Friday, June 12, 2009

JICA, Management Training - OSAKA & TOKYO Part IV

Adapun ni masuk hari keempat Fendiosman berada di sini. Kali ni kami dibawa ke Kyoto untuk buat sesi lawatan Che Kiah ke 2 tempat, satu di kilang memproses teh hijau (Marukyu-koyamaen - macam kilang maruku lak namanya...laaaariikkk) , dan satu lagi di Byodoin (one of the world heritage site). Ada beberapa benda yang sempat Fendiosman perhatikan. Pertama, sungai di Jepun saaaaaaangat bersih. Rasanya kalau ikan talapia hitam dicampak ke sini, memang tak boleh hidup pasal kualiti air yang bersih, jernih dan sangat deras arusnya.

Pelajaran kedua, bila dalam bas kena pakai seatbelt ye murid-murid. Kalau di Mareshia nun, kat tempat duduk belakang pun jadi isu bila disuruh pakai seatbelt. Yang menjadi pertanyaan utama, bila naik kapal terbang reti pulak rakyat Mareshia pakai seatbelt. Bila naik kereta? Hadhoooorrrrr.....

Well, the first destination was the tea factory. Jom jalan-jalan.....

Rombongan Che Kiah kami disambut dengan segelas teh yang aaaaaaaaaaaaaaaamat tak sedap rasanya. Tapi, digagahkan jugak untuk minum. Mama pesan, kalau orang bagi makan, kena la makan walaupun tak sedap. Sambil kelat-kelat masin muka menahan rasa teh tu, we were given a briefing by the factory manager. The factory produces the best tea in Japan katanya. Banyak award diorang dapat. Award teh tersedap, teh terbaik, dan macam-macam ter lagi yang depa dapat.

Walaupun ada masalah bahasa, manager kilang ni tetap gegeh bagi taklimat kat kami. Dia cakap Nihongo, pastu Jun-san tolong translatekan, disamping dengan powerpoint presentation in English. Kira ok la untuk kami semua ni paham. Ditayangkan jugak segala proses membuat teh yang dibuat. Tapi...dalam plant tak boleh ambik gambar, so.....tak boleh la Fendiosman tunjuk gambar kilangnye ye!

Dah melawat plant area, then we were brought to the tea-drinking ceremony simulator. Kat sini ditunjukkan bagaimana tradisi ni dijalankan. Just a brief introduction about the ceremony. Kalau mengikut cerita yang disampaikan, ada sekolah khusus yang mengajar adat minum teh ni. For them, it is a precious treasure to be kept. Rasanya kat Mareshia pun ada beberapa adat yang Fendiosman rasa perlu dipelihara untuk diajar ke generasi muda. Hmmmm...kat tempat Fendiosman kerja tu, ada program bercorak macam ni. Ingat PMS mengemping yang Fendiosman pernah tunjuk sebelum ni?

Soon after that, we were given a chance to experience the tea making process. Serbuk hijau ni dicampur dengan air panas dan kemudian digaulkan hingga sebati dengan pengacau yang khusus sampai la berbuih. Macam pukul telur nak buat baulu oooo......

Haaa..berkat pengalaman bekerja sebagai pembancuh kopi dulu, Fendiosman terai la buat foam ala2 foam cappucino. Heh.....penat occay! Buih tak naik2.....kena kocok kuat katanya....

Haaa...dah siap pun semangkuk teh hijau yang laaaaaaaaaaaaaaaaaazat! Sekali lagi muka kelat-kelat masin minum teh terpaksa ditahan. Hahahaha..

Cik Kak berdua ni purak2 je minum. Konon menikmati ala2 Maya Karin minum Neskopi. Heh...tapi terus terang la, memang tak sedap. Not as a part of our culture. Hehehehe...

Usually the tea is served with sweets, nak cover rasa pahit tak sedap tu. Here is a dodol-like sweet. Nice.....buat dari tepung beras, dicampur dengan serbuk green tea. Hat ni la yang menyedapkan keadaan. Nak disuruh minum teh tu lagi? I'll pass....

Dan di kilang tu jugak ada downstream product dari green tea. Contohnye aiskrim. Tambah susu dan gula, dan serbuk teh...kisar sampai jadi aiskrim. Walla......

Sedap sampai menjulingkan mata. Jika nak dibandingkan dengan rasa teh bancuhan yang hadhorrr tu. Heh.....

Dah selesai pun lawatan ke kilang teh, we moved to Byodoin. Fendiosman tak gemar sangat melawat temple2 ni. Ya la kan, masjid pun tak abis masuk, nak gi temple la pulak. Tapi dah orang bawak.....ikut je la. Since the surrounding is soooo picturesque, here is the chance to take photos. Tanda dah melawat ke Jepun katanya. Kata tour-guide Fujita-san, datang waktu musim luruh sangat cantik pasal boleh tengok kaler daun berubah. Waktu early summer ni semua ijau je....

Kat sini ada pancuran air yang sangat sejuk. Waaalaupun air sungai yang dikumpulkan dalam tangki. Mrasa la ada aksi membasuh muka versi iklan kao-biore. Heh...ada sapa2 nak hire Fendiosman jadi model tak?

Pemandangan memang cantik. Inilah masa untuk bergambar ala2 diajar oleh Miss J Alexander, runway extraordinaire diva. Heh...

Another shot of me. Waaalaupun kamera murmur yang dibawak. Tapi kalau modelnya cantik, letak mana2 pun jadi. Kaaaaan? *matila bongkak!

Ni gambar yang Fendiosman suka, pasal nampak reflection kat dalam air.

Ni pulak aksi gedik yang tak jadi! Nak ambik gambar model ke nak jadikan batu tu sebagai subjek? *matila conflict of interest..

Hmm..sempat jugak berjalan-jalan kat kawasan ala2 street of Japan. Nak tunjuk bukti kaaan....hahahahaha...

Haa...ni dia kekasih pooojaan hati! Fujita-san. She's 74. Tapi jalan laju ngalahkan orang muda. Tercabar seh....

Err..selesailah episod lawatan Che Kiah kami ke dua tempat. Petang takde la buat apa pun, hajat di hati nak ke ONSEN. June-san kalut bertanya adakah benar Fendiosman nak ke ONSEN? Almaklumlah, kalau ke ONSEN ni kena strip naked. (Para pembaca sila JANGAN bayangkan aksi yaaaa...)

Dah petang sangat, nak recce tempat pun agak jauh. Berbasikal katanya. Tapi kena pulangkan sebelum jam 7. ONSENnya dah jumpa....tapi masa yang singkat. Mungkin hari lain Fendiosman cuba mengONSENkan diri.

Hmm...ONSEN tu hotspring. Ala2 sauna la kalau kat Malaysia. Cuma adatnya, bila masuk ONSEN, memang kena telanjang bulat. Hehehehe......back to nature katanya! Errr..ada aku kesah?

6 comments:

swit@kon said...

haroooo encik tayo. wah wah makin jepang bahasa nya. penuh urop R. tak sedap ke green tea tu? me likey. tapi camne eskrem boleh best erk? hapdate lagi yek.. suka suka :D and tak sabar tunggu entry ONSEN ;p

MOLY said...

kalau mcm tuh balik msia fendi osman bolehlah bukak kedai jual teh dengan aiskrim. konpem laku, sume bloggers serbu !!
:D

eh eh .. comeynya orang tu naik basikal. best la tgk. old skool habis !!

LavenderGal08 said...

K..aku tunggu citer seterusnya..

perantau.tt said...

hashahahaha selamat beronsen..

eh masa kat tempat buat tea tu takde awek2 yg pakai kimono ker? masa aku dulu depa yang served.. hehe

Zamil Afiq Zulkifli said...

wah.. seronok sakan disana..
waduh2.. modelnya kelihatan chomel bangat.. (bodek2.. moga2 dpt survinier) hikss..

phachat said...

Iklan Biore katanya... apa tak layak ke wat iklan pom, pom pitera SKII???

Mr Jay Manuel la yg asek komen pose utk cantik bergambar. Miss Jay yg maha hudduh tu betul la runaway extraordinaire, tapi tang amek gmbr beliau pon terjun longkang gak!!!

ps: lain ke rasa green tea dia ni dr yg kt mesia punya?