Friday, June 19, 2009

JICA, Management Training - OSAKA & TOKYO Part XI

Semalam siri kursus diteruskan dengan tajuk Business Philosophy. Menarik! Sebab disentuh pasal management and management role in creating condusive surrounding for employees as well as customers.

In the evening, we were brought to Konosuke Matsushita Museum. Tauke kepada Panasonic sekarang ni. Dulu namanya Matsushita yang merangkumi produk National, Panasonic & Technic (bukan Raja Nosyita ya murid-murid.....)

Di muzium ni kami didedahkan dengan pengalaman syarikat Panasonic bersaing dengan lain2 syarikat di dunia ini untuk muncul sebagai antara syarikat yang mempunyai nama yang gah.

Sebab Business Philosophynya amat menarik, Fendiosman terpana dengan tayangan video yang ditayangkan mengenai perkembangan syarikat tersebut. Tapi......kat sebelah Fendiosman ada bunyi dengkuran sewaktu tayangan ittewww, sapa dia tatau? Meh kita tengok apa ada kat muzium ittewww.....

Mrasa la mengisi borang pelawat...(eksyen je tu...sebab dia tulis Nihon, haram tak paham pun...).

Ehehehe...sama tak Fendiosman punya senyuman dengan tauke Matsushita tuu? Prinsip yang beliau gunakan, walau besar mana pun syarikatnya, tetapi beliau mengingatkan pekerja beliau mengenai asal usul syarikat itewww supaya semua orang menyedari betapa susahnya nak berada di puncak. Bak kata pepatah, sejauh mana terbang bangau, ke lumpur jua kelak jatuhnya.
At least dia ada perasaan macam tu, kalau nak dibandingkan dengan sesetengah orang, baru dapat naik pangkat sikit.......dah feeling2 diva. Yang senior terus dipanggil nama! Tanpa perasaan hormat langsung. Apa laaaaa.........buat malu kaum je!

Ni kat model rumah asal tempat bermulanya syarikat Matsushita ittewww. Tahun 30'an, dah ada lampu letrik camtuh! Syarikat ini bermula hanya dengan membuat soket plug. Cara tradisional digunakan. Siap pakai lesung kaki nak gaulkan komponen membuat soket itteww, lepas tu diuli dan dimasukkan ke dalam acuan, terus ditekan.......dan soket plug pun siap. Dari situ, syarikat ini berkembang, sikit demi sikit dan mula mencipta pelbagai barang yang menjadi kegunaan kita pada hari ini. Memang Fendiosman kagum dengan pencapaian mereka.

TV sebesar peti sejuk katanya! Rasanya time ni baru awal tahun 40 atau 50 'an.

Peti sejuk....sezaman dengan televisyen dan mesin basuh. Kata caption kat situ, benda2 ni keperluan yang amat mustahak dan simbol kepada kemewahan satu masa dulu. Hadhoorrr....zaman tu Mareshia takde lagi benda2 canggih camni. Apa pun, sekarang ni bersyukur sangat sebab Mareshia turut sama2 mengecapi pembangunan dan pemodenan. Alhamdulillah...


Well..here are some reading materials yang ada kisah mengenai Matsushita dan juga falsafah yang beliau gunakan untuk pembangunan perniagaan. Menurut lecture yang disampaikan waktu sesi pagi, sekarang ni dalam keadaan kegawatan, banyak orang Nihon menggunakan mantra perniagaan yang dipopularkan oleh Matsushita! Katanya amat berkesan....

Hmm...feeling2 rakam album katanya! Mungkin lagu Kabut Serangkai Mawar sesuweiii sangat dinyanyikan. (Kaaaaaaannn Khai kaaaaannnn?)

"Kepew-kepew hiasan dindingmewwww......" katanyaaaa....walaupunnnn....

Tahun '60, time kita dok guna batu lesung segala, depa dah ada blender ok! Semangat yang depa gunakan adalah untuk mendahului orang Barat dan pada masa yang sama mengekalkan nilai2 tradisional. Ada la gambar pekerja kilang memakai Kimono yang sangat menarik hati Fendiosman. Lupa plak nak amek gambar!

Ni peti VHS yang pertama. Berat ya amat. Tahun 78 dah ada...

Dah pusing2 tengok barang2 antik ittewww...Fendiosman tertarik dengan persembahan video mengenai Human Resource Management, from Matsushita's point of view. Memang meninggalkan kesan yang mendalam....

Apa pun, memang Fendiosman respect dengan pencapaian yang dicapai oleh syarikat Matsushita ittewww. Walaupun sekarang ni ada syarikat yang lagi hebat, tapi Matsushita masih lagi menempatkan nama dalam senarai jenama yang terkenal. Panasonic masih lagi menten sebagai top 4 leading electrical brand. Bayangkan....laaaaama sangat dari tahun 30'an lagi. Memang kagum lah....

1 comment:

phachat said...

Wah... Raja Nosyita tu asalnya org nippon la ek?? Byk sungguh SHITA di sana... Apa gambar yg melucukan ittew Tariq?