Hari Ahad lepas, Alhamdulillah Fendiosman selamat balik ke Osaka semula. Dari Tokyo ke Osaka sekali lagi naik Shinkansen seawal jam 7.50 pagi, walaupun ada orang naik laaagi awal jam 7.10 pagi sebab nak pergi Flea Market kat Osaka. Cari apa tatau? Nak menawar barang2 lagi kot? Eh, bukan ke datin tak pergi tempat shopping murahan macam tu?Err....kisah posting sebelum ni yang special edition tu rasanya memang menimbulkan kehangatan yang memang boleh meledakkan kembali bom atom kat Hiroshima waktu perang dunia kedua dulu. Tapi.......pepatah melayu ada berkata, TAK TUMBUH TAK MELATA, TAK SUNGGUH, FENDIOSMAN TAK KATA. Kalau tak betul, takkan la Fendiosman nak cakap. Daaaann yang paling penting, kalau dakwaan Fendiosman tu tak betul, perlu ke adegan sentap menyentap di Osaka di kalangan Datin2 sekelian? Hmm....Fendiosman taknak ulas lebih2. Cukup la 13 dalil yang Fendiosman letakkan hari tu sebagai panduan untuk orang2 yang nak pergi ke luar negara, PLEASE....I BEG TO ALL OF YOU, TOLONGLAH JANGAN BUAT PERANGAI HUDUH MACAM TU. Buat malu kat orang je.
Minggu ni dah masuk minggu terakhir di Nihon. Kalau takde aral melintang Insya Allah hari Sabtu akan berlepas pulang ke Mareshia untuk kembali menabur bakti kepada negara tercinta. Dah 4 minggu, rasa rindu kat negara sendiri tu memang meluap-luap. Paling rindu, kat keluarga especially Mama. Lagipun, dah rasa malas sangat nak berdepan dengan datin2 sentap semua ni.
Minggu ni banyak dihabiskan dengan persiapan untuk pembentangan kumpulan di samping kuliah2 terakhir dan penulisan laporan. Bila dah minggu terakhir ni, memang ponggong rasa rimas dengar benda2 ni. Rasa macam dah tak boleh masuk. Dah teringat kat tanah tumpah tercinta. Lainlah kalau ada orang yang masih kepingin nak ke Flea Market, maupun bershopping di Yodobashi Umeda membeli barang2 sampai nak patah bahu mengangkut. Well....typical vill I shall say and truly, it irritates me. Gugur bulu ketiak Fendiosman....ewwww. Murid-murid, sebelum ke luar negara, sila pergi sekolah dulu yaaaa. Kalau tak nanti jadi peghak! Susah...
Hari ni sesi kuliah diteruskan kat Mie Prefecture, jauhnya macam dari KL ke Ipoh. 2 jam naik bas pergi, 2 jam naik bas pulang. Dengar kuliahnya 2 jam je. Tapi tu la kan, kita kena pegang sabda Rasulullah S.A.W, TUNTUTLAH ILMU SAMPAI KE NEGARA CHINA. Walau jauh macam mana pun untuk dapatkan ilmu tu, kita kena berusaha. Walaupun rasa bosan dan kadang2 tu kuliah tak kena dengan bidang kerjaya kita, cubalah dengar. Jangan pandang kepada siapa yang menyampaikan itu, tapi pandanglah apa yang disampaikannya.
Hmm..masih ada lagi 2-3 benda yang perlu Fendiosman dapatkan di Osaka ni. Kiriman orang, dah bagi duit segala takkan la Fendiosman taknak beli? Cumanya cerita kelakar bila cubaan membeli suit ramping gagal, gara2 pinggang dah tak berlekuk ke dalam. Hadoi laaaaa. Tapi koman2 Fendiosman dah cuba. Nak wat cmane kan.....Hari ni dapat dah tiket untuk balik. Daaaannnn.....barang2 pun dah ditimbang sikit demi sedikit. Allowance 30kg sebab terbang kelas bisnis. Tapi......Fendiosman dapat extra 15kg lagi sebab menjadi pelanggan ENRICH GOLD yang sedikit sebanyak melegakan Fendiosman sebab tak perlu bayar excess baggage charge. However, rasanya memang tak sampai pun berat seperti yang diberikan ittewwww sebab Fendiosman tak ulang alik pergi Flea Market macam sesetengah orang tu, dan Fendiosman tak lah meroyan bila tengok tempat shopping. Makanya, takde mende yang nak perlu dirisaukan. Kemas barang....siap2, ari Sabtu kita balik Mareshia.
Heh....letih menghitung hari ni. 4 hari rasa macam lama sangat dah.....
3 comments:
tak lama dah. balik kang jgn lupa mengkuarantinkan diri no...
hehehe jangan lupa balik nanti kita ke kotak ijau ye. sempena kepulangan encik tayo dan encik khair!
Eloklah tu - kerajaan hantar sana untuk belajar - shopping2 tu buat sampingan je. Kalau gi jauh, guna duit rakyat tp bila balik yg byk di cerita/belajar hanya tenmpat2 shopping buat menghabiskan beras !!!
Good for You Fendi !
Post a Comment