habuk rumah, bulu binatang, debunga rumput dan asap rokok.
Terlalu banyak bersenam dan melakukan kerja-kerja juga memungkinkan mendapat asma. Begitu juga jika sering mengalami tekanan perasaan dan mendapat jangkitan pada paru-paru.
Bagi mereka yang alah kepada ubat-ubatan seperti aspirin dan penisilin, wajar berhati-hati kerana kemungkinan mendapat serangan asma jika mengambil ubat berkenaan.
Hmmm...pagi-pagi ni rasanya segar sikit. Ubat-ubatan yang dibekalkan tu alhamdulillah dapat membantu sedikit sebanyak. Tapi aku rasa aku nak ambik cuti yang panjang....seminggu barangkali untuk merehatkan diri daripada beban kerja yang amat menekankan aku selama ini.
15 comments:
latihan vokal dapat membantu tuan dengan teknik pernafasan yang betul dan tembakan suara yang lantang. salur pernafasan tuan, baik di hidung mahupun tekak akan memaksa dirinya untuk lebih terbuka demi mendapat tenaga yang mencukupi bagi menembak suara keluar.
terapi sebegini seronok dilakukan di Jusco Cheras Selatan. Apa kata tuan?
INCIK KHAI
takde masalah....enitaim!
jangan kau ajak aku keraok kat chennai sudah...
laaariiikkkk
get well soon! :)
penangan harga minyak naik .. tuh yang semput datang kembali ..
asma sangat merbahaya !!! semoga cepat sembuh ..
jangan lakukan aktiviti lasak
sila berehat sambil menonton sponge bob square pants kat tv
:)
los...kesiannya en fendi..aik!bukan ke jadi PTD nie kuat ka?musti en fendi stress sbb tue penyakit lama mai balik.
jusco cheras selatan jugakkkk jadi ubat... haisy!
alahai ciannya dia chakit.... meh gua gosok Vicks kat belakang meh...!! sakit2 nih sebab tension ker, atau sebab kurang TLC...?
mak aiii Fendi... sampai kena semput bila dengar minyak naik... memang rasanya kejam bonar menaikkan harga minyak gitu banyak tapi tak ramai yg sakit jantung rupanya... cuma semput jer macam Fendi nih
mmg paham sgt perasaan org yg kena asma nih. Dada tu sakit tuhan aje yg tau. Musuh utama sy... bila hujan & aircond kt opis ni jd sejuk semcm. Klu seminggu camtu....kompom pastu kena attack kt asma.
Swit@kon and LILYLULU
Mekaseh....
SHAZLIN
Memang kena kuat, tapi kalau sakit nak mai takkan nak tahan. Kan ka kaffarah dosa tu....kena redha la!
ZYRIN
cheras tu kalau ada invitasi.....baru laa boleh pegi
KEMBARA
isk...nak tolong sapu ke? beshhhhh....kecik tapak tangan nyiru saya tadah.
BERUANG MADU
bukan pasal minyak naik aaaa...ni pasal lain!
hari ni pun tak sedap sangat rasa badan ni
DINA
awak pun salah seorang mangsa macam saya ke?
PENDI,
awat kte x penah bersua di sesi pemulihan peti suara Jusco Balakong tu ye? Mungkinkan kita kena wat appoinment bersama2 nnti bila saya turun ke Putrajaya? wink2...
pssstt... ko nk bercoti di mana?
PAC
tidaklah aku mengerti ke mana destinasi yang hendak aku tujui. mungkin pulang ke Sungai Petani bersama bonda tercinta
semput lagik kah??? dah ok kan?... lama nya tak sembang dgn si fendi ni.... eerrm... ada berita terkini, u mesti nak tauuuu... ehemm... u suka speku ekkkk???
Sian ko. aku nak cadangkan ko pi berubat tradisional untuk clear kan salur pernafasan. aku ada line kat klang, mengikut testimoni rakan-rakan ku termasuk ibuku sendiri, sangatlah positif hasilnya. sakit sikit je, tapi ada member aku tu asma nya pun hilang. around RM30 je sekali berubat. kalau nak, give me a call dude..
sedang bercuti kah ini???..
Post a Comment