Adapun sesi kelas semalam sangat laaaaaaaa hadhorrr! Belajar ekonomi lagi! Walaupun banyak nak dibelajar, dan banyak teori yang boleh tergunapakai, tapi semalam punya sesi more to Local Government. Nak ambik gambar dalam kelas pun, macam sama je dengan sesi sebelum ni. Jadinya better skip part akademik tu. Sebab Fendiosman rasa orang bukak blog Fendiosman ni bukannya nak amek pot sangat pun pasal akademik tu dak?

Dah weekend kedua di Nihon ini.....yeeeehhhhaaaa....nak pi mana ya? Jom jalan-jalan....

Seawal jam 9 pagi, berdedai-dedai ahli rombongan bertebaran di Ibaraki Eki untuk menuju destinasi masing-masing. Ada yang ke Kobe buat kali kedua, ada yang ke kedai kain membeli Japanese Cotton, ada jugak yang masih menarik selimut di bilik menantikan Gambate Osaka bermain bolasepak di stadium....

Dan Fendiosman....hari ni kononnya nak melawat Nara City. Kira sejam perjalanan dari Osaka menaiki keretapi Nihon yang sangat punctual ittewww! Nara ni terkenal dengan tempat2 purbawara Nihon. Ada national treasure kat sini.

Di Nara, tak susah nak cari jalan. Sebab peta ada disediakan dalam Eigo (Bahasa Inggeris katanya....). Belek je peta! Untuk pandu arah ke tempat bersejarah ittewww, landmarknya adalah McDonald's.

Tengok model McDonald's ini...sungguh ceria berjumpa dengan McPork......hoks...

Apa lagi..sesi ANTM pun bermula di Nara City ini dengan model yang tak lain tak bukan, Fendiosman sendiri! Mrasa la orang Nara tercengang tengok Fendiosman berposing. Depa takat tunjuk2 simbol peace je. Gamaknya dalam album depa memang semuanya gambar bersimbol ittewww...layak untuk masuk beauty pageant sebab memperjuangkan keamanan dunia!

Hmmm...kali ni guna lobang idung sebagai petunjuk utama. Ya la kan, waktu jadi kabaret dulu, kami diajar untuk menunjukkan aset yang ada. Fendiosman mempunyai lobang idung yang bagaikan terowong, makanya sesuai sangat untuk dijadikan props! Hahahaha....

Di Nara ni, ada pagoda kuno yang memang cantik! Terpukau la jugak menengoknya.....

Tapi...yang paling menarik di Nara ni, adalah rusa yang banyak dan jinak, serta pelahap! Kunjungan kami memang meninggalkan kesan bau taik rusa yang ghau-ghau bau dia. Melekat kat baju ni haa.....

Teori rusa pelahap tu mula2 sukar dipercayai. Tapi bila tengok budak ni menjerit tatkala sushi yang menjadi hidangan tengahari beliau digigit2 manja oleh rusa2 tersebut, makanya sedikit sebanyak memang ada kebenaran la hipotesis yang dibuat!

Fendiosman turut mencuba memberi makan kepada rusa2 ittewww. Dengan harga 150 yen, secekak biskut mula diberikan..

Ya..betul rusa itteww sangat lahap. Tangan Fendiosman pun nak dibahamnya. Last2 rusa lahap tu membaham peta yang Fendiosman bawak. Huhuhu...mampos la sesat kat dalam taman tu! Hallahai....

Hmmm....kuasa Allah. Subhanallah....pokok buluh tumbuh kat dalam pokok. Memang terdongak la sekejap. Pusing2 cari akar...takde plak. Memang sah kat dalam pokok itteww tumbuhnya.

Asek jadi model je..apa kata kita bagi rusa lak posing dalam blog Fendiosman...

Kata orang datang time musim luruh lagi cantik. Tapi musim panas pun dah cukup cantik untuk dilawati. Cumanya panas la cuaca. Hari ni...suhu dalam 30 darjah. Tapi angin sangat kuat....mujur Fendiosman takde rambut. Kalau tak....memang jadi iklan Pantene! Mengurai ditiup bayu katanya!

Jinak sungguh rusa2 ni. Tak bergerak langsung. Tetap memberikan pose yang paling memberangsangkan. Senang kerja Fendiosman, tak payah nak terkejar2....

Haaaa...tudiaa, kat sini ada Buddhist Temple. Tapi takde la Fendiosman masuk sampai ke dalam. Cukup takat jenguk2 je.

Kalau dah model tu....bukan takat orang yang tengok, rusa pun boleh tercengang. Mungkin rusa2 ni tergugat sebab selama di mereka yang menjadi objek ambilan gambar.....skali Fendiosman mencemar duli, tutup periuk nasik katanya!

Lawatan diteruskan dengan posing2 di taman. Ni namanya aksi sesat dalam hutan. Mencari arah untuk pulang...

Tetibe terasa macam kat overseas lak gambar ni! *matila aku kena carut pasni.....

Heh...letih berjalan. Sampai tertonggeng kawan kita naik tangga. Prinsip Fendiosman, jalan je dulu, makannya kemudian. Budak2 ni dah kebuluran...ya la kan, nak beli McPork tadi Fendiosman tak kasik! Perlu ke makan sorang2 dek nonnn?

Scenerynya memang cantik! Daun hijau di atas, daun cekelat di bawah. Kalau kat Mareshia ni, sah jadi tempat untuk shooting pengantin!

Ni namanya jurus bertapa peringkat tertingggi. Menunggu ilham tiba.....

Masyarakat Nihon ni memang suka membaca. Jadi...Fendiosman pun mencontohi mereka untuk membaca walaupun Buku Panduan JICA....*matila plastik..
PERHATIAN : AKSI SELEPAS INI ADALAH DIKELASKAN SEBAGAI 18SX
Errr...ni pulak aksi lelaki gersang yang dah lama tak jumpa pompuan. Dengan patung pun jadik! Abis patung itu di
bukkakekan..ish....awat laaa depa ni! Hadhoiii laaa....

Sekali lagi.....mode luar negara...(nak carut pun carut laaa..ada aku kesah?)

Kat Nara ni banyak kedai jual souvenir. Sempat jugak Fendiosman masuk ke kedai yang menjual Japanese Cotton, buah tangan untuk mama...cantik! Tapi harganya Masya Allah....

Seharian di Nara...memang penat! Sebabnya jalan kaki ke sana ke mari. Mamat ni penat, dah la tak makan lagi...masuk tren, terus crash. Fendiosman rasa memang depa menyumpah sebab Fendiosman tak bagi makan. *matila Lela Manja....

Tapi Fendiosman sebenarnya nak bawak depa pi restoran yang sedap menjual makanan halal. Puas bergoogle seharian. Mendapatkan maklumat lengkap. Jumpa jugak restoran ittewww...dari Osaka Station, kena naik subway dari Nishi Umeda. Turun di Yotsubashi. Anda akan jumpa sebuah restoran Parsi yang menjual makanan yang sangat sedap. Tapi TokTi rasanya tak pernah mai restoran ni kot. Pasal takde sign dia....laaaariiikkkk....

Sebab menunya jenis Parsi, Fendiosman terkompius la jugak nak mengorder. Juling mata nak memaham....

Ya murid-murid, kebab ayam yang lazat. Dimakan bersama nasik beras basmathi, dan sup kacang bertomato......sangat mengenyangkan setelah seharian tak makan. Harganya tak mahal....cuma 2300 yen je (sila darab dengan 4 ya murid-murid....)

Memang khusyuk menikmati hidangan yang lazat ni. Mak mertua lalu pun tak toleh belakang dah...
Perut kenyang...hati pun suka....masa untuk pulang. Macam biasa kena kejar bas percuma. Kalau tak memang kena bayar teksi yang harganya kurang lebih 1300 yen untuk perjalanan 10 minit ittewww (kau darab lagi 4 ye....)
Esok Ahad....nak pi mana pulak eh?
2 comments:
ko mencabul ruse ke, ruse mencabul ko??
banyak tempat2 yang besh la kat sana
mc pork tu x leh blah oke
sila jangan salah order tau !
:P
Post a Comment