Wednesday, June 17, 2009

JICA, Management Training - OSAKA & TOKYO Part IX

Semalam kelas berlangsung di JICA. Sesi pembentangan dari questionnaire yang diedarkan sebelum datang ke Jepun ni. Mrasa la buat powerpoint versi Madamme Eyebrow yang ada gambar2 segala. Fendiosman dengan kompidensnye meletakkan gambar posing ala2 model di powerpoint yang dibentangkan ittewwww....

Sesi ini membentangkan masalah yang dihadapi sebagai junior officer di tempat kerja dan Prof. Lau dari Reiku Univ. Tokyo berperanan sebagai moderator dan juga membincangkan masalah yang dihadapi.

Dari tinjauan yang dibuat, rata-rata masalah adalah berkaitan dengan berhadapan dengan bos yang kekwat dan jugak anak2 buah yang usianya sudah kertu dan keras kepala. Errr...masalah Fendiosman takde la sekronik depa. More to internal conflict sebagai Pegawai Tak Berapa Tinggi yang muda. Cabaran yang dihadapi kerana dinaikkan pangkat dalam usia yang muda dan menjadi bahan bualan pegawai2 dari skim lain. Well...sekarang ni bukan skim yang mula dengan huruf M je yang laju ye murid2.....ada jugak skim lain yang lebih advance seperti skim UD di tempat kerja lama Fendiosman. 2 tahun lepas hosmen terus dapat naik 44. Ada orang kesah depa naik pangkat cepat? Pakat syadap2 je bila dah dapat.....

Hmm..selesai kelas. Macam halilintar pakat naik bilik tukar baju. Terus ke Osaka Downtown. Fendiosman mencari lagi satu Kafe Batu Keras untuk dapatkan Gelas Tembak yang seterusnya sebagai koleksi peribadi, dan juga beberapa cenderamata untuk adik beradik Fendiosman. Alang2 nak beli untuk adik beradik, biarlah yang terbaik! Cumanya untuk Mama...Fendiosman taktau nak beli apa.....still dalam proses pencarian dan penyenaraian. Nak ke sana, kena tukar naik subway. Punya la berselirat subway depa. Stesen sama, salah exit kalu, memang sampai ke tempat lain. Berliku2.....rasanya kalau sesat, memang sah terperangkap!

Dah depan Kafe Batu Keras ittewww......apa lagi kan? Acara posing2 Hero Remaja Bulan Syaaban pun bermula.

Orang Nihon pun pelik rasanya tengok orang Mareshia dok posing depan Kafe Batu Keras ittewww...sebab Fendiosman tengok macam lengang ke kawasan sekeliling. Tapi, sebagai Hero Remaja Bulan Syaaban merangkap model Kao Biore.....tetap jugak Fendiosman gagahkan diri untuk posing seadanya di hadapan Kafe ittewww.....

Di samping Kafe ittewww....props di sekeliling seperti pokok juga boleh dijadikan objek untuk posing. Hahaha....cian kameraman yang ambik gambar, kena gigih untuk mendapatkan angle yang terbaik bagi best shot! *Feeling2 jadi Jay Manuel la pulak...

Dari petang sampailah ke malam. Posing je kejenye. Dalam gambar ni orang kata Fendiosman moncong terjungkit. Tapi......moncong tu lah yang berjaya membawa Fendiosman ke dunia kabaret sewaktu masa dulu. Gegeh menuntut dengan Izwana Alfira Iguanna bab2 memoncong ni....(kan che Noey kannn?) - adapun gambar ni Ihsan dari Fesbuk rombongan Che Kiah kami....

Masa terhad. Perut lapar...jumpa la restoran briyani lagi satu kat sini. Mungkin sebab darah Kelly-ng ada dalam badan ni. Memang tak lepas peluang la bila dah jumpa rempah2. Melancarkan aliran angin dalam badan katanya! Harganya? Malam tadi makan briyani dan aloo gobi berharga 80 hengget.......ada aku kesah?

Kenyang makan, for the first time terlepas bas percuma sebab khusyuk berdepan dengan hidangan.....alahai, next day ada economic lecture lagi! Sah akan berada dalam mode mata MatPit....huhuhu....

3 comments:

cacah said...

encek pendi nampak macam makin kurus... :)

swit@kon said...

ye betul setujus dengan cacah!

oh, saya makin kagum dengan kemeramen cik tayo!!!!

phachat said...

blum masuk lecture, dah tau mata mat Pit! Dasar Mat Rempit!!*betul ke terma ni Bonda gunakan?