Tuesday, June 30, 2009

JICA, Management Training - OSAKA & TOKYO Part XVIII

Hari Ahad lepas, Alhamdulillah Fendiosman selamat balik ke Osaka semula. Dari Tokyo ke Osaka sekali lagi naik Shinkansen seawal jam 7.50 pagi, walaupun ada orang naik laaagi awal jam 7.10 pagi sebab nak pergi Flea Market kat Osaka. Cari apa tatau? Nak menawar barang2 lagi kot? Eh, bukan ke datin tak pergi tempat shopping murahan macam tu?


Err....kisah posting sebelum ni yang special edition tu rasanya memang menimbulkan kehangatan yang memang boleh meledakkan kembali bom atom kat Hiroshima waktu perang dunia kedua dulu. Tapi.......pepatah melayu ada berkata, TAK TUMBUH TAK MELATA, TAK SUNGGUH, FENDIOSMAN TAK KATA. Kalau tak betul, takkan la Fendiosman nak cakap. Daaaann yang paling penting, kalau dakwaan Fendiosman tu tak betul, perlu ke adegan sentap menyentap di Osaka di kalangan Datin2 sekelian? Hmm....Fendiosman taknak ulas lebih2. Cukup la 13 dalil yang Fendiosman letakkan hari tu sebagai panduan untuk orang2 yang nak pergi ke luar negara, PLEASE....I BEG TO ALL OF YOU, TOLONGLAH JANGAN BUAT PERANGAI HUDUH MACAM TU. Buat malu kat orang je.


Minggu ni dah masuk minggu terakhir di Nihon. Kalau takde aral melintang Insya Allah hari Sabtu akan berlepas pulang ke Mareshia untuk kembali menabur bakti kepada negara tercinta. Dah 4 minggu, rasa rindu kat negara sendiri tu memang meluap-luap. Paling rindu, kat keluarga especially Mama. Lagipun, dah rasa malas sangat nak berdepan dengan datin2 sentap semua ni.


Minggu ni banyak dihabiskan dengan persiapan untuk pembentangan kumpulan di samping kuliah2 terakhir dan penulisan laporan. Bila dah minggu terakhir ni, memang ponggong rasa rimas dengar benda2 ni. Rasa macam dah tak boleh masuk. Dah teringat kat tanah tumpah tercinta. Lainlah kalau ada orang yang masih kepingin nak ke Flea Market, maupun bershopping di Yodobashi Umeda membeli barang2 sampai nak patah bahu mengangkut. Well....typical vill I shall say and truly, it irritates me. Gugur bulu ketiak Fendiosman....ewwww. Murid-murid, sebelum ke luar negara, sila pergi sekolah dulu yaaaa. Kalau tak nanti jadi peghak! Susah...

Hari ni sesi kuliah diteruskan kat Mie Prefecture, jauhnya macam dari KL ke Ipoh. 2 jam naik bas pergi, 2 jam naik bas pulang. Dengar kuliahnya 2 jam je. Tapi tu la kan, kita kena pegang sabda Rasulullah S.A.W, TUNTUTLAH ILMU SAMPAI KE NEGARA CHINA. Walau jauh macam mana pun untuk dapatkan ilmu tu, kita kena berusaha. Walaupun rasa bosan dan kadang2 tu kuliah tak kena dengan bidang kerjaya kita, cubalah dengar. Jangan pandang kepada siapa yang menyampaikan itu, tapi pandanglah apa yang disampaikannya.

Hmm..masih ada lagi 2-3 benda yang perlu Fendiosman dapatkan di Osaka ni. Kiriman orang, dah bagi duit segala takkan la Fendiosman taknak beli? Cumanya cerita kelakar bila cubaan membeli suit ramping gagal, gara2 pinggang dah tak berlekuk ke dalam. Hadoi laaaaa. Tapi koman2 Fendiosman dah cuba. Nak wat cmane kan.....

Hari ni dapat dah tiket untuk balik. Daaaannnn.....barang2 pun dah ditimbang sikit demi sedikit. Allowance 30kg sebab terbang kelas bisnis. Tapi......Fendiosman dapat extra 15kg lagi sebab menjadi pelanggan ENRICH GOLD yang sedikit sebanyak melegakan Fendiosman sebab tak perlu bayar excess baggage charge. However, rasanya memang tak sampai pun berat seperti yang diberikan ittewwww sebab Fendiosman tak ulang alik pergi Flea Market macam sesetengah orang tu, dan Fendiosman tak lah meroyan bila tengok tempat shopping. Makanya, takde mende yang nak perlu dirisaukan. Kemas barang....siap2, ari Sabtu kita balik Mareshia.

Heh....letih menghitung hari ni. 4 hari rasa macam lama sangat dah.....


Sunday, June 28, 2009

JICA, Management Training - OSAKA & TOKYO - SPECIAL EDITION

Prinsip Fendiosman, kalau benar pun kita ni peghak....jangan bagi orang lain nampak kita ni peghak. Mungkin Fendiosman berkata kasar, tapi hakikatnya Fendiosman kena berkata sebab Fendiosman sebahagian dari ahli rombongan Che Kiah seramai 19 orang itu. Nampak memang seronok bertandang ke tempat orang, tapi hakikatnya masing2 mengganggap macam diri tu mak datin.

1. Mula2 register pergi sightseeing untuk bus tour ke Osaka and Kyoto. Sapa pun takde bunyi. Last2 ada pulak tarik diri pasal katanya pergi ke shrine segala. Waktu daftar tu tak baca jadual ke? Nak kata tak sekolah, jadi pegawai. Takkan la tak reti nak baca?

2. Kemudian, kat KL waktu sesi pengenalan dah agree, WANITA pakai BAJU KURUNG ke kedutaan, LELAKI pakai BATIK. Tapi...ada pulak yang kata BAJU KURUNG tak selesa nak bergerak naik subway. Kat KL pun ada LRT jugak, tengok ada jugak yang pakai baju kurung. Tapi, pakai skirt boleh la pulak? Orang Mareshia kat Nihon ni pun suka pakai baju kurung. Orang Mareshia kat Maresia pulak yang nak lebih2 tak sedar diri.

3. Orang dah kata pakai formal. Dalam briefing pun kata formal. Formal means, lelaki dengan suit, perempuan pun dengan blazer. Bila coordinator bagi chance sekali bukak blazer, terus sampai ke sudah pakai baju yang sangat tak proper. So far gents rasanya sangat ok. Yang lebih2 ni datin2 perasan datang melancong bagaikan orang kaya ittewww. Siap tulis email request nak pakai semi formal? Tak reti bahasa ke orang kata formal? Dah besar kepala sangat?

4. Bila di Tokyo kata nak stay Malaysia House, fine.....sebab memborong tak hengat, taknak naik subway ke Malaysia House dari TIC. Mula2 kata nak sewa teksi. Penghulu panggil teksi....dengar2 harga 5ribu satu teksi. Terus tak jadi nak naik. Kata nak naik subway pulak. Tengok barang banyak, dan dan nak sewa teksi suruh angkut barang je. Orangnya nak naik subway. Ingat ni Mareshia ke? Suka-suka buat macam negara sendiri? Tak boleh make-up the mind langsung? Pegawai apa macam tu? Otak letak kat lutut?

5. Dah tau tak larat bawak barang banyak, gatal jugak pergi beli banyak2. Lepas tu, ada pulak porter mengangkut. Kesian la lelaki yang jadi mangsa tu. Dah la bagi beg suruh angkut, bagi yang berat pulak tu. Ingat budak tu takde beg sendiri nak angkut? Kalau dah tak larat, toksah beli. Ada akai ka takdak?

6. Kalau dah tau nak tido tempat luar, sama2 la cari. Ni main lepas tangan, tau2 benda nak ada depan mata. Kalau macam ni la gaya pegawai....rasanya tak guna la kot JPA hantar kursus jauh2 sampai Nihon ni. Baik buat kursus kat Pulau Pangkor je....

7. Kalau dah nama rakyat Maresia tu, pergi mana pun tetap dengan shopping. Ke sana ke mari. Sekali pergi taknak beli, dah orang pakat beli, nak pi dua tiga kali. Dok ulang tempat yang sama saja la. Tah apa yang ada pun Fendiosman taktau. Nak jugak tawar2 ni......walaupun barang secondhand. Mareshian.....typical makcik gomen. Memang dah ada cop kat dahi tu gamaknya.

8. Kalau dah janji nak tunggu sekian2 waktu, tunggu je la. Ni sebab dah sampai awal, nak tinggal terus orang yang tak sampai. Time nak mintak tolong pandai pulak merayu suruh tunggu. Bila dah dapat, terus tinggal orang yang disuruh. Teringat cerita buaya dengan seladang waktu kecik2 dulu. "TAKPE....Diorang lelaki, pandai la nak balik sendiri. Lagipun nak ke Flea Market. Takut tak sempat". Akai takdak ka cek? Jadi bengap sampai macam tu. Nak kata bodoh, jadi pegawai. Mungkin pegawai tak pergi sekolah kot?

9. Kadang2 rasa macam depa ni macam orang Bani Israel pun ada jugak. Ingat kisah Nabi Musa dengan Bani Israel dan Lembu? Suruh sembelih lembu, tanya pulak lembu besar mana, jantan ka betina, muda ka tua, warna apa?

10. Mintak tolong orang buat macam2. Suruh cari tempat tidur, hantarkan ke tempat lawatan. Time nak mintak tolong orang manis mulut. Dah orang tu tolong (mind me, orang tu student ye....keluarkan duit sendiri), satu habuk pun tak bagi? Tak reti berbudi bahasa ka? Orang yang kita mintak tolong tu takdah hati perasaan ka? Kata budi bahasa budaya kita, tapi macam tak boleh guna saja.......

11. Dah ada kat tempat orang, tetap jugak nak buat macam kat Mareshia. Naik lif terang2 tulis SILENT PLEASE, tetap nak bercakap. Bila bercakap pulak, macam satu dunia depa nak suruh dengar. Naik shinkansen, tetap la pasang mp3 kuat2. Macam sorang dia je ada koleksi lagu.

12. Kalau dah nama kaki shopping, mana2 tempat pun memang nak membeli belah la kisahnya. Bukan Fendiosman tak membeli, tapi takde la obvious sangat tujuan tu. Ni, asal nampak kedai je, dah meroyan macam mati anak.

13.Rasanya nanti waktu nak balik Mareshia.....lagi huru hara. Fendiosman agak, yang excess luggage tu sah la selambak. Maklumlah, shopping tak ingat dunia kan? Tapi, dah sendiri beli barang, pandai la nak angkut sendiri ya? dan pandai la nak bayar excess sendiri. Jangan bila duit dah tak cukup baru nak buat muka seposen mintak ihsan.

Murid-murid, ni la pengkisahan orang dari Mareshia bila datang luar negara. Dah 3 minggu dengan depa ni, memang rasa macam lama sangat. Fendiosman malas nak campur, tapi sebab rasa macam dah sakit hati sangat, I have to voice out sebab Fendiosman berpegang pada dasar membawa nama Mareshia ke luar.
Orang nampak buruk, satu kumpulan orang tuduh buruk. Nasihat Fendiosman, jangan ikut perangai huduh ni. Buat malu kaum je.....

Satu lagi, ada otak tu, letak kat kepala. Jangan bubuh kat lutut. Belajar tinggi2, pangkat tinggi2 pun, kalau otak tu taramau guna......toksah la jadi pegawai. Apa pun, Fendiosman rasa terima kasih kat Mama dan Baba sebab ajar Fendiosman adab susila dan dedahkan Fendiosman dengan dunia luar walaupun kami tak semewah mana. Mungkin kalau Mama dan Baba tak ajar, Fendiosman pun ajak jadi peghak macam depa? Entahlah............

JICA, Management Training - OSAKA & TOKYO Part XVII

Weekend menjelma lagi. Kalau di Osaka, Fendiosman abiskan masa dengan mengunjungi destinasi pelancongan menarik di kawasan sekitar. Di Tokyo pun tetaaaaap jugak menjana pertumbuhan ekonomi negara Nihon ini.

Kata orang alang2 masuk jamban biarlah buang air! Hiks....makanya semalam sempat la Fendiosman ke Disneyland Tokyo bersama rakan2. Memandangkan JICA hanya sediakan tempat tidur untuk kuliah je, kami semua bertebaranlah di sekitar Tokyo mencari tempat tinggal sendiri. Fendiosman nak rakamkan ucapan terima kasih kepada sahabat Fendiosman, si Me'en sebab sudi menumpangkan Fendiosman bermalam di rumah beliau. (Me'en....nasik goreng hang sedap ooooo.....)

Seawal jam 8.30 pagi, dah berdedai2 menunggu di depan pintu masuk. Tiket dah dibeli awal lagi, jadinya pagi ittewww hanya untuk menunaikan baucar tiket yang telah diberi sebelum ni.

Hmmmm......harganya sama macam ke USJ tempohari, yakni 5800 yen. Dan..seperti diduga, memang ramai manusia yang mengunjungi tempat2 sebegini. Macam ulat.....

Ni la paspot masuk ke Disneyland ittewww. Kat Tokyo ni ada 2 part, satu Disneyland Sea. Tidak la mampu nak masuk dua dua...kalau nak ke dua dua tempat, kena la dua hari berkunjung! Tapi katanya, yang tempat Fendiosman masuk ni lagi femes berbanding Disneyland Sea! Katanya la kan....walaupun!

Orang kata kalau mai Disneyland kena amek gambo dengan Mikimaus. Kalau dah cuaca sampai 33 darjah, dengan orang macam ulat, takde la Fendiosman nak gigih2 beratur segala. Cukup takat tengok je. Lagipun, patung2 kat sini kekwat sikit. Tak macam kat USJ dulu. Watak2 sampingan je yang sanggup bergambar mencari populariti! Hadhorrr...

Kalau kat USJ dulu, waiting time maksimum 110 minit. Kat sini....Masya Allah sampai 150 minit. Lagi ramai orang yang beratur. Huhu....Fendiosman takat naik 5 ride je. Tapi, pencapaian kali ni adalah membanggakan sebab Fendiosman berjaya memberanikan diri naik keretapi ala2 roller coaster ittewww. Hahaha...

Bila dah datang berjalan tu...apa lagi kan, aksi model fotogedik pun bermula. Sampailah satu ketika, orang Nihon yang tengok Fendiosman posing heran dengan aksi2 ala2 Hero Remaja Bulan Rejab. (gambar ni baru mukadimah ye murid2)

Satu benda yang menarik perhatian Fendiosman, ingatkan basikal je yang ada parking, skali stroller pun ada laaaaa...

And pictures speak thousands of words..meh kita lihat apa yang berlaku!


Konsep Nihon dengan peace di tangan......

Err...model dinding? Tahan dinding? Laaaaariiikkk.....

Penat jugak nak cari angle yang sesuai versi takde orang menyempit dalam gambar. But I managed to get some angle yang saaangat sesuai. Fendiosman rimas kalau ada ulat sesat dalam gambar.

Panasnye ya amat. Tuhan saja yang tau. Memang aksi bergambar agak terganggu sebab muka Fendiosman jadi bzzzrekk menahan terik mentari. Kameraman siap nak pitam sebab panas....(eh, bukan patutnye model ke yang pitam?)

Nak cari makanan halal susah! Aiskrim non-dairy la menjadi pilihan untuk lapik perut, ilangkan dahaga dan redakan rasa panas. Tengok orang hantam aiskrim ni cam sedap je, makanya Fendiosman pun turut mengikuti jejak langkah mereka. Memang sedap! Dan....paling penting, aiskrim ni walaupun rasa oren, tapi hanya ada di Disneyland saja yaaaa....


Dalam panas2 tu teringin gak nak bergambar dengan character2 yang glamer di Disneyland. Mikimaus panjang saaangat beraturnya. Cari la yang pendek sikit. Tapi tetap jugak kena beratur kan....

And managed to get pose manja dengan Pooh....nak pose dengan beruang memang kena macam tu! Hiks....beruang mana tatau?

Dalam dok pusing2 naik ride dan jalan2, sempat jugak la tengok parade sebelah siang. Tapi tetap depa cakap Nihon. Kruh kreh kruh kreh.....parade cast semuanya orang Nihon melainkan yang dari cerita dongeng. Mampu ke orang Nihon nak dibesarkan mata jadi Cinderella?

Tak dapat gambar dekat, gambar jauh pun jadi laaa. Dapat jugak tangkap gambar Minimaus.....

Pusing sudah, parade sudah, makan aiskrim pun sudah. Sementara nak tunggu malam, rehat sekejap. Lelapkan mata.....badan dah penat sangat, tapi mengenangkan 5800 yen yang telah terbang ittewwww....tetap la jugak duduk dalam Disneyland sampai ke malam.


Cubaan menjadi lanun. Tapi muka tak cukup brutal. Jadi macam lanun baik la pulak...

Heh...bukti berada di Disneyland. The castle....

Mrasa la feeling2 jadi red-indian sat. Tapi puas la Fendiosman menjegil budak sorang tu baru la dia keluar dari khemah. Pedulik la dia nak nangis ke apa ke.....Fendiosman pun bayar gak duit tiket. Nak dok lama2 buat la khemah sendirik! Ada aku kesah?

Ni la aksi yang orang Nihon lalu lalang tergelak....

Seawal jam 6.30 petang, orang dah ramai berkumpul menghampar tikar untuk parade 7.30 malam. Ramai la sangat ummat.....memang kaya la tauke Disneyland ni!

And the parade started sharp at 7.30 p.m. Splendid! Cinderella lagik.....

Snow white...tapi dia cakap Nihon laaa.....

Yang ni Fendiosman tak sure dari cerita apa. Rasanya Alice in Wonderland kot....

Kucing yang comel bersama Alice. Hehe...kucing ni memberi inspirasi untuk Fendiosman membeli sehelai boxer seksi bermukakan kucing di bahagian bonbon.....

Parade selesai dalam masa 40 minit lebih kurang. Patutnya lepas parade ada show bunga api! Tapi malang skali angin kuat makanya pertunjukan bunga api terpaksa dibatalkan. Huhuhu...shedey....

Selesai la lawatan selama 13 jam ke Disneyland Tokyo. Kira punya kira....banyak gak la yen yang terkorban kat sini. Tapi...walaupun Fendiosman beli, reti la jugak nak bawak sendiri. Reti la jugak nak jaga masa orang. Ni tidak, beli banyak2 pastu dok ngadu kata berat. Tah apa yang dikaut Fendiosman pun tatau......masuk je kedai, shopping. Kakak, adik, abang, tok wan, tok wan tiri...semua la nak beli! Apa pun, the trip was a memorable one. Kalau sendiri nak datang Tokyo gatal2 masuk.....mungkin tidak kot.....

Heh..hitung2 hari ni tinggal lagi seminggu untuk balik Mareshia. Tokyo dah abis...mari pulang semula ke Osaka......

Thursday, June 25, 2009

JICA, Management Training - OSAKA & TOKYO Part XVI

Adapun hari ni masuk hari ketiga di Tokyo. Terus terang Fendiosman tekankan lagi, Fendiosman tak suka kehidupan serba kalut di metropolitan serba canggih ni. Semua bagaikan mengejar sesuatu yang tak pasti. Fendiosman lebih sukakan kehidupan yang rileks........now I've started to miss Kajang Utama...


Hari ni badan pun masih tak bape nak betul lagi. Tapi digagahkan jugak untuk berkuliah. Memang takmau susahkan orang. Jadi teruskan seperti biasa walaupun badan ni masih ada tingtong. 2 lectures today! One in TIC and another one is in Mitsui. The one in TIC dengan Prof Lau dari Reitaku Univ. Minggu lepas kat Osaka dia ada bagi talk dah.


Tapi yang kedua dari Mitsui ni menarik la sangat. Sebab tengok syarikat yang berjaya menerobosi pasaran dunia. Dari Ramen ke Robot. Tula tema syarikat ittewww, semua benda dia jual. Hahahahhaha.....View kat Mitsui ni sangat cantik. Nampak Imperial Palace Tokyo. Dan-dan je Fendiosman teringat view KLCC yang mahal ittewwww....


Waktu break je....terus Fendiosman dalam mode merehatkan diri. Recharging again....pedulikla kat Jepun ke kat mana ke....Fendiosman dah tak larat. Ada aku kesah?


Dalam tak larat tu....sempat lagi ke Kafe Batu Keras Roponggi selepas kuliah. Pencarian gelas tembak seterusnya......tak susah kat Tokyo ni, walaupun subway dia berselirat macam lobang tikus, tapi ada banyak singnage in English. Tak macam kat Osaka. And...there are plenty people who can converse in English! Lega rasanya....


Kepala tingtong..sakit! Tapi berjaya dengan misi shopping. Errr...kalau diperhatikan betul2 tulang pelipis hampir nak nampak semula. Sesungguhnya dalam kunjungan ke Nihon ini Fendiosman berjaya mengurangkan berat badan sebanyak 4 kilo. Tapi balik Maresia sok tah berapa kilo la nak baik pulak...huhuhu...


Selesai urusan di Roponggi, ingatkan nak ke restoran Malaysia di Shinjuku. Rasa Malaysia namanya. Tapi......pusing punya pusing skali restoran dah tutup daa.....ada restoran jual ramen la pullok....last2 jumpa dengan restoran Turki. Sebat je la...tauke kedai tu beri jaminan Halal. Jadi tanpa was2 Fendiosman dan rakan2 makan.


Errr...kalau pembaca tengok mesti heran kenapa Fendiosman asek gambar sorang2 je! Mana ahli Che Kiah yang lain? Murid2 sekelian.....banyak orang banyak ragam. Sebab takmau beragam2 makanya Fendiosman selesa keluar dalam kumpulan yang kecil tidak melebihi 4 orang. Sebabnya nanti kalau keluar ramai2 banyak kepala nak bersuara. Ada pulak yang sentap, kecik hati. Fendiosman tak suka. Tapi...ekskiusmi...Fendiosman tak berapa berkenan dengan sesetengah participants. I have to blurt it out here! But as always, Malaysians suka benda2 yang mudah, takmau adventurous langsung. Kalau boleh p*p*t tu dibasuhkan...rasanya memang ada orang yang nak. Sikit2 nak suruh Jun-san. Kesian la pompuan Nihon sorang tu. Yang depa tau, semua kerja dah ada orang preparekan! Hadhorrrrrrrrrrrrrrr......


Eh...selesai la cerita makan kat restoran Turki ittewww! Konon nak balik awal. Memang dah menapak dalam 2KM ke stesen, tetibe ada Hamba Allah ni tertinggal paspot beliau di kedai Turki ittewww tadi. Patah balik lagi 2KM. Hadoilaaa...abis terbakar telur Turki yang dimakan tadi! Huhuhu....moralnya: sila pastikan paspot anda melekat bagaikan benda yang melekat di badan anda ittewww. Anggaplah anda akan mengalami ED kalau takde paspot ye!

Wednesday, June 24, 2009

JICA, Management Training - OSAKA & TOKYO Part XV

Hari ni memang hari yang memenatkan untuk Fendiosman. Saaaangat penat. Sampai huru-hara Jun-san, Nori-san and Andy-san serta kawan-kawan-san yang menyaksikan Fendiosman nyaris tumbang sebab overexhausted dan dizzy di tengah-tengah Shibuya selepas sesi lawatan sebelah pagi ke Kedutaan Mareshia di Tokyo. Apa pun Fendiosman nak ucapkan terima kasih kepada kawan2 yang concern pasal Fendiosman. Yang tolong dok papah Fendiosman, yang tolong tanya keadaan Fendiosman, yang tolong tengok tapi taktau nak buat apa2, yang bawak beg Fendiosman......pertolongan anda semua amat dihargai. Jadi malam ni Fendiosman mengambil keputusan untuk tidak keluar malam sebab nak berehat! Lantak la orang cakap rugi ka apa ka....kalau Fendiosman kejung sorang2 ada orang nak kesah?


Adapun sesi hari ni bermula dengan kunjungan ke Kedutaan Mareshia di Tokyo. Dalam hati dah terdetik mesti ada masakan Mareshia yang dirindui, dan boleh behave sebagai orang Mareshia. Mula2 naik tren pagi dah terasa kepenatan itu. Tapi gagahkan jugak badan ni untuk aktiviti. Makin meningkat usia ni, akan ada konflik antara fikiran dan badan. Fikiran kata nak, tapi badan kata taknak...dua charge positif dan negatif bertemu....makanya....paham2 je la eh!


Kat kedutaan Mareshia ni ada gak sesi dialog bersama Menteri Penasihat (Duta dah abis tempoh, dah balik ke Maresia.....). Sungguh gumbira bila dapat mengucapkan Assalamualaikum, dan berjumpa dengan orang Mareshia. Yeeeeehaaa....


Haaaaa...punya la pelahap! Dapat karipap sebijik....oooohhhh nikmatnya! There is no other place like home. Nampak bendera Malaysia kat kedutaan tu pun dah macam melompat kegirangan. Hahahaha....memang sah Fendiosman tak boleh dok obersi lama2....


Selesai acara dialog ittewww....makanya kami diberi lunch. Sebagaimana yang telah digambarkan, lauk-pauk Mareshia. Ada kari ikan, sambal belacan, nasik beras siam, ayam sweet sour! Pakat la kami semua serbu macam orang pelarian kebuluran. Coordinator JICA pun tak kurang gembira dapat rasa masakan Mareshia yang terkenal dengan rempah ratus ittewwww.


It's too spicy. Mrasa la Fendiosman paksa Jun-san pakai tangan untuk makan. Terkial2 dia meniru kami cara kami makan! Tapi Fendiosman memang tak pandang kiri kanan dah...Aummmmm...sedap menjilat jari! Yang paling tak senonoh tu, siap tapau bawak balik! Ada aku kesah?


Malangnya lepas dari acara di kedutaan, badan Fendiosman memulakan aura penendangan jurus tertinggi. Sementara menunggu naik tren ke JPA Nihon kat stesen Shibuya tu, memang Fendiosman rasa goyang nak tumbang. Kat Nihon ni takde tempat duduk disediakan di tempat ramai orang. Takut orang melepak gamaknya! Dannnn.....acara huru-hara pun bermula. Tapi serius memang rasa sangat tak sedap badan.......


Perjalanan ke JPA Nihon untuk sesi kelas berikutnya rasa macam laaaaama sangat. Nak kena jalan lagi. Adoi laaaa! Sampai je ke destinasi, terus Fendiosman diberikan tempat untuk berbaring sebentar. Biasanya keadaan macam ni perlu berbaring sekejap. Muka pun dah bzzrekkk, memang letih ya amat! Tuhan saja yang tau. Fendiosman rasa rimas tengok orang jalan laju2 kat Tokyo ni. Nak tempat tenang ala2 Kajang Utama. Huhuhu....


Tapi dalam pada dok berbaring tu, Fendiosman tetap dengar sesi kelas yang disampaikan. Alkisahnya Jepun ni syarikat swasta je gah. Gomen dia ala2 pening lalat gak. Konsep employment by ministries ni memang menjadikan depa bagaikan tukun di satu2 kementerian ittewww. Kesiaaaann.......


Lelap2 sikit.....dengar2 sikit. Alhamdulillah dapat recharge sikit tenaga. Abis je kelas, tetap gegeh neh. Bersama rombongan Che Kiah sekelian, kami ke Tokyo Tower. Tokyo Tower ni kalau tengok cerita Doraemon, ada Si Nobita pasang kipas atas kepala terbang melintasi menara ittewww. Kalau dengan orang JICA ni dapat subsidi 500 yen untuk naik ke atas menara.


Tiketnya tak mahal, dalam 800 yen je. Tu takat observatory platform 1. Kalau nak naik sampai ke puncak kena tambah lagi 600 yen. Tapi...alang2 dah sampai tu kan, naik je la.


Tapi agak gayat sikit naik ke puncak ittewww. Dalam lif siap ada bunyi yang sangat tak menyedapkan hati walaupun ada pengumuman kata benda yang berbunyi tu adalah alatan keselamatan yang dipasang kat lif. Kat puncak siap ada rasa goyang tu. Huhuhu...


Dapat la tengok view Tokyo yang saaaangat luas ittewww. Kalau di Osaka WTC, sayup mata memandang nampak la gunung ganang dan bukit, serta laut. Tapi......kat Tokyo Tower ni sayup mata memandang, semuanya bangunan. Luas sungguh. Tak dapat diucapkan dengan kata-kata.


Mode model yang overexhausted! Nak posing jugak....waaaalaupun!


Sempat gak berfoto dengan Nori-san. Dia ni walaupun rakyat Nihon, tetap jugak first time naik Tokyo Tower ni! Bleyyyy? Sama la gak rakyat Mareshia di KL yang tak pernah naik KLTower itteewww! Kaaaan? Err..korang pernah naik tak KLTower?


Kat sini gak ada tingkap untuk view ke bawah. Memang menguji keberanian la gak. Kalau dalam fikiran tu dah set kata cermin memang akan pecah, akan ada perasaan ragu2 tatkala mencangkung kat tingkap itteewww.


Hampir sejam kat Tokyo Tower.....time to go back to JICA. Sebahagian besar ahli rombongan Che Kiah terus ke Akihabara untuk shopping. Tapi, Fendiosman tak larat. Memang nak berehat. Hajat di hati nak ke Shinjuku lepak2, tapi keadaan tak mengizinkan. Dok bilik je diam2...

Satu je yang Fendiosman boleh bagi pandangan di sini. Orang2 kat Tokyo ni semuanya laju2. Jalan laju, makan pun sambil berdiri, buat kerja laju! Memang gopoh-gapah la nampaknya. Agaknya.....kalau suami isteri depa ni berhubungan pun laju gak kot? Macam dalam cerita CLICK yang Adam Sandler berlakon tu! Hmmmmm....I wonder how? Laaaaaaaaaaariiikkk....